Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

51: Kisah Yang Dirahsiakan

377 55 2
By saif_almasyriq

Umar Haiqal melabuhkan punggung di depan Tuan Jamal. Sekarang ini, mereka berada di rumah lama Zarfan. Rumah yang menemukan dia dengan diari arwah ibunya. Mereka saling berbalas renungan entah untuk berapa ketika. Sehinggalah Umar Haiqal berdecit lalu bersandar pada sofa.

"Baiklah Tuan, cuba Tuan ceritakan siapa sebenarnya Zack atau nama sebenarnya Zakri kepada Tuan?" tenang Umar Haiqal bersuara.

Mata Tuan Jamal membesar sebelum dia melarikan pandangannya dengan menundukkan kepala. Dia bermain dengan jari-jemarinya sendiri. Resah. "Umar sudah tahu?"

"Apa yang saya tahu?" Umar Haiqal bermain kata.

Tuan Jamal mengeluh berat. Siapa sangka, rahsia hitamnya yang disangka akan dibawa sehingga ke kubur, terbongkar pada hari ini. Tak lain tak bukan kepada Umar Haiqal juga.

Sungguh ironi...

"Dia anak bongsu tok," jawabnya dalam nada lemah. Dia tetap membahasakan dirinya sebagai tok walaupun Umar Haiqal memanggilnya sebagai Tuan.

Wajah Zack terimbas di ruangan mata. Zack yang dahulunya merupakan anak yang naif, membesar menjadi pendendam kerana kesilapannya. Silapnya kerana menjadi seorang ayah yang tidak sempurna.

"Ada apa-apa lagi yang saya perlu tahu?" tekan Umar Haiqal. Masih dalam nada tenangnya. Jari-jarinya mengetuk alas tangan pada sofa yang didudukinya. Menghasilkan rentak irama untuk menghilangkan bosan sementara menunggu jawapan Tuan Jamal.

Tuan Jamal kembali memandang Umar Haiqal. "Kamu sendiri sudah tahu kebenarannya. Perlukah tok menjawabnya lagi?"

Umar Haiqal berdiri. Situasi sekarang dirasakan begitu berat dan menyesakkan dadanya. Dia berdiri ditepi tingkap, merenung suasana di luar.

"Jadi, Tuan mengaku yang Tuan sebenarnya ialah atuk saya? Atuk yang saya tak pernah tahu kewujudannya sehinggalah kelmarin?" Umar Haiqal terus menyoal tanpa memandang Tuan Jamal. Dia tidak lagi mampu memandang wajah tua itu.

Perasaannya kian berbaur. Antara dendam, kecewa, sedih...semua perasaan itu ingin cuba memdominasi hatinya. Mujur iman masih teguh berkuasa, masih gagah mengawal semua emosi itu agar tidak berantakan.

"Ya," akui Tuan Jamal. Ada penyesalan yang membayangi suaranya. Akhirnya, terungkap jua rahsianya yang satu itu.

"Maka, berkata benarlah sekarang, Tuan. Jelaskan segala yang masih samar tersembunyi. Dari awal sehingga akhir," pinta Umar Haiqal.

Tuan Jamal mengetap bibirnya. Jantungnya semakin berdetak laju. Nafasnya terasa kian berat. Tak mudah untuk dia membongkarkan cerita yang disimpannya sekian lama itu.

Seakan cuba menarik kembali sauh yang telah ditenggelamkan ke dasar lautan dengan menggunakan kudratnya sendiri tanpa sebarang alat.

Berat.

Yang tak terungkap.

"Salahuddin ialah anak sulung tok," ujarnya memulakan cerita. 

"Secara jujurnya, dia anak kesayangan tok. Kebanggaan tok dengan segala kecemerlangan dan kejayaan yang digapainya. Tetapi, semuanya berubah bila dia bertemu dengan Khalisah, ibu Umar. Khalisah hanya orang kebanyakan, orang biasa yang tak punya apa-apa keistimewaan. Tak ada pangkat, harta ataupun kerjaya yang boleh dibanggakan".

