Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

55: Hakim

347 57 1
By saif_almasyriq

    Selepas Eusuf menghantarnya pulang, Zarfan mandi, berehat dan menunaikan solat asar. Kira-kira pukul lima setengah petang, Zarfan keluar dari rumah untuk ke taman tasik. Sudah lama dia tidak bertandang ke sana. Terasa rindu pula hendak melihat pemandangan di sana.

    Zarfan berjalan kaki dengan santai sambil mendengar dendangan muzik menerusi headphone yang disambung ke mp3 player miliknya. Dia turut menyanyi kecil mengikut lirik lagu. Hatinya senang memikirkan esok dia berkemungkinan akan berjumpa dengan abangnya.

     Sampai sahaja di tasik, wajah gembiranya tadi berubah serius. Dari kejauhan, dia dapat melihat Hanani yang meronta dalam pelukan Hakim. Gadis itu menangis sambil menjerit memaki Hakim.

    Zarfan meliarkan mata melihat sekeliling. Kosong. Walaupun taman tasik itu cantik, namun tak ramai yang berkunjung ke situ walaupun pada hari minggu. Rata-rata penduduk di situ lebih gemar pergi ke taman tasik yang terletak di pinggir bandar ataupun ke lata yang berada di kaki bukit. Patutlah Hakim begitu berani bertindak kasar kepada Hanani. Tambah pula lelaki itu ditemani anak buahnya yang lain.

    "LEPASKAN AKU, JAHANAM!" Hanani menengking Hakim dengan kuat. Hakim hanya ketawa. Rontaan kuat Hanani tak memberi apa-apa kesan. Malah dia semakin erat memeluk gadis itu.

    Zarfan menanggalkan headphonenya. Dia mencampak headphone itu bersama mp3 nya ke atas tanah. Kakinya berlari pantas mendekati mereka. Dengan sekali rentap, dia berjaya meleraikan pelukan Hakim. Tubuh Hanani dibawa ke belakangnya.

     "Za...Zarfan!" Lutut Hakim mula menggeletar. Tak sangka dia akan bertemu Zarfan di situ. Dia teringatkan bagaimana dia dibuang sekolah. Terus wajahnya berubah tegang. Hatinya yang tadi kecut melihat Zarfan kini dipenuhi dendam amarah yang bukan sedikit.

    "Kau lupa amaran aku hari itu?" Dingin Zarfan bertanya.

    "Selama ini kau tak pernah ambil tahu mengenai urusan orang lain! Kenapa sekarang kau sentiasa menyibuk dalam urusan aku dengan Nani hah?!"

    Zarfan berdecit. Namun sesiapa yang melihat Zarfan ketika itu tahu bahawa decitan itu dipenuhi aura membunuh. Sehingga Hakim yang berlagak garang itu turut berpeluh. Anak-anak buahnya pula menggeletar keseraman.

    "Urusan kau dengan Nani? Sejak bila kau ada hubungan dengan dia sampai kau boleh berurusan dengan dia?"

    Hakim mengetapkan giginya. Dia memandang tajam ke arah Hanani. Hatinya semakin panas melihat Hanani cuba menyembunyikan diri di belakang Zarfan.

    "Apa pula hubungan kau dengan dia sampai kau boleh masuk campur dalam hal dia?" tingkah Hakim tak berpuas hati.

    Zarfan merenung Hakim sebelum beralih ke Hanani dan berpatah balik ke Hakim semula. "Kau tak tahu?" tanyanya dalam nada mengejek.

    "Tahu apa?!" bentak Hakim.

    "Aku crush Hanani sejak kecil lagi. Sebenarnya, dia tak pernah suka kau pun. Dia hanya kagum dengan kau yang sentiasa mendapat nombor satu dalam tingkatan sahaja. Sejak kecil, hanya aku yang ada dalam hatinya," jawabnya selamba dengan muka tak bersalah.

    Hakim dan Hanani tersentak. Wajah Hanani berubah merah padam menahan malu. Dia tak sangka, Zarfan tahu mengenai hal itu. Sangkanya, lelaki itu tak pernah peduli.

    Hakim semakin berang. Hatinya pecah berderai mendengar pengakuan Zarfan.

    "Ah, aku tak percaya!"

    "Terpulang. Aku tak desak kau untuk percaya. Lagipun, aku tak datang untuk buktikan siapa aku pada Hanani. Aku datang untuk tolong dia sahaja dari dikacau samseng jadian seperti kau," balas Zarfan.

    "Kau memang nak tempah maut, Zarfan!!!"

    Zarfan hanya berdiri tenang melihat Hakim meluru ke arahnya. Sempat dia berpaling untuk mengarahkan Hanani berlindung di tempat yang selamat. Apabila Hakim telah mendekat, dia kembali memandang depan lalu melibaskan kakinya menepis tumbukan padu Hakim. Libasannya diteruskan sehingga mendarat ke pipi Hakim. Hakim tersungkur lalu meludahkan darah.

    "KORANG TUNGGU APA LAGI? SERANGLAH!" marah Hakim melihat anak-anak buahnya yang keras membatu tanpa melakukan apa-apa. Dia turut kembali berdiri. Zarfan kekal tenang. Ketenangannya tak ubah seperti pepatah inggeris, 'calm before storm'.

