cp 38

803 98 0
                                    

Matahari menyinari hari aku yang biasa ini. Aku duduk di sebuah gazebo yang berdekatan dengan taman sekolah seorang diri.

Kini sudah sampai masa untuk ujian di sekolah ini bermula. Namun ujian pertama iaitu ujian untuk kelas biasa diadakan lebih awal dari ujian kedua iaitu ujian muzik. Jadi aku tidak terlalu fokuskan untuk belajar ujian kedua dahulu.

Buku teks sains dihadapan aku ditatap aku dari tadi. Aku cuba mengulang kaji pembelajaran aku untuk ujian esok. Walaupun sudah hampir 10 kali aku membaca bahagian yang sama tapi aku masih juga tidak yakin dengan kebolehan ku untuk menjawab ujian akan datang.

Selepas hampir 20 minit aku belajar disitu seorang, akhirnya aku selesai. Buku sains aku ditutup dan disimpan di dalam beg. Buku muzik pula yang aku keluar untuk aku belajar.

Aku merenggangkan tangan dan leher aku sebelum aku memulakan sesi belajar aku. Setelah selesai, aku terus membuka buku itu dan sambung belajar.

Aku berasa sangat untung kerana dua orang sahabat aku itu tidak ada sekarang. Kalau tak mesti aku tidak akan dapat belajar dengan tenang.

"Uhm... Kakak, boleh tak kalau saya nak duduk sekali," tiba satu suara kedengaran dihadapan meja gazebo ini.

Aku mengangkat muka dan melihat Carol yang berdiri di situ. Aku membenarkan dia duduk sekali kerana aku tahu dia tidak akan mengacau aku belajar. Lagipun mesti dia nak belajar juga. Kalau tak kenapa lah dia bawa buku ditangan diakan.

Kami berdua tidak bersuara disitu. Tidak ada satu pun perkataan keluar dari mulut kami berdua kerana terlalu sebuk mengulang kaji mata pelajaran masing-masing.

"Hai, kak." Tiba aku mendengar satu suara berdekatan dengan aku.

Aku megangkat muka aku sekali lagi dan melihat 2 orang pelajar perempuan berambut pendek dihadapan aku. Aku diam tidak menjawab sapaan mereka.

"Boleh tak kalau saya nak pinjam dia ni?" salah seorang daripada mereka menunjuk ke arah Carol.

Aku melihat ke arah Carol yang duduk diam dan kelihatan seperti sedikit gelisah. Dia takut ke?

Tertanya pula aku siapa pelajar 2 orang ini. Seingat aku Carol ni tak ada kawan jadi kalau mustahil mereka ni kawan Carol.

"For what?" Soalku.

"Kami nak cakap sesuatu pada dia," jawab mereka.

Aku menjeling ke arah Carol sekejap. Dia kelihatan sungguh takut pada waktu itu sehinggakan tangannya bergetar ketakutan. Mungkin mereka ini pembuli dia.

"Sorry, aku masih ada urusan dengan dia." Aku cuba menyelamatkan budak itu.

"Eh... Bolehlah kak. Sekejap jer. Carol pun mesti ada benda nak cakap dengan kita orangkan," kata itu ditegaskan kepada Carol.

Tangan dia orang pelajar itu menggenggam tangan Carol menanda dia mesti mengikuti mereka.

Dari arah aku aku dapat lihat Carol mengetap bibirnya tanda takut. Dan tangan kirinya cuba menarik lengan baju aku menanda dia meminta tolong aku.

Nampaknya sangatlah sekarang hubungan dia dengan pelajar 2 orang itu. Terpaksalah aku tolong kali ni.

"Aku rasa korang boleh je cakap dalam kelas kan. Sekarang aku memang ada urusan dengan dia. So sorry, tak boleh."

Pelajar itu kelihatan seperti sedikit marah kepada aku apabila mendengar balasan aku tadi. Mereka berdua terus berlalu pergi dari situ.

Aku menoleh semula ke arah Carol. Tangan kiri Carol yang menarik lengan baju aku tadi dilepaskan. Carol pada waktu itu kelihatan seperti lega akan sesuatu.

Tears of Melody [✔️]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt