Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

43: Diari Ibu

393 54 0
By saif_almasyriq

    Umar berdiri didepan rumah lama yang pernah diduduki oleh keluarganya dahulu. Dia menarik nafas dalam sambil menutup mata. Dia yang sedih apabila rahsianya terbongkar didepan Zarfan dan Batch Lagenda merayau tanpa hala tuju. Diluar dugaannya, takdir Allah membawanya ke rumah lama itu tanpa dia sendiri sedar.
 
    Umar Haiqal kembali membuka mata. Melihat rumah yang masih tersergam kukuh di hadapannya itu membuatkan kerinduannya kepada keluarganya membuak-buak bagaikan buih-buih lahar di kawah gunung berapi. Setapak demi setapak diatur mendekati pagar. Kunci dikeluarkan dari kocek seluar. Setelah pagar dan pintu utama rumah itu dibuka, dia menjejak masuk sambil mengucapkan salam.

    Diperhati suasana sekeliling dengan perasaan yang berbaur. Tiada apa yang berubah. Hanya habuk yang kian menebal menutup setiap permukaan dan menghilangkan seri rumah itu.

    Benar, rumah itu lama tidak berpenghuni. Sejak pemergian ibunya, dia membeli dan menukar hak milik rumah itu kepada namanya dengan bantuan Tuan Yasir. Bahkan, Zarfan sendiri tak tahu bahawa rumah itu masih dalam keadaan asal seperti sebelum tragedi itu berlaku. Dia sanggup berhabis duit, asalkan rumah yang menyimpan memori ibu, abang dan adiknya tidak berpindah milik kepada orang luar. Sekurang-kurangnya, dia ada tempat untuk melampiaskan rindunya kepada mereka.

    Umar Haiqal mengorak langkah perlahan. Masih terbayang suara tawa abang kembarnya dan rengekan Zarfan yang pantang diusik. Dia menoleh ke luar tingkap. Memandang tempat dia selalu berdiri dahulu demi mengintai keadaan keluarganya. Dari celah tingkap itulah dia selalu melihat kebahagiaannya keluarga kecilnya. Tanpa dia.

    Umar Haiqal menarik nafas dalam sekali lagi demi mengusir sayu yang bertandang dihati. Betapa dia menginsafi keegoaannya dahulu. Andai sahaja dia memaafkan keluarganya, pasti lebih banyak memori indah dapat dicipta bersama.

     "Ya Allah! Kuatkan aku..." bisiknya apabila rasa rindu itu semakin kuat menghentam dadanya.

    Umar Haiqal mengagahkan diri untuk terus melangkah. Dia berlalu ke bilik ibunya. Sebaik sahaja dia membuka pintu, terus haruman yang cukup dia kenali menyerbu deria baunya. Haruman itu masih berbau segar walaupun sudah lama ibunya pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Haruman itu datang dari bunga kemuning yang ditanam ibunya. Biarpun sudah bertahun tak berjaga, pokok bunga kemuning itu masih hidup segar di taman kecil berdekatan tingkap bilik ibunya.

    Umar Haiqal berpaling dari melihat taman kecil ibunya. Dia mengapai bingkai gambar perkahwinan ibu dan walidnya diatas meja lalu duduk di birai katil. Gambar itu diusap lembut dengan jari-jemarinya. Matanya dipejamkan sebaik sahaja air matanya gugur dengan deras menimpa gambar itu. Sungguh, dia teramat merindukan senyuman mereka berdua.

    "Ibu...walid..." Umar teresak sendirian. "Maafkan Umar..."

    "Ibu tahu Umar masih marahkan ibu...tetapi ketahuilah kasih sayang ibu kepada Umar tak pernah berubah. Ibu sayangkan Umar sama seperti ibu sayangkan Zaqwan dan Zarfan. Tiada beza antara tiga putera ibu yang berharga ini. Percayalah wahai anak ibu yang ibu cinta".

    Umar menyeka air matanya. Terasa bagai baru semalam sahaja dia mendengar kata-kata itu. Suara lembut ibunya meluahkan kata rindu dan cinta. Andai sahaja masa itu dia tidak mengeraskan hati, pasti sahaja dia sempat meluangkan masa bersama ibunya sebelum wanita dijemput Ilahi. Tetapi sayang...masa yang berlalu tak mungkin akan berpatah balik semula. Sungguh Ya Allah, dia terasa berdosa dengan ibunya sendiri.

    Umar Haiqal meletakkan kembali gambar itu ditempatnya. Baru sahaja dia ingin bergerak pergi untuk melihat bilik abangnya pula, tiba-tiba hatinya bagai tertarik untuk melihat ke arah laci meja. Kelihatan laci itu sedikit renggang menampakkan isinya yang berupa fail berwarna hitam berkulit keras.

    Dahinya dikerutkan. Pelik memikirkan mengapa fail itu diletakkan disitu walhal segala dokumen penting milik ibunya mempunyai almari khas yang tersendiri. Tanpa teragak, dia terus membuka laci lalu menarik keluar fail itu. Kerutan di dahinya semakin bertambah melihat isi fail itu seperti diari yang bertaip kemas dengan mesin taip. Setiap helaian kertas itu diakhiri dengan tandatangan ibunya menggunakan pen basah berdakwat hitam.

    Umar kembali duduk. Membaca baris demi baris diari itu tanpa sedar masa yang berlalu. Di akhir bacaan, segala emosi yang memukul dirinya tadi lenyap tanpa sisa. Hatinya terasa kosong. Rupanya, dia hidup dalam penipuan selama ini. Dia ditipu hidup-hidup oleh orang yang sangat dia hormati.