    Lima lawan satu. Tetapi, Hakim dan empat anak buahnya itu tetap bukan lawan Zarfan. Di akhir pertarungan,mereka tersungkur tak bertenaga di atas tanah. Hanani yang memerhati dari kejauhan menyentuh dadanya. Jantungnya berdegup kencang seakan ingin pecah melihat kehebatan Zarfan bertarung. Tambah pula Zarfan berlawan kerana dia. Sungguh, Zarfan tampak sangat bergaya di matanya ketika ini.

    Zarfan menepuk tangannya membuang debu-debu yang mengotori tangannya. Mata dinginnya disorot ke wajah Hakim yang tercunggap mencari nafas bagai ikan yang terdampar di daratan. Manakala empat anak buahnya telah pengsan kerana kehabisan tenaga.

    Zarfan mendengus perlahan. Buang tenaganya sahaja berlawan dengan orang selemah mereka. Tak berbaloi.

    Zarfan menghampiri tempat persembunyian Hanani. "Kau tak apa-apa?" tanyanya dalam nada mendatar.

    Hanani hanya mengangguk sambil menundukkan kepala. Malu.

    Zarfan tak memberi reaksi. "Tunggu apa lagi...Pergilah balik!" halaunya kasar.

    Hilang segala imej suci Zarfan di mata Hanani. Gadis itu merengus tak puas hati. Huh! Zarfan selalu melayannya kasar. Sangkanya semuanya akan berubah selepas Zarfan tahu dia meminati pemuda itu. Tetapi semuanya sekadar angan-angan Mat Jenin!

    "Terima kasih!" bentaknya lalu berpaling pergi.

    Zarfan menjuihkan bibir. Ingat dia peduli dengan perasaan Hanani. Huh, dalam mimpi!

    Hanani berpaling untuk melihat Zarfan buat kali terakhir. Matanya terbeliak melihat Hakim yang telah kembali bangun menyelinap ke belakang Zarfan. Di tangannya ada sebatang kayu panjang. Tanpa sedar, dia berteriak nyaring.

    "ZARFAN!!!"

-----------------------------------------------------------

 
    Cikgu Fatih merenung ke luar tingkap kereta. Memikirkan soal Zarfan dan Umar Haiqal sejak mendengar cerita Tuan Yasir pagi tadi. Dia kesian dengan nasib dua beradik itu. Siapa sangka, perkara malang yang menimpa keluarga mereka berpunca dari atuk mereka sendiri...

    Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu. Dia tersentak.

    "Berhenti! Berhenti!" arahnya kepada Qaseh yang memandu kereta.

    "Hah?"

    "Berhenti! Cepat!" gesanya.

    Qaseh terpaksa akur biarpun pelik. Dia memberi isyarat lalu memakirkan kereta di bahu jalan. Namun tak sempat dia hendak menukar gear neutral, cikgu Fatih terlebih dahulu keluar dari kereta.

    "Abah!" jerit Qaseh terperanjat. Namun cikgu Fatih tak berhenti. Dia berlari menuju ke taman tasik.

    "Woi!" jerit cikgu Fatih tatkala melihat seorang pemuda cuba memukul Zarfan yang sudah tertiarap di atas tanah dengan sebatang kayu.

    Pemuda itu menoleh. Cikgu Fatih terkejut melihat pemuda itu ialah Hakim. Muka Hakim berubah terkejut sebelum melepaskan kayu di tangannya. Dia terus melarikan diri.

    "Zarfan!" Hanani menerpa ke arah Zarfan. Dia membalikkan tubuh Zarfan agar berada dalam posisi menelentang. Zarfan telah tidak sedarkan diri. Darah tak putus-putus mengalir dari luka di kepalanya.

    "Ya Allah! Afan!" cikgu Fatih semakin terkejut melihat keadaan Zarfan yang berlumuran darah. Dia berpaling memandang Qaseh yang baru tiba.

    "Qaseh, kita kena bawa Afan ke hospital cepat!"

    Qaseh mengangguk laju lalu berpatah balik ke keretanya. Cikgu Fatih segera mendukung tubuh Zarfan. Dia memandang Hanani yang berwajah pucat itu.

    "Kamu ikut cikgu sekali," arahnya.

    "Urmm, mereka?" Hanani menunjuk ke arah empat orang yang dibelasah Zarfan tadi.

    Cikgu Fatih melirik ke arah mereka sekilas. Diperhatikan pergerakan dada mereka mengikut helaan nafas masing-masing.

    "Mereka tak apa-apa. Biarkan sahaja dahulu. Nanti polis uruskan mereka," ujar cikgu Fatih. Lagipun, buat apa dia nak pedulikan orang seperti mereka. Keadaan Zarfan lebih penting buat masa sekarang!

   

Continue Reading

You'll Also Like

13.1K 160 16
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
362K 14.4K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
45.3K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
"Kawan" ✔ By amiza

Teen Fiction

223K 14.1K 43
Status: [Completed] Malay short story. #44 teenfiction Kawan [ ka- wan ] کاون Sinonim 1. Sahabat 2. Teman 3. Rakan "Aku kawan kau. Tapi, Aku pun le...