Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.8K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 58- happy

22.3K 742 94
By farahnotfara

Hi, assalamualaikum semua! Saya dah update happy ending version, yeay. Tapi korang kena bayangkan ni part after chapter 57 tau! Bayangkan yang kematian memang takde tau. Adara pun takde mimpi Zafran mati ke apa.

Sad ending tu hanya waktu sendu saya. Dia wujud kerana saya sendu waktu tu. Kalau ikutkan cerita ni memang happy ending HAHAHAHA

Anyway, happy reading! Thank you lurve <3

*********

"Bu, nampak Zafran?" Tanya Adara pada Puan Karina yang sedang mengelap meja makan.

Sejak pagi tadi Zafran tidak munculkan dirinya depan Adara. Nak kata kerja, harini hari sabtu. Nak kata keluar, kereta ada je.

Sekarang sudah masuk waktu zohor, Adara masih tidak nampak kelibat suaminya.

"Ada dekat bilik tetamu tu. Tengah rehat." Puan Karina jawab sambil tangannya menyusun pula kerusi di meja makan supaya lebih nampak kemas. Kerja di dapur rumah Zafran itu memang Puan Karina yang ingin lakukan. Apa salahnya. Bukannya berat mana pun kerjanya.

"Kenapa berehat dekat situ? Kenapa tak masuk bilik je?" Adara menyoal lagi dengan muka berkerut. Zafran tak sudi nak tengok muka aku lagi ke?

"Dia bagitahu ibu dia tak sedap badan. Tu yang dia duduk jauh dari Ad. Risau Ad berjangkit katanya." Puan Karina jawab.

"Zafran nak demam ke?" Adara tanya lagi. Puan Karina anggukkan kepalanya.

Adara diam. Dia risau. Zafran tu boleh ke sorang-sorang? Dulu demam, Adara yang jaga Zafran.

"Ish kalau demam pun, nak jauh-jauh kenapa? Bukannya apa pun." Adara berkata.

"Awak tu mengandung. Tunggu masa je nak beranak. Tentu-tentu lah Zafran risau. Buatnya berjangkit, dah satu hal." Puan Karina pula berkata. Geram je dengan Adara ni.

Adara menjuihkan bibirnya.

"Habistu Ad tak boleh nak jumpa dia lah ni?" Adara bertanya.

"Tak payah lah. Ibu pun risau juga. Biar ibu yang jaga Zafran. Kamu tak payah lah risau." Puan Karina menjawab.

"Kalau rindu macam mana?" Adara berkata dengan suara dengan sangat perlahan.

"Call lah." Puan Karina jawab.

Adara kerutkan mukanya. Ibunya dengar? Rasanya cukup slow dah tadi suara nya.

Adara berlalu.

Adara pergi ke bilik tetamu. Nak jenguk je. Lepastu dia pergi lah.

Dengan perlahan, dia menguakkan pintu bilik tetamu itu. Nampak kipas di siling bergerak perlahan. Mesti Zafran kesejukan. Sebab tu kipas pun berputar perlahan je. Aircond pun tak buka.

Bukan Zafran suka buka aircond juga ke walaupun demam? Adara angkat bahu. Tak faham Zafran.

Adara masuk ke dalam bilik itu lalu dengan perlahan dan tanpa bunyi dia berjalan ke arah Zafran yang berselubung dengan selimut.

Zafran sedang tidur.

Macam teruk je demamnya? Kesian Zafran.

Lalu Adara pandang benda yang dia pegang dari tadi. Sebenarnya dia masuk ke dalam bilik ini pun ada benda dia nak buat selain menjenguk Zafran.

Dengan perlahan Adara menampalkan koolfever di dahi Zafran. Lalu tangannya menekan lembut dahi Zafran ingin memastikan koolfever itu betul-betul melekat.

"Honey?" Zafran tersedar. Biasalah kalau demam, tidur tak berapa nak lena.

