Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

Silam 2: Pesaing Baru

450 57 1
By saif_almasyriq

Umar berjalan santai menuju ke pusat sumber. Ingin menghabiskan masa rehatnya di sana. Perut yang rancak berkeroncong tidak diendahkan. Dia tidak mempunyai sebarang duit untuk membeli makanan.

"Hai, cikgu. Nampak macam berat sahaja kotak ini. Apa kata kami tolong?"

Umar menjengukkan kepalanya ke bawah apabila mendengar suara kuat itu. Kelihatan seorang guru lelaki dikelilingi beberapa orang pelajar nakal. Bibir masing-masing melukiskan senyuman sinis sambil menghampiri guru itu dengan langkah perlahan.

Umar mengangkat keningnya saat melihat Danial dan Eusuf turut berada di situ. Entah mengapa, sejak peristiwa semalam dia tertarik untuk memerhatikan kumpulan pelajar nakal itu.

Mata Umar meniti dari satu wajah ke satu wajah. Matanya terpaku melihat pelajar lelaki di sisi Danial. Aura seorang ketua terpancar dari tubuh pemuda itu. Umar tersenyum penuh makna. Dia terus memerhatikan pemuda itu sambil menilai ciri-cirinya.

Berkulit sawo matang, bertubuh tinggi, sedikit tegap, berambut panjang dan berpakaian agak kemas berbanding kawan-kawannya yang lain.

Pelajar lelaki itu menghampiri guru yang terpacak berdiri didepan mereka sambil memegang kotak. Dengan gerakan yang pantas, pelajar itu merampas kotak itu seraya menterbalikkan isi kotak itu ke atas tanah. Guru itu yang tidak sempat melakukan apa-apa sekadar terpaku, manakala kumpulan pelajar itu galak mentertawakan guru itu.

Umar membeliakkan matanya tidak percaya. Tangannya mengepal penumbuk. Laju dia berlari menuruni tangga menuju ke arah mereka. Nasihat Qaseh semalam dilupakan. Masakan dia hendak melihat sahaja mereka membuli guru yang sepatutnya mereka hormati?

"Hoi!" jerit Umar sekaligus mematikan tawa pelajar-pelajar itu.

Serentak semua mata di situ berpaling memandang Umar termasuklah guru itu. Umar mempamerkan wajah tegangnya sambil terus melangkah menghampiri mereka dengan berani.

"Sudah tak ada adab ke korang ini, hah! Suka-suka membuang barang orang. Sedar tak dia ini guru. Mandat dia lebih besar dari kalian sama ada dari sisi Islam atau dalam masyarakat sekalipun. Minta maaf cepat!" marah Umar.

Berdentum suaranya sehingga menyebabkan pelajar-pelajar lain yang kebetulan lalu di tempat itu memandang ke arah mereka.

Danial tergeleng tak percaya.

Eusuf menguntumkan senyuman penuh makna.

Naufal memeluk tubuh.

Haiqal mempamerkan wajah beku nan dinginnya.

Manakala cikgu Fatih memandang Umar tanpa lepas.

"Kau siapa?" suara Haiqal kedengaran begitu dingin. Matanya dan mata Umar bertembung. Seorang dengan pandangan dingin, seorang lagi dengan pandangan tajam. Membuatkan mereka yang melihat terasa meremang bulu roma

"Dialah yang aku cerita semalam, Qal" beritahu Danial sambil memegang bahu kawannya itu.

Haiqal menjongketkan keningnya. "Ohhh, dia..." 

Haiqal memandang Umar atas bawah. Dia tersenyum sinis. "Jadi dialah orangnya, ya? Hero baru kita".

Kata-kata Haiqal disambut dengan tawa mereka semua melainkan Umar dan cikgu Fatih. Umar hanya beriak biasa manakala cikgu Fatih hanya diam menyaksikan perbualan mereka.

