Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

22: Bayangan Zarfan

417 59 1
By saif_almasyriq

Cikgu Fatih sibuk menyusun fail-fail yang berselerakkan di almari di dalam bilik disiplin itu. Sebaik sahaja dia berpusing ke belakang untuk mengambil fail yang ada di atas meja, terus dia terundur rapat ke almari.

Terkejut melihat Zarfan yang elok bersandar pada kerusi sambil membelek sebuah fail berwarna hitam berkulit keras.

"Astaghfirullah, Zarfan! Mana salam kamu?" tegur Cikgu Fatih dalam nada geram.

"Assalamualaikum," lafaz Zarfan selamba.

Cikgu Fatih hanya mampu menggeleng sambil membalas salam. "Emm, kamu buat apa di sini? Sekarangkan waktu kelas," soalnya.

"Cikgu Rania ada kursus, cikgu. Cikgu, nak minta nasihat..."

Cikgu Fatih menghentak fail-fail itu perlahan ke atas meja untuk memastikan ketinggian fail-fail itu sama. "Ini bilik disiplin, Zarfan. Bukan bilik kauseling. Kalau kamu keluar dari bilik ini, turun tangga, belok ke arah kanan, langkah ke arah Blok A, pergi ke bilik paling hujung di tingkat bawah, berdekatan taman herba, di situlah bilik disiplin yang kamu cari," bidasnya. Dia berpaling untuk meletakkan fail-fail itu di almari.

"Cikgu, kenapa mereka terlalu mengharap saya bercakap dengan mereka semula?" luah Zarfan dalam nada sedih. Dia mengetuk meja perlahan dengan jari telunjuknya. Kata-kata Cikgu Fatih tidak dihiraukan.

"Siapa kamu maksudkan?" soal Cikgu Fatih tanpa memandang. Dia memperkemas susunan fail-fail di dalam almari sebelum memandang Zarfan semula.

"Nasir dan Hanani. Tetapi nampaknya satu kelas juga mengharapkan perkara yang sama," keluhnya.

Cikgu Fatih terkebil mendengar jawapan Zarfan. Kagum sekejap dengan kawan-kawan Zarfan. Meskipun Zarfan melayan mereka dingin dan kasar, mereka tetap setia menunggu Zarfan menerima mereka semula.

Cikgu Fatih tersenyum nipis. Dia menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Sedikit penat terasa. Almaklumlah... dirinya sudah tua. Mujurlah fail-fail itu tak terlalu banyak. "Apa kata kamu ikut sahaja permintaan mereka. Demi kebaikan kamu juga," cadangnya.

Zarfan meletakkan dagunya di atas meja. Gaya orang kebosanan. "Tetapi saya tak tahu bagaimana nak mulakan langkah. Kekoklah cikgu. Dahulu beria saya marah mereka setiap kali mereka mendekati saya. Tak akan tiba-tiba saya datang kepada mereka lalu cakap, 'Hai! Korang apa khabar?'" balas Zarfan.

Badannya kembali ditegakkan. Tangannya turut diangkat bagai sedang melambai seseorang dengan wajah ceria yang dibuat-buat.

Ketawa Cikgu Fatih terhambur melihat balasan Zarfan. Zarfan merengus perlahan. Dia kembali melabuhkan dagunya di atas meja.

"Lawak ke cikgu?" tanya Zarfan.

Tawa cikgu Fatih mati. Namun senyuman tetap berbunga di bibirnya. Dia tak terkesan dengan nada kasar Zarfan yang kedengaran sedikit kurang ajar itu.

"Zarfan, setiap perjalanan bermula dari langkah yang pertama. Kalau kamu tak bertindak, sampai bila-bila kamu akan kekok dengan mereka. Tenang sahaja. Cukuplah kamu sekadar menjadi diri sendiri. Kalau mereka sanggup menunggu kamu bersedia, pasti mereka tak kisah dengan sikap kamu. Tetapi kagum juga saya, tak sangka gangster-gangster seperti kalian ini setia juga dalam berkawan. Emm, kalian tak ubah seperti Batch Lagenda," ulas cikgu Fatih.

Zarfan mengeluh. Dia termenung jauh memikirkan janji yang dia terlafaz tanpa sengaja tadi.

Andai sahaja dia mampu menarik semula janji itu tetapi sayang....

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... terimalah padahnya.

* * * * * * * * * *

"Umar?"

Zarfan memerhatikan Umar yang baru keluar dari pasaraya mini di seberang jalan. Sudah lama dia tak nampak lelaki itu. Tanpa berfikir panjang, Zarfan mengubah arah laluannya.

Langkahnya diperlahankan tatkala dia semakin mendekati Umar yang sedang memasukkan barang ke dalam but kereta. Dia berhenti sekitar dua langkah di belakang Umar.

Bahu Umar dicuit.

Umar menoleh sambil menegakkan badannya. "Zarfan?" ujarnya dalam nada terkejut.

Dia segera meraba wajah sendiri. Nafas lega dihembus nipis apabila menyedari dia memakai kaca mata hitamnya.

Ulah peliknya diperhatikan oleh Zarfan tetapi remaja itu malas untuk menyuarakan persoalan yang bermain dalam kepalanya. Lagipun, sudah tentu Umar akan mengelak dari menjawab soalannya seperti biasa.

"Kau buat apa di sini? Bukan sepatutnya kau ada di tasik pada waktu-waktu macam ini?"

