cp 96

792 75 6
                                    

Elena duduk dengan perasaan takutnya di dalam kereta itu. Dia sedar bahawa dirinya telah membuat satu lagi kesalahan besar.

Dia sudah hampir membuat seorang lagi mati dengan keretanya itu. Pada waktu itu dia terlalu mengikutkan perasaan marahnya sehingga sanggup melanggar Claire.

Pada awalnya dia mahu melanggar Perth kerana budak itu sebab dia rahsia dia tentang dokumen palsunya boleh ada di tangan encik Darren.

Tapi semua itu berlaku disebaliknya apabila Claire sempat menolak Perth dan membuat dirinya dilanggar.

Niat Elena pada waktu itu memang mahu membunuh Perth tapi dia tidak sangka Claire yang kena.

Dan atas sebab itu keselamatan dia semakin terancam. Sudahlah dia larikan diri dari polis dan kini dia sudah mencari pasal dengan keluarga kuat Claes itu. Memang habislah nasibnya selepas ini.

Buntu kepalanya hendak melakukan apa lagi selepas ini. Kalau dia mahu keluar dari negara itu sudah pasti tidak boleh kerana pasportnya tiada. Lagipun mukanya mungkin sudar tersebar menjadi orang yang dikehendaki oleh polis.

"Apa aku nak buat ni..." stereng keretanya dihentak kuat.

Dia memang tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Mahu menyorok sudah pasti terlambat.

Tangan kanannya menyelak rambut yang sudah tidak terurus itu dan tiba kepalanya berfikir sesuatu. Senyuman senin dihadiahkan olehnya sendiri.

"Kalau aku mati, kau pun mesti mati," kata akhirnya sebelum menghidupkan enjin kereta dan beredar dari situ.

.
.
.

Seperti biasa Karl duduk menemani Claire yang masih tidak sedarkan diri. Lelaki itu setia menunggu walaupun dia tidak tahu bila gadis itu akan sedar.

Lagi pun dia mana boleh tinggalkan gadis itu kerana nyawa gadis itu dalam keadaan bahaya sekarang. Bila-bila masa sahaja boleh terjadi apa-apa.

Dalam dia duduk diam di situ, tiba-tiba telefonnya berdering. Kaca telefonnya menunjukkan nama kawannya iaitu Danny.

Tanpa menunggu lagi, terus lelaki itu berjalan keluar dari bilik itu untuk menjawab panggilan.

Sempat dia melihat seorang jururawat memakai topeng muka sambil membawa beberapa kertas seakan dokumen masuk ke dalam bilik itu sebelum dia keluar.

Karl mengendahkan semua itu lalu terus berjalan sambil menjawab pangilan telefon tadi.

"Hello, ada dapat apa-apa maklumat pasal perempuan tu ke?" Soalnya di dalam pangilan itu.

"Karl, aku dah dapat jejak kereta yang kau cari tu."

"Betul ke. Mana kereta tu sekarang?"

"Hospital. Hospital adik kau. Kau mesti pergi sana sekarang."

Tiba telefon itu berhenti. Karl menoleh ke arah pintu bilik Claire dan terus lelaki itu berlari ke arah situ.

Pintu dihempas buka lalu terus dia melihat jururawat tadi ada di dalam bilik sambil menyentuh alat pembantu penafasan yang digunakan oleh Claire

"Elena!" Sebut Karl apabila melihat muka wanita itu.

Wanita itu tersenyum senin melihat wajah Karl.

"Apa? Takut aku bunuh budak ni," ujar Elena dengan nada berani.

"Jangan kau berani," amaran Karl.

"Kau kena tahu, kalau aku mati, budak ni pun mesti ikut," terus wanita itu mencabut alat pernafasan tersebut.

Dan sekelip mata degupan jantung Claire melemah. Elena tersenyum lalu berlari keluar dari bilik tersebut.

Tears of Melody [✔️]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant