cp 8

1K 134 2
                                    

Aku duduk di dalam kelas itu dengan senyap. Setelah Perth keluar daripada kelas itu, aku langsung tidak menyentuh violin aku. Aku sudah malas hendak berlatih. Kepala aku penuh memikirkan hal tadi.

Bagaimana aku mahu membuat Perth mempercayai aku?

Semua yang dia katakan tadi adalah salah. Aku tidak pernah beri semua penyeksaan kepadanya. Malah aku tidak sanggup berbuat begitu.

Kalau aku boleh putarkan masa, sudah lama aku tolong dia keluar dari rumah puaka itu. Tapi masalahnya aku tidak dapat. Aku terlalu lemah. Aku tidak dapat menolongnya.

Aku mengeluh di situ berseorang. Dan tanpa aku sedari semua murid di kelas itu sudah sampai. Aku melihat mereka seperti sungguh ceria selepas keluar dari kelas tadi. Andai saja aku boleh seceria mereka. Tidak perlu aku memikirkan semua hal ini.

"Okay sekarang, cikgu nak dengar permainan kamu selepas kamu berlatih tadi," ujar guru ku dihadapan itu.

Semua murid mula gemuruh menunggu masa mereka. Manakala aku hanya duduk memikirkan hal tadi.

Aku melihat semua persembahan murid kelas ini. Boleh dikatakan teruk. Aku tak tipu. Memang teruk.

Dengan melody yang tidak tentu arah, vibrato tak betul dan apa lagi teruk ada pula yang terlepas note. Hebat juga mereka semua ni boleh masuk ke sekolah ni dengan cara permainan seperti itu.

Kalau aku lebih sanggup berhenti belajar dulu untuk berlajar violin sebelum aku sekolah ke sini.

"Okay, sekarang Rachel," nama perempuan itu disebut.

Aku ada terasa teruja juga mahu melihat cara permainan perempuan itu. Dia kelihatan seperti bagus dalam sight reading. Bagaimana aku tahu? Sudah semestinya aku pernah lihat budak tu main dulu.

Ketika itu aku sedang sibuk membaca buku di perpustakaan 2 hari lepas aku ada melihat seorang perempuan bermain violin di taman yang berdekatan dengan perpustakaan sekolah ini. Jadi muzik yang dimainkan oleh perempuan itu dapat sampai masuk ke dalam perpustakaan itu.

Aku melihat memainkan lagu yang sangat banyak sight reading. Jadi aku kagum lah jua melihat dia hampir betul semua not lagu itu.

Berbalik kepada cerita Rechel di kelas tadi. Aku mendengar dia memainkan violin dia. Bagus dan dapat mengagumkan ku. Melody dia betul dan tidak terlepas satu pun not. Hanya vibrato saja dia masih kurang mahir. Tapi kalau diusahakan lagi mungkin dia boleh buat vibrato yang bagus.

"Okay, terima kasih. Sekarang Claire. Kamu pula," nama aku di sebut.

Semua mata terus memandang ke arah aku. Aku menghiraukan pandangan tajam pelajar kelas itu dan terus berjalan kehadapan kelas sambil membawa violin di tangan ku.

Aku mengatur dahulu posisi badan ku sebelum aku memulakan permainan ku. Setelah selesai aku pun memulakan permaianan ku.

Aku memainkan Paganini caprice 24.

Dan dalam masa beberapa minit, aku pun selesai permainan ku. Aku mendapat tempukan yang gemuruh oleh guru ku diikuti oleh pelajar kelas ini.

Kecuali seoarang sahaja iaitu perempuan yang menegur aku hari itu. Maaf aku terlupa pula nama dia.
Dia tak penting dalam hidup aku jadi buat apa aku nak ingat nama dia.

Aku berjalan balik ke tempat duduk ku setelah guru itu membenarkan aku duduk. Violin aku terus disimpan ke dalam begnya kerana aku tidak mahu violin aku tertedah dengan matahari sangat.

Tok! Tok!

Satu bunyi ketukan pintu kedengaran dari luar kelas itu. Aku yang menyimpan violin ku itu malas mahu melihat gerangan siapa yang datang.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now