Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.4M 65.2K 11.1K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 2
Raya 3

Raya 1

7.9K 399 49
By farahnotfara

Hi, assalamualaikum semua. Apa khabar? Btw, selamat hari raya semua <3 maaf zahir dan batin. Acik tak saya wish sekarang 🤣

Saya update chapter raya ni, tak tahu lah okey ke tidak. Kalau tak best, saya minta maaf tau. Ni saya buat suka suka je.

Anyway, saya dah lupa dah umur anak anak Japran dan Adara tu jadi kalau macam ada misleading information tu, saya minta maaf awal awal eh HAHAHA

Dekat sini, saya buat Eiman berumur 7 tahun which is dia akan bersekolah. Si budak Ellyna tu pula umur 5 tahun. Masuk tadika. Si Irfan Adhwa tu 4 tahun kot. Pastu yg scene Adara surprise kan si Japran tu yang dia bagi pregnancy test tu anggaplah tak jadi. Mungkin gugur? HAHAHA aku malaslah nyah nak menambah character! Saya guna mana yg ada je.

Happy reading!

******

kalau tak baca atas tu lagi, tolong baca kang dok tanya mana baby baru mana itu mana ini. eh bukan eiman umur ni, ellyna umur ni ke. aku malas eh kalau dah komen komen macam tu. dah cukup baik saya tak unpub lagi PK ni ha.

PUKUL empat setengah pagi, Adara mula menggerakkan tubuhnya. Di bahagian perut, terasa memberat. Pasti lengan Zafran. Tanpa membuka mata lagi, Adara mengalihkan tangan Zafran ketepi lalu perlahan-perlahan membangunkan tubuhnya.

Matanya mula mencelik untuk mencari keberadaan telefonnya.

"Malasnya nak masak." Adara berkata perlahan. Tangan naik menggaru tepi kepala.

Badannya dipusing untuk melihat Zafran.

Zafran masih tidur nyenyak dan langsung tidak bergerak. Menunjukkan yang dia langsung tidak terkesan dari pergerakan Adara tadi. Sekali pakej dengkuran halus menunjukkan Zafran betul-betul lena dalam tidurnya.

Adara senyum perlahan.

'Penat sangat buat apa entah.' Getus hati Adara sambil tangannya naik mengelus perlahan rambut Zafran.

Setelah itu, Adara bangun lalu berjalan ke tandas untuk menggosok gigi dan membasuh muka.

Hari ini genap 4 ramadan, juga tahun ke berapa entah Adara dan Zafran sambut bulan ramadan sebagai pasangan suami isteri dalam erti kata sebenar.

Di dapur, tangan Adara lincah mengacau nasi goreng buatannya di kuali itu. Kalau ikutkan, Adara dan Zafran bukan yang jenis makan berat waktu sahur, tetapi ini kerana permintaan Eiman. Eiman ingin berpuasa dan meminta Adara untuk masak goreng kegemarannya. Kebiasaannya Zafran dan Adara hanya akan menjamah beberapa biji buah kurma dan secawan susu.

"Honey." Zafran memeluk pinggang Adara dari belakang lalu melabuhkan ciuman di ubun-ubun kepala Adara.

"Dah kejut boy?" Adara tanya. Tangannya menutup api.

"Dah. Dia tak nak bangun. Dia nak honey." Zafran berkata perlahan. Tangan Zafran mengusap perut kempis Adara perlahan.

"Ish jangan lah. Geli." Adara menolak perlahan tangan Zafran sambil tergelak perlahan.

"Dah sana. Nak kaut nasi ni." Adara berkata.

"Biar hubby buat. Honey pergi kejut boy." Zafran membalas.

Tanpa berkata lebih, Adara pun berlalu ke arah bilik Eiman.

"Boy..." Adara mengelus rambut Eiman lalu mencium dahi Eiman berkali-kali. Eiman ni dah darjah 1 tapi Adara masih manjakan dia seolah Eiman masih 4 tahun.

"Mama..." Eiman merengek perlahan.

"Jom sahur. Boy nak puasa kan? Mama dah masak nasi goreng dengan telur goyang." Adara berkata.

Eiman masih menggerakkan badannya ke kiri dan ke kanan tanpa membuka mata. Mulut Eiman muncung tanpa sedar.

"Hari ini kan first day masuk school. Boy excited tak?" Adara mula menggeletek perlahan ketiak Eiman membuatkan Eiman tergelak perlahan. 

Kepala Eiman angguk perlahan sambil mata dibuka perlahan.

"Mama..." panggil Eiman.

"Ya sayang?"

"Boy takut..."

"Takut kenapa?" Kepala Eiman dielus perlahan.

