cp 10

963 126 0
                                    

Aku berjalan menuju ke bilik latihan sekolah ini sambil membawa beg violin ku. Aku masih lagi memikirkan kejadian semalam.

Kenapalah aku setuju nak jadi kawan dengan Rechel hari tu?

Rasa menyesal ada juga. Tapi setidaknya dia tidak lagi mengganggu ku seperti dulu.

Aku berhenti berjalan di bilik 302 iaitu bilik latihan yang aku tempah. Id card pelajar aku dikeluarkan lalu aku scan di tepi pintu itu. Kunci pintu itu terus terbuka. Aku memulaskan tombol dan membuka pintu itu.

Aku masuk bilik latihan itu dan melihat ada orang lain di balik piano yang besar di tengah-tengah bilik itu. Aku salah bilik ke?

Aku mengudurkan sedikit badan ku untuk melihat nama pengguna bilik itu. Betullah aku. Jadi kenapa ada orang lain dalam bilik ini.

Takkan aku salah waktu pula?

Aku cuba melihat waktu tempahan aku tapi semuanya betul. Jadi sini aku tak salah lah kan.

Aku masuk ke dalam bilik itu dan berfikir mahu bertanya kepada 2 orang yang ada di bilik itu.

Aku tidak nampak jelas muka mereka kerana dilindungi oleh piano yang besar. Tapi apa yang aku tahu 2 orang itu adalah lelaki dan perempuan.

"Maafkan saya, bilik ni..." kata aku terhenti apabila aku melihat sosok sebenar orang itu.

Orang itu adalah Rachel dan seorang lagi kawan yang pernah dia kenali pada aku dulu. Entah apa nama dia? Ina ke Ian?

"Claire, datang pun kau!" Aku hanya berserah sahaja apabila bertemu dengan perempuan ini.

Dia masih lagi meganggu aku. Dan apa yang lebih teruk, macam mana dia tahu aku guna bilik ini.

Aku memgeluh lalu duduk di sebuah bangku yang berdekatan dengan piano itu. Rechel juga turut duduk disebelah ku. Manakala lelaki yang bersama Rechel hanya duduk di kerusi piano dihadapannya.

"So, Claire yang tu Ian. Dia sama kelas kita juga just lain course." Rachel menunjukan ke arah lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat keningnya apabila diperkenalkan oleh Rechel. Mukanya lebih kurang kacak. Seperti ada kacukan France. Muka mat saleh gitu.

Entah kenapa melihat muka lelaki ini mengingatkan aku dengan seseorang. Tapi aku tidak ingat siapa orang itu. Yang aku pasti muka lelaki ini seperti aku pernah lihat sebelum ini.

"Apa yang kau nak datang sini?" Soal ku.

"Sebenarnya aku datang sini nak beritahu kau pasal pertandingan yang kau kena pilih hari tu," balasnya.

Aku sedikit tertarik dengan topik yang ingin perempuan ini katakan. Aku juga belum tahu apa-apa tentang pertandingan itu.

"Kenapa dengan pertandingan itu?"

"Macam ni, disebabkan kau budak baru kau mungkin tak tahu yang pertandingan tu boleh menjejaskan point kau dekat sekolah ini."

"Menjejaskan point aku? Maksud kau?" Soal aku balik.

Apa punya pelik pertadingan yang boleh menjejaskan pembelajaran orang pula ni. Tak pernah dengar pula aku yang sekolah bawahan Erwa Academy ada buat pertandingan seperti ini. Ke sekolah ni jer yang buat.

"Kalau kau kalah atau kau dapat nombor terakhir pertandingan tu, point kau selama kau sekolah sini akan turun sebanyak 50% dan berkemungkinan juga kau akan dikeluarkan dari course kau atau akan ditukar ke sekolah lain," Ian pula yang menjawab soalan aku tadi.

