Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

48: Rancangan Eusuf

369 59 1
By saif_almasyriq

    Danial menghela nafas sambil matanya dipejam rapat. Kalimah istighfar terlafaz perlahan dari mulutnya. Tangannya mengenggam kuat telefon bimbitnya sehingga kelihatan urat-urat tangannya menimbul.

    "Terima kasih Fiq. Nanti aku beritahu mereka yang lain. Assalamualaikum," ujarnya lemah. Telefon bimbitnya dimatikan. Dia menoleh ke belakang, memandang seorang demi seorang Batch Lagenda yang ada bersamanya disitu.

    Hampir semua Batch Lagenda berkumpul di rumah Kauthar. Hanya Afiq, Irfan, Fitri, Naufal dan Wazir yang tiada kerana dibelenggu komitmen kerjaya masing-masing. Niat asal mereka adalah untuk membincangkan soal program motivasi buat pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah Zarfan. Tetapi perbincangan mereka tergendala apabila ada membangkitkan isu mengenai Umar Haiqal. Terus perbincangan mereka berubah kepada perbincangan untuk mencari Umar Haiqal bagi menyahut cabaran Tuan Yasir. Mereka benar-benar ingin membuktikan kepada Tuan Yasir bahawa mereka ikhlas meminta maaf kepada Umar Haiqal.

    "Korang, aku ada dua berita. Satu baik, dan satu lagi buruk. Yang mana satu korang hendak dengar dahulu?" umum Danial dengan wajah muram.

    "Mana-mana pun sama, Danny. Akhirnya, dua-dua juga yang kami dengar. Ikut kaulah nak beritahu yang mana dahulu," jawab Rafiq malas. Matanya lansung tak teralih dari siaran filem aksi yang ditayangkan di kaca televisyen. Lansung tak berkedip dia menonton pertarungan epik satu lawan satu antara watak utama dan watak antagonis.

    "Afiq sudah jumpa Haiqal," beritahu Danial sambil mengambil tempat di kerusi kosong di meja makan tetamu. Di sebelah kanannya ada Kauthar manakala di sebelah Kauthar ada Hazim. Di sebelah kiri dia pula, ada Kabir yang duduk selang dua kerusi darinya. Kerana meja itu bulat, Kabir juga berada di sebelah Hazim.

    Batch Lagenda yang tadinya sibuk buat hal sendiri terus menghentikan aktiviti masing-masing.

     "Betul ke?" Mata Eusuf kelihatan bersinar dengan kegembiraan. Teruja mendengar perkhabaran itu.

     Danial mengalihkan pandangan matanya lalu direhatkan pada wajah Eusuf. "Sayangnya, korang sahaja yang seronok. Haiqal tak begitu".

    Senyuman Eusuf mati.

    "Haiqal masih marahkan kita ke? Dia tak nak jumpa kita?" duga Kabir. Dia tak sedap hati melihat riak Danial.
     Danial menggeleng lemah. "Haiqal bukan seorang pendendam. Dia tak bencikan kita pun. Malah dia yang takut kita masih bencikan dia".

    "Habis itu, Afiq tak cakap dengan dia yang kita nak jumpa dia sangat-sangat?" tanya Rusdi keliru.

    Danial mengeluh berat. Kepalanya ditundukkan. Kedua-dua tangannya yang direhatkan di atas meja dikepal erat. Sungguh, dia menjadi risau dan takut setelah mendengar kata-kata Afiq tadi. Takut jika mereka kehilangan peluang ini untuk meminta maaf kepada Umar Haiqal.

    "Dan...?" panggil Kauthar. Bahu Danial disentuh. "Kenapa? Apa yang kau sembunyikan dari kami?"

    Danial kembali mengangkat kepalanya. Matanya bertembung dengan pandangan Kauthar. Seraya itu, dia terus mengalihkan pandangan. Melihat wajah keliru Batch Lagenda seorang demi seorang.

