cp 13

949 128 7
                                    

Aku duduk di kerusi penumpang bersebelahan dengan Karl yang membawa kereta itu. Telefon di tangan aku asyik aku main sejak tadi.

Hati terasa sedikit tenang apabila aku dapat mengalahkan Eva tadi. Siapa suruh dia berlagak sangat kan sudah dapat. Lain kali jangan sesekali mencabar aku.

"Oh ya, kau tahu ke yang pasangan pianist terkenal Eric dan Alya tu ada juga dekat sana tadi," tiba Karl berkata.

Tangan aku yang bermain telefon tadi terus terhenti. Aku terkejut dengan apa yang dia katakan.

"Siapa kau kata tadi?" Soalku untuk mendapat kepastian.

"Pasangan pianist terkenal, Eric dan Alya. Kau tahukan siapa diorang tu."

Aku memandang terkejut ke arah Karl yang memandu kereta itu. Bagaimana mana aku tidak tahu pasangan pianist tu.

Pasangan itu adalah pianist yang amat hebat dengan julukan nama 'devil and angel of piano'.

Siapa sahaja di dunia muzik ini tidak mengenali pasangan suami isteri itu. Pasangan itu selalu menggemparkan dunia muzik dengan cara permainan dan persembahan yang mereka lakukan. Sampaikan mereka pernah menjelajah dunia hanya untuk membuat persembahan piano yang sangat mahal tiketnya.

Bukan itu sahaja yang membuatkan mereka terkenal, ada lagi iaitu Erwa Music Academy. Sekolah itu adalah sekolah yang dibina oleh mereka berdua 20 tahun lepas. Oleh sebab itu nama mereka semakin naik apabila sekolah yang mereka bina dapat mengeluarkan banyak ahli muzik yang terkenal diseluruh dunia.

Jadi memang mustahillah kalau ada ahli muzik tidak mengenal pasangan suami isteri yang hebat itu.

"Dekat mana kau jumpa diorang tu?" Soal aku.

"Dekat dewan sekolah kau tadi. Mereka duduk sebelah aku je," jawab Karl.

Benda itu lagi mengejutkan aku. Untung juga Karl boleh duduk bersebelahan dengan pasangan itu. Walaupun keluarga Claes dengan keluarga pasangan itu saling mengenal tapi aku belum pernah bertemu mereka secara depan-depan.

"Apa diorang buat sana?"

"Manalah aku tahu. Kau fikir aku boleh baca fikiran mereka." Aku mengeluh dengan jawapan Karl itu. Cuba lah sekali-kala ambil sikit hal orang. Ini tak, nak tahu hal sendiri sahaja.

Apa saja lah pasangan terkenal itu buat di sekolah itu. Tak kan nak tonton pertandingan itu. Sedangkan sekolah utama pun pasangan itu susah nak datang tapi sekolah itu macam tu je diorang datang. Mesti ada sesuatu yang ada di sana sampai membuatkan mereka datang ke sana.

.
.
.

Aku duduk melontarkan pandangan ku ke luar bagunan sekolah ini. Sudah 2 hari sejak pertandingan itu. Aku masih lagi tidak mengetahui kenapa pasangan pianist itu datang ke sekolah ini. Rasa ingin tahu aku memang semakin membuak, tapi aku tidak tahu bagaimana hendak mengetahui tujuan pasangan itu datang.

Aku mengeluh di tempat duduk. Mahu fokus di depan kelas pun aku sudah aku tak sanggup. Kelas pagi amatlah membosankan ku. Aku sampaikan mahu tidur di kelas ini.

Mereka masih lagi berlajar benda yang sama dan sungguh lambat untuk mereka bertukar topik. Aku tak tahu lah kenapa sekolah ini seperti ini.

"Okay, sekarang saya nak kamu semua buat kumpulan. 3 orang satu kumpulan. Lepas tu saya nak kamu buat study group," ujar cikgu perempuan di hadapan kelas.

Buat kumpulan. Serius lah.

Dah lah aku tak bagus hubungan dengan budak kelas ni. Ini kan nak buat kumpulan pula. Siapa nak kumpulan dengan aku?

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now