Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

26: Kolam renang

411 54 2
By saif_almasyriq

Kedengaran bunyi 'klik' setiap kali dia menekan tetikus dengan laju. Sesekali, jarinya menekan papan kekunci tanpa mengalihkan mata dari skrin komputer ribanya. Mulutnya bergerak-bergerak mengumamkan sebuah lagu anime Jepun yang berdendang kuat menerusi earphonenya.

"Kau buat apa, Kabir?" tegur Danial sambil menghampiri kawannya itu. Dia meletakkan secawan kopi panas di sebelah komputer riba Kabir sebelum melabuhkan punggung di kerusi di depan kawannya itu.

"Taip surat cuti. Baik aku minta awal. Lambat-lambat nanti payah," balas Kabir. Dia melepaskan tangan dari memegang tetikus lalu mencapai cawan kopi yang diletakkan Danial tadi. Kopi itu dihirup perlahan. 

Terasa kehangatan kopi itu menjalar ke dalam kerongkongnya lalu menyegarkan tubuhnya.

"Terima kasih Dan," ujar Kabir sambil memegang cawan kopi itu didepan wajah Danial.

Danial tersenyum. Dia menghirup air teh hijaunya. "Bukan susah pun nak buat. Ah, tak sabarnya aku nak tunggu hari majlis reunion kita tiba," ujarnya teruja. 

Cawannya diletakkan di atas meja putih yang bergaya Inggeris itu. Tema kegemaran Kabir. Kabir memang suka menghias rumahnya dengan konsep ala Inggeris sejak dahulu.

Kabir turut menguntumkan senyuman lebar. "Aku tak sangka kita semua akan berjumpa semula. Harapnya, rancangan Eusuf menjadi. Aku tahu kalau dia sahaja, memang tak jalan rancangan ini. Mujur kau tolong dia, Dan."

"Apa maksud kau, Kabir? Kau nak cakap aku akan gagal kalau aku uruskan semuanya sendirian?" sampuk Eusuf yang baru timbul di permukaan kolam renang Kabir.

Hari ini, dia dan Danial sepakat hendak memujuk Kabir menyertai reunion. Memandangkan mereka mempunyai alamat Kabir dari surat misteri yang diterima oleh Danial, mereka terus mengambil keputusan untuk menerjah rumah lelaki itu.

Kebetulan ketika mereka tiba, Kabir sedang berehat di halaman rumah sambil membaca surat khabar. 

Walaupun terkejut, Kabir menerima mereka sebagai tetamu tanpa banyak bicara. Malah Kabir menjemput mereka bermalam di rumah itu. 

Maka, mereka di sini, melepak bersama. Ingin mengisi kelopongan dalam persahabatan mereka tujuh tahun ini. Saling bertanya khabar dan bertukar cerita untuk mengetahui perkembangan terkini masing-masing.

"Memang pun. Kau tak ingat dahulu bila kau rancang nak kenakan Umar. Akhirnya, Haiqal yang kena!" tempelak Kabir selamba sambil menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi.

Suasana berubah kekok. Eusuf dengan riak tegangnya manakala Danial tampak tersentak. 

Nama Umar dan Haiqal membangkitkan perasaan yang berbaur dalam hati Eusuf dan Danial. 

Sedih mengenangkan Umar yang telah tiada, dan geram bila teringatkan kejahatan Haiqal.

Kabir mengangkat kepala apabila terasa keadaan menjadi sunyi sepi. Dia mengerutkan dahi melihat reaksi Danial dan Eusuf. Tak memahami apa yang berlaku. 

Tak lama kemudian, dia menepuk dahinya sendiri. Baru tersedar dia telah tersasul menyebut dua nama yang memberi impak besar kepada Batch Lagenda. Umar dan Haiqal.

"Eh, apa monyok-monyok ini muka dua-dua? Lapar ya? Sekejap, biar aku pesan pizza untuk korang. Sabar eh," ujar Kabir.

