Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

1: Batch Lagenda
2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

5: Kepulangan Eusuf

521 62 2
By saif_almasyriq

"Sensei!" jerit Eusuf gembira.

Tangannya diangkat tinggi melambai ke arah bekas gurunya dengan lagak riang. Pandangan pelik manusia-manusia yang berada di lapangan terbang itu tidak diendahkan. Laju dia menolak troli yang dipenuhi beg-begnya menuju ke arah Cikgu Fatih yang menanti berhampiran sebuah restoran.

Cikgu Fatih menekup muka menahan rasa malu apabila dia menjadi tumpuan beberapa orang di situ. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Manakala anak gadisnya yang ikut serta hanya tertawa perlahan. Lucu melihat gelagat guru dan bekas pelajar itu.

"Eh, macam kenal," gumam Eusuf tatkala semakin menghampiri mereka. Langkahnya diperlahankan sambil wajah bersih gadis itu ditilik lama. Tindakannya membuatkan wajah gadis itu merona kemerahan.

Cikgu Fatih mengetap bibirnya sebelum telinga Eusuf ditarik kuat. Menjerit pemuda itu di situ.

"Anak sensei yang kamu tenung itu tahu! Abah dia wujud lagi di sini. Jangan nak buat benda bukan-bukan ya!" marahnya.

Eusuf tersengih sambil mengusap belakang lehernya. Malu-malu dia memandang Qaseh. "Jadi betullah ini Qaseh! Wah, semakin cantik Qaseh sekarang! Abang nak mengurat boleh?"

Cikgu Fatih merengus perlahan. Tanpa amaran, sekali lagi dia menarik telinga Eusuf. Tarikannya lebih kuat berbanding tadi. Bergegar tempat itu dengan jeritan Eusuf yang bukan perlahan.

Qaseh sekadar tertawa kecil. Hatinya terhibur melihat gelagat Eusuf dan abahnya. Benar kata abahnya, Eusuf tak pernah berubah sejak dahulu. Selamba dan suka bergurau tanpa mengira masa dan tempat. Hanya gaya penampilannya sahaja yang berubah lebih matang.

"Sensei ini memang nak cabut telinga sayakah?" rajuk Eusuf sambil mengusap telinganya yang sudah merah. Mulutnya dimuncungkan.

Cikgu Fatih mengangkat keningnya. "Kalau dengan mencabut telinga kamu itu membuatkan otak kamu berfungsi secara normal, tak mengapalah. Tetapi sensei rasa tak ada beza pun nanti. Jadi, buang masa dan tenaga sahaja," balasnya.

Eusuf membuat muka kesian. "Ya Allah! Sensei ini sungguhlah tak punya hati perut," gumamnya.

"Kalau tak ada hati, sensei tak akan berkahwin dan mempunyai anak. Kalau tak ada perut, sensei tak akan rasa lapar sekarang ini. Semua sebab menunggu kamu lambat sangat sampai," bidas cikgu Fatih.

"Ohhh, baru abang tahu abah Qaseh ini ada hati perut sebenarnya. Ke Qaseh yang dermakan kepada sensei?" balas Eusuf selamba. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam kocek sambil dia mengukir senyuman nakal.

"Sudahlah abang Eusuf, abah. Baru berjumpa pun mahu bergaduh ke?" tegur Qaseh. Sopan sahaja nada yang digunakannya. Lengan abahnya dipaut kemas.

"Demi Qaseh, abang akan berhenti bergaduh dengan sensei. Asalkan Qaseh sanggup belanja abang makan," ujar Eusuf sambil tersengih lagi. Dia mengenyitkan mata ke arah Qaseh.

Cikgu Fatih membulatkan matanya. Dia menolak perlahan tubuh anaknya ke tepi lalu dia berdiri betul-betul di depan Eusuf. Dia mencekak pinggang memandang bekas pelajarnya itu.

"Amboi, amboi budak tak sedar diri ini. Sudah cukup baik sensei dan Qaseh sanggup turun ke KL ini demi menjemput kamu. Tetapi sudah diberikan betis, sibuk mahukan paha pula ya? Duit kamu bukan ke berkepuk di dalam bank? Sepatutnya kamu yang belanja sensei dan Qaseh, bukan sebaliknya," bebel cikgu Fatih.

"Biarlah dia, abah. Dia baru sampai Malaysia itu. Apa salahnya kita belanja bagi meraikan kepulangannya? Maklumlah, lama duduk di luar negara sampai tak tahu menggunakan matawang Malaysia. Itu yang dia minta kita belanja supaya dia boleh belajar dan ingat balik nilai-nilai duit Malaysia," sampuk Qaseh. Sempat dia mengenakan Eusuf.

Bertambah lebar sengihan Eusuf. Dia tak kisah pun dengan perlian gadis itu. Tahu Qaseh sekadar bergurau.

Cikgu Fatih pula sekadar mencebik. Tak membalas pula pemuda itu bila mendengar perlian Qaseh.

Sebaliknya tersengih-sengih macam kerang busuk.

Kalau tidak mengenangkan Eusuf ialah bekas anak pelajar yang telah dianggap sebagai anak sendiri, pasti dia sudah lama membelasah pemuda itu bagi menyedarkannya.

"Jomlah kita masuk. Abang sudah lapar ini. Sensei pun samakan?" ajak Eusuf.

