cp 21

857 106 0
                                    

"Claire, datang pun kau," ucap Rechel apabila melihat aku berjalan menuju ke arahnya.

Seperti yang dijanjikan pada minggu lepas bersama madam Lisa aku, Rechel dan Ian akan membuat satu persembahan untuk kanak-kanak di tadika sini.

Aku berjalan masuk ke dalam tadika ini. Cukup besar juga tempat ini. Aku tadi nak cari tempat letak kereta pun senang sebab tempat ini besar.

"Madam Lisa dah ada dekat dalam. Jom masuk." Rechel mula menarik tangan aku apabila aku sampai dihadapannya.

Aku dengan penuh relanya hanya bersabar ditarik macam itu. Tak boleh ke biar aku jalan sendiri. Ian belakang tak ada pula kau tarik. Aku ni juga kau tarik.

Dalam aku berjalan menuju ke tempat madam Lisa, aku sempat melihat kawasan tadika ini. Patutlah besar, rupanya dalam tadika ni ada 3 kelas yang berbeza. Kanak-kanak dalam tadika ini juga kelihatan banyak apabila aku lihat dari tingkap di kaki lima ini.

Tok! Tok!

Rechel mengetuk pintu satu bilik di hujung koridor ini. Dia melepaskan tangan aku setelah sampai di situ. Akhirnya bebas juga tangan aku.

"Datang pun kamu bertiga. Masuklah," ucap madam Lisa apabila pintu tadi dibuka.

Kami bertiga masuk ke dalam dan melihat kawasan bilik itu. Kelihatan ada seorang lagi wanita yang duduk di sofa bilik itu.

"Jadi kamu bertiga yang akan buat show hari ni?" tanya wanita itu.

Kami bertiga menganggukkan diam.

"Nama saya Kelly. Boleh panggil madam Kalley je. Saya pemilik tempat ni." Wanita itu menghadiahkan senyuman kepada kami bertiga.

Aku diam melihat wanita itu. Aku seperti pernah mendengar nama Kelly itu mana-mana sebelum ini. Mungkin firasat aku sahaja.

Lagipun aku mana pernah pergi tadika ini dahulu ketika aku masih lagi ada disini. Aku dulu biasakan home school sahaja.

"Jemputlah duduk. Penat saya lihat kamu bertiga berdiri di situ," madam Kelly mempersilakan kami duduk di sofa hadapannya.

Kami berjalan menuju sofa itu. Sofa itu tidaklah besar sangat jadi hanya Ian dan Rechel sahaja duduk di sofa hadapan wanita itu. Aku pula duduk di sofa bersama dengan wanita tadi.

Beg violin aku diletakkan di atas meja kopi dihadapan sofa ini bersama dengan beg violin Rechel.

"Show kamu bertiga akan mula pukul 9 ni jadi dalam pukul 10 murid-murid akan keluar bermain. Kalau kamu bertiga nak main sekali dengan mereka pun boleh," terang madam Lisa kepada kami.

Kami bertiga menganggukkan faham atas keterangan itu. Aku melihat jam ditangan aku. Pukul 8.15 pagi. Jadi tak lama lagi lah.

Aku melihat sekeliling bilik ini. Cukup besar juga dan ada juga pelbagai lukisan di dalam bilik ini. Mungkin wanita ini pencinta seni lukisan.

Semasa aku melihat lukisan di dinding bilik ini, mata aku tertarik dengan satu lukisan di hujung bilik ini.

Lukisan itu menunjukkan seorang perempuan berambut panjang berwarna perang sedang bermain piano di sebuah taman. Sungguh indah sehingga mengingatkan aku dengan seorang yang amat aku rindui. Tempat di dalam lukisan itu juga mengingatkan aku dengan taman yang dijaga oleh Rania ketika dia masih lagi hidup dulu.

Amat serupa sehingga aku berfikir orang di dalam lukisan itu adalah Rania.

"Jemputlah minum air ni dulu. Manisan pun ada ni," pelawa madam Kelly aku apabila seorang perempuan datang ke bilik itu sambil membawa dulang berisi air dan makanan.

Tears of Melody [✔️]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt