cp 44

782 99 0
                                    

Carol dan Claire berdiri di luar bilik peperiksaan. Suasana mereka kini sungguh berasa janggal. Mana taknya, Claire dari tadi asik bermain dengan telefonnya dan menghiraukan kehadiran Carol disitu.

Carol pula hanya diam kerana takut untuk bercakap dengan Claire yang kelihatan masih marah dengannya. Pandangan dia ditundukkan ke bawah.

Dia terlalu takut untuk melihat muka Claire selepas kejadian 4 hari lepas. Dia berasa sungguh bersalah dengan apa yang dia lakukan dan hari ini dia tidak tahu mahu lakukan apa lagi ataupun mahu berpihak kepada siapa.

Jikalau dia berpihak dengan Claire, sudah pasti nanti dia akan kena dengan Eva. Namun jika di terus berpihak dengan Eva, Claire akan terus membencinya. Dia tidak mahu semua itu terjadi. Dia memang dalam dilema sekarang. Dia memilih itu, dia akan rasa bersalah tapi kalau dia pilih ini hidup dia pula akan menjadi sasaran nanti.

15 minit lagi masa untuk mereka berdua masuk ke dalam bilik peperiksaan itu. Kepala Carol berserabut memikirkan hal itu. Bagaimana ini?

"Carol," panggil seseorang.

Carol menoleh kepalanya melihat ke arah suara itu dan kelihatan Eva yang memanggilnya. Tangan dia dilanbai menyuruh gadis itu datang dekat kepadanya. Carol dengan tidak banyak soal terus pergi ke arah Eva.

Dia tahu mesti perempuan itu nak ingatkan dia tentang strategi itu jatuhkan Claire lagi. Perempuan itu memang tidak serik.

.
.
.
.
.

Aku melihat Carol pergi berjalan menuju ke arah Eva yang berada di hujung koridor ini. Aku tahu mesti perempuan itu mahu ingatkan Carol pasal rancangan dia untuk jatuhkan aku.

Tak tahu apa yang perempuan itu benci sangat dengan aku ni.

Tapi aku tak kisah kerana kali ini aku akan pastikan bahawa rancangan kau tu tak akan berjaya. Aku sudah berlatih selama 4 hari ini cara untuk tutupkan kesalahan pianist seperti Carol buat pada aku dulu.

Jangan harap aku akan benarkan kau gagalkan ujian aku. Aku akan buat kau menyesal sebab cuba hancurkan ujian aku yang dulu.

Hampir 10 minit aku berdiri di luar bilik peperiksaan itu dan akhirnya Carol datang kembali dengan muka seperti serba takut.

Tangan gadis itu digenggam menandankan gadis itu takut akan sesuatu. Mesti Eva ada mengatakan sesuatu padanya tadi.

Carol berhenti berjalan lalu berdiri di sebelah aku. Matanya memandang lantai korido ini. Entah apa lah yang dikatakan oleh Eva sehingga budak itu takut seperti ini.

"Okay, kamu berdua boleh masuk," kata cikgu Lisa selaku pengawas peperiksaan aku.

Akhirnya kami boleh masuk setelah 15 minit menunggu di luar ini. Aku mengambil beg violin aku yang aku letak di atas kerusi menunggu tadi.

Aku berjalan melimpasi Carol sebelum dia mengikuti aku.

"Aku tak akan biarkan plan kau dengan Eva hancurkan aku hari ni," bisik aku pada Carol.

Budak itu tergamam sebentar di situ. Aku mengendahkannya dan terus masuk ke bilik muzik.

Beg violin aku dibuka lalu terus aku capai violin aku. Aku memandang sekilas Carol yang duduk di kerusi piano belakang aku.

"Mari kita tengok siapa yang akan menang Eva," menolog aku.

.
.
.
.
.

Carol duduk di hadapan piano itu dengan penuh gelisah. Dia tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Takut dan gelisah memang menyelubungi dirinya kini.

Dia memang dalam dilema mahu berpihak pada siapa kali ini. Apatah lagi setelah diberi amaran oleh Eva tadi.
.
.