Anehnya, kelantangan suara Kabir itu berjaya meredakan tekanan yang dirasakan Eusuf dan Danial. Baru mereka mengangkat kepala memandang Kabir, lelaki itu telah menyusup masuk ke dalam rumah dengan pantas. Wajahnya kelihatan cuak. Eusuf dan Danial saling berpandangan.

"Kawan kau itu kenapa?" tanya Eusuf. Wajahnya kembali tenang.

Danial mengangkat bahu sambil menjuihkan bibirnya. "Entah".

Eusuf memanjat tangga kecil untuk keluar dari kolam renang itu. Dia mencapai tuala yang tersidai di kerusi yang terletak di antara kerusi Danial dan kerusi yang diduduk oleh Kabir tadi. Dia mengintai komputer riba Kabir yang tidak ditutup itu. Dahinya berkerut melihat game Left 4 Dead yang terpapar di skrin komputer riba itu. 

Kata taip surat cuti..?

"Macam kau tak tahu sahaja si Kabir itu, Suf. Game dia itulah surat cuti yang dia cakap tadi," ujar Danial bagai mengerti maksud kerutan di dahi Eusuf. Tak perlu tengok komputer riba Kabir pun dia sudah tahu apa yang lelaki itu buat sebenarnya.

Kalau taip surat cuti, mesti kedua-dua tangannya berada di atas papan kekunci. Ini tidak. Tangan kanannya setia berada di tetikus.

Eusuf tersenyum keji sambil mengambil tempat di kerusi Kabir tadi. Dia memandang Danial. "Game dia tak habis lagi ini. Apa kata kita habiskan untuk dia?"

Danial menjongketkan keningnya. "Cantik. Balasan kerana sebut nama jantan tak guna itu. Aku masuk dalam sekejap. Tak puas lagi meneroka rumah dia," balasnya.

Eusuf mengangguk. Dengan lagak persis seorang psiko, dia menyambung game Kabir tadi. Dia mencari kelibat tank. Kemudian, dia meletupkan tong gas di kawasan ahli pasukannya berhimpun. Manakala dirinya dibiarkan diserang oleh Tank.

Tak sampai seminit kemudian, game over.

Eusuf ketawa senang. Dia berlalu memasuki rumah sambil menyanyi kecil. Komputer riba Kabir dibiar begitu sahaja tanpa ditutup. Tak sabar hendak mendengar raungan penuh kepiluan Kabir...

* * * * * * * * * *

Danial meneroka rumah Kabir. Rumah Kabir tidaklah sebesar mana namun kelihatan kemas dan cantik. Tak menampakkan si pemiliknya hanyalah seorang lelaki bujang. 

Kalah rumahnya.

Dari ruang tamu rumah itu sehingga ke bilik tidur, semua mengikut konsep Inggeris yang serba putih.

Danial kemudiannya membuka satu-satunya Shoji (pintu gelangsar yang diperbuat dari kertas lut cahaya dan berbingkaikan kayu) yang ada di rumah itu. 

Ternyata di situ ialah ruang makan. Kontras dengan ruangan lain yang membawa konsep Inggeris, ruang makan itu menggunakan konsep tradisional Jepun.

Lantainya dihiasi dengan tatami iaitu tikar traditional Jepun yang diperbuat daripada jerami padi. Tiada kerusi yang disediakan. Hanya ada sebuah chabudai (meja berkaki pendek) dan zabuton (kusyen yang digunakan sebagai alas duduk). Perabot lain yang ada hanyalah kabinet kecil dengan sebuah televisyen di atasnya.

Danial memasuki bilik tidur utama milik Kabir. Dia tersengih sendirian. Bilik itu seakan berada di dimensi yang berbeza dengan tempat lain di dalam rumah itu. 

Jika di luar kemas, bilik itu bersepah bagaikan tokang pecah. 

Baju kotor yang tidak dimasukkan ke dalam bakul dengan betul, cadar katil yang berkedut seribu, meja kerja yang berselerak dengan kertas-kertas dan alat tulis serta almari baju yang terbuka luas menunjukkan isinya yang tak ubah seperti sarang tikus. 