Sejak bila pertandingan seperti ini berlaku di sekolah macam ini. Sekolah lama aku pula tak pula ada guna pertandingan. Tapi kami menggunakan ujian. Kalau ujian itu jujurlah sikit tapi ini pertandingan. Pelik betul.

Sudahlah point yang dikurangkan banyak betul. 50% tu sama macam potong setengah tu.

"Sejak sekolah ni bila ada sistem macam tu?"

"Sejak pengetua sekolah kita ditukar," balas Rechel.

Memang ada muslihat di balik semua ini. Dan pengetua itu mesti terlibat dalam semua ini. Nampaknya terpaksalah aku hapuskan pengetua itu dan buat Karl jadi pemilik sekolah ni.

"Jadi yang kami risaukan sekarang adalah kau," ujar Rechel.

"Kenapa kau risau pasal aku pula?" Aku melihat pelik ke arah Rechel.

"Aku tak risaukan cara permainan kau tapi aku risau sebab kau belum ada pianist. Pertandingan tu 2 minggu depan kot," terangnya.

Aku diam memandang lantai. Betul juga kata Rechel, aku belum lagi ada pianist yang kan bersama aku nanti. Dan sekiranya aku tiada pianist penyertaan aku dikira kalah terus.

Macam mana aku nak cari pianist dalm masa singkat ini. Sudahlah aku malas nak bercakap dengan budak dari jurusan piano.

"Jadi aku cadang kau partner je dengan Ian je. Nak tak?" Tiba Rechel mencadangkan aku hal itu.

"Ian kan partner kau, kenapa aku nak pertner dengan dia?"

"Alah tak pe... Ini just for pertandingan bukan untuk ujian pun. Ian pun setuju nak partner dengan kau."

Aku memandang ke arah lelaki yang duduk di kerusi piano itu. Dia kelihatan tenang seperti sudah tahu semua ini.

"Kalau macam tu kenapa kau tak partner dengan Eva je?" Soalan seperti memerli aku berikan kepada Ian.

"Tak nak aku perempuan tu. Menggedik 24 jam. Nanti latihan bukannya buat latihan pun. Main violin pun macam nak pecah telinga aku dengar," lantas dia membalas.

Aku tertawa kecil mendengar jawapan itu. Akhirnya ada juga orang yang bersependapat denganku. Aku fikirkan aku sorang sahaha yang dengar budak tu main violin macam pecah telinga rupanya ada lagi orang lain.

"Eh! Kau senyum lah." Tiba Rachel menegurku.

Aku terkejut lalu dengan cepar menoleh belakang. Aku tidak mahu mereka melihat muka aku. Aku juga tidak sangka yang ku akan tersenyum pada waktu itu.

"Ini kali pertama aku lihat kau senyum. Cuba kau selalu senyum aku rasa ramai yang nak jadi kawan kau," puji Rachel yang membuat aku malu.

Kalau boleh dilihat merah muka aku sekarang mungkin sudah semerah tomato sudah. Ini kali pertama aku rasa malu sebegini.

"Anyways, kau setujukan Ian jadi pianist kau?" Rechel bertanya.

Aku mengangguk tanpa melihatnya. Aku berdiri membelakangi dia lalu aku mengambil violin aku.

Aku tidak mahu dia melihat muka aku yang merah ini. Takut akan di perli lagi.

Dan dari situ juga aku dapat mendengar suara keriangan Rechel apabila aku menerima tawarannya. Kali ini aku terpaksa menerima tawaran Rechel demi masa depan aku di sekolah ini.

Aku tidak mahu rancangan yang aku dan Karl rancangkan hancur hanya disebab oleh pertandingan bodoh ini.

Kalau rancangan itu hancur tak jadi apa-apa tak pa tapi ni tak. Nanti akan ada benda yang lebih teruk Karl akan rancangan untuk mendapatakn sekolah ini.

Siapa tal kenal Karl tu. Selagi apa yang dia nak tak dapat selagi tu dia cuba sedaya upaya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now