cp 110

732 70 0
                                    

"Hati-hati!"

Tiba satu tangan menarik aku kembali ke tepi jalan. Dan tepat pada waktu itu juga sebuah kereta memandu laju melintasi mata aku.

Jikalau aku tak ditarik mesti aku sudah ke langgar dengan kereta itu. Tak sia-sia tinggal hospital lagi.

"Lain kali hati-hati. Jangan lintas dahulu walaupun lampu sudah bertukar merah. Pemandu ni bukan kisah pun pasal lampu isyarat walaupun sudah ada di situ," nasihat suara yang menarik aku tadi.

Aku menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang menolong aku tadi. Dan serta merta mata aku terbuka besar.

Orang itu adalah seorang wanita yang berambut perang dan seperti sama unur dengan ibu angkat aku. Aku tak dapat lihat dengan jelas muka dia kerana dia menggunakan cermin mata hitam untuk menutup matanya.

Firuga wanita ini seperti aku pernah lihat sebelum ini. Tapi di mana? Dan kenapa suara dia seperti aku pernah dengar sebelum ini.

Tak kan lah wanita ini...

"Kamu okay tak ni?" Wanita itu menyoal.

Aku mengangguk dengan perasaan yang janggal. Tidak terkeluar kata dari mulut aku.

"Kalau macam tu, aunty pergi dulu. Ingat lain kali hati-hati nak lintas ya," terus wanita itu melangkah pergi.

Aku yang berdiri di situ masih terkaku. Aku yakin sangat aku kenal wanita itu. Tapi aku tidak dapat mengingatinya.

Dan apabila berjumpa seperti ini aku dapat rasakan bahawa wanita tadi ada satu ikatan yang kuat terhadap aku.

Aku cari semua itu.

.
.
.
.

Pintu bilik aku dikuak perlahan. Beg sekolah yang berat diletakkan di atas kerusi. Sungguh badan aku terasa sangat penat hari ini.

Pertama aku dapat tahu semua yang Karl sorokkan dari aku dan yang kedua pula aku hampir kemalangan sekali lagi.

Tapi itu bukan masalah utama aku. Malasah utama aku adalah wanira yang menolong aku tadi. Aku yakin sangat bahawa aku pernah berjumpa dengan wanita itu.

Wanita yang berambut panjang dan perang. Memang figura yang tidak asing bagi aku. Tapi dimana aku pernah berjumpa dengannya.

Dan kenapa suara lembut yang menasihati aku itu terasa sangat nostalgia. Siapa identiti sebenar wanita itu?

Memang serabut kepala aku memikirkan hal itu. Aku duduk di atas katil aku lalu mengeluarkan telefon aku dari poket.

Aplikasi google dibuka lalu aku cuba mencari akan maklumat tentang kemalangan aku dahulu. Namun hampa apabila tidak ada satu pun maklumat yang aku peroleh.

Nampaknya Karl memang sudah tutup kes itu. Dia mungkin juga minta tolong bapanya untuk tutup mulut pihak polis. Jadi sebab itu tidak ada apa-apa berita tentang kemalangan aku yang lepas.

Jikalau ada mesti sudah kecoh satu sekolah. Tapi bila aku datang jer sekolah, aku lihat mereka seperti tidak ada apa-apa jer yang berlaku.

Memang bersih betullah kerja Karl ini. Sampai pihak polis pun boleh senyap. Nampaknya agak sukarlah aku nak tahu maklumat kemalangan aku ini.

Apa yang aku tahu hanya, aku kemalangan sebab hendak selamatkan Perth. Tapi aku tak tahu siapa dan mengapa orang itu ingin melanggar Perth pada waktu.

Aku membaling telefon pintar ku ke atas katil ini. Internet pun tak ada guna juga pada waktu ini. Baru sahaja aku mahu berdiri, tiba aku aku terasa menyentuh sesuatu.

Aku mengambil benda itu dan kelihatan itu adalah rantai yang diberikan Perth kepada aku. Cincin yang ada rantai itu ditenung oleh aku.

"Kau memang jahat tinggalkan mama!"

Satu suara bermian di otak aku. Kepala aku serta merta terasa sakit. Tangan aku menyentuh kepala ini. Memori aku yang hilang datang kembali.

Tadi adalah suara aku. Kenapa aku berkata begitu? Semakin banyak persoalan di kepala ini.

