cp 86

787 91 3
                                    

Air permata putih mengalir dari kelopak mata aku. Katil yang ada di bilik ini menjadi tempat aku bersandar. Aku mahu bersendirian.

Aku terlalu penat menghadapi semua ini. Kaca mata aku juga sudah pecah menahan semua tangisan ini.

Lemah sungguh diri ini. Tidak pernah kuat sejak semua ini berlaku. Apa yang ada hanyalah lakonan semata-mata.

Tingkap yang luas terbuka diperhatikan oleh aku. Bintang jelas menghiasi langit malam. Sungguh aku berasa sendu melihat permandangan aku.

"Mama, betul ke kalau kita hitung bintang itu sampai 1000, nanti permintaan kita akan tertunai."

"Mana kamu tahu?"

"Claire baca buku a tale of thousand stars."

"Kalau nak tahu betul ke jom lah kita kira sama-sama. Mana tahu memang betul."

Memori itu bermain di kepala aku. Memori indah aku bersama Rania. Aku tidak dapat lupakannya.

A tale of thousand stars.

Itu adalah satu cerita yang pernah aku baca dahulu. Cerita mengenai seorang gadis yang cuba menghitung bintang sehingga seribu demi mencapai impiannya manghapuskan satu sumpahan puaknya.

Aku pernah mencuba semua ini. Aku cuba, cuba dan cuba. Namun tidak ada satu pun permintaan aku tertunai.

Adakah ini hanya tipu semata-mata.

Permintaan aku hanya ingin bertemu dengan Rania sekali lagi.

Bertemu dengan ibu aku sekali lagi. Untuk kali terakhir. Tidak kisah berapa lama, seminit pun jadi asalkan aku dapat berjumpa dengannya.

Aku mahukan dia. Aku tidak mahu orang lain. Kenapa harus dia yang pergi? Kenapa tidak orang lain?

Aku tidak kuat menerima kenyataan ini. Permintaanku terhadap bintang tidak pernah tertunai sekali pun.

"Mama, Claire sudah cuba tapi kenapa tidak dapat? Claire rindukan mama. Claire mahukan mama."

.
.
.
.
.

Esakan tangisan kedengaran dari dinding bilik Claire. Karl yang sedang duduk di biliknya terus berdiri dan keluar menuju ke bilik Claire yang bersebelahan sahaja.

Pintu diketuk namun tiada sahutan. Hanya suara tangisan yang kedengaran. Tanpa membuang masa, Karl terus membuka pintu itu tanda kebenaran.

Terus dia mencari kelibat Claire yang kedengan menangis di dalam bilik itu. Dia berjalan menuju ke arah katil dan kelihatan Claire duduk menyadar di lantai.

Mata gadis itu memandang ke arah tingkap sambil mengeluarkan air permata yang amat berharga. Karl tanpa membuang masa terus duduk di samping gadis itu.

"Kau kenapa? Kau masih fikirkan pasal tadi ke?"

Tiada sahutan dari gadis itu. Claire diam hanya memandang ke arah langit yang luas. Air matanya masih setia mengalir.

Karl tahu Claire sudah terlalu lemah. Sudah lama gadis itu menahan semua itu. Dia juga tahu hati gadis itu sangat terkoyak dengan kata Elena tadi.

Tangan kanan lelaki itu diangkat lalu dia letakkan di bahu Claire. Digosok bahu itu seperti ingin menujuknya.

"Kalau kau dah tak kuat. Kau lepaskan sahaja," pujuk Karl.

Kepala Claire direbahkan ke atas bahu lelaki ini. Namun muka Claire masih lagi tidak menunjukkan apa-apa reaksi kecuali menanggis.

"Aku rindu Rania. Kenapa Rania tinggalkan aku? Apa salah aku?" Tangisan bertambah.

Baju Karl sudah terkenal air mata itu namun Karl endahkan. Sekarang Claire lebih penting dari bajunya.

Tears of Melody [✔️]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang