Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

54: Pelawaan Eusuf

364 55 0
By saif_almasyriq

Zarfan termenung jauh walaupun dalam keadaan hiruk-pikuk yang mengalahkan pasar di dalam dewan itu. Fikirannya melayang mengenangkan abangnya yang masih tak dapat dihubungi. 

Dalam diam, dia memanjatkan doa agar abangnya segera pulang. Dia tak betah duduk diam tanpa mengetahui apa-apa khabar tentang lelaki itu. 

Tambah pula, Batch Lagenda dan Tuan Yasir bagaikan sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Sesuatu yang dia dapat agak berkait rapat dengan abangnya..

"Zarfan, kau buat apa di sini? Bukan Cikgu Fatih panggil kau ke?" tegur Hanani yang kebetulan melalui barisan kerusi itu ketika ingin ke tandas.

Zarfan mengangkat kening. "Bila masa?"

"Laa... Nasir tak beritahu kau ke? Tadi abang pesan suruh beritahu kau yang Cikgu Fatih nak jumpa sebelum majlis bermula. Dia lupalah itu agaknya," balas Hanani.

Zarfan bangun. Dia terus keluar dari dewan itu setelah mengucapkan terima kasih kepada kawannya itu. Ketika melalui kawasan kantin, tiba-tiba telinganya menangkap suara sesorang memanggil namanya.

"Zarfan," ujar Nasir dalam keadaan tercunggap-cunggap setelah tiba di depan Zarfan. Dia menunduk memegang lutut sambil melepaskan lelahnya. Kelihatan peluh bercucuran membasahi dahinya. 

Zarfan sekadar menayangkan riak kosong melihat keadaan kawannya itu. Tangannya diseluk ke dalam kocek seluar.

"Cik... Cikgu Fatih pa.. panggil kau," beritahu Nasir yang masih lelah akibat berlari.

"Aku tahu".

Jawapan Zarfan membuatkan Nasir terus mengangkat kepalanya. Sia-sia sahajalah usahanya mencari Zarfan satu sekolah. 

Sudahlah penat! Alih-alih, kawannya itu sudah tahu terlebih dahulu.

"Kau pergi mana? Aku cari tak jumpa," marah Nasir. Sakit hati pula dia rasa.

"Ke mana lagi? Dewanlah. Kan ada majlis sambutan hari guru," selamba Zarfan membalas.

Nasir tercenggang. "Kau..." Jari telunjuknya ditunding ke arah Zarfan.

"Sejak bila kau pergi ke majlis macam ini? Bukan kau tak suka tempat yang ramai orang ke?" tanyanya tak percaya. Padanlah dia tak jumpa Zarfan di mana-mana.

Zarfan mengangkat keningnya. "Sudahlah, aku jumpa cikgu dahulu. Marah cikgu nanti tunggu aku punya lama. Semua salah kau," bidas Zarfan. Dia terus berlalu dari situ.

Nasir membeliakkan matanya. Dia.  mengomel sendirian. "Salah aku pula? Dia yang tiba-tiba berubah jadi malaikat apahal?"


* * * * * * * * * *

    

"Afan..." laung Eusuf. Dia mengangkat tangan melambai ke arah Zarfan yang sedang berjalan longlai melepasi pagar sekolah.

Zarfan mengangkat kepala. Terus dia mengharung lautan pelajar di pintu pagar sekolah itu lalu mendekati kereta Eusuf. Tangan dihulur untuk bersalam dengan lelaki itu.

"Kau lapar? Nak pergi makan?" ajak Eusuf sambil mengangkat keningnya.

"Abang Eusuf nak belanja ke?" Keterujaannya begitu hambar kedengaran. Barangkali kerana fikirannya yang tidak berpijak di bumi nyata. Dia masih resah memikirkan keberadaan abangnya.

"Tak. Orang lain. Naufal dan Kabir pun balik ke sini minggu ini. Danial dan Kauthar pun ada sebab kita orang ingat nak lepak bersama petang ini. Kau nak ikut ke tak?" pelawanya.