Pun begitu, bilik itu tidak berbau hapak, sebaliknya harum dengan aroma lemon dari pewangi udara yang diletakkan di keempat-empat penjuru bilik.

Danial menghampiri sebuah rak tinggi di sebelah almari baju Kabir. Dua tingkat bawah rak itu dipenuhi majalah-majalah komik. Manakala dua tingkat atas pula diisi dengan piala-piala dan anugerah yang dimenangi oleh lelaki itu.

Tanpa sedar, bibirnya menarik senyuman kecil melihat gambar-gambar Batch Lagenda yang tersusun kemas di tingkat tengah rak itu. Danial menarik keluar salah satu gambar Batch Lagenda. 

Gambar yang sama dengan gambar yang ada di bilik Cikgu Fatih. Dia ketawa tanpa suara melihat dirinya menarik telinga Eusuf yang menutup mata arwah Umar. 

Kenangan...

"Woiii!!! Macam mana aku boleh mati inii?!!!"Tiba-tiba kedengaran suara jeritan Kabir menggegarkan rumah itu. 

Terus Danial meletakkan semula gambar itu di tempatnya semula seraya berlari mendapatkan Kabir di luar. Dia bertembung dengan Eusuf yang baru keluar dari arah dapur sambil mengunyah sekeping kerepek ubi pedas. Mereka berdua tersenyum penuh makna lalu sama-sama keluar.

Eusuf menghabiskan kerepeknya. Dia mencuit bahu Danial sebelum memuncungkan mulutnya ke arah Kabir yang kelihatan sedang merenung skrin komputer ribanya dengan kecewa.

"Kau fikir apa yang aku fikir?" bisik Eusuf.

"Aku rasa aku tahu apa yang kau fikir," sahut Danial sambil terkerinsing.

Mereka berdua menghampiri Kabir dengan langkah terjengket bagaikan pencuri. Eusuf mengangkat tangan mengira.

Tiga.

Dua.

Satu!

Eusuf dan Danial berlari serentak. Lengan Kabir dipaut sebelum lelaki itu diheret masuk ke dalam kolam renang. Kabir tak mampu melakukan apa-apa kerana semuanya terlalu cepat berlaku.

Splashhh!!

"Arghhh, Danial! Eusuf! Apa jahat sangat korang ini?!" marah Kabir setelah berjaya menimbulkan diri di permukaan air. Dia memandang tajam ke arah Danial dan Eusuf yang buat muka tak bersalah. 

Malah selamba mereka berdua berenang mengelilingi kolam itu tanpa menghiraukannya. 

Bengang dengan gelagat dua sahabatnya itu, terus dia melibas permukaan air dengan kuat menyebabkan percikan besar terkena pada Danial dan Eusuf.

"Hoi!" marah Danial. Percikan itu dibalas. 

Kabir tak mengalah. Mereka bertiga terus bermain air seperti kanak-kanak.

Continue Reading

You'll Also Like

207K 13.3K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
1.5K 289 26
𝙱𝚕𝚞𝚎 𝚙𝚎𝚛𝚜𝚘𝚗 𝚒𝚜 "𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚠𝚑𝚘 𝚌𝚊𝚖𝚎 𝚒𝚗𝚝𝚘 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚒𝚏𝚎 𝚠𝚑𝚎𝚗 𝚢𝚘𝚞 𝚗𝚎𝚎𝚍𝚎𝚍 𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚝𝚑𝚎 𝚖𝚘𝚜𝚝" Ha...
"Kawan" ✔ By amiza

Teen Fiction

223K 14.1K 43
Status: [Completed] Malay short story. #44 teenfiction Kawan [ ka- wan ] کاون Sinonim 1. Sahabat 2. Teman 3. Rakan "Aku kawan kau. Tapi, Aku pun le...
9.7K 1.6K 15
📢"CERITA NI BTW DAH COMPLETED BUT AUTHOR RENEW BALIK" "Dan yang tu... Itulah ketua gengster dekat dalam sekolah ni. Tengku Zarif Ikhwan." Berkahwin...