Kelam Semalam

By saif_almasyriq

36.1K 4.8K 136

Baik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pili... More

2: Pemuda Misteri
3: Topeng Hantu
4: Kenangan lalu
5: Kepulangan Eusuf
Silam 1: Permulaan Segala
6: Mimpi Ngeri
7: Ponteng
8: Eusuf dan Qaseh
Silam 2: Pesaing Baru
9: Maaf Yang Tak Terduga
10: Pusara Umar
Silam 3: Perangkap Umar
11: Hakim
12: Masjid
Silam 4: Retak
13: Rumah Anak Yatim
14: Halau
15: Cerita Umar
16: Keliru
Silam 5: Kerinduan Eusuf
17: Tertidur
18: Hari Sukan
19: Diselamatkan cikgu Fatih
20: Siapa Umar?
21: Janji Zarfan
22: Bayangan Zarfan
Silam 6: Umar si Hero
Silam 7: Terlerai jua
23: Sahabat Lama
24: Nasir dibelasah Zarfan
25: Hakim dibuang
26: Kolam renang
27: Menyambung Persahabatan
Silam 8: Masalah Umar
28: Misteri Umar
29: Air Mata Zarfan
30: Jemputan Reunion
Silam 9: Kemarahan Haiqal
32: Tangisan
33: Reunion Tiba
34: Teguran Afiq
35: Kejutan Buat Eusuf
36: Zarfan?
37: Pujukan Eusuf
38: Mainan
Silam 10: Gotong-Royong
39: Pertemuan
40: Hari Lahir Afan
41: Dia Umar?
Silam 11: Penculikan
Silam 12: Tragedi
Silam 13: Pengebumian Umar
42: Terbongkar Sebuah Rahsia
43: Diari Ibu
44: Tetamu
45: Khalil
46: Jaga diri, Sahabat
47: Keprihatinan Sahabat
48: Rancangan Eusuf
49: Pertemuan Ayah dan Anak
50: Bukan Dia Pembunuhnya
51: Kisah Yang Dirahsiakan
52: Tuan Jamal
53: Pujukan Johan
54: Pelawaan Eusuf
55: Hakim
56: Haiqal Demam
57: Maafkan Aku
58: Maafkan Abang
59: Mimpi
60: Qaseh datang
61: Restu Eusuf
62: Tersedak
63: Merajuk
64: Permainan Si Adik
65: Usikan Zarfan
66: Rindu
67: Persiapan
68: Pernikahan
69: Kecoh
70: Penamat
Penghargaan

1: Batch Lagenda

2K 111 3
By saif_almasyriq

Bunyi loceng bergema di segenap inci sekolah. Menandakan tamatnya tempoh pembelajaran pada hari ini. Berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas masing-masing dengan pelbagai gaya.

Ada yang berlari.

Ada yang berjalan santai.

Ada yang sibuk berbual.

Yang pasti, kebanyakan mereka menuju arah yang sama. Pintu pagar sekolah.

Dalam kekalutan pelajar-pelajar yang ingin pulang cepat, hanya seorang yang tidak ambil peduli. Dia setia duduk di dalam kelasnya tanpa berganjak ke mana-mana. Ekspresi wajahnya kosong, tidak teruja untuk pulang sebagaimana pelajar-pelajar lain.

Pelajar itu menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil mengeluh berat. Itulah rutin hariannya pada hari persekolahan. Ketika pelajar lain bersesak-sesak menuju ke pintu pagar, dia lebih senang menanti di dalam kelas sementara keadaan menjadi lengang.

Rumah baginya adalah dunia yang sepi.

Bukan ibubapanya sibuk bekerja. Mereka ada sahaja di rumah memandangkan ayahnya seorang pesara tentera manakala ibunya suri rumah. Namun, walaupun semua ahli rumah ada, rumah itu tetap sunyi.

Hanya dua orang tuanya yang berbuak sesama sendiri.

Bukan mereka tidak pernah berbual dengannya tetapi dia lebih selesa mendiamkan diri dan tidak mempedulikan orang tuanya. Lagipun, dia hanyalah anak angkat. Maka, dia tak terasa kewajipan dia untuk menjaga hati orang tuanya.

Dari dia terperangkap dalam kesepian di rumah, lebih baik dia melayan perasaan seorang diri di sekolah.

Jam dinding yang berwarna coklat gelap dikerling dengan ekor mata. Baru sepuluh minit berlalu. Dia mengeluh kebosanan. Terasa masa begitu lambat berjalan. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg sekolah. Aplikasi WhatsApp dibuka. Terdapat mesej dari ayah angkatnya yang mengatakan bahawa lelaki itu dan isterinya tiada di rumah kerana melawat kawan yang sakit.

Dia melirik mesej itu tanpa perasaan. Jika dua orang tua itu tiada di rumah, semakin sunyilah rumah dibuatnya. Dia menutup WhatsApp tanpa menjawab mesej itu. Baginya, buat apa dipanjangkan perbualan andai sekadar untuk menaip perkataan 'ok'.

