cp 74

787 95 16
                                    

Aku keluar dari kereta aku setelah selamat sampai ke rumah aku. Beg tangan aku dicapai dan terus aku menutup pintu.

Kunci kereta ditekan untuk menutupnya. Selepas itu aku terus membuka langkah pergi dari situ. Namun itu hanya niat dihati.

Niat aku hendak berjalan terus masuk ke rumah tetapi terhenti apabila melihat sesuatu garis hitam di badan kereta aku.

Mata aku terbuka besar melihat garis itu. Jari lembut aku menyentuh garis itu. Bukan kesan contengan.

Jadi ni kesan calar!

Kejap! Seriuslah. Kereta aku kena calar. Bila masa? Wey, ini kereta hadiah hari jadi aku tahun lepas dari bapa aku kot.

Mesti kena waktu aku bawa kereta laju tadi. Tak guna punya orang. Kalaulah kau tak ikut aku tak ada lah calar dekat badan kereta kesayangan aku ni.

Kesan calar itu dipegang oleh aku. Besar betul kesan ini. Dah lah ni kereta mahal. Kalau bawa baiki mesti mahal bayar dia.

Benci betul aku. Apalah malang sangat hari ni. Pagi tadi jatuh sebab Karl, kena ikut orang pula dan sekarang kereta aku calar pula. Memang bodoh lah!

Aku mengeluh seorang diri di situ. Lemah betul kaki aku nak diangkat naik ke rumah aku bila lihat semua ni. Tapi aku terpaksalah.

Kaki aku diangkat kembali berjalan menuju ke rumah dengan perasan yang sangat sedih.

Sesampai sahaja dirumah, beg tangan aku dibaling ke atas kerusi di tepi katil aku. Badan aku pula terus dihempap ke atas katil empuk di tengah bilik ini.

Penat betul aku hari ini dan tanpa aku sedar mata aku semakin melelapkan dirinya. Aku tertidur di situ.

.
.

Time skip

Tok! Tok!

Kelopak mata aku terbuka apabjla mendengar bunyi ketukan itu. Aku bangun dari katil empuk itu dan terus berjalan menuju ke pintu.

"Apa kau nak?" Soal aku apabila melihat Karl di hadapan pintu.

"Ada benda yang aku nak beritahu kau," jawabnya lalu beredar dari situ.

Aku yang masih dalam keadaan sedikit lemah selepas bangun tidur itu berjalan menuju ke bilik air. Muka dicuci untuk menyegarkan mata aku.

Selepas itu, aku terus pergi ruang tamu. Aku mengambil sofa yang ada dihadapan Karl. Di atas meja dihadapan aku penuh dengan kertas putih.

Mata aku memandang jam yang ada di dinding rumah ini. Pukul 7 malam. Awal juga lelaki ni pulang. Biasanya dia akan pulang pukul 8 atau 9 macam tu.

"Kau ingat lagikan pasal kemalangan kau 15 tahun lepas?"

Aku megangguk kepala. Macam mana aku nak lupa tragedi tragik itu. Nyawa aku hampir melayang tau.

"Aku nak beritahu kau. Kemalangan tu bukan tak sengaja tapi dirancang oleh seseorang. Dan kemalangan tu ada kena-mengena dengan Rania."

Aku menatap mata hazel milik Karl. Muka aku langsung tidak mengeluarkan apa-apa ekspresi.

"Aku tahu semua tu."

"Macam mana kau tahu?" Dia terkejut.

Aku mula membuka mulut aku. Aku mencerita bagaimana aku mengetahui hal tadi.

Sebenarnya aku terdengar perbualan antara Karl dan ayahnya. Semua yang mereka katakan dari mula bagaimana Karl memohon ayahnya untuk menceritakan kisah kemalangan aku dahulu.

Waktu aku mendengar luahan mulit ayah angkat aku, aku memang sangat sedih. Jiwa aku tidak teratur. Tidak tahu mahu marah, sedih atau dendam akan semua itu.

Tears of Melody [✔️]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon