cp 11

936 120 2
                                    

Kini aku berada di meja makan rumah Karl. Nasi dihadapan dimain oleh aku menggunakan sudu. Entah kenapa aku tidak ada selera pada waktu itu.

Aku memikirkan pertandingan yang akan berlaku esok. Sejak kejadian Ian menjadi pianist aku untuk pertandingan itu, hubungan aku bersama Rechel menjadi semakin rapat. Aku sudah mula mahu bercakap dengannya.

Macam mana mahu mengelakkan lagi hal itu kalau dia sudah macam 24 jam nak cakap dengan aku. Lambat laun aku kena juga layan dia. Kami sampaikan bertukar nombor telefon dan sebab itu dia tidak habis-habis memberi pesanan pada aku setiap malam.

Pada awalnya memang aku rimas tapi kalau dah selalu, hadap saja lah. Dah tak dapat buat apa-apa lagi.

Tapi itu bukan masalahnya. Masalahnya kini aku entah kenapa merasalam sesuatu yang buruk akan berlaku esok.

Aku mengeluh melihat nasi goreng yang aku buat untuk makan malam itu. Nasi itu masih penuh lagi di dalam pinggan itu kerana aku asik bermain akan nasi itu dengan sudu dari tadi. Satu suap pun belum aku makan.

"Kau nak tunggu nasi tu nanggis dulu ke baru kau nak makan," tiba satu suara datang dari arah belakang ku.

Aku menjeling ke arah suara itu. Aku tahu itu adalah suara Karl. Dia datang ke situ lalu duduk dihadapan ku. Rambutnya masih basah menandakan dia baru sahaja selesai mandi.

"Apa yang kau fikirkan sangat tu?" Soalnya.

Aku melihat sekilas ke arah lelaki itu lalu aku mengeluh lagi. Sudu yang memainkan nasi tadi terhenti.

"Aku fikir pasal esok."

"Kenapa dengan esok? Kau fikir kau akan kalah esok? Bagi aku haram muka kau nak kalah pertandingan macam tu," perli Karl.

Aku menjeling ke arahnya. Dah tanya perli pula. Lebih baik tak perlu tanya. Menyesal pula aku menjawab soalan lelaki ini tadi.

"Tak, aku just takut kalau ada benda buruk jadi esok. "

"Mungkin akan jadi benda buruk esok. Muka kau kan muka pembawa malang." Aku menjeling tajam kepada Karl yang menjawab aku begitu. Aku menahan sabar dengan katanya itu.

"Kau! Aku beritahu mummy nanti," aku mula ugut lelaki itu dengan menyebut nama ibunya a.k.a ibu angkat aku.

"Beritahulah, macam lah dia akan percaya."

"Okay, kau tunggu..." Balas aku.

Nasi dihadapan aku terus aku lahap kerana geram aku dengan Karl. Sehari tidak menyakitkan hati aku memang tak boleh. Menyesal pula aku jawab soalan dia ni tadi.

"Anyways, good luck for tomorrow," ujarnya lalu berdiri dan beredar dari situ.

Dia terus masuk ke biliknya tanpa menghiraukan aku lagi. Aku pun malas nak layan manusia kurang ajar tu. Aku dah jawab bagus-bagus, perlian pula yang aku dapat.

Dasar manusia kurang ajar.
.
.
.
.
.

Eva dan Alice berjalan di kaki lima bagunan itu. Dalam masa 3 jam lagi pertandingan itu akan bermula.

Dihati Eva masih lagi menyimpan dendam pada Claire sejak kejadian perempuan itu memalukan dirinya di depan kelas.

Sejak perempuan itu datang tidak ada benda bagus yang terjadi padanya. Dan apa yang lebih teruk lagi, boleh pula perempuan itu menjadikan Ian sebagai pianistnya.

Dia yang sudah hampir 5 tahun ingin Ian menjadi pianist dia walaupun sekali masih lagi tak dapat. Manakala perempuan itu baru datang bersekolah di situ selama satu bulan sudah boleh jadikan Ian pianistnya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now