    "Kata Afiq, Haiqal tak akan jumpa kita selagi......" Kata-katanya terhenti. "Selagi....." Dia terjeda lagi. Sungguh, terlalu sukar untuk dia mengungkapkan kata-kata itu. Tak sanggup dia untuk melihat reaksi kawan-kawannya selepas mengetahui berita itu.

     Eusuf mengerutkan dahi melihat gelagat aneh Danial. Sepanjang perkenalannya bersama Danial, tak pernah dia melihat Danial resah seteruk itu. Kerna itu, dia dapat meneka bahawa berita yang dikatakan buruk oleh Danial pastinya merupakan berita yang teramat buruk sampaikan Danial menjadi resah sebegini.

    Eusuf bangkit. Kerusi kosong di kiri Danial ditarik lalu dia duduk. "Danial, pandang aku," ujarnya sambil menyentuh kedua-dua sisi kepala Danial lalu ditolak menghadapnya. Dia merenung mata Danial sedalam-dalamnya. Bagai yang diteka, kolam mata Danial sedang memantulkan gelora hatinya.

    "Syarat apa yang berat sangat untuk kau beritahu kami, Dan? Cakap sahaja, kami akan terima dengan redha. In sha allah. Lagipun, seteruk manapun syarat yang Haiqal pinta, tak akan mampu menandingi nilai kemaafan yang kita peroleh dari dia nanti," sambungnya.

    Danial menarik tangan Eusuf lalu dijatuhkan ke sisi pemuda itu. Dia menggeleng perlahan. "Tak, Eusuf. Bukan syarat yang Haiqal pinta tetapi masa".

    Tanpa sedar, Eusuf mengerutkan dahi. 'Itu sahaja? Hanya kerana Umar Haiqal meminta masa untuk menerima mereka semula, Danial menjadi resah begini? Benarkah ditepi aku ini Danial?' getus hatinya.

    "Habis itu, bagi sahajalah masa sebanyak mana pun dia mahu. Kalau kita ada di tempat dia pun, mesti kita akan meminta masa untuk terima semua ini. Kita masih ada banyak masa, Dan. Tak perlu tergesa-gesa," nasihat Eusuf.

    "Siapa kata kita punya banyak masa?" Danial menghentak meja. Tindakannya membuatkan Eusuf terkedu seketika.

    "Haiqal nak pergi cari maut. Maka, mana masa yang kau katakan banyak itu?" bidas Danial.

    Bukan sahaja Eusuf, tetapi semua Batch Lagenda terkejut mendengar kata-kata Danial.

    "Danny, jangan main-main. Tak akanlah Haiqal nak bunuh diri?" soal Kabir bimbang.

    Danial menjuihkan bibir. Dia memandang Kabir tajam. "Siapa kata dia nak bunuh diri? Aku kata dia nak cari maut, bukan bunuh diri!"

    "Bukan sama ke itu?" tanya Kabir keliru. Keningnya kelihatan bercantum.

    Danial merengus. Tangannya memicit kepala yang tiba-tiba terasa pening.

    "Tak. Memandang semua sudah keliru, biar aku jelaskan semua teruslah. Janji korang jangan terlampau terkejut," ujarnya menuntut janji.

    Batch Lagenda mengangguk hampir serentak.

    "Korang ingat tak cerita Tuan Yasir hari itu? Tentang pak cik Haiqal dan Umar yang bencikan keluarga mereka? Sebenarnya, memang betul pak cik dia yang bunuh Umar dan ibu dia. Tetapi, dalang sebenar yang merancang semua itu dan juga pembunuh ayah mereka ialah orang lain. Sekarang, Haiqal nak cari orang itu," jelasnya.

    "Seriuslah?"

    "Mustahil!"

    "Tipu!"

     Seribu satu lagi ayat yang menyapa gegendang telinganya sehinggakan Danial terpaksa menekup telinga kerana bingit. Baru tadi mereka berjanji tak akan terlampau terkejut. Nampaknya, janji tinggal janji.

