Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

47: Keprihatinan Sahabat

386 59 0
By saif_almasyriq

Loceng rehat berbunyi. Hampir semua pelajar bergegas keluar dari kelas masing-masing lalu bergegas menuju ke kantin dek kerana perut yang lapar dan juga rasa takut makanan habis. Namun, ada juga insan-insan yang kelihatan tenang berjalan dan ada juga yang kekal tinggal di dalam kelas. Antaranya ialah Nasir, Haris, Adam dan Syamsul.

Mereka kelihatan khusyuk berbual sesama sendiri tetapi sebenarnya mereka punya agenda tersendiri sehingga sanggup mengorbankan waktu rehat mereka. Agenda itu pastinya berkait rapat dengan Zarfan yang turut tinggal di dalam kelas seperti selalu.

Zarfan, remaja itu sering kelihatan tidak bersemangat dan asyik termenung kebelakangan ini. Tak ubah bagai orang yang dilanda masalah. Justeru, mereka selaku sahabat-sahabat yang baik ingin cuba menyelidik permasalahan yang dialami oleh Zarfan. Hendak bertanya depan-depan, mereka tidak berani. Tak mahu terkena amukan Zarfan yang tidak stabil emosinya itu.

Zarfan bangun dari kerusinya. Haris lekas-lekas menyinggung perut Nasir dengan sikunya. Matanya memberi isyarat bahawa Zarfan sedang beredar.

Tanpa menunggu lama, empat sekawan itu turut meninggalkan kerusi masing-masing. Langkah Zarfan diturut secara senyap bagaikan pengintip yang sedang mengekori sasarannya. Langkah yang diatur Zarfan membawa mereka ke belakang sekolah.

Zarfan menoleh kiri kanan. Sunyi. Tiada seorangpun kelibat manusia yang dia nampak dengan mata kasarnya. Nampaknya, tempat itu sesuai untuk dia bersendirian buat seketika.

Zarfan duduk bersandar pada dinding. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu melihat skrin kekunci yang menyala. Tiada sebarang pesanan mahupun panggilan tak berjawab. Hampa dia melihatnya. Penantiannya berubah sia-sia. Umar Haiqal tidak lagi cuba menghubunginya sejak hari dia tahu siapa Umar Haiqal yang sebenarnya.

Zarfan segera membuka kata laluan telefonnya. Ikon Whatsapp ditekan. Ruangan chat bersama Umar Haiqal dibuka. Matanya menatap last seen abangnya yang bertarikh seminggu lalu. Tarikh yang sama dengan kali terakhir dia melihat abangnya sebelum pemuda itu menghilangkan diri. Andai abangnya tidak mahu menghubungi dia, mungkin dia yang patut menghubungi abangnya. Siapa tahu, dengan itu Umar Haiqal akan terpujuk untuk pulang semula.

'Assalamualaikum abang Umar. Pulanglah. Afan tak benci abang ataupun marah abang kerana abang tak tunaikan janji untuk jaga Afan. Afan faham perasaan abang. Pulanglah, demi Afan, papa, mama dan mereka yang sedang menunggu kepulangan abang...'

Zarfan menekan butang hantar. Degusan nipis terhembus keluar apabila pesanan itu hanya ditandakan dengan satu tanda kelabu. Menandakan abangnya tidak online. Hampa dibuatnya...

Demi Allah, andai sahaja dia dapat bersua muka dengan abangnya sekali lagi, pasti dia akan menjadi adik yang paling bahagia di dunia ini. Bila saat itu tiba, dia bertekad untuk membalas jasa-jasa abangnya yang selama ini sentiasa menjaga dirinya biarpun dari kejauhan. Dia tak akan membiarkan abangnya kesunyian lagi.

Tiba-tiba, Zarfan berpaling laju ke arah tempat persembunyian Nasir, Adam, Syamsul dan Haris. Ada suara halus datang dari situ yang menerjah deria telinganya.

"Keluarlah. Aku tahu tahu korang ada di situ," ujarnya sambil membenamkan kepalanya di lutut. Dia dapat mengagak siapa walaupun mereka belum memunculkan diri.

Nasir, Haris, Adam dan Syamsul menyiku sesama sendiri. Masing-masing tak mahu keluar dari tempat persembunyian mereka. Sehinggalah Adam ditolak kuat oleh Syamsul. Dia tersungkur namun sempat dia menarik Haris bersamanya.

Haris yang menjadi mangsa merengus tak puas hati. Dia cepat-cepat memegang kaki Nasir dan Syamsul yang cuba melarikan diri. Dia menarik kuat kaki mereka sehingga mereka hilang keseimbangan lalu jatuh ke atas Adam yang tak sempat mengelak. Haris apa lagi, terus terbahak ketawa melihat reaksi kawan-kawannya.

Nasir mencebikkan mukanya. Dia kembali berdiri sambil menepuk baju dan seluarnya yang telah dikotori habuk. Dia memandang ke arah Zarfan yang lansung tak mempedulikan mereka dan suasana kecoh yang mereka cetuskan. Bagaikan mereka tidak wujud di situ.

Dia menghampiri pemuda itu diikuti tiga kawannya di belakang.

"Kau ok, Zarfan?" tanya Nasir prihatin. Bahu Zarfan disentuh lembut. Dia dan kawan-kawannya mengambil tempat masing-masing mengelilingi Zarfan.

Sekali imbas, sudah seperti bulatan usrah. Dia yakin mood Zarfan sedang baik biarpun pemuda itu kelihatan monyok. Kalau tidak, masakan Zarfan menegur mereka dengan baik? Kerana itu dia berani mendekati pemuda itu.

