cp 5

1.1K 140 2
                                    

Aku mengemas barangan aku ke dalam beg. Akhirnya kelas aku sudah selesai. Dapat juga aku balik.

Violin aku disimpan di dalam beg khasnya. Dengan hati-hati aku menyimpan violin itu kerana aku takut akan ada kerosakan berlaku nanti.

"Oi, kau!"

Bising betul kelas ini bercakap. Kalau nak cakap tak dapat nak senyap sikit ke. Aku yang mengemas ni pun jadi rimas.

"Oi, kau!"

Satu lagi kelas ini kenapa kebanyakan perempuan sahaja. Mana tuju kaum lelaki dalam kelas ni. Ke memang tak ada lelaki yang minat violin.

Pam!

Satu tangan tiba-tiba menghentak meja ku. Aku terkejut lalu melihat orang yang melakukan hal itu.

"Aku panggil kau kan. Kenapa tak jawab?" Seorang perempuan bercakap dengan nada yang marah.

Dia ni bukan perempuan yang buat vibrato tak jadi tadi ke. Siapa nama dia tadi? Lupa pula aku.

"Kau jangan fikir kau dapat buat bagus lagi dari aku, kau boleh tunjuk bangga dekat sekolah ni."

Siapa tunjuk bangga? Aku rasa dia ni yang tunjuk bangga adalah tadi. Aku tak ada masa nak tunjuk banggalah dengan hanya buat vibrato je. Benda senang apa yang tunjuk bangga.

"Kau masih tak tahu aku ni sapa dekat sekolah ni. Lebih kau jangan cari pasal dengan aku."

Siapa pula nak cari pasal sini? Perempuan ni adalah nak cari pasal dekat sini. Bukan aku.

Malas betul aku nak melayan perempuan ni. Lantak dia lah nak cakap apa. Bukan hal aku.

Aku bangun dari duduk lalu membula langkah meninggalkan kelas itu. Satu patah perkataan pun aku tak keluar dari mulut ku ketika perempuan tadi bercakap.

Malas nak membazir air liur ku dengan perempuan yang tak ada kerja lain tu.

"Oi, aku belum habis cakap lagi," jerit perempuan tadi.

Jerit lah macam mana pun, kuat mana pun. Aku tak akan layan kau. Ada banyak lagi kerja yang boleh aku buat selain melayan kau tu.

Aku berjalan menuruni tangga bangunan itu. Kelas aku tadi berada di tingkat 3 jadi lama jugalah aku nak turun tanga ni.

Setelah aku sampai di tingkat satu bangunan itu, aku mendapat satu pangilan telefon. Aku membuka telefon ku dan melihat karl yang menelefon ku.

"Hello," jawab ku.

"Kau dekat mana? "

"Aku dalam sekolah lah."

"Cepat keluar, aku dah ada depan sekolah kau."

Pangilan telefon terus terputus. Aku berjalan dengan laju keluar dari pintu utama sekolah itu.

Dan dari pintu itu juga aku sudah melihat kelibat sosok lelaki yang berdiri menyandar di keretanya.

Siapa lagi kalau bukan Karl.

Semua mata pelajar memandang ke arah lelaki itu. Perlu ke kau tunggu sampai nak keluar kereta. Duduk je lah dalam kereta.

Hampir semua mata pelajar yang melalui kawasan itu melihat Karl. Apatah lagi pelajar perempuan, memang tak boleh lari dari pandang Karl itu.

Aku berjalan menghampiri kereta itu. Dan tiba-tiba aku melihat sekumpulan perempuan mula bercakap dengan Karl.

Aku yang melihat kejadian itu terpaksa menunggu di tepi kereta dia dahulu sebelum masuk ke dalam kereta. Semua ini sebab pelajar perempuan itu memanggu pintu masuk kereta ini.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now