Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

Silam 8: Masalah Umar

387 52 2
By saif_almasyriq

Umar memandang Haiqal dari kejauhan. Pandangannya penuh dengan rasa sedih dan simpati. Alangkah indahnya kalau dia dan Haiqal mampu berbaik.

Kenapa Haiqal terlalu bencikan dia sedangkan mereka...

'Sudahlah,' bisik hatinya.

Tak guna dia terus mengharapkan benda yang mustahil. Dia perlu terus maju ke depan. Perasaan Haiqal ialah hak Haiqal. Dia tak layak mencampuri urusan pemuda itu sejak kejadian itu.

"Umar, kenapa termenung jauh ini? Kamu ada masalah?" tegur Cikgu Fatih sambil mengambil tempat di depan Umar.

Umar menggeleng seraya menguntumkan senyuman manis. "Tiada apalah, sensei. Tak penting pun. Oh ya, lama tak nampak sensei. Sensei pergi kursus ke?"

"Haah. Eh, mana kawan-kawan kamu yang lain?" tanya Cikgu Fatih sambil meliarkan matanya ke sekeliling. Mencari bayangan Batch Lagenda yang tidak kelihatan.

Sejak Batch Lagenda mula berkawan dengan Umar, mereka sudah bagaikan belangkas. Pergi ke mana-mana sahaja mereka akan bersama.

Sama seperti hubungan Batch Lagenda dengan Haiqal dahulu. Tetapi sayangnya, tempat Haiqal itu telah digantikan dengan Umar. Manakala Haiqal semakin menjauh dan memilih untuk bersendiri.

"Di kantin. Makan," jawab Umar sepatah dua.

Cikgu Fatih memandang pelajarnya itu. Dia perasan wajah Umar tidak seceria biasa. Dia memandang arah yang diperhatikan oleh pemuda itu.

Kelihatan Haiqal yang sedang melepak sendirian di taman herba yang terletak di belakang bangunan kelasnya.

Sejak Umar datang ke sekolah, hubungan Haiqal dengan kawan-kawannya berubah renggang. Sikap Haiqal yang berubah seratus lapan puluh darjah membuatkan seorang demi seorang Batch Lagenda tak tahan lalu meninggalkan pemuda itu dan menyertai Eusuf yang berkawan dengan Umar.

"Kamu fikirkan Haiqal ke? Kesian dengan dia?" duga Cikgu Fatih.

Umar memandang Cikgu Fatih dengan riak tergamam. 

Tiba-tiba dia ketawa kecil. 

"Mana adalah, sensei. Saya fikirkan masalah keluarga sahaja," nafinya.

Cikgu Fatih mengangguk faham. Dia sudah sedia maklum dengan masalah keluarga Umar. Tak dapat dinafikan bahawa dia kagum melihat kematangan Umar menghadapi masalah itu. Umar tak pernah merungut walaupun hidupnya tidak seperti rakan sebayanya yang lain.

"Umarrr...! Senseiii...!" jerit Eusuf dari kejauhan. Lelaki itu melambai ke arah mereka. Di tangan kanannya, kelihatan sebungkus plastik berwarna merah.

Eusuf tidak berkeseorangan. Dia bersama gengnya yang lain.

"Nah, untuk kau," ujar Eusuf lalu menyerahkan bungkusan plastik itu kepada Umar. Kelihatan dua ketul roti sosej dan sekotak air milo di dalam plastik itu.

"Eh, aku tak minta pun". Umar mengerutkan dahinya.

"Ambillah. Eusuf belanja kau. Kami tahu kau lapar tetapi tak ada duit nak beli makanan. Lagipun, petang nanti kau kena kerjakan? Makanlah, bagi ada tenaga sedikit," sampuk Danial yang berdiri di belakang cikgu Fatih. Semua kerusi di pondok itu telah bertuan. Cepat sahaja kawan-kawannya menyambar kerusi yang ada.

Maka, terpaksalah dia berdiri.

"Tapi..."

"Haishh kau ini. Bukan mahal mana pun makanan itu. Makan sahajalah. Jangan banyak mulut. Kau ingat kami ini tunggul ke nak tengok kawan kami berlapar tetapi tak ada niat nak tolong?" bidas Eusuf.