Zarfan berfikir sejenak. Amarahnya kepada Batch Lagenda menyusut selepas mengetahui yang mereka bersungguh cuba memulihkan hubungan mereka dengan Umar Haiqal. 

Lagipun setelah direnung kembali, Batch Lagenda tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Semua berpunca dari sikap abang keduanya yang suka membuat keputusan melulu itu dan menanggung semua akibatnya seorang diri.

"Boleh sahaja," jawabnya ringkas.

Eusuf tersenyum nipis mendengar jawapan Zarfan. Zarfan dijemput masuk ke dalam kereta Honda City miliknya. Dengan cermat, dia memandu kereta menuju ke destinasi mereka iaitu Restoran Nasi Arab yang terletak di tengah bandar.

"Err, Afan..." panggil Eusuf teragak-agak. Ada sesuatu yang ingin dia tanyakan.

"Emmm..." sahut Zarfan yang sibuk memerhati suasana di luar tingkap kereta.

"Haiqal masih belum hubungi kau atau Tuan Yasir?"

Diam. 

Eusuf menjeling wajah Zarfan sekilas. Pemuda itu tampak tersentak sebelum wajahnya berubah suram. 

Zarfan telah tahu semuanya dari Tuan Yasir.

Baru pagi tadi, Cikgu Fatih telah menceritakan mengenai punca sebenar abangnya menghilang. Bukan kerana dia, bukan kerana Batch Lagenda. Tetapi kerana kisah pergolakan keluarga mereka yang baru terbongkar kelmarin.

Cikgu Fatih menceritakan semuanya termasuk siapa sebenarnya Tuan Jamal dan apa yang lelaki itu telah lakukan kepada keluarga mereka. 

Sepatutnya Tuan Yasir yang menceritakan semua itu tetapi dia mempunyai urusan kecemasan dan terpaksa pergi outstation buat beberapa hari. 

Maka, Cikgu Fatih yang disuruh menjadi orang tengah kerana Tuan Yasir tak mahu dia salah faham dengan punca sebenar pemergian Umar Haiqal. 

Bukan kerana dia. 

Bukan juga kerana Batch Lagenda. 

Tetapi kerana perlukan masa untuk menerima kebenaran sebenar di sebalik kejadian hitam yang menimpa keluarga mereka dahulu.

Zarfan mengeluh berat. Sekali lagi, Umar Haiqal pergi tanpa membawanya bersama. Sebagai adik, dia ingin berkongsi suka duka abangnya. 

Bukan ditolak ke tepi dan melihat sahaja abangnya menanggung semua kesakitan sendiri.

"Maaf Afan. Aku tak patut se..."

 "Tak mengapa. Bukan salah abang Eusuf pun. Afan faham abang Umar bukan saja-saja nak pergi. Dia cuma perlukan masa untuk terima apa yang berlaku. Afan faham apa yang abang Umar rasakan. Sebab itu Afan merelakan abang Umar pergi, walaupun Afan rindukan dia". Jujur Zarfan meluahkan.

Eusuf mengangkat tangan kirinya lalu mengusap kepala Zarfan lembut. Cuba untuk memujuk Zarfan sementara lampu isyarat bertukar merah.

Zarfan sekadar membiarkan. Hatinya terasa kosong... 

Tanpa Umar Haiqal, hidupnya terasa bagai kanvas yang hanya diwarnai hitam putih. Tiada keceriaan dan keseronokan. 

Kali ini, agaknya entah berapa lama abangnya akan menghilang? Sebulan? Setahun? Sedekad? Atau abangnya tak mahu pulang lagi...

"Afan nak jumpa Haiqal?" tanya Eusuf sambil menukar gear. Pedal minyak ditekan untuk menggerakkan keretanya.

Zarfan berpaling memandang Eusuf. Dahinya berkerut. "Abang Eusuf tahu ke abang Umar ada di mana?"

Abang Umar... 

Tsk...

