cp 36

802 98 2
                                    

Tok!  Tok!

"Masuk," ucap aku apabila mendengar pintu bilik latihan itu diketuk.

Pintu bilik itu dibuka dan kelihatan Carol masuk sambil membawa beg sekolahnya. Dan entah kenapa pada waktu itu pakaian dia kelihatan sungguh tidak terurus.

"Maaf kakak, saya lambat."

Aku melihat ke arah dan mengabaikan sahaja kata maaf itu. Telefon ditangan aku masih lagi dimainkan oleh aku.

Budak perempuan itu datang ke arah aku lalu meletakkan beg sekolahnya di sofa aku duduk. Satu buku didalam beg dikeluarkan dan terus dia berjalan menuju ke arah piano di tengah bilik ini.

Setelah melihat kelakuan budak itu, aku pun berhenti bermain telefon dan mula mengambil violin untuk memulakan latihan.

Aku melangkah pergi ke hadapan Carol yang sedang mengaturkan kedudukkan buku muziknya. Tiba-tiba mata aku menangkap sesuatu di badan budak itu.

"Siku kau kenapa luka?" Tegur aku melihat sikunya sudah berbalut dengan handiplast itu.

"Sa-saya terjatuh tadi," jawabnya secara tergagap-gagap.

Matanya tidak memandang aku, mesti ada benda yang tak benar dia katakan. Dia juga kelihatan gelisah apabila aku menanyakan hal itu tadi.

"Kau ni memang setiap hari jatuh ke," ujar aku dengan nada bergurau.

Budak itu tidak menjawab malah hanya tersenyum sambil menggaru lehernya.

Aku menggelengkan kepala aku kepada budak itu lalu berjalan ke posisi aku. Dengan arahan aku, kami memulakan latihan pada hari tersebut.

.
.
.

Time skip

Aku memberhentikan permainan aku apabila sudah sampai dipenghujung. Carol yang memainkam piano juga turut berhenti.

Violin dileher aku diturunkan lalu aku merenggangkan sedikit leher aku.

"Rehat 30 minit," ucap aku sambil berjalan menuju ke sofa bilik itu.

Violin aku diletakkan di atas meja kecil sebelah sofa. Beg aku dibuka dan dua air kotak jus epal dikeluarkan oleh aku.

"Nah, ambil ni," kata aku sebelum aku membaling satu kotak air tadi ke arah Carol.

Carol menangkap air kotak itu lalu tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada aku.

Aku mencucuk strow di dalam air kotak itu dan terus meminumnya. Budak perempuan dihadapan aku juga berbuat sebegitu.

Ting!

Telefon aku tiba berbunyi. Aku mengambil telefon itu lalu membuka aplikasi whatsapp.

Nama Karl tertera di atas skrin itu yang bermaksud dia menghantar pesanan kepada aku. Tanpa membuang masa aku terus menekan pesanan itu untuk membacanya.

"Carol, hari ini kita sampai sini jer. Aku ada kerja sikit, jadi aku terpaksa balik awal," ujar aku apabila mendapat pesanan itu.

Aku dengan pantasnya menyimpan semua barangan aku lalu aku terus melangkah keluar dari bilik itu.

"Kunci bilik ni kau jangan lupa hantar," pesan aku kepada Carol sebelum aku menutup pintu bilik itu.

Kemudian aku berlari menuju ke kereta untuk balik ke rumah dengan segera. Aku tahu mesti Carol hairan dengan sikap aku ini. Tapi biarlah, yang penting sekarang adalah masalah Karl di rumah itu.

.
.
.
.
.

Carol memandang pelik ke arah kakak kelasnya yang berlari keluar dari bilik latihan itu tadi. Dia tidak tahu apa yang boleh membuatkan Claire berlari sampai begitu sekali.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now