"Emmm...aku ok sahaja. Kenapa? Pada pandangan korang, aku nampak macam ada masalah ke?" tanya Zarfan sambil mengangkat kepalanya semula. Dipandang seorang demi seorang rakan sekelasnya itu.

Angguk. Semua mereka mengiakan pertanyaan Zarfan.

"Ada air mata yang jatuh di pipi kau. Kau masih nak nafikan yang kau ada masalah? Lagipun, dua hari ini kami tengok kau selalu termenung. Kenapa? Hakim kacau kau sebab nak balas dendam ke?" tegur Nasir dalam nada serius.

Mendengar kata-kata Nasir, terus Zarfan mengesat pipinya. Dibawa tangannya ke depan wajahnya lalu ditenung. Benar kata Nasir, air matanya mengalir tanpa dia sedar. Buktinya, hujung jarinya kelihatan basah. Zarfan segera berdehem perlahan apabila perasan perbuatannya diperhatikan oleh mereka berempat.

"Aku cuma tiada mood sahaja. Pasal si samseng jadian itu, aku lansung tak pernah nampak Hakim sejak hari dia kena buang. Jadi, korang jangan risau ya. Aku tak apa-apa," ujar Zarfan lagi. Dia mengukir segaris senyuman manis.

Nasir mencubit lengannya sendiri tanpa disedari sesiapa. Adam terlopong. Manakala Haris dan Syamsul saling berpandangan. Masing-masing terpukau dengan senyuman Zarfan. Buat pertama kali sejak tujuh tahun lalu, Zarfan mengukir senyuman ikhlas buat mereka. Pastinya senyuman itu lebih mengharukan mereka dari senyuman yang dilemparkan oleh Zarfan setiap kali memenangi acara sukan.

Sekurang-kurangnya, senyuman kali ini memang diukir khas buat mereka.

"Sir, betul ke di depan kita ini Zarfan?" bisik Adam. Mulutnya didekatkan pada telinga Nasir yang duduk disebelahnya. Rasa tak percaya Zarfan bercakap lembut dengan mereka.

"Betullah. Apa kau ingat hantu ke apa?" bidas Nasir dalam nada berbisik juga. Dia tertawa kecil.

"Hishh kau ini". Adam merengus perlahan.

"Zarfan, kau datang tak program yang lagi dua minggu nanti? Kalau kau nak ponteng, aku pun nak ikut". Wajah Adam kelihatan berseri dengan keterujaan yang bukan sedikit.

Terus Nasir menampar bahu kawannya itu. Ada ke patut sahabatnya bercakap mengenai rancangan nak ponteng di depan dia? Nak dia laporkan kepada cikgu Fatih?

Zarfan mengerutkan dahinya. "Program apa? Aku tak tahu pun?"

"Program motivasi dari alumni sekolah kita. Dari Batch Lagenda yang tak pernah kering menjadi buah mulut cikgu-cikgu sekolah ini," jawab Syamsul sambil membuka pembungkus gula-gula lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Lapar. Namun demi Zarfan, dia sanggup mengabaikan kelaparannya.

Diam. Fikiran Zarfan kembali melayang. Andai benar Batch Lagenda ingin datang ke sekolah ini, pasti dia akan berjumpa dengan Danial, Eusuf dan yang lain-lain. Walhal, dia masih belum bersedia. Dia masih marahkan mereka yang menjadi punca utama abang keduanya meninggalkan dia tujuh tahun lalu. Ketika mereka datang ke rumah Tuan Yasir tempoh hari pun, dia menyembunyikan diri di dalam bilik. Sanggup dia pura-pura tidur dari berjumpa mereka.

"Zarfan, kau jadi pergi tak?" tanya Adam sekali lagi. Pandangan geram Nasir tidak dihiraukan.

"Entahlah. Tengok macam mana nanti," ujar Zarfan acuh tak acuh.

-----------------------------------------------------------

Umar Haiqal menatap pesanan Zarfan di telefon bimbitnya. Perasaan terharu melanda hatinya. Nyata, dia tersilap. Zarfan tidak menyalahkannya apatah lagi membencinya. Nyata, Afiq tidak membohonginya semata-mata untuk menyedapkan hatinya.

Umar Haiqal menyimpan telefon bimbitnya di dalam kocek seluar. Kepalanya didongakkan merenung langit biru buat seketika sebelum kembali tunduk melihat tangannya yang direhatkan di atas stereng kereta.

Mesej Zarfan tadi membuatkan tekadnya semakin menggunung. Apa pun yang berlaku, dia harus mencari jawapan di sebalik bencana yang berlaku kepada keluarganya. Barulah hatinya akan tenang.

Continue Reading

You'll Also Like

34.1K 3K 49
Sakit,, Sakit bila kau sorang je yang kena tahan sakit ni.. Sakit bila tiada sorang pun yang faham kau.. Sakit bila kau kena tipu yang kau ok... Saki...
365K 14.5K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
1.5K 289 26
𝙱𝚕𝚞𝚎 𝚙𝚎𝚛𝚜𝚘𝚗 𝚒𝚜 "𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚠𝚑𝚘 𝚌𝚊𝚖𝚎 𝚒𝚗𝚝𝚘 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚒𝚏𝚎 𝚠𝚑𝚎𝚗 𝚢𝚘𝚞 𝚗𝚎𝚎𝚍𝚎𝚍 𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚝𝚑𝚎 𝚖𝚘𝚜𝚝" Ha...
"Kawan" ✔ By amiza

Teen Fiction

223K 14.1K 43
Status: [Completed] Malay short story. #44 teenfiction Kawan [ ka- wan ] کاون Sinonim 1. Sahabat 2. Teman 3. Rakan "Aku kawan kau. Tapi, Aku pun le...