Zafran tanya dengan suara serak lalu terbatuk perlahan. Tekaknya perit. Nak telan air liur pun, tekak nya sakit. Dia tak suka demam.

Adara agak terkejut, tapi dia buat biasa sahaja. Tangannya laju mencapai air yang terletak di meja tepi sebelah katil lalu dihulurkan pada Zafran.

Zafran memegang cawan yang dihulurkan padanya, tetapi pegangan Adara pada cawan itu tidak dilepaskan. Dia setia memegang cawan itu semasa Zafran sedang meneguk air.

"Macam mana boleh demam? Semalam okey je." Adara soal setelah dia meletakkan cawan di meja itu.

"Entah. Pagi tadi tiba-tiba tekak perit. Lepastu badan rasa tak sedap." Zafran jawab.

"Dah makan ubat?"

Zafran angguk.

"Dah, honey keluar. Takut berjangkit." Zafran berkata sambil jarinya memicit kepalanya. Kepala pun rasa berat sangat.

"Tch. Saya nak jaga awak." Adara mencebik. Takda maknanya berjangkit lah. Aku dah minum susu banyak-banyak dah. Segala vitamin yang doktor bagi pun aku tak pernah skip.

Adara cuba untuk memicit kepala Zafran, tetapi Zafran menjauhkan dirinya dari Adara.

"Honey, please..." Zafran pandang anak mata Adara. Meminta untuk Adara memahaminya. Zafran bukan apa, dia cuma risau. Dia tidak mahu Adara berjangkit. Adara tu dah lah tunggu masa je nak beranak.

Adara mencebikkan bibirnya. Kita ni nak menjaga dia. Dia reject kita? Sampai hati!

"Zaf bukan apa, Zaf risau. Zaf janji lepas je Zaf sihat, Zaf teman honey." Zafran berkata lagi.

"Hm ya lah. Awak jaga diri tau. Apa-apa call je saya." Adara mengalah. Biarlah. Adara kena faham yang Zafran risau akan dirinya. Lagipun ada ibu untuk jaga Zafran.

Zafran pun demam biasanya tak lama sangat. Haritu demam pun sekejap je dah kebah.

"Bye Zafran." Adara melambaikan tangannya ke arah Zafran sambil kakinya melangkah untuk keluar dari bilik itu.

"Bye..." Zafran sama melambaikan tangannya ke arah Zafran dengan senyuman diberikan pada isterinya itu.

"Bye bye..." Adara masih melambaikan tangannya di pintu.

"Bye bye..." Zafran pun masih melambaikan tangannya.

Pintu hampir tertutup, Adara masih dengan bye bye dia.

Pintu sudah tertutup, Adara menghela nafasnya.

"Nak buat apa ni? Bosan lah." Adara berkata.

Nak main dengan Eiman dan Ellyna, mereka tiada. Keluar dengan Zafar dan Amelia. Mereka suka betul dengan Aunty Amelia mereka. Panggil pun bukan aunty. Tapi panggil MyLia. Singkatan bagi Mummy Lia katanya. Dah macam panggil nama sendiri pun ada. Ya lah, nama Amelia. Panggil MyLia. Kan lebih kurang tu.

Suruh panggil MaLia tak nak. Katanya dah macam spesies mamalia. Ikut kau lah Lia.

Adara berjalan menuju ke tangga, nak naik atas. Nak tengok apa boleh buat kat atas.

Nak kacau ibu bapanya, serba salah pula. Ya lah mereka mesti sedang berehat.

Adara menuju ke bilik anaknya dengan Zafran. Baby yang dalam perut ni.

Adara masih teruja dengan bilik itu. Walaupun sudah beberapa kali jenguk, dia masih tidak bosan. Dia tidak sangka, Zafran dalam diam menghias bilik itu. Tak tahu lah macam mana Adara boleh tidak sedar.

Hiasan bilik itu ringkas dan comel sangat! Nampak aesthetic. Dengan dinding berwarna putih, dengan hiasan lain yang berwarna pastel.