Flashback

"Ada apa kakak nak jumpa saya?" Soal Carol dalam ketakutan. Dia tidak berani memandang muka perempuan dihadapannya kini.

"Aku rasa kau tahukan apa yang kau kena buat hari ni. Jadi aku nak bagi amaran dengan kau sekali lagi. Kalau kau gagal, kau akan dapat nasib malang dekat sekolah ni," amaran Eva dikeluarkan.

Carol menelan air liurnya kerana takut akan situasi kini. Dia tahu akan semua itu tapi dia masih lagi takut untuk melakukannya buat kali kedua.

Dia tidak mahu Claire semakin membencinya nanti. Sekarang pun dia sudah rasa resah sebab Claire masih tidak maafkan dia. Apatah lagi nanti.

"Kenapa kakak nak gagalkan dia?"

"Itu bukan urusan kau. Kau buat kerja kau atau kau terima padahnya nanti," Eva terus beredar setelah membalas pertanyaan Carol.

End of flashback
.
.

"Okay, kamu berdua boleh mula."

Carol menarik nafasnya seketika. Kepala dia masih tidak tahu mahu berpihak pada siapa. Dia memulakan permainan dia dengan menekan kunci piano tersebut.

Dia bermain dengan penuh persoalan di kepalanya. Siapa yang patut dia berpihak?

Jikalau dia berpihak pada Claire dia akan kena padahnya nanti namun dia dia terpihak pada Eva, dia akan terus dibenci oleh saru-satunya orang yang boleh dia panggil kakak dan kawan.

"Tak ada beza dengan orang pentingkan diri sendiri. Kau pentingkan diri kau sampai kau lupa jasa baik orang tu sudah banyak tolong kau."

Tiba kata Perth melimpasi fikirannya. Dia teringat nasihat Perth pada hari itu. Adakah dia akan terus menjadi seorang yang penting diri?

Kata itu betul. Jikalau dia berpihak pada Eva maknanya dia pentingkan diri sendiri dan lupakan jasa baik Claire.

Dia tidak mahu semua itu terjadi. Claire sudah terlalu baik untuknya dan Carol tidak sanggup lagi untuk mengkhianati diri kakaknya itu.

Ya, kali ini dia sudah tekad. Dia tidak mahu menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri lagi. Dia mahu menolong Claire pula kali ini.

Kini di hati gadis itu sudah tetap mahu berpihak pada siapa. Dia sudah tidak kisah dengan amaran si Eva itu.

Dia menarik nafasnya seketika lalu mula memainkan pianonya dengan serius. Kali ini dia akan tolong Claire. Dia tidak mahu dikatakan lemah hanya sebab amaran seperti itu.

Claire yang memainkan violin di hadapan Carol terkejut apabila cara permainan Carol berubah. Ianya menjadi semakin bagus. Sedangkan bahagian itu adalah bahagia dimana Carol pernah cuba salahkan dia pada ujian yang lepas.

Dia mengendahkan sahaja budak itu sekarang kerana yang pasti dia tidak mahu permainan violinnya terganggu.

Claire dam Carol bermain seperti itu sehingga akhir. Tamat sahaja permainan mereka, mereka berdua mendapat tepukan daripada pengawas peperiksaan dihadapan mereka.

"Ini kali pertama saya lihat ada pelajar yang dapat main se perfect ini. Kamu berdua memang hebat," puji cikgu Lisa.

Claire menghadiahkan senyuman atas pujian itu. Selepas itu, dis terus keluar dari bilik itu. Namun kali ini bukan Claire yang keluar dahulu tetapi Carol.

Budak itu keluar seperti sedang kejarkan sesuatu. Belum sempat Claire nak kata apa-apa budak itu sudah berlari meninggalkannya.

Claire ingin menanyakan kepada budak itu kenapa dia tidak membuat salah seperti hari itu. Tapi dia tidak sempat. Mungkin Claire boleh tanya di lain hari. Yang penting sekarang dia sudah bebas dari ujian sekolah ini.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now