side story 2 (Karl)

691 68 4
                                    

Angin yang tenang membadai diri ini. Rambut yang tidak terikat berterbangan akibat olahan angin tersebut.

Mata aku tertumpu pada tasik yang besar di hadapan mata aku ini. Sungguh suasana di sini menyegarkan diri selepas aku keluar dari hospital.

Kaki aku melangkah menuju ke jembatan yang menyeberangi tasik ini. Jembatan ini memang dibuat khas untuk perjalan kaki jadi tenang sikit aku tidak mendengar bunyi kereta yang melintasi.

Sungai yang besar ini memang kelihatan sungguh indah. Dengan adanya teratai menjadi perhiasan semula jadi dan kejernihan yang dapat melihat isi di dalam sungai ini.

Aku sendiri tidak sangka pemandangan tasik ini sungguh indah dari atas jembatan ini. Sebelum ini aku pergi ke sini tetapi aku tidak pernah menjejakkan kaki ke jembatan ini. Jadi aku memang tidak tahu bagaimana permandangan dari sudut atas.

Senyuman nipis aku hadiah kepada tasik ini. Satu hari nanti aku mahu membawa ibu aku kembali melihat tasik kesayangannya ini.

"Claire!" Suara Karl memanggil aku.

Kepala aku automatik menoleh ke arahnya. Dia kelihatan baru sahaja datang ke sini.

Memang tepat pada waktu yang aku beritahu dulu. Dia berhenti tempat di hadapan lalu menyandar di pagar jembatan bersebelahan dengan aku.

"Apa benda yang kau nak cakap?" Soalnya.

Aku tersenyum nipis. Memang hati ini aku berjumpa dengannya kerana ada benda yang ingin aku katakan.

Namun hati ini terasa berat mahu mengatakan hal itu dan aku terpaksa demi hubungan kami berdua.

"Berapa lama kau dah tahu yang ibu aku masih hidup?" Tanya aku tanpa memandangnya.

"Dah lama. Lagi awal daripada daddy tahu."

"Daddy tahu? Sejak bila?"

"Sebelum kau kemalangan lagi."

Aku terdiam sejenak. Sudah lama itu. Sebulan sudah berlalu sejak kemalangan itu.

Jadi mereka memang sorokkan keberadaan ibu aku dari aku. Aku tak marah cuma sedikit kecewa kerana terlalu lambat mengetahui hal itu.

"Daddy pun pernah cakap dengan aku pasal ni dulu," mata aku menjeling sedikit ke arah Karl.

"Dia kata apa?"

"Dia kata..."

.
.
.
.
.

Flashback

"Kamu tahukan yang Rania masih hidup," lelaki di hadapan Karl berkata serius.

Karl memandang lelaki itu atau sebenarnya bapanya. Dia dapat rasakan bahawa bapanya sudah bertemu Rania dan sebab itu dia berkata begini.

"Ya, Karl tahu."

Lelaki itu menghela nafasnya. Tidak tahu bagaimana perasaan lelaki itu apabila dapat mengetahui bahawa teman kecilnya yang dia fikirkan sudah tidak ada muncul kembali di hadapannya tempoh hari.

Pada waktu itu dia sepertu susah mempercayai apabila wanita seumur dengannya berdiri di hadapannya. Apabila dia memberitahu isterinya, isterinya juga seperti tidak percaya.

"Kenapa kamu tak beritahu daddy pasal ni?"

"Rania Kata jangan beritahu orang lain. Dia takut nyawanya dalam bahaya lagi."

Ayahnya diam. Ada betul apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Lagipun nyawa Rania lebih penting sekarang.

"Kalau macam tu, kamu jangan beritahu Claire dahulu. Biar dia tahu apabila Rania sudah sedia," ujar akhirnya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now