"Tok menentang pernikahan Salahuddin dengan Khalisah. Dibutakan cinta, Salahuddin lebih sanggup memilih Khalisah ketika tok memberinya pilihan sama ada Khalisah atau keluarga. Sejak itu, dia berhenti kerja, berpindah jauh semata-mata ingin pergi jauh dari tok".

Nafas ditarik dalam.

"Tok arahkan Zack untuk jejak dia dan bawa dia ke rumah tok semula. Jika mampu, buatkan dia dan Khalisah berpisah. Percubaan kami untuk pisahkan Salahuddin dan Khalisah semakin sukar apabila kehadiran kamu berdua semakin mengukuhkan cinta mereka".

"Satu hari, Zack dapat tahu bahawa Yasir pernah cintakan Khalisah. Khalisah ialah cinta pertamanya. Kesilapannya memperkenalkan Khalisah dengan Salahuddin membenihkan cinta antara mereka berdua. Yasir terpaksa akur apabila Khalisah memilih Salahuddin dari dia yang menjadi sahabat Khalisah sejak kecil. Bila kami tahu sahaja cerita ini, kami cuba hasut Yasir untuk rosakkan rumah tangga Salahuddin tetapi Yasir tolak. Katanya, memang cinta boleh mengatasi persahabatan, tetapi baginya sebuah persahabatan jauh lebih bernilai dari cinta. Dia lebih rela mati dari mengkhianati Salahuddin. Malah dia tak akan teragak-agak untuk musnahkan kami jika kami terus menganggu sahabatnya. Walaupun jauh lebih muda, Yasir lebih berpengaruh dan berkuasa dari tok. Jadi, tok tahu kata-katanya bukan kata-kata kosong tetapi amaran jelas. Kesetiaannya dalam persahabatannya dengan Salahuddin membuatkan tok dan Zack mendendaminya".

"Sayangnya masa itu, Yasir baru membuka syarikatnya. Banyak perhatian yang diperlukan untuk mengukuhkan syarikatnya. Kerana itu, Salahudin menolak tawaran Yasir untuk melindunginya. Dia tak mahu sahabatnya musnahkan masa depan hanya kerana masalah keluarganya ".

Tuan Jamal jeda seketika untuk merehatkan anak tekaknya. Letih kerana berbicara panjang sejak tadi. Ditambah pula dengan rasa bersalah yang membadai hatinya. Walaupun lelah, dia cuba untuk kuatkan diri. Demi melangsaikan hutangnya kepada Umar Haiqal.

"Satu hari, peluang yang kami kami tunggu-tunggu muncul. Kami berjaya menjejaki Yasir yang kebetulan sedang membawa Umar dan Zaqwan bersiar-siar. Ketika Yasir sibuk merawat Zaqwan yang tercedera akibat terjatuh, tok memberi gula-gula beracun kepada Umar. Masa itu, tok tak kisah jika Umar mati sekalipun sebab tok tak pernah anggap Umar sebagai cucu tok. Apa yang tok nampak, Umar hanyalah anak kepada perempuan gatal yang telah goda anak tok".

"Umar dimasukkan ke hospital untuk jangka masa yang agak lama. Sementara Salahuddin dan Khalisah sibuk menjaga Umar, kami kembali menganggu rumah tangga mereka Macam-macam yang kami buat. Letak bangkai ayam depan rumah, simbah kereta Salahuddin dengan cat merah, upah perompak untuk pecah masuk rumah Salahuddin dan banyak lagi. Sampaikan Salahuddin dan Khalisah tak tahan, mereka terpaksa ambil keputusan untuk berpindah lagi sekali. Umar terpaksa mereka tinggalkan bersama Yasir kerana Umar masih perlukan rawatan di hospital. Sekali lagi, kami hilang jejak mereka".

Tuan Jamal mengengam jari-jemarinya seakan cuba mencari kekuatan untuk terus bercerita.  