-----------------------------------------------------------

    "Bos! Lama tak jejak sini, tiba-tiba muncul macam ribut dengan muka keruh semacam. Jangan bawa bala, bos. Elok bakeri ini laku, nanti semua pelanggan lari pasal takut tengok muka harimau bos itu!" tegur Khalil, salah seorang pekerja di bakeri milik Umar Haiqal.

    Umar Haiqal yang baru melangkah masuk ke bakerinya itu lantas menjeling Khalil. "Nak penampar aku?" tanyanya dalam nada dingin. Tangan diangkat tinggi, mengacah hendak menampar pekerjanya yang seorang itu.

    Khalil tersengih lebar, menunjukkan gigi putihnya yang tersusun rapi sambil mengelak dari ayunan tamparan Umar Haiqal. "Huishh, janganlah tampar saya bos. Sayakan pekerja kesayangan bos".

    Umar Haiqal mengangkat keningnya. "Pergi tutup bakeri. Kemudian, panggil Sarah dan Johan," arah Umar dalam nada mendatar. Sebotol jus epal di dalam peti ais diambil sebelum melabuhkan punggung di meja berhampiran.

    Khalil akur. Tak sampai seminit, dia kembali muncul bersama rakan-rakan sekerjanya. Dia, Sarah dan Johan mengambil tempat dimeja Umar Haiqal.

    "Kenapa bos? Ada tugas baru ke?" tanya Sarah memulakan bicara.

    Umar Haiqal menarik nafas dalam. "Aku nak korang siasat sesuatu," beritahunya.

    "Ala bos, cakap sahaja nak siasat siapa. Jerung besar ke ikan bilis ke, semua kami boleh buat. Macamlah bos tak kenal kami. Cekap...efisien," seloroh Khalil. Kata-kata disambut dengan tawa Sarah dan Johan.

    "Kes pembunuhan walid aku," jawab Umar Haiqal. Tawa yang tadinya galak memenuhi ruangan itu serta-merta mati. Tiga pasang mata memandang Umar Haiqal dengan riak tak percaya.

    "Bukan semua sudah selesai ke? Zack kan sudah dihukum, bos," tingkah Johan. Selaku orang kepercayaan Umar Haiqal, mereka hadam benar dengan sejarah hidup Umar Haiqal. Dari zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang. Malah, dia sendiri berkawan dengan Umar Haiqal sejak zaman sekolah lagi.

    "Ada benda yang aku nakkan kepastian," ujar Umar Haiqal dalam nada mendatar. Dia mengeluarkan fail yang dijumpainya dirumah lama ibunya lalu diletakkan diatas meja.

    Sarah mengambil fail itu seraya membeleknya. Sekali imbas dia dapat mengagak bahawa fail itu fail lama yang kemungkinan besar milik ibu Umar Haiqal. Usai membelek, diari yang berupa fail itu diberi kepada Johan untuk dianalisa.

    "Aku nak tahu kebenaran. Aku tak nak hidup dalam kepura-puraan lagi. Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi...hanya korang yang mampu bantu aku sekarang," rayu Umar Haiqal. Wajahnya saat itu benar-benar kelihatan keruh dan kusut.

    Khalil, Sarah dan Johan saling berpandangan. Lama. Seakan sedang berbicara melalui telepati. Kemudian, mereka kembali memandang Umar Haiqal yang sedang menanti keputusan mereka.

    "Bos tahukan kami tak akan menolak permintaan bos?"

    Pertanyaan Khalil membuatkan Umar Haiqal mengukir senyuman lebar buat kali pertama sejak menjejakkan kaki ke dalam bakeri itu. Tak silap dia menjadikan tiga insan itu sebagai orang kepercayaannya. Sepanjang mereka bekerja dengannya, belum pernah mereka mengecewakan dirinya.

    Johan, dahulu merupakan bekas gangster remaja yang terkenal di kawasan tempat tinggalnya. Malah Eusuf sendiri pernah menjadi mangsanya. Setelah dia insaf, mereka mula berkawan rapat sehinggalah Johan mengambil keputusan untuk bekerja dengannya.

    Sarah, bekas pembantu peribadi Tuan Yasir. Berhenti bekerja kerana ingin menjaga orang tuanya yang ada di sini. Selaku bekas pembantu peribadi Tuan Yasir, Sarah menguasai pelbagai kemahiran terutama yang melibatkan komputer. Malah, dia mahir menggodam komputer.

    Khalil, bekas penyiasat peribadi. Selepas syarikat kecilnya muflis angkara musuh, dia mula bekerja dengan Tuan Yasir. Namun, dia mula bosan dengan kerja yang penuh tekanan menyebabkan dia mengikut Umar Haiqal membuka bakeri. Katanya ingin ubah angin.

    Mereka bertiga sentiasa ada di sisinya ketika dia memerlukan. Setia menurut segala arahannya tanpa mengira waktu. Merekalah pengganti Batch Lagenda setelah dia putus kawan dengan Batch Lagenda. Tanpa mereka, pasti dia tak akan berdiri di tempat dia berdiri sekarang.

  

   

Continue Reading

You'll Also Like

46.6K 4.4K 10
Sakit mencengkam jiwa; di saat hati menyatakan rindu pada yang sudah tiada. Seminggu yang kau beri itu, penuh dengan kebahagiaan. Tapi, selepas tempo...
366K 14.5K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
1.6M 58.9K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
16.5K 187 16
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...