Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

Silam 9: Kemarahan Haiqal

397 62 0
By saif_almasyriq

Umar melangkah keluar dari kelasnya. Suasana di sekolah itu telah lengang kerana waktu persekolahan telah lama tamat. Sengaja dia pulang lewat kerana ingin menyiapkan kerja sekolahnya dahulu. Nanti dirumah, bolehlah dia memfokuskan untuk menguruskan adiknya.

Tiba-tiba lengannya ditarik ke dalam tandas. Mulutnya turut ditekup supaya jeritannya tidak kedengaran. Umar menarik tangan yang menekup mulutnya. Dia memalingkan tubuhnya berdepan dengan orang yang menariknya itu tadi.

"Mereka sudah tahu engkau ada disini. Hati-hati," nasihat orang itu.

"Kau..."

"Aku sampaikan pesanan papa sahaja. Lagi satu, tolong buka hati kau untuk percayakan geng Danial. Mereka boleh bantu lindungi kau," pesan orang itu lagi.

"Um..."

"Ingat pesan aku. Aku pergi dahulu".
Umar memerhatikan orang itu keluar dari tandas. Dia mengeluh perlahan. Jika benar kata pemuda itu, maknanya dia perlu lebih berhati-hati selepas ini.

-----------------------------------------------------------

"Kau memang tak makan saman! Aku sudah bagi amarankan!!" jerkah Haiqal. Wajahnya menyinga. Satu lagi tumbukan dilayangkan ke wajah Umar.

"Arghh!!!" jeritnya geram. Dia melepaskan kolar baju Umar yang dicekaknya. Tubuh Umar ditolak kuat sehingga menghempas dinding belakang kedai sebelum melurut jatuh terbaring diatas jalan tar.

Umar bangkit lalu duduk bersandar di dinding. Dia mengesat darah di pinggir bibirnya yang pecah. "Maafkan aku..." ungkapnya dalam nada sesal.

Haiqal merengus kencang. "Aku tak kebulur dengan ungkapan maaf kau! Kalau ikutkan hati aku yang panas ini, sudah lama aku belasah kau sampai tak boleh bangun. Nasib baik kau..."

Kata-kata Haiqal dipotong dek jeritan beberapa suara yang cukup mereka berdua kenali.

"Haiqal!!!"

"Tengok! Aku sudah cakap, hero-hero kau ini mesti akan datang. Haishh, tiga sahaja? Tetapi tak apalah. Sekurang-kurangnya tiga yang terkuat. Nampaknya kau terselamat kali ini," ujar Haiqal dingin.

Haiqal membelakangkan Umar untuk berhadapan dengan bekas kawan-kawannya itu. Dia mengukit senyuman sinis melihat Danial meluru ke arahnya dengan penumbuk yang digengam padu.

Penumbuk Danial ditangkap dengan kemas lalu digengam kuat. Sempat dia menguap untuk memperlekehkan kekuatan Danial. Tangan Danial dikilas ke belakang sehingga pemuda itu menjerit kesakitan.

"Haiqal! Jangan melampau!!" marah Kauthar sambil menangkap tubuh Danial yang melayang akibat ditendang oleh Haiqal.

"Umar, kau ok?" tanya Eusuf sambil membantu Umar untuk berdiri.

Umar sekadar mengangguk. Dia menoleh memandang Haiqal dengan pandangan sedih. Tiada kata-kata yang terluah dari mulutnya. Haiqal yang perasan dengan pandangan Umar itu sekadar berdecit. Pemuda itu memalingkan kepalanya ke arah Danial dan Kauthar.

"Apa salah Umar sehingga kau belasah dia sampai begini?! Mana Haiqal yang aku kenal dahulu?! Mana?!!" Danial melepaskan rasa kecewanya. Sungguh dia sedih apabila kawan yang cukup dia hormati selama ini berubah menjadi insan yang dia tidak kenal. Kenapa Haiqal menjadi sekejam ini?...

"Haiqal yang kau kenal, yang korang kenal, telah mati bila dia datang ke sini," jawab Haiqal dalam nada mendatar. Jari telunjuknya ditunding ke arah Umar.