Ada katil baby, ada armchair, ada almari yang diletakkan baju-baju baby, ada meja kecil.

Zafran pernah berkata, armchair itu Adara boleh gunakan untuk duduk semasa menyusukan baby nanti.

Adara pergi buka almari baju lalu dia tersengih lebar. Sukanya tengok baju baby banyak-banyak macam ni! Comel-comel pula tu.

Tetapi bajunya takda lah banyak sangat pun sebenarnya. Adara acah je.

Ada stokin comel-comel. Adara tak sabar nak mandikan baby lepas tu pakaikan bedak, minyak telon, lotion baby semua. Nak pakaikan baju comel, stokin comel.

********

"Dewi! Kau lah hidupku! Aku cinta padamu sampai mati... ooo ooo Dewi! Belahlah dadaku! Agar kau tahu... agar kau mengerti..." Danish menyanyi dengan penuh emosi.

Alex menggeleng kepalanya. Sekarang mereka berada di pusat latihan mereka.

Tapi, Danish ni dari tadi termenung, lepastu tiba-tiba menyanyi. Dah macam orang putus cinta dah. Masalahnya Danish mana pernah bercinta. Katanya dia nak bercinta lepas nikah. Bercinta lepas nikah ni lebih indah katanya.

"Dewi!!" Danish tiba-tiba menjerit. Bahu Alex terhinjut.

"Kamu ni, tak habis-habis dengan Dewi." Alex menggeleng kepala.

Nama nurse yang membantu Danish tempoh hari adalah Dewi. Danish makin angau kerana huruf namanya dan nurse itu sama. Huruf D.

Sekarang lagu Dewi dari band Dewa 19 adalah lagu kegemaran Danish. Kalau duduk dengan Danish, memang akan dengarlah lagu itu sepanjang masa.

Macam mana Danish dapatkan nama nurse itu, Alex pun tidak tahu kerana Danish tidak ingin memberitahunya. Danish ni bukan betul. Boleh jadi dia paksa nurse itu untuk memberitahu namanya. Lagi sekali, Alex gelengkan kepalanya.

Alex pandang Danish yang tiba-tiba menekup mukanya di atas meja itu. Alex hela nafasnya. Geleng kepala lagi.

"Dewi kata dia benci lelaki." Danish tiba-tiba berkata dengan muka yang dah macam tertelan biji durian.

"Mungkin dia ada mengalami kejadian yang buruk dengan lelaki. So dia trauma." Alex jawab.

Danish sambung termenung. Danish nak Dewi.

********

"Zafran?" Adara mengejutkan Zafran yang sedang lena itu. Dia datang nak bagi bubur dekat Zafran.

Harini dah hari ahad, Zafran masih tidak sihat. Adara risau. Dah dua hari Zafran demam.

"Honey?" Zafran soal terkejut. Mana taknya, Adara pakai mask. Ingatkan nurse mana yang tiba-tiba jaga dia. Risau.

"Jom makan? Ibu ada masakkan bubur." Adara berkata lalu dia melabuhkan duduk di tepi katil. Penat berdiri lama-lama.

"Mana honey dapat mask ni?" Zafran tergelak. Comel je pakai medical mask tu. Effort betul dia semata nak jaga suami tak sihat.

"Ad suruh Lia belikan semalam. Dah awak susah betul nak bagi saya jaga awak." Adara jawab sambil tangannya mengacau bubur itu. Nak bagi sejuk sikit.

"Honey tahukan Zaf risau?"

"Ya, tahu sebab tu Ad pakai mask ni. Nak suruh Zaf pakai, Zaf nak kena makan. Jadi, biar Ad yang pakai mask." Adara berkata sambil tersengih.

"Baca doa, Zaf." Zafran mula membaca doa makan.

"Nah." Adara menyuap bubur itu.

Selesai makan bubur, Adara hulur ubat buat Zafran.

"Kalau malam ni awak tak sihat juga lagi, kita pergi klinik tau?" Adara berkata.

