cp 75

786 95 9
                                    

Kelas ini sungguh riuh dengan ketiadaan guru di masa akhir ini. Kepala aku direbahkan ke atas meja.

Mata aku terasa sungguh mengantuk. Aku cuba melelapkan mata namun kepala aku sibuk memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Karl malam tadi.

Aku tahu semua itu sukar untuk dipercayai tapi kalau sudah ditunjukkan bukti, macam mana lagi aku tak percaya. Memang percayalah aku.

Keluhan kecil dikeluarkan oleh aku. Kepala aku diangkatkan kembali. Mata aku memandang sekeliling kelas ini.

Mana Rechel?

Aku baru teringat bahawa aku tidak melihat kelibat Rechel selepas waktu rehat tadi. Sekarang sudah mahu tamat sesi pagi dan dia masih tiada. Mana tuju budak itu?

Waktu rehat tadi pun dia tak rehat sama aku. Biasanya dia akan rehat sama aku. Mungkin dia sibuk sebab itu dia tak datang jumpa aku.

"Claire," panggil seseorang.

Aku menoleh ke kanan aku dan kelihatan Ian yang memanggil aku.

"Rechel sakit sikit. Jadi dia tak dapat datang kelas sesi petang. Tolong beritahu cikgu nanti," pintanya.

"Sakit? Sakit apa?"

"Sakit biasa jer. Also dia kata tak perlu lawat dia. Dia okay saja dekat bilik rawatan."

Aku menggangguk kepala aku kepada Ian. Patutlah dia tak ada di dalam kelas. Sakit rupanya.

Untung juga hari ni kelas sesi petang untuk jurusan violin dibatalkan. Dapat dia rehat dan tak perlu fikirkan tentang pembelajaran.

Kring! Kring!

Loceng sekolah sudah berdering. Aku mengemas barangan aku dan terus melangkah kaki keluar dari kelas itu.

Perpustakaan tempat utama yang dituju aku. Aku tidak makan dan tidak ada kerja lain jadi hanya perpustakaan sahajalah tempat paling sesuai untuk aku pergi pada waktu rehat ini.

Aku mengambil tempat duduk yang ada di hujung sudut tempat ini. Buku kerja sekolah itu dikeluarkan dari beg. Kerja rumah tidaklah banyak sangat jadi aku boleh siapkan tepat masa ini.

"Auch!" Tiba aku terdengar satu suara yang amat aku kenali.

Aku berdiri dan terus pergi ke arah datangnya suara itu. Disebelah almari buku ditepi aku, aku melihat Perth memegang jarinya.

Satu cecair merah keluar dari jari itu. Darah ke? Aku berjalan menuju ke arahnya. Dia tidak perasan akan kehadiran diriku di situ.

"Nah, pakai ni untuk balut tu." Aku memberikannya satu pembalut luka yang aku bawa.

Budak lelaki di hadapan aku menoleh dan terus memek mukanya berubah. Tapi mukanya mahu memberikan aku satu senyuman tapi apabila melihat aku, mukanya terus berubah.

"Kenapa kau ada dekat sini?"

"Sini library, semua orang boleh pergi sini," jawab aku.

Pandangan tajam dihadiahkan Perth kepada aku. Tahu sangat dia tidak suka akan jawapan itu.

Selang beberapa saat sesi tatapan tajam itu, dia terus mengangkat kaki untuk berjalan namun niatnya itu diberhentikan oleh aku.

"Ambil ni, balut tangan kamu tu." Dia mengendahkan aku.

Tangan aku yang memegangnya tadi dilepaskan cara paksa, tapi aku tidak mengaku kalah. Aku menahannya kembali.

"Balut luka kamu. Tangan adalah anggota paling penting untuk pianist. Kakak tak nak kamu sakit masa main piano nanti."

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now