"Boy takut nak school. Kalau boy kena buli macam mana? Kalau teacher garang macam mana? Kalau boy tak ada kawan macam mana?" Soalan diajukan oleh Eiman bertubi-tubi kepada Adara.

Pandangan mata Adara terkebil-kebil. 'Mana budak ni belajar jadi overthinking ni?' bisik Adara dalam hatinya.

"Itu normal, sayang. Ramai budak-budak lain yang rasa sama macam boy rasa pada permulaan sekolah. Tapi percayalah cakap mama, boy akan okey aje. Boy akan berjaya!"

"Betul ke mama?" tanya Eiman.

"Betul! Boy kena percaya pada diri sendiri. Kalau ada orang buli boy, boy beritahu mama baba ya? Jangan pendam okey?"

Eiman terus bangun perlahan-lahan dengan mata terpisat-pisat. Tubuh Adara terus dipeluk longgar.

"Kalau mama teman boy dekat sekolah tak boleh ke?"

"Mama boleh teman sampai luar sekolah aje." Tanpa Adara sedar, mata Eiman sudah mula berair.

"Nak mama..."

SELESAI sahur, Zafran masih duduk di meja makan dan sempat mendengar bacaan niat puasa dari Eiman yang masih disebut pelat itu. Adara pula sudah bangun untuk membasuh pinggan. 

"Tak apa honey. Tinggal aje dekat dalam sinki nanti hubby basuhkan. Honey kan dah masak tadi," kata Zafran.

Bibir Adara mula mengulum senyum. Tahu-tahu aje dia kita malas nak basuh pinggan.

"Dah boy pergi masuk bilik. Nanti kalau dah azan baba panggil." 

Mata Zafran bergerak menghantar pemergian Eiman yang sudah berlalu naik ke biliknya. 

Malam tadi, Ellyna dan Irfan Adhwa langsung tidak meragam. Walaupun Ellyna itu sudah berumur 5 tahun, tetapi kadang-kala, dia masih meragam waktu malam. Semua atas sebab lapar atau dahaga. Sementara Irfan Adhwa, kadang-kala akan meragam kerana terlalu sejuk atau ingin minum susu.

"Honey okey?" tegur Zafran kerana dari tadi dia perhatikan Adara yang duduk termenung di hadapannya. 

Adara menghela nafas.

"Hubby, tadi boy mengadu dia takut nak pergi sekolah." Adara mula bercerita.

"Takut kenapa?" tanya Zafran.

"Katanya dia takut kena buli, takut kalau cikgu garang. Takut kalau tak ada sesiapa nak berkawan dengan dia." Mulut Adara memuncung sepanjang dia berkata.

Zafran diam. Bagaimana Eiman boleh fikir sejauh itu?

"Honey sedih..." Adara berkata dan terus menekup wajahnya dengan dua tapak tangannya. Lalu tangisan Adara pecah. Adara sendiri tidak pasti mengapa dia menangis. Yang pasti, dia tidak boleh melihat anak-anaknya dalam kesusahan. 

"Hei hei hei..." Zafran terkejut lalu dia terus bangun dan terus menarik perlahan kepala Adara untuk disandarkan di dadanya. Kepala Adara dielus perlahan.

"Kenapa menangis?" Zafran menyoal dengan suara lembut.

"Honey pun tak tahu. Honey tak boleh tengok boy. Dia masih kecil tapi dah fikir jauh macam tu." Adara berkata sambil tesedu-sedan. Tangan sudah bertukar memeluk pinggang Zafran.

"Honey tak tahu mana boy belajar fikir macam tu. Macam mana dia boleh berfikir sejauh tu?" Adara berkata lagi.

"Ya ya dah tak apa. Mungkin ada lah tu drama mana-mana yang dia tengok dengan paksu dia." Zafran memujuk.

"Ish betul jugak! Entah apalah si budak Aidid tu bagi boy tengok!" Adara mula marah. Tangisan tersedu-sedannya tadi automatik hilang. Bertukar dengan bentakan marah seorang ibu. 

Memang baru-baru ini Aidid ada datang tidur di rumah mereka. Aidid dan Eiman memang rapat sampaikan Eiman yang selalu beria mahu berkepit dengan Aidid. Sehingga tidur pun mahu sama-sama. Aidid pula memang sukakan budak-budak jadi dia tersangatlah okey mahu melayani gelagat Eiman.

"Tak sedih dah?" tanya Zafran sambil tersengih. Comel betul dia lihat reaksi Adara sebentar tadi. Sibuk menangis tiba-tiba marah. Hidung pun merah dan air mata masih tersisa di wajahnya.

"Sedih sikit je."

"Dahlah tak perlu sedih-sedih. Kita kena percayakan anak kita. Honey ibu dia. Honey kena doa yang baik-baik. Doa ibu kan mujarab. Jangan fikir bukan-bukan okey?"