"Awal-awal bolehlah berlagak hero. Lama-lama nanti dia yang lari kecut perut. Emm, tetapi tak akan rasanya. Dia nampak sesuai nak jadi pesaing kau sahaja, Qal. Jarang kita jumpa orang seberani dia," balas Eusuf. Sengaja mengapi-apikan kawannya itu.

Haiqal mendengus perlahan. "Pesaing? Huh, jangan harap," nafi Haiqal sinis. Dia memalingkan tubuhnya ke belakang. Bahu Danial dan Eusuf di tepinya ditepuk perlahan.

"Mari kita pergi. Esok baru kita uruskan dia. Aku, nak rehat dahulu untuk hari ini".

Eusuf, Danial dan Naufal akur. Mereka melemparkan senyuman penuh makna kepada Umar sebelum berlalu mengekori Haiqal.

Umar menghantar pemergian mereka dengan matanya. Pandangannya tertumpu pada susuk tubuh lelaki yang dipanggil Haiqal itu. Dia pesaing baru lelaki itu? Menarik. Dia menoleh memandang cikgu Fatih.

"Cikgu ok?" tanya Umar prihatin.

Cikgu Fatih mengangguk seraya tersenyum lega. Lega melihat Umar yang tidak diapa-apakan oleh Haiqal. Kali pertama dia melihat ada orang yang berani menentang Haiqal. Lansung Umar tidak menampakkan sebarang rasa gentar. Keberanian Umar mengagumkannya.

Umar sekadar mengariskan senyuman nipis untuk membalas senyuman cikgu Fatih. Dia menunduk untuk mengutip barang-barang cikgu Fatih yang berteraburan di atas tanah. Diletak di dalam kotak sebelum diangkat kotak itu dengan selamba.

"Cikgu hendak ke mana? Biar saya bawakan kotak ini," Umar menawarkan pertolongannya dengan sopan.

"Ke kereta cikgu. Jom ikut cikgu," balas cikgu Fatih. Dia mula melangkah menuju ke kawasan parkir kereta. Sambil berjalan, akalnya ligat berfikir. Hairan dia melihat peribadi Umar yang sangat jarang kelihatan di sekolah itu. Rata-rata pelajar sekolah itu berakhlak kasar dan pelanggar peraturan tegar.

Tetapi Umar...

Bagaimanalah lelaki itu boleh tersesat ke sini agaknya?

"Terima kasih kerana sudi bantu cikgu," ucap cikgu Fatih. Bonet keretanya dibuka.

"Pertolongan ringan sahaja cikgu. Apa nak dikisahkan?" jawab Umar sambil meletakkan kotak itu di dalam bonet kereta cikgu Fatih. Kemudian, dia berdiri berhadapan dengan guru itu. Dijeling tanda nama yang tersemat kemas di dada kiri guru itu. Fatih.

"Muka cikgu macam rakyat Jepunlah. Kalau saya panggil cikgu sebagai Fatih sensei, boleh?" gurau Umar.

Cikgh Fatih tertawa kecil. "Atuk cikgu bekas tentera Jepun dahulu. Berkahwin dengan opah cikgu yang berdarah melayu. Kiranya, muka cikgu ini diwarisi dari dialah," jawab cikgu Fatih.

"Cikgu tak kisah kamu nak panggil cikgu sebagai sensei ke ustaz ke atau tuan sekalipun. Suka hati kamulah. Asalkan panggilan itu pun ada maksud yang baik-baik. Emm, kamu ini budak baru ke? Cikgu tak pernah nampak pun sebelum ini," tanya cikgu Fatih.

Umar tersengih. "Ya, saya baru berpindah semalam. Nama saya Umar Zaqwan bin Salahuddin. Ikut senseilah nak panggil saya Umar ke Zaqwan ke atau Umar Zaqwan sekalipun. Asalkan nama itu nama saya juga," balas Umar. Sengaja dia mengubahsuai ayat yang digunakan cikgu Fatih tadi.

Cikgu Fatih tergeleng sambil ketawa. Hatinya terhibur dengan gelagat Umar. "Kalau begitu, cikgu panggil kamu Umarlah. Kerana keberanian kamu mengingatkan cikgu kepada sahabat Rasulullah SAW dan khalifah kedua Islam, Umar al-Khatab".

