Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

41: Dia Umar?

395 54 1
By saif_almasyriq

Selepas membeli pakaian untuk Zarfan, pemuda itu disuruh menukar pakaian sekolahnya kepada pakaian yang baru mereka beli.

"Sekejap, aku masih tak faham kenapa korang beria beli baju dan suruh aku tukar baju. Ada majlis apa-apa ke?" tanya Zarfan saat mereka semua menuju ke kereta.

Dia membelek pakaiannya yang agak berlainan dari imej biasanya. Kelihatan beberapa orang gadis menoleh melihatnya sebelum melemparkan senyuman manis yang tampak miang di mata Zarfan.

Zarfan merengus. Rimas bila dirinya menjadi perhatian.

Eusuf senyum sumbing. "Sahaja nak ubah imej kau. Kan tampan bila kau pakai macam ini. Baru nampak aura kelakian kau itu".

"Oh tolong sedikit. Aku masih budak sekolah ya. Kisah pula aku dengan imej ini semua. Tunggu aku cukup umur dahululah! Rimas tahu pakai baju macam ini," rungut Zarfan.

Kabir memeluk bahu Zarfan dari belakang. "Ala, tenanglah Afan. Sesekali kau pakai macam ini, tak salah pun. Tengok macam abang Dani kau itu. Bergaya sakan. Macam model pula aku tengok," ujarnya sambil menolak kepala Zarfan agar memandang Danial yang berada disebelah kiri mereka.

Zarfan mengeluh. "Aku tak rasa korang saja-saja nak pakaikan aku baju macam ini. Gelagat korang pun nampak pelik. Tengok itu, dari tadi abang Naufal asyik tatap telefonnya,".

Kabir yang terkejut mendengar ulasan Zarfan terus tersadung tangga kecil itu. Pautannya dibahu Zarfan terlepas. Tubuhnya melayang menghempap seorang lelaki yang baru ingin menjejak naik ke tangga itu.

"Kabir!" jerit Kauthar dan Eusuf serentak. Zarfan terpaku. Danial menahan ketawa manakala Naufal mengangkat kepala dari menatap telefonnya dengan wajah kelam tak faham apa yang berlaku.

"Aduh!" Kabir bangun dari terus terlentang. Dia mengusap sikunya yang terhentak diatas jalan tar. "Oh, maaf! Maaf! Kau tak apa-apa?" tanyanya kepada lelaki yang dihempapnya tadi.

Lelaki itu menarik topinya menutup muka. Tangannya digerak-gerak memberi isyarat bahawa dia baik-baik sahaja. Huluran tangan Kabir tak dipeduli. Dia bangkit lalu cuba meninggalkan tempat itu dengan tergesa-gesa.

Zarfan mengerutkan dahi. Gaya lelaki itu seakan dikenalinya. "Umar!" laungnya tanpa sedar. Terus dia menutup mulutnya. Wajah Batch Lagenda yang terkejut dipandang satu demi satu.

"Umar?" tanya Kauthar dengan nada keliru.

Danial tak membuang masa. Dia berlari mengejar lelaki itu yang memecut bila Zarfan melaungkan namanya tadi. Melihat reaksi Danial, Eusuf dan Naufal turut mengejar. Manakala Zarfan, Kabir dan Kauthar terkial-kial mengikut dari belakang.

"NANTI!!" jerit Danial.

Umar tak peduli. Dia terus berlari sambil mencelah di sebalik orang ramai.

Danial mengetap bibir geram. Tanpa berfikir panjang, dia mencabut kasutnya lalu dibaling ke arah Umar. Tepat terkena belakang kepala lelaki itu menyebabkan Umar kehilangan keseimbangan diri lalu jatuh tersungkur. Mujur kawasan itu sunyi dari pandangan orang, kalau tidak malu dia dibuatnya.