"Iyalah. Terima kasihh..." ujar Umar akur. Dia mengoyakkan plastik roti sosej itu.

"Eh, sensei punya mana?" gurau Cikgu Fatih.

"Ada," jawab Kabir. Dia tersengih lalu meneruskan katanya, "Di kantin. Senseikan banyak duit. Belilah sendiri." Dia ketawa di penghujung ayatnya.

Bila berkawan dengan Umar, mereka turut terjangkit tabiat Umar memanggil Cikgu Fatih dengan gelaran sensei. Cikgu Fatih pula selesa membahasakan dirinya sebagai sensei bila dengan mereka.

Cikgu Fatih mencebik. "Pilih kasih sungguh kamu ini."

Yang lain ketawa mendengar balasan cikgu Fatih kecuali Umar.

"Sensei nak?" tawar Umar sambil menghulurkan sebungkus roti sosej yang belum dibukanya.

Cikgu Fatih menolak. "Sensei gurau sahajalah. Kamu makanlah. Jatuh darjat sensei makan roti macam ini. Sensei nak makanan mahal sahaja."

Umar tersengih. Tahu cikgu Fatih hanya bersenda.

"Hah! Macam mana keputusan peperiksaan kamu semua. Yang kelas Sains ini yang sensei nak tanya..." tanya Cikgu Fatih. Teringat keputusan peperiksaan yang baru keluar dua hari lepas. Yang sekelas dengan Umar, dia tahu markah mereka kerana dia guru kelas mereka.

Danial membuat muka. "Ala sensei ini. Orang baru nak tenangkan fikiran. Sensei pula mengingatkan perkara berhantu itu," rajuknya.

Kauthar menolak bahu Danial sambil ketawa. "Berhantu-hantu pun, kau dapat 5A juga," balasnya.

Terkejut juga melihat yang sebelum ini keputusan peperiksaan Danial yang hanya cukup-cukup makan tiba-tiba melonjak naik sebegitu. Yang peliknya, semua A yang disapunya ialah subjek killer dan subjek agama. Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Tasawuf. Subjek biasa yang lain, biasa-biasa sahaja markah dia.


Danial tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. "Tetapi tetap jauh ketinggalan dengan Umar yang dapat nombor satu dalam tingkatan," balasnya.

"Itu sensei tahu. Senseikan guru kelas dia," balas Cikgu Fatih memandang Umar dengan bangga.

"Yang lain? Yang kelas sains dan sastera ini yang sensei nak tanya. Yang kelas akaun, sensei tahu keputusan mereka."

Mereka buat-buat ketawa mendengar soalan Cikgu Fatih.

"Eh, sensei dengar tak bunyi itu?" tanya Naufal sambil meletakkan tangan di tepi telinganya.

Cikgu Fatih mengerutkan dahi. Dia cuba menumpukan perhatian pada deria pendengarannya tetapi tiada bunyi yang singgah di gegendang telinganya. "Bunyi apa? Sensei tak dengar pun?"

"Bunyi loceng. Waktu rehat dah habis.Kami balik kelas dahulu!" ujar Rusdi lalu menyertai mereka yang lain melarikan diri. Malu nak memberitahu keputusan peperiksaan mereka.

Walaupun Cikgu Fatih hanya tanya mereka yang kelas sains dan sastera tetapi yang kelas akaun pun melarikan diri sekali.

Tergeleng CIkgu Fatih melihat perangai mereka. Sungguh dia tak sangka akan tiba hari dimana dia mampu duduk bergurau dengan mereka. Semua berkat jasa Umar.

"Biarkan sahaja mereka sensei. Perangai macam budak-budak mereka itu. Haishh," ujar satu suara.

Cikgu Fatih memandang Umar yang masih setia menikmati rotinya tanpa menghiraukan pemergian kawan-kawannya. Dia ketawa kecil.

Betul kata Umar.

Memang macam budak-budak...

* * * * * * * * * *

Umar membuka pintu rumahnya. Dia tergamam melihat pintu bilik ibunya yang terbuka luas. Ada sinaran lampu kalimantang yang menyuluh dari dalam bilik itu.

'Ibu sudah pulang?' getus hatinya. Pintu rumah dikunci sebelum dia melangkah ke bilik ibunya.