Buang masa.

Lalu, dia membuka game Temple Run untuk mengisi masanya sementara menunggu pukul empat, waktu lazimnya pulang dari sekolah.

* * * * * * *

Cikgu Fatih mengurut leher yang lenguh. Matanya menatap jam dinding yang setia berdetik tanpa rasa jemu. Istighfar dilafaz perlahan.

Sudah pukul tiga rupanya. Duduk bersendirian di dalam bilik disiplin memang membuatkan dia tidak sedar masa yang berlalu.

Cikgu Fatih segera mengemas barang-barang yang berteraburan di atas meja. Komputer ribanya ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg. Usai memastikan tiada apa yang tertinggal, dia mengatur langkah menuju ke keretanya yang diparkir di belakang blok pentadbiran. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek, memeriksa kandungan mesej dari aplikasi WhatsApp yang memenuhi ruangan chat.

"Aduh!"

Cikgu Fatih mengangkat mukanya dari terus memandang telefon. Matanya melekap pada Zarfan yang sedang mengusap dahinya yang kemerahan akibat berlaga dengan dinding.

Cikgu Fatih sedikit tergamam. Bukan kerana merahnya dahi Zarfan namun aura pelajar itu. Aura yang dibawakan pelajar itu mengingatkannya kepada seseorang.

Tetapi siapa?

"Cikgu butakah? Jalan pandang hadapan, bukan pandang telefon! Bukan cikgu seorang yang ada telefon di dunia ini! Jadi, jangan berlagak sangat!" bidas Zarfan. Lancang sahaja mulutnya memarahi cikgu itu. Lansung tak peduli soal hormat.

Cikgu Fatih tidak bersuara apa-apa. Matanya kekal terpaku pada wajah Zarfan. Di matanya, ada bayangan orang lain yang bertindihan dengan wajah Zarfan. Namun bayangan yang tidak jelas itu membuatkan dia tertanya-tanya. Dahinya berkerut dalam usahanya menyelongkar kotak ingatannya.

Berusaha mencari siapa insan yang mirip dengan Zarfan.

"Aik, sudah buta sekarang pekak dan bisu pula?" perli Zarfan apabila Cikgu Fatih tidak bersuara. Nadanya yang agak tinggi memanggil Cikgu Fatih menjejak alam nyata semula.

"Err, maafkan cikgu. Cikgu tak sengaja langgar kamu tadi sehingga kamu terhantuk pada dinding. Maafkan cikgu. Maaf," ujar Cikgu Fatih dengan rendah diri.

Lansung tiada riak marah walaupun Zarfan kurang ajar terhadapnya. Sempat dia menjeling ke arah tanda nama yang tersemat kemas di dada pemuda itu.

Aqil Zarfan.

Sedap juga nama pemuda itu walaupun tak sepadan dengan akhlaknya yang kasar.

"Ada pun mulut. Ingat cikgu nak simpan suara itu sampai esok. Sudahlah, malas aku nak menghadap cikgu lama-lama," marah Zarfan lagi. Sempat dia melanggar bahu Cikgu Fatih dengan kasar sebelum berlalu pergi.

Cikgu Fatih hanya mampu menggeleng. Istighfar dilafaz perlahan. Mujur dia sudah terbiasa melayan kerenah budak-budak bermasalah seperti Zarfan. Tindakan Zarfan tadi tidaklah seteruk apa yang dialaminya lapan tahun lalu. Kerana itu dia masih boleh bersabar.

Cikgu Fatih memandang kelibat Zarfan yang semakin jauh sebelum menghilang di balik pagar sekolah. Entah kenapa dia tertarik untuk mengenali pelajar yang berakhlak kasar itu. Aura Zarfan mendatangkan misteri yang membuatkan dia teruja untuk membongkarkan misteri itu.

Tiba-tiba telefonnya melagukan nasyid garis takdir menandakan ada panggilan masuk. Dilihat skrin telefon, nombor luar negara. Tanpa teragak-agak, Cikgu Fatih menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum sensei!"

Kedengaran suara ceria itu menyapa gegendang telinganya. Terus senyuman cikgu Fatih berbunga. Hanya Batch Lagenda yang memanggilnya sebagai sensei disebabkan rupanya seperti rakyat Jepun.

Ah, terasa rindu pula kepada bekas pelajar-pelajarnya itu.

"Walaikumussalam. Ini siapa?" soal Cikgu Fatih dalam nada tertanya.

Sengaja.

"Huhuhu... sampai hati sensei melupakan suara saya. Tak patut. Memang tak patut. Orang sekacak saya sepatutnya sentiasa diingati semua orang," balas suara di hujung sana separa merengek.

Cikgu Fatih menjulingkan matanya. Tak berubah perangai bekas pelajarnya ini. Kuat perasan.

"Siapakah kamu wahai pelajar tua sehingga sensei perlu ingat kepada kamu?"

"Hahaha... Tak sangka sensei mengaku yang sensei sudah tua. Patutlah sensei lupakan saya. Baiklah, saya faham," balas Eusuf sambil ketawa.

