cp 29

861 104 3
                                    

"Okay, semua boleh turun," ujar cikgu pengiring selepas bas ini berhenti.

Dari arah tingkap aku dapat melihat sebuah muzium muzik yang sangat besar. Reka bentuk muzium ini juga sangat bagus. Jadi di situ tempat lawatan sambil berlajar kami akan bermula.

Keadaan di dalam bas ini mula jadi bising apabila banyak pelajar sudah mula berjalan keluar dari bas. Aku masih lagi duduk di kerusi ku keran tidak mahu berdiri dulu. Keadaan dalam ini sekarang terlalu sesak untuk aku jalan jadi aku akan tunggu dahulu.

Perth yang duduk sebelah aku pun belum lagi berdiri. Mungkin dia juga tak nak bersesak dekat sana. Manakala Rechel dan Ian sudah keluar terlebih dahulu daripada kami berdua.

Setelah laluan keluar bas sudah tidak sesak, kami berdua mula berdiri. Aku mula mengambil beg aku lalu aku sandang di belakang ku. Aku melihat Perth berjalan keluar dari tempat duduk itu lalu aku mengikutinya. Dia keluar tapi tidak berjalan terus kerana dia ingin mengambil begnya di tempat letak beg di atas bas itu.

Aku menghiraukannya dan terus berjalan keluar ke pintu bas. Keluar sahaja aku, aku dapat melihat banyak pelajar sudah masuk ke barisan mereka. Aku cuba cari Rechel untuk mengetahui barisan aku.

Beberapa saat aku meninggikan badan aku, akhirnya aku melihat Rechel yang melambaikan tangan kepada aku. Aku tanpa berfikir panjang terus berjalan menuju ke arah itu.

"Kau!" Tiba aku terdengar suara Perth dari arah belakang aku.

Langkah aku terhenti lalu aku menoleh ke arah suara itu. Aku melihat Perth berjalan ke arah aku sambil membawa beg violin ditangannya.

"Kau punya," katanya sambil memberi beg itu. Aku tersenyum melihat dia memberi aku beg violin yang aku lupa tadi.

"Thanks," ucap pendek aku lalu aku sambung berjalan menuju ke arah Rechel.

Tak sangka Perth tahu itu aku punya dan terima kasih pada dia aku tidak lupa beg itu di dalam bas. Kalau tak mesti susah nanti.

.
.
.

Time skip

Aku berjalan-jalan di dalam muzium itu sambil mendengar suara seorang lelaki di hadapan aku. Lelaki itu menceritakan semua kisah dan juga mengajarkan tentang sejarah yang terdapat di dalam muzium itu.

Aku pada awalnya tidak mahu mendengar tapi bila dah lama tertarik juga aku nak dengar cerita lelaki itu.

Aku melihat ke arah satu gambar di dinding itu. Kelihatan sungguh cantik dan lama. Nampak muzium memang menjaga barangan mereka dengan baik.

Di dalam muzium ini juga ada peralatan muzik tradisional dan kisah tentang alat muzik itu. Muzium ini memang tidak berat sebelah memilih peralatan muzik yang patut ada di dalam ini.

"Semua berkumpul sini, saya nak bahagi kumpulan kamu untuk kerja kumpulan nanti," ucap cikgu Emma selaku guru pengiring kami.

Semua pelajar mula berjalan menuju ke arah cikgu Emma. Jadi sekarang tiba masanya untuk kerja kumpulan dimana kami akan sama kumpula dengan pelajar bawah kami.

Aku sedikit tidak pasti dalam hal ini kerana aku bukanlah orang yang peramah jadi bagi aku mungkin akan menjadi sedikit sukar untuk aku berbual dengan adik kelas aku nanti.

Aku hanya mengikut sahaja Rechel dan Ian yang berjalan dihadapan aku. Kumpulan sudah diagihkan dari asal para guru jadi sekarang hanya perlu minta senarai nama kumpulan sahaja.

"Disebabkan kumpulan kamu ni paling sedikit ahli jadi saya tetapkan kamu dengan pasangan adik kelas ya," ujar guru itu.

Rechel hanha mengangguk merasa guru itu. Memang betul kumpulan kami adalah kumpulan paling sedikit bilangannya berbanding dengan kumpulan. Kalau di lihat dari sini satu kumpulan itu ada dalam 6 orang ahli manakala kami hanya bertiga campur dengan pasangan adik kelas nanti.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now