Adara angguk. Betul juga apa yang diperkatakan oleh suaminya itu. Apabila kita kerap berfikir buruk, lama-kelamaan apa yang kita fikir itu akan betul-betul berlaku. Jadi kita mestilah selalu berfikir yang baik-baik sahaja supaya yang datang pada kita itu adalah perkara yang baik-baik sahaja.

"Dah mengaji ni. Nak minum air sikit before azan?" Zafran bertanya.

"Bolehlah sikit. Haus pula bila dah menangis ni."

Zafran terus berjalan ke arah mesin air dan menadah air putih buat Adara.

DI DALAM bilik Eiman, Adara membantu Eiman mengemaskan baju sekolah di tubuh anaknya itu. Rambut juga Adara yang sikatkan.

"Comelnya anak mama ni!" Adara berkata dengan teruja. Matanya memandang Eiman yang sudah siap dengan sepersalinan sekolahnya. Stoking juga sudah siap dipakai. 

Sedikit bedak baby pun Adara sempat sapukan di wajah EIman. Tidak boleh banyak-banyak nanti Zafran bising. Muka anak memang dah putih melepak, sapu bedak takut ada rupa hantu cina pula Zafran kata.

"Boy dah ready nak sekolah?" Adara bertanya sambil melutut di hadapan Eiman.

Eiman anggukkan kepala dengan penuh keyakinan.

"Dah ready nak jumpa kawan-kawan baru?"

Eiman angguk kepala lagi.

"Dah ready nak belajar dengan cikgu yang baik-baik?" 

Eiman angguk kepala lagi.

"Dah ready nak berbuka puasa?"

Eiman angguk kepala lantas mukanya berkerut. Mula berfikir pertanyaan Adara sebentar tadi.

"Mama... hari ini boy nak puasa penuh." Eiman mula merengek.

"Ya lah ya lah. Mama gurau aje. Good boy lah dia ni! Meh nak kiss sikit."

Adara hanya melayan sahaja kerenah Eiman yang mahu berpuasa penuh itu. Padahal dia yakin Eiman belum lagi mampu. Tambahan pula sekarang sedang cuaca panas. Sekolah lagi. Jika Eiman berkata mahu berbuka puasa, Adara okey aje. Tetapi sebagai seorang ibu, Adara sokong saja apa jua yang anak-anaknya mahu lakukan.

TIBA di sekolah, Zafran dan Adara keluar dari kereta bersama Eiman. Hari ini Zafran memang sengaja mahu ambil cuti kerana mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah. Selain Eiman, Ellyna juga akan masuk sekolah. Tetapi sekolah yang sama seperti sebelum ini iaitu 4C. Memandangkan sudah setahun Ellyna tidak ke 4C, jadi Zafran dan Adara buat keputusan mahu hantar dan saksikan sekali lagi. 

Hal ini kerana, sejak Ellyna sudah menginjak usia 4 tahun, Adara sendiri yang buat keputusan mahu Ellyna duduk di rumah dan akan dijaga oleh Adara. Ini kerana Adara mahu meluangkan lebih masa sebelum Ellyna betul-betul akan masuk ke alam persekolahan. 

"Jom boy." Adara memimpin tangan kiri Eiman manakala Zafran memimpin tangan kanan Eiman. Di dukungan Zafran, terdapat Irfan Adhwa yang leka memandang orang sekeliling di perkarangan sekolah itu.

"Tengah nak perhimpunan lah hubby," kata Adara.

"Mesti sekejap je ni perhimpunannya. Kan puasa," balas Zafran. Sekarang mereka mula berhenti di kaki lima bangunan sekolah. 

Eiman pandang sekelilingnya. Ada yang menangis, ada yang berlari. Air liur diteguk. Takutnya mama...

Adara mula berada genggaman tangan Eiman pada jarinya mula sedikit kuat. 

"Boy okey?" Adara terus bertanya.

"Nanti mama dengan baba datang ambil boy kan?"

"Boy, boy ingat tak apa baba pesan tadi?" Zafran tanya sambil melutut di hadapan Eiman. Irfan Adhwa sempat Zafran hulur pada Adara. Irfan Adhwa waktu ini sungguh malas mahu berjalan.

Perlahan Eiman anggukkan kepala.

"Everything's gonna be okay, alright?" Zafran berkata lembut.

Eiman angguk kepala.

"Mama baba ada dengan boy kan?"

Eiman angguk kepala lagi. Tidak cukup angguk kepala di bilik tadi, angguk kepala di sekolah pula.

"Kalau apa-apa jadi boy beritahu mama baba okey?" Adara sempat titipkan pesan.