"Heh, kau cuba mengelak dari aku, Umar?" tanya Zarfan tanpa segan silu. Pertanyaan Umar tidak dijawab. Dia ingin tahu ke mana Umar menghilang dua tiga hari ini. Selalunya, Umar gemar menganggunya saban hari di tasik.

Umar membuat muka. "Aku yang sedang elak kau atau kau yang patut mengelak dari aku?" tanyanya sambil menunding ke arah dirinya dan Zarfan silih berganti.

"Bukan apa, lama aku tak nampak batang hidung kau. Kenapa kau sudah tak lepak di tasik lagi?"

"Aku kerjalah budak! Ingat aku penganggur terhormat ke?" bidas Umar dalam nada geram.

Zarfan mengangkat keningnya. Sejujurnya, dia pernah terfikir bahawa Umar ialah penganggur.

"Sudahlah. Aku nak balik. Dan kau! Cepat balik. Tak payah merayap tak tentu hala petang-petang ini. Baik kau duduk rumah dan siapkan kerja sekolah," arah Umar sambil menutup but keretanya.

"Emm, sekejap. Kau kerja apa, Umar?" tanya Zarfan ingin tahu.

Umar diam. Hakikatnya, dia membuka sebuah bakeri berkonsepkan 'book cafe' di Lumut. Walaupun dia di berada disini, dia tak risau kerana bakerinya diuruskan oleh pekerja kepercayaannya.

Namun tempoh hari dia terpaksa ke sana kerana pelanggan berkeras ingin menempah tiga biji kek yang dibuatnya sendiri.

Bukan pekerja-pekerjanya walaupun air tangan mereka juga menghasilkan kek yang enak lagi berkualiti.

"Err, aku..." Umar teragak-agak untuk menjawab. Belakang lehernya diusap tanda tidak selesa.

"Aishh, nak jawab kau kerja apa pun susah? Kenapa? Kau jadi mafia ke?"

Umar mendengus. Bahu Zarfan dilibas kuat. "Kau nak mengutuk aku jangan depan-depan, boleh?"

Zarfan ketawa senang. Terhibur hatinya melihat reaksi Umar.

* * * * * * * * * *

Suasana di pasar malam agak meriah kerana dipenuhi manusia-manusia yang pelbagai ragam. Kadang-kadang, kedengaran suara lantang para penjual untuk menarik pelanggan demi melariskan jualan masing-masing. Bau beraneka jenis makanan menguasai ruang udara. Bercampur dengan bau asap sate dan ayam yang dibakar.

"Kau ada nak beli apa-apa?" tanya Umar kepada Zarfan.

Zarfan menggeleng. Dia memerhatikan gerai-gerai di sekelilingnya tanpa sebarang minat. Sudah lama dia tidak menjejak ke pasar malam. Namun, hari ini dia memecahkan rekodnya kerana diheret Umar yang tak pernah nak faham bahasa Melayu. Perkataan 'tak nak' dianggap sebagai 'nak'.

Kalau dia tahu, pasti dia tak akan menegur Umar tadi.

Umar menarik senyum sebelum berjalan laju merempuh orang ramai menuju ke gerai di hujung lorong. Terkial-kial Zarfan mengekori Umar yang hampir lesap ditelan lautan manusia.

"Dik, bagi dangai empat ringgit," pinta Umar kepada si penjual.

Zarfan menelan air liurnya melihat susunan kuih dangai di atas meja gerai itu. Itulah kuih kegemarannya dahulu. Ketika arwah abangnya masih hidup, dia selalu berebut kuih itu dengan abangnya setiap kali ibunya membeli kuih itu.

"Nah!"

Lamunan Zarfan bersepai apabila Umar menyuakan bungkusan plastik kuih itu ke tangannya yang kosong. Dengan muka yang keliru, dia hanya menyambut huluran Umar.

"Kau bagi aku ke?"

Umar tersenyum senget. "Taklah. Aku suruh pegang sahaja," katanya selamba. Dia berdecit melihat riak terpaku Zarfan. Tanpa mempedulikan Zarfan, dia berlalu ke lorong di sebelah kanannya. Meninggalkan Zarfan di belakang.

* * * * * * * * * *

Kauthar menghentikan langkahnya. Sebentar tadi, dia seakan ternampak seseorang yang dikenalinya. Seseorang yang telah lama dia tak bersua.

Zarfan, satu-satunya adik arwah Umar.

Namun Zarfan telah banyak berubah. Wajahnya lebih matang disamping ketinggian Zarfan juga sudah hampir menyamai ketinggiannya.

Kauthar meliarkan matanya memerhati satu-persatu wajah manusia yang ada di pasar malam itu demi mencari semula kelibat Zarfan yang telah menghilang.

Hampa.

Zarfan telah lesap bagai tak pernah wujud di situ.

Istighfar dibisik beberapa kali. Barangkali, dia hanya bermimpi di siang hari.

Continue Reading

You'll Also Like

182K 8.8K 59
Cover by - nthnghre She was a nerd She was a rapper She was owner for the famous cafe She was Ice Princess She was a Mafia's Leader 5 identity 1 pers...
4.9K 152 31
Zahra: patutkah aku melawan doa dengan doa? Cinta bukan untuk dijangka, kisah perkahwinan bukan untuk ditulis. Tengku Ellias seorang anak raja, adaka...
12.3K 5.5K 60
Satu tragedi yang membuat mereka bertemu.. Kerana terlalu penting kan diri sendiri, sampai sanggup menggadai maruah sahabat.. ianya ZAFRY MUSTAFFA, r...
2.4K 557 54
﷽ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benu...