Eusuf berdecit lucu. Panggilan itu terasa asing di telinganya. Lazimnya, nama Umar itu digunakannya dan Batch Lagenda untuk Umar Zaqwan, bukannya Umar Haiqal. 

Tetapi apa yang boleh dia buat jika nama manja Umar Haiqal dalam kalangan ahli keluarganya ialah Umar.

"Tak".

Jawapannya mengundang riak kecewa di muka Zarfan.

"Tetapi aku tahu dia kerja di mana. Selama dia menghilang dahulu, dia pergi bekerja di sanalah. Mana tahu, mungkin sekarang pun dia ada di sana".

"Oh".

Eusuf menjeling Zarfan dengan ekor matanya. Dilihat pemuda itu kembali merenung pemandangan di luar tingkap. Namun, dia dapat melihat senyuman nipis yang hampir tak terbentuk di bibir Zarfan.

"Kita sudah sampai," beritahu Eusuf. Brek tangan ditarik seraya dia menanggalkan tali pinggangnya. Enjin kereta dimatikan.

Eusuf dan Zarfan berjalan beriringan masuk ke dalam restoran itu. 

Zarfan melihat Danial, Kauthar, Kabir dan Naufal yang telah sedia menunggu mereka. Makanan dan minuman pun telah siap dihidangkan. Tanpa perlu disuruh, Zarfan mengambil tempat di hadapan pinggan nasi mandy kambing kerana dia tahu Eusuf kurang mengemari nasi Arab. 

Eusuf pula duduk di depan pinggan roti kebab dan shawarma yang memang ditempah khas untuk dirinya atas permintaannya sendiri tadi kepada Kauthar.

Danial mengetuai bacaan doa makan. Suasana di meja itu sepi sepanjang mereka semua menikmati makanan masing-masing. Hanya bunyi sudu berlaga dengan garfu dan gelas diletak di atas meja yang kedengaran.

"Alhamdulillah," Kauthar tersandar kekenyangan. Dia menadah tangan membaca doa selepas makan.

Eusuf mengelap mulutnya dengan tisu. Dia memandang Danial yang sedang menghirup air teh halia ais.

"Dan, kalau kita bawa Afan cari Haiqal nanti boleh?"

"Boleh. Lagipun esok cuti sekolahkan, Afan?" Danial berpaling memandang Zarfan yang sedang menghirup air sirap limau ais.

"Ha'ah," jawab Zarfan sambil meletakkan gelas airnya di atas meja. Dia kembali mencapai sudu dan garfunya.

"Emm, Afan nak naik kereta siapa nanti? Kereta aku atau kereta Danial?" tanya Naufal sambil mengunyah makanannya. Dia hanya mengabaikan Eusuf yang membuat muka melihat sikap tak senonohnya.

"Naik dengan abang Dannylah. Ada abang Eusuf sekalikan?" balas Zarfan lalu menoleh ke arah Eusuf.

 Terus Eusuf mengangguk sambil tertawa lucu. Dia tahu kenapa Zarfan mahu naik dengannya dan Danial. Pemikiran Zarfan sama sepertinya dan Danial. Naufal ialah pemandu yang membosankan. Dia terlalu berhati-hati di jalan raya. 

"Jadi, bila nak pergi?" tanya Kabir.

"Esok pagi, pukul lapan aku ambil kau di rumah. Afan, jangan lupa minta kebenaran Pak cik Yasir tau," pesan Danial. 

Mereka tahu Zarfan tidak lagi tinggal bersama ayah angkatnya tetapi bersama Tuan Yasir pula. Zarfan sendiri yang minta kebenaran keluarga angkatnya selepas identiti Umar Haiqal terbongkar.

Zarfan mengangguk akur.


Continue Reading

You'll Also Like

75.6K 6.4K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
553K 23.9K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
34.1K 3K 49
Sakit,, Sakit bila kau sorang je yang kena tahan sakit ni.. Sakit bila tiada sorang pun yang faham kau.. Sakit bila kau kena tipu yang kau ok... Saki...
16.7K 187 16
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...