"Sebab dia, aku kehilangan segalanya. Dan kau Danial, tak layak mengutuk aku. Kau tak berada di tempat aku. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak alami apa yang aku alami. Aku kecewa dengan kau dan yang lain-lain. Bertahun kita berkawan, tetapi korang telah membuktikan bahawa aku tiada nilai pun dalam hidup korang. Habis madu sepah dibuang. Korang pilih Umar yang baru beberapa bulan korang kenal berbanding aku. Hahaha, sia-sia aku berkawan dengan korang selama ini jika ini yang korang balas," ujar Haiqal. Matanya mengandungi seribu satu emosi.

"Dan kau. Apa mereka panggil kau? Umar? Heh, ingat amaran aku. Jangan ingat kau boleh hidup senang selepas ini. Kita tengok sejauh mana pengkianat-pengkianat ini mampu lindungi kau. Aku doakan agar kau selamat dan dikurniakan umur yang panjang," sambung Haiqal dalam nada sarkastik.

"Haiqal!"

"Haiqal, apa? Cukuplah empat kali korang jeritkan nama aku petang ini. Sakit telinga aku dengar. Sudah, aku sudah hilang selera nak belasah dia," marah Haiqal lalu beredar pergi.

Mereka berempat hanya memandang Haiqal dari belakang sehingga bayangan pemuda itu menghilang.

"Aduh!" adu Umar apabila kakinya yang terseliuh berdenyut kuat saat dia ingin melangkah. Dia kembali terduduk.

"Umar, kenapa?" tanya Eusuf cemas. Dia mencangkung didepan Umar. Kaki Umar ditarik lalu diperiksa.

"Kau terseliuh ini. Dan, arahkan pemandu kau datang ke sini. Kita bawa Umar berjumpa dengan ayah Kabir. Ayah Kabir boleh urut dia," ujar Eusuf.

Danial mengangguk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Pemandunya dihubungi. Begitu juga dengan Kabir untuk memberitahu kedatangan mereka ke rumahnya sebentar nanti.

-----------------------------------------------------------

"Assalamualaikummm. Abang, dimana abang? Afan sudah balik," kedengaran laungan kanak-kanak dalam bentuk lagu.

Danial, Eusuf, Kabir dan Kauthar saling berpandangan manakala Umar tertawa kecil mendengar lagu entah apa-apa yang direka oleh adiknya itu.

"Abang oii abangku tersayang. Di mana abang yang tidakku sayang?" sekali lagi kedengaran suara itu memecah kesunyian di dakam rumah itu.

"Abang ada dalam bilik ini!" sahut Umar yang menjerit kerana tak mampu untuk bangun.

Kedengaran bunyi tapak kaki berlari sebelum langsir pintu bilik itu diselak kasar dari luar. Terpancul seorang kanak-kanak lelaki yang bajunya kelihatan comot dengan tanah. Di mukanya turut tercalit tanah.

"Afan, kenalkan ini kawan-kawan abang. Yang baju biru itu namanya Eusuf. Yang tepi dia itu, Kauthar. Yang tepi abang ini pula namanya Kabir dan yang duduk di kerusi itu namanya Danial. Korang, kenalkan ini adik bongsu aku. Namanya Afan," ujar Umar memperkenalkan mereka sesama sendiri.

Zarfan memuncungkan mulutnya membentuk huruf 'o'. Dia melangkah masuk ke dalam bilik lalu bersalam dengan satu demi satu kawan-kawan abangnya. Kemudian dia memanjat katil lalu duduk ditepi Umar. Kaki Umar direnung apabila dia terbau minyak angin yang kuat dari situ.

"Kenapa kaki abang?" tanyanya.

"Terseliuh," jawab Umar pendek. Kepala Zarfan diusap penuh kasih. Tiba-tiba Zarfan menampar bibir Umar yang luka dengan kuat sehingga Umar menjerit kesakitan. Kauthar, Kabir, Danial dan Eusuf terbeliak melihat tindakan adik Umar itu.