"Ibu..." panggil Umar sebaik terpandangkan Puan Khalisah yang sedang membaca buku sambil duduk bersandar di kepala katil. Ibunya mengangkat kepala.

"Oh, Wan. Baru balik ke?" Di rumah, ahli keluarganya memanggilnya dengan nama keduanya, Zaqwan. Nama Umar itu hanya digunakan oleh kawan-kawan sekolahnya sahaja.

Umar mengangguk. Dia duduk di birai katil ibunya. "Awal ibu pulang hari ini?"

Puan Khalisah tersenyum. "Alhamdulillah hari ini kerja tak banyak. Sejak magrib tadi ibu sudah ada di rumah," jawabnya lembut.

"Ibu penat tak?" tanya Umar prihatin. Tanpa menunggu balasan Puan Khalisah, dia mengurut bahu ibunya.

Puan Khalisah tersenyum senang melihat keprihatinan anak sulungnya. "Tadi... ibu terserempak dengan Umar semasa pulang kerja. Dia ada di rumah anak yatim milik Tuan Jamal. Bahagia sahaja mukanya melayan budak-budak disitu. Alangkah indahnya kalau Umar terbuka hati untuk tinggal bersama kita semula," luahnya. Matanya kelihatan bersinar setiap kali menyebut perihal anak keduanya itu.

Umar yang dimaksudkan ibunya bukan dia tetapi adik kembarnya yang telah lama terpisah. Mereka berkongsi nama pertama yang sama, tetapi keluarga mereka lebih gemar menggunakan nama Umar itu untuk adiknya.

Dia masih ingat, kata-kata ibunya semasa mereka berdua masih kecil ketika mereka bertanya kenapa ibunya memanggil si abang dengan nama Zaqwan tetapi adiknya Umar. 

Walhal, mereka sama-sama Umar.

"Memang ibu namakan dua-dua anak ibu ini Umar tetapi bila anak ibu makin besar, ibu melihat angah lebih layak menyandang nama Umar itu. Angah lebih berani dari along. Ibu tak kata along pengecut tetapi peribadi angah lebih mengingatkan ibu pada sahabat Rasulullah SAW yang bernama Umar al-Khattab. Berani, tegas dan tak pernah tunduk menyerah kalah. Along pula, walaupun along berani, tetapi hati along lebih lembut dan merendah diri. Along seperti sahabat yang bernama Abu Ubaidah. Tetapi sebab ibu dah terlanjak namakan dua-dua anak ibu ini Umar, nak buat macam manakan? Redha sahajalah."

Umar tersenyum tawar. Bicara tentang adik kembarnya membuatkan kesedihan memalu hati. Dari bicara ibunya, dia tahu ibunya rindukan adik kembarnya.

Dia juga.

Tetapi, kejadian lalu telah memisahkan mereka sekeluarga. Walaupun mereka telah bertemu semula tetapi sayangnya, kembarnya masih marah dan belum dapat menerima kemunculan mereka dalam hidupnya semula.

"Along janji along akan pujuk angah balik ibu. Along akan satukan keluarga kita semula," janji Umar.

Senyuman Puan Khalisah melebar. Dia mengusap kepala anaknya itu dengan penuh kasih sayang. "Ibu tak kisah. Asalkan ibu tahu Umar selamat dan bahagia, itu sudah cukup bagi ibu."

Umar menarik nafas dalam. Wajah ibunya ditatap penuh kasih. Tangan ibunya yang mengusap kepalanya ditarik lalu digenggam. "Ibu boleh tipu Zaqwan tetapi ibu tak boleh tipu diri sendiri. Ibu rindukan Umarkan? Jangan risau ibu, Wan akan pujuk dia. Zaqwan tahu di sebalik kekerasan hati yang dia tunjukkan, sebenarnya hati dia lembut. Dia akan terpujuk kalau kena caranya," janji Umar.

Puan Khalisah hanya mampu tersenyum tawar.

Continue Reading

You'll Also Like

592K 20.3K 54
Completed√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...
75.4K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
"Kawan" ✔ By amiza

Teen Fiction

223K 14.1K 43
Status: [Completed] Malay short story. #44 teenfiction Kawan [ ka- wan ] کاون Sinonim 1. Sahabat 2. Teman 3. Rakan "Aku kawan kau. Tapi, Aku pun le...
551K 23.8K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...