Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

66: Rindu

350 50 0
By saif_almasyriq

    Danial rancak berbual dengan bakal ayah mertuanya. Sesekali dia ketawa apabila bakal ayah mertuanya atau abang iparnya membuat lawak. Suasana kelihatan meriah biarpun perbualan itu hanya disertai oleh tiga orang.

    Hari ini, sengaja dia bertamu di rumah tunangnya untuk bertanya khabar setelah lama tidak berjumpa. Kedatangannya disambut baik oleh keluarga tunangnya malah diajaknya untuk menikmati makan tengah hari bersama mereka.

    Bunyi deringan telefon melumpuhkan perbualannya bersama bakal ayah mertua dan abang iparnya. Telefon yang ada di dalam kocek seluar dikeluarkan. Nama Eusuf terpampang di skrin telefon bimbitnya.

    "Ayah, abang long, ada kawan telefon. Danny minta diri sekejap," ujar Danial sambil memandang mereka. Setelah memperoleh izin, dia bangun untuk menjauhkan diri dari mereka.

    "Assalamualaikum Danny!" suara Eusuf yang nyaring itu membuatkan Danny segera menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga.

    "Waalaikumussalam! Kau nak Suf?! Sampai pekak telinga aku kau buat".

    Kedengaran Eusuf ketawa nipis. Danial mengangkat kening tanpa sedar. Sahabatnya itu kedengaran amat gembira saat ini.

    "Maaf, aku tak mampu mengawal rasa gembira aku sampai terjerit pula. Hahaha".

    "Jadi, kau telefon aku sebab nak beritahu yang kau tengah gembira saja? Kau tahu tak sekarang kau yang tengah ganggu kegembiraan aku?"

    Kata-kata dinginnya tak membuatkan Eusuf terdiam. Malah, sahabatnya itu ketawa lebih kuat. Danial mengecilkan mata.

    "Suf, jangan buang masa aku. Aku tengah beramah mesra dengan bakal ayah mertua aku. Bukan senang aku jumpa dia. Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap, aku nak letak telefon ini," ujar Danial lagi.

    "Eh, sabar. Sabar. Alah, aku telefon kau ini bukan saja-saja. Aku nak beritahu kau yang Haiqal sudah rasmi jadi tunang Qaseh!" suara Eusuf kembali melonjak pada penghujung bicaranya.

    Danial tercenggang. Otaknya sedang cuba memproses maklumat yang baru diterimanya. "Sekejap. Siapa jadi tunang Qaseh? Kau ke Haiqal?"

    "Haiqallah! Buat apa aku pula jadi tunang Qaseh!"

    Danial semakin tergamam. Betullah dia tak salah dengar. Tetapi...mana ada orang yang seseronok Eusuf apabila gadis yang dicintainya menjadi tunang orang lain! Apa Eusuf masih waras atau tidak? Dia ingat lagi betapa muramnya wajah Eusuf semasa mereka terdengar luahan Qaseh pada Umar Haiqal di hospital. Walaupun Eusuf tak kata apa-apa, dia nampak sahabatnya itu menangis dalam diam.

    "Dan?"

    "Danny?"

    "Danial..?" panggil Eusuf berkali-kali apabila Danial masih membisu seribu bahasa.

    "Huh?" Danial terjaga dari lamunannya. "Ya..."

    "Kau tak gembira ke?" tanya Eusuf perlahan.

    Danial tak membalas. Dia gembira...tetapi dia kesiankan Eusuf. Tetapi mana mungkin dia akan beritahu perasaannya itu kepada Eusuf. Dia tahu, Eusuf sudah penat mendengar simpati mereka terhadap cintanya yang tak berkesampaian itu.

    "Mestilah aku gembira. Kalau Haiqal gembira, aku pun gembira," jawabnya. Dia mengukir senyuman manis biarpun Eusuf tak mampu melihatnya. Namun, sekurang-kurangnya senyuman itu membantunya untuk membuatkan suaranya kedengaran seikhlas yang mungkin.

    "Aku tak sabar nak tunggu hujung tahun, Danny. Tak sabar nak rasa nasi minyak kau dengan Haiqal," gurau Eusuf diiringi ketawa.

    Terasa seakan ada mentol yang menyala dalam kepalanya. Danial terus membalas teruja, "Suf, terima kasih kepada kau yang membuatkan aku terfikir satu idea baik. Aku letak telefon dahulu. Assalamualaikum".

    Baru Danial hentak menekan butang merah pada skrin telefonnya, kedengaran suara Eusuf menjerit, "Sekejap!" Danial kembali merapatkan telefon bimbitnya ke telinga.

    "Idea apa yang kau terfikir?"

    "Aku nak bincang dengan bakal mertua aku dulu. Nanti baru aku beritahu kau," balas Danial. Kali ini, dia terus menekan butang merah tanpa menunggu Eusuf membalas.

    Danial tersenyum lebar. Dia menghampiri bakal bapa mertua dan abang iparnya semula.

    "Ayah, abang long, Danny ada benda nak bincangkan..."

    Danial terus membentangkan ideanya di depan mereka. Pendapat tunangnya turut dipinta apabila melihat tunangnya menghampiri mereka untuk memberitahu makanan tengahari sudah siap. Dia tersenyum lagi apabila mereka menerima ideanya tanpa membantah. Tinggal...dia memerlukan beberapa orang untuk membantu dia melaksanakan rancangannya.