Langkah diatur masuk ke dalam restoran. Cikgu Fatih dan Qaseh hanya menurut dari belakang. Sebuah meja kosong berhampiran kaunter dipilih. Masing-masing memilih untuk makan nasi lantaran perut mereka telah mengendangkan irama rock. Sesi makan mereka berlalu dengan senyap tanpa sebarang perbualan.

"Jadi, apa yang kamu mahu buat sekarang, Eusuf? Tak nak cari kerja dahulu?" tanya Cikgu Fatih saat makanan mereka sudah dihabiskan. Eusuf dengan rela hati telah membayar untuk mereka semua biarpun dia meminta Qaseh membelanjanya tadi.

Eusuf diam sejenak sambil menghirup baki jus epalnya. "Malaslah. Saya hendak tumpukan perhatian untuk satukan semula Batch Lagenda dahulu. Nanti kalau sudah kerja nanti payah."

"Saya akan cuba jejak kawan-kawan saya, cari maklumat tentang mereka, kemudian baru saya fikirkan langkah seterusnya. Mungkin, saya akan membuat majlis reunion untuk mengumpulkan semua sekali. Tetapi bergantung juga pada keadaan. Kalau keadaan tak mengizinkan, kami semua lepak di tepi jalan sahajalah," gurau Eusuf di penghujung ayatnya.

"Kenapa? Abang Eusuf nak buat reunion untuk apa?" sampuk Qaseh yang tidak tahu hujung pangkal perbualan mereka.

"Abang mahu satukan Batch Lagenda semula," balas Eusuf perlahan. Ada kepahitan yang terselit pada nada suaranya.

"Ohhh," Qaseh terkedu.

Cerita Batch Lagenda bukan asing lagi telinganya. Semua hal berkaitan mereka diketahuinya kerana keakraban mereka dengan abahnya. Dia juga agak rapat dengan mereka terutama arwah Umar.

Wajah sayu abahnya dipandang. Dia tahu betapa abahnya merindui Batch Lagenda yang menyepi sejak kematian Umar. Hanya Eusuf yang sudi menghubungi abahnya.

Itu pun setelah tujuh tahun berlalu...

"Qaseh ada menyimpan nombor kak Mairah. Dia telah bernikah dengan abang Kauthar. Abang mahu? Abang boleh berhubung dengan abang Kauthar nanti," tawar Qaseh.

Mata Eusuf muka bersinar bagai kanak-kanak yang diberi gula-gula. "Betulkah? Terima kasih, Qaseh!" ujar Eusuf teruja.

Qaseh tersenyum nipis. Sejujurnya, dia turut mengharapkan Batch Lagenda bersatu semula.

Sayang, mereka tak bergaduh tetapi masing-masing menyepi bertahun-tahun tanpa khabar. Termasuk Kauthar yang masih menetap di daerah tempat tinggal mereka dahulu.

Sedangkan, Batch Lagenda sudah diibaratkan seperti keluarga besar yang diketuai arwah Umar. Hubungan sesama mereka amat akrab. Setiap susah senang diharung bersama sehinggalah pemergian Umar memutuskan jalinan persahabatan antara mereka. Semua kerana rasa tak percaya dan juga kesedihan yang tak tertanggung oleh mereka akibat pemergian Umar secara tiba-tiba.

Lalu, semua memilih untuk meminggirkan diri kerna menyangka dengan cara itu kesedihan mereka bisa terubat.

"Abang Haiqal bagaimana? Abang tak mahu mencari dia sekali?" tanya Qaseh saat terfikirkan pemuda itu.

Haiqal, duri dalam daging bagi Batch Lagenda. Musuh tradisi arwah Umar dan juga bekas ketua Batch Lagenda sebelum kemunculan arwah Umar.

Cikgu Fatih tersentak manakala wajah Eusuf berubah tegang.

Eusuf menghentak tangan ke atas meja makan, membuatkan meja bergegar kuat. Qaseh terperanjat manakala Cikgu Fatih mengusap dadanya.

"Jangan kau sebut nama jantan tak guna itu!"

"Sebab dia, Umar mati. DIA PEMBUNUH UMAR! Sampai bila-bila aku tak akan maafkan dia!" marah Eusuf sebelum bangun dari meja makan itu. Dia meninggalkan Cikgu Fatih dan Qaseh tanpa sebarang kata.

"Qaseh, beberapa kali abah pesan, jangan disebut nama Haiqal didepan Batch Lagenda," tegur Cikgu Fatih kesal.

Rasa bersalah mula menguasai diri Qaseh. Sungguh dia terlupa akan pantang larang itu. Niatnya cuma ingin bertanya, tak sangka sehingga begitu sekali reaksi Eusuf.

Nampaknya, Eusuf masih belum memaafkan Haiqal...

Continue Reading

You'll Also Like

552K 23.8K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
45.4K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
3.2K 335 55
'Be my Queen, and I'll be your King' Siapa sangka yang seorang gadis biasa dapat mencuri hati kedua-dua Tengku DiRaja Pahang? Nursafa Malaiqa, seoran...
980 15 1
Cuma cerita pendek dari seseorang :) Heal Love a.k.a 'يا جميلات العيون' '𝚆𝚊𝚑𝚊𝚒 𝙼𝚊𝚝𝚊 𝙲𝚊𝚗𝚝𝚒𝚔' • 𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪 𝓭𝓪𝓻�...