cp 14

896 119 0
                                    

Kring!

Loceng waktu rehat sesi pagi berdering. Aku terus menyimpan semua barangan aku tadi. Akhirnya sudah selesai sesi berlajar dalam kumpulan aku.

Aku berdiri dan mengambil beg aku lalu terus keluar dari kelas itu sambil membawa beg violin aku. Aku terus menuju ke arah perpustakaan.

Seperti biasa. Hanya perpustakaan sahajalah tempat aku selalu berada di waktu rehat. Aku ini jenis manusia yang tidak makan pada waktu rehat jadi untuk membuang masa aku, aku biasanya akan berlajar di perpustakaan ataupun tempat yang sunyi.

Lagi pun perpustakaan sekolah ini selalu sunyi seperti mengundang aku untuk belajar di sana. Dengan keadaan yang sunyi dan adanya penghawa dingin yang sejuk, memang tempat yang amat sesuai untuk aku belajar.

Aku membuka pintu perpustakaan itu lalu aku berjalan menuju ke satu meja yang selalu aku duduk. Beg sekolah dan beg violin aku diletakkan di atas kerusi bersebelahan tempat aku duduk.

Aku mengeluarkan buku geografi untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru tadi. Airpod dipasang di telinganku sambil tangan aku menekan muzik yang ingin aku dengari.

Setelah selesai, buku dan alat tulis terus aku capai lalu aku terus membuat kerja itu.

Beberapa minit kemudian, kerja aku hampir siap tapi aku ada satu masalah. Entah kenapa ada satu soalan itu tiada rujukan di dalam buku teks aku. Banyak kali aku selak muka surat buku teks aku tapi aku masih lagi tidak dapat klu dari soalan tadi. Mungkin juga aku perlukan rujukan daripada buku lain.

Aku berdiri lalu berjalan ke arah tempat buku rujukan geografi berada di perpustakaan ini. Tempat itu tidak lah jauh sangat hanya beberapa meter dari tempat duduk aku tadi.

Setelah sampai, aku terus mencari buku yang aku mahu. Satu-persatu tajuk buku aku baca untuk mencari rujukan untuk tugasan tadi. Beberapa minit, aku cari akhirnya aku menemui buku itu. Aku mengambilnya lalu membacanya disitu juga kerana aku takut aku tersalah buku. Aku malas nak patah balik kalau aku tahu bahawa aku salah buku nanti.

Bruk!

Tiba bunyi buku terjatuh kedengaran dari arah belakang aku. Aku menoleh ke arah belakang tetapi tidak melihat sesiapa pun disana. Mungkin juga bunyi itu datang dari rak belakang aku ini.

Aku menutup buku tadi lalu berjalan ke arah rak belakang aku tadi dan melihat seorang lelaki sedang mengutip buku yang terjatuh di atas lantai.

Aku tidak perasan pula ada orang dalam perpustakaan ini. Aku fikir aku seorang sahaja. Mungkin sebab aku guna airpod tadi kot jadi aku tak dengar ada orang dalam ni.

Beberapa saat aku melihat lelaki itu dan akhirnya aku tahu dia siapa. Aku tersenyum lalu aku mengambil satu buku yang terjatuh berdekatan dengan tempat aku berdiri.

"Nah, buku kamu," ujar aku sambil menghulurkan kepada lelaki yang masih lagi mengutip buku itu.

Senyuman terpapar dimuka aku. Gembira juga aku dapat jumpa lelaki ini.

"Terima ka-" ucap lelaki itu lalu terus terhenti apabila melihat muka aku.

Mukanya yang tadi mahu menghadiahkan aku senyuman terus ditarik balik apabila melihat muka aku sahaja.

Buku ditangan aku terus dia rampas dengan kasar dan bercadang untuk terus berjalan dari situ tanpa mengatakan apa-apa kepada aku.

"Perth." sebut aku.

Kakinya yang tadi mahu membuka langkah terus terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.

"Akak dengar kamu dapat top 2 dalam course piano."

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now