Ubat yang ada di meja tepu katil aku diambil. Botolnya dibuka dan kelihatan sudah tiada lagi ubat di dalam itu. Sudah habis ke?

Aku dengan rasa sakitnya terpaksa berjalan pergi ke almari untuk mengambil satu lagi ubat simpanan yang sudah aku sediakan dahulu.

Almari atas hingga ke bawah dibuka oleh aku untuk mencari ubat itu. Aku memang sudah lupa dimana aku letak benda itu. Di waktu kecemasan inilah ubat itu hendak menghilang.

Almari terakhir dibuka oleh aku. Satu kotak kecil diambil lalu terus aku buka. Dan akhirnya menjumpai ubat tersebut.

Botol yang sebesar tangan aku diambil dan tiba satu gambar terjatuh ketika aku mengambil botol itu.

Kepala aku yang sakit ini di tahan sebentar lalu aku mengambil gambar yang terjatuh tadi.

Gambar diambil dan terus mata aku terbeliak besar melihat gambar tersebut.

Wanita dalam gambar ini. Wanita ini amat aku kenali.

Air mata aku mengalir menatap muka jelita wanita yang tersenyum indah.

"Maaf sebab tinggalkan kamu dan terima kasih sebab hidup bahagia untuk mama,"

Rania. Wanita ini adalah Rania. Ibu kandung aku. Ibu yang melahirkan aku ke dunia. Wanita yang amat berharga untuk aku.

Air mata aku tidak henti mengalir. Kepala yang sakit tadi dibiarkan. Aku lebih penting wanita yang tersenyum di dalam gambar ini.

Aku sangat teruk melupakan wanita ini. Dia adalah dunia aku. Dia adalah segalanya bagi aku. Tapi kenapa aku melupakannya.

"Ingat, mama selalu ada di hati kamu."

Kata yang menusuk hati aku. Suara yang lembut menyapa diri ini.

"Mama..." terus pandangan aku menjadi kelam.

Badan aku tumbang ke lantai sambil tangan aku memegang gambar yang penuh dengan memori itu.

.
.
.
.
.

Karl masuk ke dalam rumah itu. Kasut dibuka dan beg kerjanya dilempar ke sofa di ruang tamu.

Tali leher dilonggarkan lalu dia duduk di sofa tersebut. Sungguh dia berasa penat hari ini.

Walaupun sekolah itu sudah berjaya dirampas dan sekarang menjadi hak miliknya namun masih ada banyak lagi urusan yang perlu dia lakukan.

Bukan senang mahu menguruskan sekolah itu. Apatah lagi sekarang dia tengah usaha untuk sorokkan pasal sekolah itu dari Claire. Kalau Claire tahu mesti sudah terbongkar semua kerjanya selama ini.

Dia menghela nafas penatnya di situ. Kemudian dia berdiri menuju ke bilik air. Tangan dan mukanya di cuci untuk menghilanglan rasa penat itu.

Seterus dia pergi ke dapur. Baru dia teringat bahawa dia belum lagi berjumpa dengan Claire. Seingat dia, Claire sudah balik di waktu sekarang tapi dimana dia?

Kaki lelaki itu laju melangkah pergi ke bilik gadis tersebut. Pintu diketuk nanun tidak ada sahutan.

Karl yang berasa hairan itu terus membuat keputusan membuka sahaja pintu tersebut. Pintu dikuak dan serta merta lelaki itu berlari masuk apabila tubuh Claire yang terbaring di atas lantai.

"Claire! Claire!" Lelaki itu cuba mengejutkan gadis itu namun tiada sahutan.

Perasan cemas mula menyelubungi dirinya. Telefon dikeluarkan dan terus lelaki itu menefon ambulans.

Sementara menunggu ambulans datang, dia cuba untuk mengejutkan dahulu gadis itu. Tetapi usahanya sia-sia.

Tidak jauh dari tempat itu, Karl dapat melihat botol ubat yang baharu. Dia dapat menjangka bahawa Claire jadi seperti ini ketika mengambil ubat.

Setelah itu, mata lelaki itu beralih ke arah satu gambar yang ada di tangan Claire. Gambar itu dicapai dan terus Karl tahu kenapa semua ini terjadi.

Semuanya kerana gambar ini. Claire mungkin sudah mendapat kembali memori silamnya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now