"Sebenarnya, bukan Salahuddin dan Khalisah tak pernah mencari Umar. Mereka terpaksa tahan diri dari menghubungi Yasir kerana bimbang kami dapat jejak mereka melalui Yasir. Yasir pun, sejak hari itu tidak lagi cuba mencari mereka kerana tak mahu kejadian yang sama berulang".

Umar Haiqal memejamkan mata. Cerita Tuan Jamal didengar dengan penuh khusyuk tanpa disampuk. Hatinya lara mengenangkan sikapnya kepada keluarga kandungnya. Baru hari ini dia tahu punca sebenar dia ditinggalkan. Bukan kerana dia lemah tetapi kerana dendam seorang ayah kepada menantunya. Dia menjadi mangsa pertengkaran mereka dan terpaksa menanggung sakit diracun serta dipisahkan dari keluarga. Sunguh, perbuatan Tuan Jamal sangat kejam baginya.

Tuan Jamal memandang Umar Haiqal yang menangis dalam sepi itu. Dengan berat hati, dia menyambung ceritanya.

"Tahun demi tahun berlalu tetapi tok tak pernah lupakan dendam tok kepada Khalisah. Tok pura-pura kemalangan dan menyuruh Zack beritahu kepada Yasir. Yasir yang memang baik hati sudi melawat tok. Tok pura-pura menyesal atas dosa-dosa tok dan merayu kepada dia agar benarkan tok jumpa Salahuddin sebagai permintaan terakhir tok. Tertipu dengan pujuk rayu tok, akhirnya Yasir bersetuju untuk bantu tok cari mereka. Dengan pengaruhnya, dengan mudah dia jumpa mereka. Yasir pun bawa tok bertemu dengan mereka. Sedikitpun dia tak menaruh curiga dengan lakonan tok. Kedatangan tok disambut penuh kesyukuran oleh Salahuddin dan Khalisah. Mereka nampak gembira tetapi tok semakin sakit hati melihat kewujudan Zarfan. Sebab itulah, tok arahkan Zack bunuh Khalisah dengan segera. Tetapi Zack tersilap langkah. Perangkap yang sepatutnya untuk Khalisah terkena pada Salahuddin. Salahuddin mati ditangan adiknya sendiri".

"Tanpa kami duga, Yasir muncul tiba-tiba dalam rumah Salahuddin. Dia terkejut melihat mayat Salahuddin lalu cuba menyerang kami, tetapi kami berjaya melarikan diri terlebih dahulu. Kemudian, Khalisah pula sampai. Dia sangka Yasir yang bunuh Salahuddin. Sebab itu dia buat laporan polis".

"Tetapi Yasir terlepas kerana peguam belanya berjaya membuktikan Yasir tak bersalah. Yasir pula cuba dakwa kami dengan bukti yang dia ada. Tetapi juga gagal. Tok dan Zack upah orang untuk jadi alibi palsu kami semasa kejadian pembunuhan itu berlaku. Selepas itu, kes pembunuhan Salahuddin ditutup akibat tiada apa-apa perkembangan memandangkan semua suspek terbukti tak bersalah".

"Sanggup tok aniaya papa yang tak bersalah?" soal Umar Haiqal dalam suara yang seakan menahan tangis.

Sebenarnya, dia telah tahu bahawa Tuan Yasir tak bersalah apabila dia membaca diari arwah ibunya sampai ke akhir. Ibunya menyatakan kekesalan kerana menuduh Tuan Yasir setelah tahu apa yang berlaku.

Lagipun, sudah lama dia hidup bersama Tuan Yasir. Dia cukup kenal lelaki itu untuk tahu bahawa Tuan Yasir bukanlah jenis orang yang mengkhianti sahabatnya sendiri hanya kerana cinta.

Sikap Tuan Yasir tak ubah seperti Eusuf. Walaupun hati sendiri sakit, namun mereka merelakan orang yang dicintai bersama dengan sahabat sendiri.