Selesai semua urusan, Adara dan Zafran mula mahu beredar pergi. Adara sempat lihat Eiman menahan tangis. Adara yang terasa mahu menangis juga itu terus ditarik perlahan oleh Zafran.

"Tak ada apa akan jadi dekat anak kita lah honey. Biasalah tu first day sekolah. Honey pun mesti pernah menangis kan waktu dulu? Okey aje kan sekarang?" Zafran mula memujuk Adara setelah mereka masuk ke dalam kereta. Adara masih memerhati bangunan sekolah itu.

Matanya sudah bergenang dengan air mata.

"Tapi honey sedihlah!"

"Alololo lembutnya hati mama ni..." Sekali lagi Zafran perlu memujuk Adara. 

"Honey terharu tengok boy dah besar. Dah pergi sekolah. Lepas ni ambil SPM pula. Lepas tu sambung belajar." Adara masih menangis.

"Honey nampak mata boy berair tadi. Kesiannya dia..."

Ini adalah satu sifat yang Zafran memang kenal dari diri Adara. Adara memang seorang yang mempunyai hati yang lembut. Apa jua perkara yang menyentuh hati memang boleh buat Adara menangis. Sedangkan waktu awal perkahwinan mereka perangai Adara boleh tahan brutal. Mulut pun ada saja mahu menjawab.

Sehingga abang iparnya sendiri beritahu apabila Adara sudah selesa dengan seseorang, memang perangai kuat menangis ini akan keluar dari diri Adara. Adara juga akan berubah menjadi seorang yang manja. Dan itu adalah satu perkara yang amat disukai oleh Zafran!

Sedang Zafran leka memujuk Adara dan Adara masih leka melayani perasaan sedihnya, ada seorang budak kecil yang tiba-tiba menjerit nyaring.

"Mama!!!" Jeritan nyaring milik Irfan Adhwa telah menyentakkan sesi manja antara mama babanya itu.

Mereka berdua menoleh kebelakang untuk melihat Irfan Adhwa yang sudah sedia duduk di baby carseat itu.

"Dik yaparr.." Irfan Adhwa berkata dengan pelat sambil menepuk berkali-kali perutnya.

"Nak cik yeng..."

Serentak Zafran dan Adara tergelak. Itulah sibuk nak bermanja sampai lupa ada anak yang setia menjadi penonton dari tadi.

"LAPARNYA honey..." Zafran berkata sambil kepalanya baring atas peha Adara yang sedang melipat baju itu.

Sebentar tadi, mereka baru pulang dari menjemput Eiman dari sekolahnya. Adara dan Zafran sangat lega kerana Eiman kelihatan baik-baik saja. Masuk ke dalam kereta, macam-macam cerita yang telah diceritakan oleh Eiman. Selesai bercerita, Eiman terus minta untuk berbuka puasa kerana dia sangat dahaga katanya. Tanpa banyak bicara, Adara terus menghulurkan sebotol air putih yg memang dia sudah sedia bawa dari rumah.

"Teruk betul perangai hubby ni." Adara geleng kepala perlahan. Sekarang ni dia masih bersabar lagi dikala Zafran meletakkan kepala di pehanya ketika dia sedang melipat baju.

"Boleh berbuka tak honey. Hubby rasa macam perut ni dah tak sanggup menahan kelaparan ini." Zafran berkata dengan muka yang berkerut sungguh.

"Eh dia ni. Tadi kata nak tolong lipat sekali. Tahu-tahu baring atas peha honey. Kang bukan baju ni honey lipat. Hubby tu kang honey lipat." Suara Adara sudah naik.

"Hehe. Hehe. Honey ni sejak anak tiga ni makin garang eh. Aummm." Zafran menyengih sambil cepat-cepat bangun dan menolong Adara lipat baju. Selain berubah menjadi manja, Adara juga sudah menjadi makin garang.

"Cakap pasal anak tiga ni, anak-anak buat apa?" Adara bertanya.

"Tidur honey. Kita je berjaga sekarang ni."

"Berjaga apa nya? Tengah hari ni hubby." Adara tergelak.

"Gelak gelak. Gigit kang."

"Puasa ni hubby."

"Ha lupa honey nak beritahu. Umi ajak berbuka puasa sekali harini." Adara berkata.

"Alright. Nak gerak pukul berapa?" Zafran tanya.

"Dalam pukul tiga petang okey?"

"Boleh my sweet honey."

"Sekali tidur lah hubby. Alang-alang terawih sekali."

"Anything for you baby."

*****

Selesai untuk harini. Korang komen & vote eh! Komen cecah 60 baru up next chapter. Kalau tak, ha kita bawa sampai raya tahun depan! :p

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 53.3K 50
Puteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seo...
197K 8.5K 79
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
205K 20.8K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...
213K 9.6K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...