    Eusuf melirik senyuman penuh makna sambil memandang Danial yang sedang mengeluh. Kemudian, dia mengalihkan matanya memandang Batch Lagenda yang berkerumun di meja itu.

    "Kenapa korang buat muka macam itu? Senyumlah sedikit. Tidakkah ini peluang baik untuk kita?" ujar Eusuf dengan riak teruja.

    Suasana di dalam rumah Kauthar berubah sepi. Danial memusingkan badannya menghadap Eusuf. Matanya terkedip-kedip memandang Eusuf. Reaksinya sama seperti Batch Lagenda yang lain. Tak tahan dengan suasana yang menekan itu, Kabir menampar belakang Eusuf kasar.

    "Apa kau cakap ini?!" marah Kabir. Sangkanya, Eusuf ingin mengambil peluang itu untuk menjatuhkan Umar Haiqal.

    Eusuf mengadu kesakitan sambil cuba mengusap belakangnya. "Apa masalah kau, Kabir?! Aduh, kau ini kalau nak tampar pun perlahanlah sedikit".

    "Kau nak buat apa dengan Haiqal, Eusuf? Kau masih bencikan Haiqal walaupun sudah tahu punca dia jadi macam itu?" soal Hazim. Wajahnya tampak tegang.

     Eusuf mengangkat kening sambil memeluk tubuh. Dia berdecit melihat Hazim mengepal penumbuknya.

    "Siapa cakap aku nak kenakan dia? Kau ingat aku ini jahat sangat ke? Oi, kalau iya pun, tunggulah aku habis terangkan ayat aku dulu sebelum korang buat apa-apa kesimpulan," ujar Eusuf membela diri.

     Hazim kelihatan kembali tenang. Begitu juga dengan Danial dan yang lain-lain.

    "Kau cakap ini peluang baik untuk kita. Peluang apa lagi kalau bukan untuk jatuhkan Haiqal? Lain kali, ayat itu biar jelas tanpa ada makna berlapik. Mana fikiran kami tak menyimpang," omel Danial.

    Eusuf tersengih. "Ya ke? Aku nak sebenarnya nak cakap yang ini peluang baik untuk kita lunaskan hutang kita dengan Haiqal. Masa inilah kita nak tolong Haiqal! Kita boleh tolong dia selesaikan kes kematian ayah dia dan pada masa yang sama, kita lindungilah dia supaya nanti tak berlaku apa-apa yang buruk".

    "Kita ada Rusdi yang boleh jejak Haiqal ada di mana. Kita juga ada Afiq yang boleh bekalkan maklumat penting mengenai Haiqal. Naufal pula kena bersedia untuk merawat sesiapa jika berlaku kes kecemasan. Danial, aku, Kauthar dan Kabir akan cuba cari maklumat mengenai pembunuh ayah Haiqal dan Umar. Manakala yang lain, bersiap sedia sebagai backup semasa Haiqal pergi jumpa pembunuh itu nanti".

     Suasana kembali sepi. Hanya bunyi kipas yang kedengaran. Eusuf mengetap bibirnya apabila melihat Batch Lagenda seakan ingin menelannya hidup-hidup. Dia ada salah cakapkah?

    "Wow, aku tak sangka otak kau berguna juga Eusuf," puji Danial sambil menepuk tangannya. Dia masih mengekalkan riak tergamamnya.

    "Apa kau cakap?! Kau nak kata aku bodohlah selama ini!" marah Eusuf.

    Danial tersengih. "Aku tak cakap, kau sendiri yang cakap".

   

Continue Reading

You'll Also Like

4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
562K 24.2K 71
๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
24K 1.3K 38
GREY SERIES : NO.1 *.โœง Helena Dahlia Grey ร— Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.โœง โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข [ one girl ร— seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
1K 190 20
Mereka bilang, "Syukurilah saja" Padahal rela tak semudah kata. Maya; Matahari yang tidak di hargai. Cover by me. In editing โš ๏ธ Bukan kisah cinta.