cp 16

862 116 1
                                    

Jari Perth laju menekan papan kunci piano di hadapannya. Sejak dia masuk ke dalam bilik latihan itu, tangan dia tidak pernah berhenti bermain piano.

Dia memang selalu begitu, apatah lagi bila masuk musim ujian. Dia tidak akan berhenti berlatih piano sampailah dia dapat yang terbaik.

Walaupun Ray, kawan baiknya menasihati dia supaya berehat tapi dia masih juga berdegil dan mahu berlatih. Kadang-kala sampai tidak tidur malam dia berbuat begitu.

Bagi dia sekarang piano adalah segalanya. Kalau dia gagal piano maknanya dia gagal dalam hidup dia. Dia tidak mahu itu terjadi.

Ting!

Sebuah pesanan masuk ke telefon pintar lelaki itu. Perth yang mendengar bunyi itu hanya mengendahkan sahaja. Dia paling tidak suka kalau waktu latihan dia diganggu oleh benda seperti itu.

Ting! Ting! Ting!

Semakin banyak pula pesanan yang datang sampaikan Perth berasa rimas dan terpaksa mengambil telefon itu. Dia dengan marahnya membuka telefon itu lalu melihat Ray yang menghantar pesanan kepada dia.

Perth menbaca pesanan itu. Pesanan itu mengatakan bahawa ahli ketua pelajar harus berjumpa dengan pengatua untuk muasyarat penting dengan segera.

Perth dengan rasa marahnya membaling telefon itu ke arah sofa. Marah dirinya apabila terpaksa melayan pengetua itu. Selalu sangat buat begitu sampai mengganggu masa pelajar lain.

Sebab itu dia malas nak jadi ahli ketua pelajar tapi semua itu tidak dapat dielak kerana pemilihan diambil mengikut markah terbaik seseorang pelajar itu.

Perth dengan hati yang panas dia mengemas semua barangannya tadi dan terus keluar dari bilik latihan itu. Buang masa dia saja tempah bilik itu untuk 2 jam tapi tidak sempat dia habiskan waktu itu atas sebab muasyarat pengetua itu.

Dengan kepala yang pening dia berjalan di kaki lima itu. Mata dia menjeling sedikit ke arah bilik tempat Claire ada tadi tapi nampak dia sudah tiada. Bilik itu kosong dan gelap. Mungkin mereka sudah habis menggunakan bilik itu.

Perth berjalan keluar dari bangunan itu menuju ke bangunan dihadapan dia. Kepala dia terasa sungguh sakit dengan bebekalkan lagi perut yang kosong. Memang sungguh sakit Perth waktu itu. Tapi dia tidak mahu mengakui hal itu. Dia memaksa dirinya berjalan.

Dalam dia berjalan tiba-tiba pandangan dia menjadi kurang jelas. Kaki dia juga terasa sungguh lemah. Rasa pening di kepala dia menjadi semakin kuat.

Dan dalam masa beberapa saat badan dia rasa sungguh berat membuatkan dia tidak seimbang. Pandangan dia juga terasa sungguh tidak jelas. Dia seperti mahu rebah di situ.

Tangan dia cuba memegang kepala dia yang sakit itu manakala kaki dia masih lagi memaksa untuk berjalan. Dia berjalan lalu tiba-tiba dia hilang keseimbangan lalu jatuh.

"Perth!" Satu tangan tiba hadir menyambut badan lelaki itu. Terima kasih pada pemilik tangan itu, Perth tidak sempat jatuh ke tanah.

Perth cuba mengangkat mukanya melihat gerangan yang menolong nya tadi.

"Kau!" Lelaki itu melihat Claire yang menyambutnya dengan wajah yang risau.

Gadis yang tadinya datang ke situ kerana ingin mengambil barang dia yang tertinggal di bilik latihan terkejut melihat adik lelakinya sendiri kelihatan sungguh sakit dan tidak terdaya itu. Nasib sahaja gadis itu sempat menangkap Perth sebelum dia rebah.

"Perth, okay tak ni?" Soal Claire.

Perth melihat muka gadis itu dengan perasaan yang marah dihati. Sudahlah tadi terpaksa berhenti latihan sekarang berjumpa pula dengan dia.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now