   
-----------------------------------------------------------

    Umar Haiqal mengetuk pintu bilik adiknya.

    Zarfan yang sedang santai meniarap di atas katil sambil membaca komik terus mengangkat kepalanya. Melihat kedatangan abangnya, terus dia bangkit bersila di atas katil.

    "Masuklah".

    Tanpa segan silu, Umar Haiqal menghempaskan tubuhnya di atas katil Zarfan. Kepalanya dialas dengan lengan sendiri.

    "Abang Umar nak apa?" tanya Zarfan apabila melihat riak Umar Haiqal yang berlainan dari biasa.

    "Tak ada apa-apa. Saja nak lepak dengan kau," balasnya.

    Zarfan terus merenung abangnya. Majlis pertunangan abangnya dan Qaseh baru selesai. Tetapi tiada kegembiraan yang terpancar pada wajah abangnya.

    "Abang menyesal ke bertunang dengan kak Qaseh?" duga Zarfan. Dia memeluk tubuh.

    Sejak majlis tadi dia perasan, senyuman abangnya tidak sampai ke mata. Hanya bibir dileretkan membentuk senyuman palsu. Abangnya hanya berpura gembira demi mengembirakan orang sekeliling.

    Apabila abangnya mengasingkan diri dari orang ramai, dia melihat abangnya itu termenung jauh seakan memikirkan sesuatu yang serius. Disebabkan malas hendak masuk campur, dia hanya membiarkan abangnya begitu.

    Umar Haiqal menghembuskan nafas berat. Mata dipejam rapat. "Aku sedih bukan sebab Qaseh," ujarnya jujur. Dia tahu kenapa Zarfan mengajukan soalan itu. Kerana itu dia terus menyebut jawapan sebenar dari berdolak-dalih dengan Zarfan.

    "Habis itu?" tanya Zarfan lagi. Dia menampar lengan Umar Haiqal. "Bangunlah! Cepat cerita". Dia menarik tangan Umar Haiqal untuk memaksa abangnya bangun. Tak sabar hendak mendengar perkara yang menyebabkan abangnya itu kelihatan kusut.

    Umar Haiqal menegakkan badan. Dia duduk di birai katil sementara kakinya memijak lantai. Dia meramas rambutnya kasar sambil mengeluh.

    "Afan..." Umar Haiqal berpaling memandang adiknya dalam. Raut wajah Zarfan mengingatkan dia kepada seseorang. Walaupun wajah mereka tak sama, tetapi aura Zarfan tak ubah seperti abangnya. Aura itu semakin kuat apabila Zarfan tidak lagi menjadi insan yang dingin.

    Zarfan bergumam menyahut tanpa membuka mulut.

    Umar Haiqal menahan sebak di dada. "Aku rindu walid, ibu dan juga Wan. Kalaulah mereka ada dalam majlis aku tadi..."

    Terkedu Zarfan mendengar kata-kata abangnya. Sayu suara Umar Haiqal membuatkan dia merasakan hatinya bagai dicarik-carik. Dia menundukkan kepala.

    "Afan pun rindu mereka..." akui Zarfan. Dia memandang Umar Haiqal dengan sayu. Dia ingin memujuk lelaki itu tetapi dia tidak tahu bagaimana. Akhirnya, dia hanya mampu memandang abangnya sahaja.

    Umar Haiqal mendongak. Dia menelan kesedihannya sehingga air mata yang sepatutnya mengalir ke pipi, tumpah di dalam hatinya. Lama dia mengambil masa untuk menenangkan diri. Akhirnya, dia kembali meluruskan tulang tengkuknya, seulas senyuman dilemparkan kepada Zarfan.

    "Afan," panggil Umar Haiqal seraya berdiri.

    "Jom ziarah ibu dan abang Wan," ajaknya.

    Zarfan mengangguk lalu mengekor abangnya dari belakang menuju ke kereta. Perjalanan mereka ke perkuburan arwah abang dan ibu mereka diselubungi kesunyian. Tiada bicara yang terluah.

    Zarfan menjeling Umar Haiqal yang tekun memandu. Dia tak pelik kenapa abangnya itu tiba-tiba rindukan ibu dan Umar Zaqwan. Pasti pertunangan dia pada hari ini yang membangkitkan rasa rindu itu. Dia dapat merasakan yang jauh di sudut hati Umar Haiqal, abangnya mengharapkan walid, ibu dan Umar Zaqwan turut ada pada hari ini untuk bersama meraikan kegembiraannya.

Continue Reading

You'll Also Like

45.4K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
"Kawan" ✔ By amiza

Teen Fiction

223K 14.1K 43
Status: [Completed] Malay short story. #44 teenfiction Kawan [ ka- wan ] کاون Sinonim 1. Sahabat 2. Teman 3. Rakan "Aku kawan kau. Tapi, Aku pun le...
46.6K 4.4K 10
Sakit mencengkam jiwa; di saat hati menyatakan rindu pada yang sudah tiada. Seminggu yang kau beri itu, penuh dengan kebahagiaan. Tapi, selepas tempo...
980 15 1
Cuma cerita pendek dari seseorang :) Heal Love a.k.a 'يا جميلات العيون' '𝚆𝚊𝚑𝚊𝚒 𝙼𝚊𝚝𝚊 𝙲𝚊𝚗𝚝𝚒𝚔' • 𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪 𝓭𝓪𝓻�...