Danial merentap bahu Umar, memaksa Umar memalingkan kepala memandangnya. Topi dan kaca mata hitam Umar dicabut lalu dilempar sejauh-jauhnya. Ketika itu juga, Naufal, Eusuf, Kauthar, Kabir dan Zarfan tiba.

"HAIQAL?!!" jerit Danial, Kauthar, Eusuf, Naufal dan Kabir serentak.

Walaupun wajah Haiqal telah banyak berubah namun mereka tetap mengenalinya.

Raut wajah itu tak akan pernah sekalipun terluput dari ingatan mereka.

Kebencian mereka terhadap Haiqal sentiasa menyalakan ingatan mereka agar tidak pernah melupakan kekejaman lelaki itu.

Haiqal mengeluh. Identitinya telah terbongkar. Sayu dia mengalihkan pandangan ke arah Zarfan yang kelihatan tergamam. Badan pemuda itu mula mengigil.

"Afan..." panggilnya perlahan tanpa mempedulikan Batch Lagenda yang sedang memandangnya tajam.

Zarfan berundur laju. Air matanya mengalir dengan laju umpama air terjun Niagara. Kepalanya digeleng beberapa kali dengan pergerakan yang pantas.

"Tak, tak mungkin. Kau. Kau..." Zarfan terduduk. Melihatkan mata Haiqal, terus bayangan kisah hitamnya kembali terakam diruangan fikirannya.

Mata itu...

Pandangan itu...

Sama seperti yang disaksikannya tujuh tahun lalu pada saat dia ditinggalkan abang kesayangannya.

Patutlah Haiqal sentiasa memakai kaca mata hitam setiap kali menemuinya.

"Afan, kenapa?" tanya Kabir cemas. Dia melutut didepan Zarfan. Kedua-dua bahu pemuda itu disentuh lalu dia mengoncangkan tubuh pemuda itu.

Zarfan tersentak sebelum mengesot laju menjauhi Kabir. "Tak. Jangan. Jangan. Tolong. Jangan bunuh mereka. Jangan..." rayu Zarfan dengan penuh ketakutan.

"Apa kau buat dengan Zarfan, hah?!!" marah Eusuf. Leher baju Haiqal direntap kuat sehingga tubuh Haiqal yang masih separuh tertiarap turut terangkat.

"Sabar, Suf! Kita bukan pembunuh seperti dia. Lepaskan dia," arah Danial. Tangan Eusuf yang mencengkam leher baju Haiqal dipegang.

Eusuf merengus. Dengan kasar dia melepaskan cengkamannya. Haiqal kembali berdiri sambil mengibas-gibas pakaiannya menghilangkan debu kotoran. Dia berdecit sinis apabila Naufal, Danial, Kauthar dan Eusuf mengepungnya.

"Kenapa Afan panggil kau Umar?" tanya Danial dingin. Saat ini, dia terlupa nasihat Afiq. Hatinya membara dengan kemarahan sebaik sahaja melihat wajah Haiqal.

Rupanya, bukan mudah menghilangkan dendam yang bersarang didalam hatinya selama ini.
"Sebab aku yang kenalkan diri aku sebagai Umar. Tak salahkan?" jawabnya sinis.

Eusuf mengetap giginya. "Kurang ajar!"

"Haiqal, apa yang kau dendamkan sangat dengan arwah Umar? Tak cukup kau bunuh Umar, sekarang kau nak main-mainkan adik dia dengan mengaku kau abang dia? Manusia jenis apa kau ini?!" bentak Naufal geram.

Haiqal menghela nafas panjang seakan sedang mengeluh. Dia sudah menjangka keadaan akan jadi begini. Wajah Zarfan yang masih ketakutan dikerling. Nyata, misinya masih belum sempurna. Dia masih belum berjaya menghilangkan trauma Zarfan terhadap kejadian hitam itu.

"Korang cakap apa yang korang nak cakap. Aku tak kisah. Bukannya korang nak dengar apa yang aku cakapkan? Jadi, tolong meminggir sebelum aku gunakan kekerasan," ujar Haiqal dalam nada mendatar. Riak mukanya turut berubah dingin. Tangannya diangkat membuat gaya menghalau.

