cp 84

770 92 13
                                    

"Hebat betul show kau tadi!"

Aku menoleh ke belakang melihat sosok yang menyentuh aku tadi. Mata aku menatap muka orang tersebut.

Tangan yang tadinya dipegang dipaksa lepas oleh aku.

Aku melihat wanita yang sudah separuh usia itu. Pakaian yang seksi menyiksa mata dipakai olehnya. Benda biasa baginya. Memang tak tahu malulahkan.

"Puan nak apa?" Selamba aku menyoal.

"Aku hanya nak cakap tahniah pada persembahan kau tadi," senyum senin dihadiahkan.

Aku memang benci wanita ini. Wanita yang aku tak anggap ibu aku lagi. Tak pernah anggap pun selama ini.

Ya, wanita itu adalah Elena Kaira. Aku tahu wanita itu akan datang pada malam ini kerana dia adalah salah seorang tetamu jemputan.

"Kalau itu sahaja pun nak cakap, saya minta diri dulu," tangan aku mula menolak pintu dewan namun ditahan semua.

Wanita itu menarik aku jauh dari pintu tersebut. Terasa sakit pergelangan tangan aku. Sesampai di sebuah korido yang agak jauh dari dewan dia terus melepaskan tangannya.

Aku menggosok tangan aku yang merah ditarik tadi. Apa motif wanita itu membawa aku ke sini?

"Aku tahu kau dah masuk keluarga Claes, tapi satu sahaja amaran aku. Jangan masuk campur urusan aku kalau nak hidup lebih lama," amaran keluar dari mulutnya.

Aku tertawa kecil lalu menghadiahkan senyuman sedih pada wanita itu. Aku tahulah sebab kenapa dia beri aku amaran itu.

"Kalau saya tak nak?" balas aku kembali.

Wanita itu kelihatan geram dengan sikap aku. Biar dia sakit hati. Aku lebih suka hal itu.

"Kau kena ingat, selama kau dalam keluarga aku. Aku yang jaga kau. Kau jangan nak biadab sangat dengan aku."

"Puan jaga saya? Puan, anak puan tu pun, puan serahkan pada orang gaji untuk jagakan. Ni kan saya. Sentuh saya pun, rasanya puan tak ada. Jadi sejak bila pula puan jaga saya?"

Pam!

Tiba satu tamparan hadir di pipi ku. Aku terkaku disitu. Tidak sangka semua itu akan datang.

Pipi yang terasa hangat akibat tamparan kuat tadi dipegang oleh aku. Wanita itu menatap benci ke arah aku.

"Kau memang sama dengan Rania," nama disebutnya membuat aku menatap ke arahnya.

Mata dia tajam melihat aku yang menahan kesakitan pipi itu

"Kau sepatutnya ikut perempuan tu mati sekali," lontaran kata yang pedas.

Tangan yang memegang pipi tadi aku lepaskan. Aku menatap muka yang aku tidak suka itu.

Aku paling tak suka bila wanita ini menyebut nama Rania. Nama itu tak layak disebut olehnya.

"Puan kalau tak tahu apa-apa, jangan berani sebut nama tu!" Marah aku.

"Oh, ingat lagi kau dengan perempuan murahan. Kalau kau nak tahu, bila aku dapat berita kematian perempuan tu, itulah hari paling gembira buat aku."

Aku menahan rasa marah di dalam diri. Sakit seperti dipanah berjuta anak panah. Berani sungguh wanita itu merendahkan Rania.

"Puan! Perempuan murahan sebenar dekat sini bukan Rania. Tapi diri puan sendiri. Puan curi suami dia dan cuba ambil semua hak milik dia. Puan sendiri yang murahan sebenarnya!"

Pam!

Sekali lagi tamparan diterima oleh aku. Tamparan itu tidak terasa sakit kerana hati aku lebih sakit berbanding dengan semua itu.

Tears of Melody [✔️]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα