cp 51

811 89 0
                                    

"Kau nak pergi mana?" Satu suara menyoal aku.

Aku menoleh ke arah sofa yang ada sorang tamu itu. Kelihatan ibu bapa aku dan Karl duduk disitu sambil melihat kaca televisyen.

"Aku nak pergi mall kejap. Ada barang aku nak beli," jawab aku.

"Okay, jom!" balas Karl.

Aku hairan dengan balasan itu. Sejak bila pula aku ajak dia.

"Kau nak pergi mana?" Soal aku balik.

"Ikut kau."

"Sejak bila pula aku ajak kau?"

"Suka hati aku lah nak ikut ke tak."

Aku tidak percaya lelaki itu menjawab aku sebegitu. Baru sahaja aku nak bersenang, ada sahaja lelaki ni masuk.

"Mummy, daddy..." Aku cuba merayu pada ibu bapa aku supaya tidak menyuruh Karl mengikuti aku.

"Sudahlah Claire. Biar sahaja dia ikut. Sekurangnya Karl tu boleh jaga kamu," balas ibu ku.

Seriuslah. Aku tak nak dia ni ikut, tapi ibu aku pula setuju dengan lelaki ini. Malas betul aku. Baru sahaja nak rasa senang bila dah cuti ni.

Aku menoleh ke belakang dimana Karl berdiri sambil membawa kunci kereta. Muka dia kelihatan seperti bangga kerana kali ini ibunya berpihak padanya.

Aku mengeluh lalu berjalan menuju ke pintu keluar. Sempat juga aku memukul bahu Karl yang mengusik aku tu.

.
.
.
.
.

Pasangan Claes yang duduk di atas sofa di ruang tamu itu tersenyum melihat gelagat anak mereka itu. Sehari kalau tak gaduh memang tak boleh.

Apatah lagi bila dah bertemu kepala ego dan kepala yang mahu menang tu. Memang tak sah lah kalau tak gaduh.

"Entah macam mana lah kalau mereka tu kahwin nanti?" Ujar lelaki itu.

Isterinya hanya tersenyum mendengar kata itu. Dia juga setuju dengan suaminya. Mereka berdua tu kalau bertemu boleh tahan mereka punya peragai. Kejap baik, kejap tak.

Tapi nasib sahaja Karl tu jenis yang pandai jaga Claire. Kalau tak, memang sudah hancur rumah ni kerja mereka berdua bergaduh.

"Mereka berdua bergaduh tu lah yang buat rumah ni riuh. Tak macam dulu, sunyi jer," ujar isterinya.

Suaminya ataupun Louis Claes hanya tersenyum dengan kata itu. Memang betul pun kata wanita itu. Rumah itu ketika tiada kehadiran dua orang itu memang sunyi. Hanya mereka berdua tu sahaja yang dapat riuhkan rumah ni.

"Oh ya, awak bukan ada kerja ke pasal orkestra hari tu. Dah siap ke belum?" Soal isterinya.

"Belum lagi, saya kena tunggu email dari Alan dulu."

Isterinya diam mengangguk. Televisyen dihadapan mereka ditatap oleh dua pasang mata itu. Dan tiba-tiba telefon lelaki itu berbunyi. Dia membuka telefon pintarnya dan melihat pesanan yang datang.

"Saya pergi buat kerja dulu ye. Kalau Alan datang, beritahu dia saya dekat bilik kerja," katanya kepada si isteri.

Wanita itu tersenyum lalu mengangguk. Dia kenal Alan itu siapa? Jadi dia memang sudah biasalah apabila pembantu suaminya itu datang ke rumah. Apatah lagi bila masa-masa kerja seperti ini.

Louis itu berjalan meninggalkan isterinya diruang tamu sendiri. Dia pergi ke bilik kerjanya yang ada di tingkat 2 rumah itu.

Beberapa minit dia duduk di dalam bilik itu, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now