"Heh, ingat kami senang-senang nak lepaskan kau?" balas Kauthar sinis.

Haiqal mengetap penumbuknya erat. Nampaknya, dia terpaksalah menjelma menjadi dirinya yang dahulu. Haiqal yang suka gunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

Lagipun, memang itu yang Batch Lagenda mahukan. Mereka memang tidak akan melihatnya dari sudut yang baik tak kira apa pun yang dia lakukan.

Alang-alang dia menjadi orang jahat dimata mereka, kenapa tidak dia bertindak jahat juga?

Haiqal memandang Zarfan sekali lagi buat seimbas lalu. Saat Batch Lagenda terleka, dia terus menyadung kaki Eusuf dengan gerakan yang pantas. Tumbukan dihadiahkan ke perut Kauthar yang cuba menyerang. Kedua-dua lelaki itu terlentang diatas jalan sambil mengerang kesakitan.

Danial mara bersama penumbuknya. Haiqal mengelak sebelum menolak tubuh Danial ke arah Naufal. Danial yang tidak dapat mengawal keseimbangannya terus terlentang bersama Naufal. Haiqal mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.

"Afan, bangun! Bangun, Afan!" kejut Kabir. Nampaknya Zarfan telah pengsan. Mungkin kerana terlalu takut.

"Arghh, kurang ajar Haiqal! Siap kau kalau kita berjumpa lagii!!" bentak Eusuf kecewa.

"Sudahlah itu, Suf. Sekarang, apa kita nak buat dengan Afan?" tanya Kabir risau. Dia memangku tubuh longlai Zarfan diribanya.

"Bawa ke rumah sensei dahulu. Apa nak buat. Sebab Haiqal, hancur rancangan kita nak sambut hari lahir Zarfan," ujar Danial. Kemarahannya kepada Haiqal masih tersisa.

"Kauthar, Naufal, tolong bawa kereta kita ke sini. Tak akan kita nak angkut Zarfan ke sana pula kan?" arah Kabir. Dia mengeluarkan kunci keretanya lalu dilempar kepada Naufal. Danial turut melakukan hal yang sama kepada Kauthar.

"Aku nak hubungi kafe yang kita tempah untuk sambut hari lahir Afan sekejap. Memandangkan kita tak tahu bila Afan akan sedar, lebih baik kita batalkan sahaja tempahan. Lagipun, mood aku telah terbang ke laut," ujar Danial kepada Eusuf.

Eusuf hanya mampu menganggukkan kepala. Kabir turut mendiamkan diri. Seperti Danial, mood mereka turut musnah gara-gara pertemuan dengan Haiqal tadi.

Sekian lama tak bersua, tak siapa menyangka bahawa perkara pertama yang Haiqal lakukan ialah menyamar sebagai Umar.

Sungguh, kekejaman Haiqal masih tak berubah walaupun sudah rujuh tahun Umar Zaqwan pergi meninggalkan mereka.

Malah, sanggup lelaki itu mengambil kesempatan atas kerinduan Zarfan kepada arwah abangnya.

Mungkinkah Haiqal ingin melampiaskan dendam kepada Umar ke atas Zarfan yang tak tahu apa-apa?

Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 77 14
"understood by few ; mysterious or secret"
62K 6.2K 130
"kenapa berdakwah?" "sebab dakwah itu tanggungjawab setiap muslim." "tapi kau pun jahil lagi?" "aslih nafsak wad'u ghairak" "apa tu?" "perbaikilah di...
9.7K 1.6K 15
๐Ÿ“ข"CERITA NI BTW DAH COMPLETED BUT AUTHOR RENEW BALIK" "Dan yang tu... Itulah ketua gengster dekat dalam sekolah ni. Tengku Zarif Ikhwan." Berkahwin...
298K 6.8K 17
||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syur...