"Oh, sakit eh?" tanya Zarfan sambil membuat muka naif.

Umar memandang Zarfan geram. Tahu bahawa adiknya sengaja. Baru dia hendak mencubit Zarfan, Zarfan terus melompat turun lalu berlindung di belakang Danial.

"Wekk, tak dapat," ejek Zarfan seraya menjelirkan lidahnya kepada Umar.

Umar menjegilkan matanya. "Potong lidah itu baru tahu!" ugutnya.

"Kalau berani buatlah. Adik lari pergi rumah papa nanti," balas Zarfan sambil tersengih seronok. Bukan senang hendak kenakan abangnya. Selalunya, abangnya yang kuat mengusik dia.

"Pergilah. Abang merajuk tak nak cakap dengan Afan lagi," ujar Umar. Dia memeluk tubuh lalu memalingkan wajah masamnya ke arah kiri. Pura-pura merajuk.

"Abang merajuk tak apa. Afan sudah ada empat abang baru. Abang Usopp, abang Dani, abang Kabar dan abang Kosa," balas Zarfan.

"Bukan abang Kabar lah tetapi abang Kabir," sampuk Kabir membetulkan namanya yang disebut Zarfan tadi.

"Dan bukan abang Kosa ya, ingat kosa kata ke apa? Ini abang Kauthar. Kauthar. K-a-u-t-h-a-r, Kau-thar," ujar Kauthar pula.

"Afan, nama abang Eusuf. Bukan Usopp. Usopp itu yang dalam cerita One Piece," ujar Eusuf. Dia juga ingin betulkan namanya yang disebut oleh Zarfan.

Zarfan mencebik. "Alah, comel apa nama Afan bagi untuk abang-abang semua. Betulkan abang Dani?"

Danial dan Umar ketawa geli hati.

"Betul kata Afan. Abang suka sangat nama itu. Tak payah layan abang-abang ini semua. Afan panggil sahaja apa yang Afan nak panggil," balas Danial.

Eusuf, Kabir dan Kauthar sudah memasamkan muka masing-masing. Tak berkenan dengan nama baru mereka yang Zarfan berikan.

"Oh, dapat abang baru, terus lupakan abang ya? Siap dengan pakej tampar abang lagi. Tak apa, Afan. Tak apa. Abang minta adik baru pada ibu nanti. Padan muka," rajuk Umar yang merasa dirinya dipinggirkan adik sendiri.

Wajah Zarfan berubah cuak. Dia menghampiri Umar semula dengan wajah yang dicebikkan seakan ingin menangis.

"Warghh! Janganlah! Afan tak nak adik. Afan janji tak nakal-nakal lagi. Kan abang-abang semua?" rengek Zarfan lalu memandang Kauthar, Kabir, Danial dan Eusuf seorang demi seorang.

Teragak-agak mereka mengangguk sambil memandang Umar yang tersenyum lebar meraikan kemenangan. Serius, inilah kali pertama mereka melihat sisi tak matang Umar yang berjaya membuatkan mereka terkedu seketika.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5K 289 26
𝙱𝚕𝚞𝚎 𝚙𝚎𝚛𝚜𝚘𝚗 𝚒𝚜 "𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚠𝚑𝚘 𝚌𝚊𝚖𝚎 𝚒𝚗𝚝𝚘 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚒𝚏𝚎 𝚠𝚑𝚎𝚗 𝚢𝚘𝚞 𝚗𝚎𝚎𝚍𝚎𝚍 𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚝𝚑𝚎 𝚖𝚘𝚜𝚝" Ha...
980 15 1
Cuma cerita pendek dari seseorang :) Heal Love a.k.a 'يا جميلات العيون' '𝚆𝚊𝚑𝚊𝚒 𝙼𝚊𝚝𝚊 𝙲𝚊𝚗𝚝𝚒𝚔' • 𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪 𝓭𝓪𝓻�...
11.5K 385 14
Afina Alliesyah seorang gadis yang kehilangan kasih sayang dari keluarganya. Dan masalah dia dan kawannya amira membuat keadaan isya lagi teruk. Seh...
75.3K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...