Lalu, dia aturkan segala drama petang tadi semata-mata untuk menguji Tuan Yasir. Dia dapat membaca air muka Tuan Yasir dengan jelas. Lelaki tua itu benar-benar memaksudkan kata-katanya bahawa dia tak bersalah. Semuanya hanya salah faham.

"Maafkan tok. Tok menyesal. Tok akui tok memang bencikan Khalisah tetapi tok sentiasa sayangkan Salahuddin. Kematian Salahuddin telah menyedarkan tok dari kesilapan tok. Zack pula...enggan berubah walaupun dipujuk tok berkali-kali. Dia masih belum puas membalas dendam kepada Salahuddin kerana selama ini tok dan opah selalu melebihkan Salahuddin. Dia rasa terpinggir. Dia semakin tak puas hati kerana opah Umar teramat sayangkan Salahuddin sampaikan opah kamu meninggal dunia akibat terlalu sedih dengan pemergian Salahuddin. Sebab itu dia inginkan semua sisa-sisa keturunan Salahuddin lenyap dari atas muka bumi ini. Selagi kalian masih hidup, selagi itu dia tak akan tenang," jelas Tuan Jamal.

"Jadi, apa motif to...tok berpindah ke sini? Untuk tebus kesalahan tok kepada keluarga Umar?" Ada getar saat dia menyebut perkataan 'tok'.

Tuan Jamal tersenyum kecil bila Umar Haiqal menggelarnya sebagai tok semula. Hati tuanya dijentik rasa bahagia.

"Ya. Lagipun, suasana damai di daerah kecil ini membantu tok untuk lupakan apa yang berlaku. Di sini juga tok bertemu jodoh baru yang sedarkan tok bahawa betapa jauhnya tok menyimpang dari landasan Islam. Dengan bantuan dia, tok mulakan hidup baru dan membuka rumah anak yatim. Tok tinggalkan kemewahan dan kemegahan yang dahulu demi mendidik semula hati tok kepada agama Islam yang sebenarnya. Dalam masa yang sama, tok dapat perhatikan cucu-cucu tok membesar dari jauh. Tok gembira bila Umar dan Zaqwan selalu habiskan masa di sini walaupun kamu berdua selalu datang berasingan. Terubat rindu tok kepada Salahuddin setiap kali menatap wajah kalian terutama kamu, Umar".

"Wajah kamu lebih mirip Salahuddin manakala muka Zaqwan lebih banyak mewarisi bentuk muka Khalisah," ujarnya tersenyum.

"Tok juga telah berterus-terang kepada Khalisah. Alhamdulillah, Khalisah redha dengan apa yang berlaku. Dia sedih tetapi tidak salahkan tok. Sikap pemaafnya membuatkan tok malu sendiri. Wanita yang tok sangkakan wanita murahan rupanya mempunyai hati yang sangat mulia".

"Tetapi sayang, panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Zack lama mendiam membuatkan tok dan Yasir terlupa dengan kelicikan dan dendamnya. Kami lalai semasa memerhatikan keselamatan keluarga Umar. Zack berjaya menculik Khalisah dan Zarfan malam itu. Kami terlambat sedar menyebabkan Khalisah dan Zaqwan terkorban. Maafkan kami, Umar. Kalaulah kami sedar lebih awal...pasti..."

"Tak apa. Umar faham," potong Umar Haiqal.

   

   

   

   

   

Continue Reading

You'll Also Like

207K 13.3K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
3.2K 335 55
'Be my Queen, and I'll be your King' Siapa sangka yang seorang gadis biasa dapat mencuri hati kedua-dua Tengku DiRaja Pahang? Nursafa Malaiqa, seoran...
"Kawan" ✔ By amiza

Teen Fiction

223K 14.1K 43
Status: [Completed] Malay short story. #44 teenfiction Kawan [ ka- wan ] کاون Sinonim 1. Sahabat 2. Teman 3. Rakan "Aku kawan kau. Tapi, Aku pun le...
75.3K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...