Umar mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Saya ini biasa-biasa cikgu. Mana nak dipadankan dengan sahabat Rasulullah SAW itu. Saidina Umar itu lagenda tau. Tak terlawan saya dengan orang sehebat itu," balas Umar merendah diri.

"Kamu juga yang tak kisah sensei nak panggil apa pun tadikan? Umar itu nama kamu juga," bidas cikgu Fatih.

Umar tersengih lagi. Tak mampu melawan kata-kata cikgu Fatih yang benar belaka itu. "Baiklah sensei. Saya dengar dan saya taat," ujar Umar sambil mengangguk. Seketika dia mendiamkan diri sebelum menyuarakan satu pertanyaan.

"Siapa pelajar tadi cikgu? Dan kenapa cikgu tak melawan dia walaupun dia membuli cikgu?"

"Ohhh, Haiqal maksud kamu? Dia itu pelajar paling gangster di sekolah ini. Semua pelajar tingkatan empat yang lelaki menjadi pengikutnya. Sensei harap, kamu berhati-hati dengan mereka," jelas cikgu Fatih.

Umar membentuk mulutnya seakan-akan huruf 'O'. "Emm, saya pergi dahululah sensei. Waktu rehat sudah nak habis ini," Umar meminta diri. Tak jadi dia hendak melepak di pusat sumber. Haih...esok sahajalah dia ke sana.

Baru sahaja cikgu Fatih ingin membalas, tiba-tiba dia terkedu apabila Umar mencapai tangannya untuk disalam dengan penuh hormat. Hilang segala bicaranya tadi.

"Assalamualaikum," lambai Umar sebelum berlari anak menuju ke kelasnya.

'Walaikumussalam,' sahut hati cikgu Fatih. Bibirnya menarik senyuman nipis.

Umar...

Pemuda itu nyata berbeza dengan pelajar-pelajar yang pernah ditemuinya. Harapnya, Umar mampu bertahan lama di sekolah ini. Insan seperti Umar pasti akan menjadi sasaran Haiqal. Terutama selepas kes tadi.

Tetapi ingin juga dia melihat apa yang bakal berlaku nanti. Antara Umar dan Haiqal...siapa yang akan menang?

Continue Reading

You'll Also Like

1.5K 291 26
๐™ฑ๐š•๐šž๐šŽ ๐š™๐šŽ๐š›๐šœ๐š˜๐š— ๐š’๐šœ "๐šœ๐š˜๐š–๐šŽ๐š˜๐š—๐šŽ ๐š ๐š‘๐š˜ ๐šŒ๐šŠ๐š–๐šŽ ๐š’๐š—๐š๐š˜ ๐šข๐š˜๐šž๐š› ๐š•๐š’๐š๐šŽ ๐š ๐š‘๐šŽ๐š— ๐šข๐š˜๐šž ๐š—๐šŽ๐šŽ๐š๐šŽ๐š ๐šœ๐š˜๐š–๐šŽ๐š˜๐š—๐šŽ ๐š๐š‘๐šŽ ๐š–๐š˜๐šœ๐š" Ha...
552K 23.8K 71
๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
3.2K 335 55
'Be my Queen, and I'll be your King' Siapa sangka yang seorang gadis biasa dapat mencuri hati kedua-dua Tengku DiRaja Pahang? Nursafa Malaiqa, seoran...
980 15 1
Cuma cerita pendek dari seseorang :) Heal Love a.k.a 'ูŠุง ุฌู…ูŠู„ุงุช ุงู„ุนูŠูˆู†' '๐š†๐šŠ๐š‘๐šŠ๐š’ ๐™ผ๐šŠ๐š๐šŠ ๐™ฒ๐šŠ๐š—๐š๐š’๐š”' โ€ข ๐“‘๐“ฎ๐“ป๐“ถ๐“พ๐“ต๐“ช ๐“ญ๐“ช๐“ป๏ฟฝ...