𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨

𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨

  • WpView
    Reads 114,524
  • WpVote
    Votes 6,294
  • WpPart
    Parts 77
WpMetadataReadComplete Fri, Sep 12, 2025
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendengar permintaan dari kawan Universiti Atuknya. Permintaan gila yang menyuruhnya mengajar di kelas Rouge, dimana berkumpulnya murid-murid nakal yang berperangai gila. Sudah tentu permintaan gila itu ditolak. Ia taknak ambil risiko mengajar di kelas yang penuh dengan murid-murid nakal untuk mengubah mereka. Ingat senang ke nak mengubah seseorang itu? Tapi, entah dia gila atau apa. Dia boleh terima permintaan itu. "Baiklah, saya terima permintaan Uncle.Tapi saya ada 4 syarat." Sudah tentu dia tak segila itu untuk terima permintaan itu tanpa sebarang syarat. "Saya cuma akan mengajar di sekolah Uncle selama setahun saja." Seperti yang dijangka, tak mudah untuk mengubah seseorang itu. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Pelbagai cabaran yang perlu ia hadapi. Perkataan biadap dari muridnya sendiri adalah perkara biasa yang selalu ia dengar. Tapi, usaha tidak akan pernah mengianati kita dan sekeras-keras hati seseorang tu akan cair dengan cinta dan kasih sayang yang tulus. Samalah seperti mereka, yang mendambakan kasih sayang dan perhatian seseorang. Semuanya berubah seperti setitik cahaya di dalam kegelapan. Tapi kenapa selepas setahun perangai mereka kembali semula? Malahan lebih teruk! 'Apa aku terlalu manjakan diorang?" Jawapannya ya! Mereka tak akan lepaskan 'kebahagiaan' mereka begitu sahaja. Mereka akan buat apa saja untuk bersama 'kebahagiaan' mereka, bahkan membunuh 'kebahagiaan' mereka sendiri. Kerana mereka itu PSIKO! *** 🚫KATA-KATA KASAR SEPERTI MENYUMPAH DAN ADEGAN KEKERASAN SEPERTI MEMUKUL DAN MEMBUNUH🚫 ⚠️ TOLONG HARGAI KARYA MAI DENGAN TIDAK MENIRU ATAU MENYALIN CERITA INI (JANGAN SESEKALI CUBA-CUBA!) Cover book by @nayracamellia
All Rights Reserved
#326
obsession
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Muda Muda Dah Nak Kahwin?
  • THE ONE [C]
  • Seorang Alien Mencintaiku⁉️{Completed ✅}
  • DIA SUAMIKU? EUWW
  • Love you, Akak Pengawas! || C
  • Putera Hati
  • 1 | Hai, Inspektor! [✅]
  • Queen Of Predator
  • 𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥|𝐂
  • i love you Ketua Pengawas [C]

[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yang sama menimbulkan usikan dari teman-temannya. Hingga sekarang mereka tidak tahu kenapa ada usikan sedangkan mereka tahu bahawa Nora dan Syakir hanya sekadar teman biasa. "Baiklah. Terima kasih Nora. Sekarang Syakir, sila sambung dari mana Nora henti membaca sebentar tadi" Cikgu Atiqah berkata. "Eppp" Kelas mereka terus menjadi kecoh, sebok menyakat si Nora dan Syakir. Mereka berdua hanya boleh tersenyum sahaja, tidak tahu apa reaksi yang diingini rakan sekelas. "Eh.. kenapa ni?Kasi lah cikgu join. Ada pasangan baru ke?" Cikgu Atiqah boleh meneka dari usikan mereka semua, " Nak kahwin jangan lupa jemput cikgu ya". Lalu kelas menjadi mangkin kecoh. 'Aduh.. malunya..' Mukanya kini bertukar menjadi kemerah-merahan. Dengan pantas Nora meletakkan kepalanya di atas meja, mahu cover mukanya yang merah padam itu. Nasibnya baik dia duduk di kawasan belakang, maka tiada siapa yang nampak. Lalu dia pun membetulkan cara duduknya dan kini berlakun seperti dia sedang menulis di bukunya. Tiba-tiba dia dapat merasakan renungan terhadap dirinya. Nora pun melihat ke arah tersebut. Bebola matanya mula membesar apabila dia sedar akan renungan Syakir yang tidak lama diikuti dengan senyuman manis buatnya. Nora melihat ke arah lain sebelum matanya mula mencari Syakir kembali. Kini, dia membalas senyuman Syakir, membuat Syakir terkejut dan gembira pada masa yang sama. Tetapi adakah ini semua akan kekal sehingga dewasa nanti?

More details
WpActionLinkContent Guidelines