"Eh, bila sensei kata sensei tua?" nafi Cikgu Fatih.

"Sudah sensei kata saya pelajar tua tadi. Samalah maksud yang sensei kata yang sensei sudah tua. Umur kita berbeza dua puluh tujuh tahun ya sensei. Kalau saya yang berumur dua puluh tiga tahun ini sensei kata tua, maknanya sensei sedar yang sensei sudah separuh abad." Semakin galak pemuda itu ketawa.

Cikgu Fatih menguntumkan senyuman sambil menggeleng. Pandai pemuda itu memutarbelitkan kata-katanya. "Memang sensei sudah tua pun. Bak kata orang, rumah kata pergi, kubur kata mari," rajuknya.

Eusuf mematikan tawanya. "Eh, apa kata macam itu, sensei. Sensei sudah saya anggap seperti ayah saya sendiri. Kerana senseilah, Batch Lagenda wujud. Kalau sensei pergi... macam mana dengan kami? Cukuplah Umar seorang yang pergi..." Suaranya berubah serak. Ada sendu yang bergayut di penghujung ayatnya.

Mata Cikgu Fatih turut terasa panas. Hatinya sebak mendengar kata-kata Eusuf.

Umar...

Sudah lama dia tak mendengar nama itu disebut. Ingatan mengenai pemuda itu juga telah dia kuncikan jauh ke dalam hati.

Kerana pemuda itulah, Batch Lagenda berpecah.

Tiada sesiapa di antara mereka yang menduga bahawa Umar akan meninggalkan mereka secepat itu. Sungguh, Umar tak ubah seperti angin.

Hadir secara tiba-tiba dan perginya juga tiba-tiba tanpa diduga.

Sakitnya mengenangkan yang pemuda itu tidak lagi bersama mereka. Allah nyata lebih menyayanginya.

"Sensei..." panggil Eusuf selepas perbualan mereka lama diselubungi sepi.

"Ya..."

"Maaf kerana mengingatkan sensei kepada arwah Umar. Sensei jangan sedih-sedih ya. Saya jauh dari sensei untuk pujuk sensei," ujar Eusuf, cuba untuk berjenaka.

"Tak mengapa. Kamu pun jangan sedih-sedih. Sensei jauh dari kamu sekarang ini. Jadi, sila pujuk diri sendirilah ya," balas cikgu Fatih sambil ketawa perlahan.

Kedengaran tawanya disambut oleh Eusuf. Tetapi mereka sama-sama tahu bahawa ketawa itu tak dapat menutup kesedihan mereka sepenuhnya.

Lalu, ketawa hambar itu mati sendiri.

Suasana kembali sepi.

"Sensei...sebenarnya saya ingin beritahu satu perkara penting dan saya harap, sensei dapat menyokong keputusan saya ini," beritahu Eusuf.

"Sensei sentiasa menyokong kamu, Eusuf. Kamu dan Batch Lagenda sudah sensei anggap seperti anak sensei sendiri."

Kedengaran Eusuf menarik nafas panjang. Barangkali cuba menenangkan hatinya gelisah. "Saya akan pulang ke Malaysia minggu depan." Eusuf jeda seketika.

"Saya nak satukan Batch Lagenda semula. Kalau Umar masih hidup, pasti dia sedih melihat keadaan kami sekarang. Tak bergaduh tetapi masing-masing membawa diri. Cukup-cukuplah kami mengasingkan diri dalam tujuh tahun ini. Tiba masanya kami bersatu kembali seperti semasa arwah Umar masih ada," jelas Eusuf.

Diam.

Sungguh Cikgu Fatih terkejut mendengar rancangan bekas pelajarnya itu. Kali ini, air matanya benar-benar gugur. Doanya dijawab oleh Allah SWT...

Akhirnya dia akan melihat Batch Lagenda bersatu semula sebelum dia menutup mata.

Allahu akhbar...

Allah Maha Besar....

Continue Reading

You'll Also Like

980 15 1
Cuma cerita pendek dari seseorang :) Heal Love a.k.a 'يا جميلات العيون' '𝚆𝚊𝚑𝚊𝚒 𝙼𝚊𝚝𝚊 𝙲𝚊𝚗𝚝𝚒𝚔' • 𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪 𝓭𝓪𝓻�...
11.5K 385 14
Afina Alliesyah seorang gadis yang kehilangan kasih sayang dari keluarganya. Dan masalah dia dan kawannya amira membuat keadaan isya lagi teruk. Seh...
659K 24.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
1.5K 289 26
𝙱𝚕𝚞𝚎 𝚙𝚎𝚛𝚜𝚘𝚗 𝚒𝚜 "𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚠𝚑𝚘 𝚌𝚊𝚖𝚎 𝚒𝚗𝚝𝚘 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚒𝚏𝚎 𝚠𝚑𝚎𝚗 𝚢𝚘𝚞 𝚗𝚎𝚎𝚍𝚎𝚍 𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚝𝚑𝚎 𝚖𝚘𝚜𝚝" Ha...