"Okey." Zafran angguk. Dia pun rasanya tak boleh tahan dah. Penat sangat. Dengan kepalanya sakit. Badan pula tak larat.

"Dah, sambung rehat." Adara membetulkan selimut Zafran.

"Saya keluar dulu."

"Honey." Zafran panggil.

"Ya?"

"Terima kasih."

Adara senyum.

"Sama-sama. Nurse keluar dulu ya? Apa-apa tekan button tepi katil tu." Adara gurau.

Zafran tergelak. Comel nya isteri aku ni. Zafran menekup mukanya dengan bantal.

********

Adara termenung dalam biliknya. Dia baru sahaja lepas menunaikan solat sunat taubat. Sudah menjadi kebiasaannya untuk menunaikan solat sunat taubat sebelum tidur.

Malam ni dia masih akan tidur berseorangan. Ini kerana, Zafran masih tidak sihat. Suhu badan Zafran sudah berkurang. Zafran juga kata kepalanya sudah ringan cuma batuk dan selesema masih ada.

Sejujurnya, Adara rindu. Adara rindu nak dengar Zafran bacakan dia surah. Dia rindu nak rasa belaian Zafran di perutnya. Dia rindu nak dengar kata-kata cinta yang Zafran akan bisikkan di telinganya setiap malam.

Adara terus menekup wajahnya. Air matanya jatuh. Dia rindu. Zafran dekat tapi jauh. Dia nak tidur sebelah Zafran, tapi Zafran tidak benarkan.

Adara faham akan kerisauan Zafran, dia cuma rindu.

"Rindunya..." Adara berkata dengan esak tangisannya.

Seketika, telefonnya berdering.

Zafran telefon. Tangisan Adara makin kuat. Zafran ni macam tahu-tahu je kita tengah rindu dia.

Laju tangannya mencapai telefon itu lalu dia menjawab panggilan itu.

"Honey?"

"Zaf..." Adara menangis.

"Hey, kenapa ni?" Zafran mula risau.

"Rindu..." Adara terus menangis.

"Honey..." Zafran mengetap bibirnya. Dia benci dengar suara tangisan Adara. Adara menangis lagi. Kerananya lagi.

"Zaf minta maaf." Adara geleng kepala. Bukan salah Zafran pun. Dia je yang mengada.

"Saya nak tidur. Bacakan saya surah boleh?"

Zafran tanpa banyak kata, terus bacakan surau buat Adara. Suaranya merdu membacakan surah melalui panggilan telefon.

Adara tersengih. Dah macam tengah on call dengan pakwe pula.

Adara mula berfikir. Dia sudah buat keputusan. Dia tidak mahu meneruskan perpisahan ini. Dia sedar dia masih perlukan Zafran.

Dia tidak kisah apa tanggapan orang nanti. Biarlah. Zafran suaminya, dan dia telah buat keputusan untuk teruskan hidupnya dengan Zafran. Dia sayang dan cintakan Zafran.

Lagipun dia sedar, semua ini bukan seratus peratus salah Zafran. Ada salahnya juga. Zafran cuma tersepit, sama macam dia. Apa yang dikatakan Zafran pada waktu dulu, memang sakit. Tapi sakit itu tidak dapat dibandingkan dengan sakit jika dia betul-betul berpisah dengan Zafran nanti.

Selesai Zafran membacakan surah, Adara masih tidak lelapkan matanya.

"Zaf?" Adara panggil.

"Yes, honey."

"Awak tak mengantuk lagi ke?" Adara tanya sambil jarinya menggentel hujung bantal yang selalu digunakan Zafran.

"Belum lagi."

Seketika itu, mereka diam. Diam melayani perasaan masing-masing.

"Honey..." Zafran panggil.

"Hm?"

"Rindu."

Adara gigit bibirnya.

"Awak kena sihat, Zafran. Kitorang rindu awak." Adara maksudkan baby juga merindui babanya.

"Baby rindu nak dengar suara awak." Adara berkata.

Ya Allah, baru dua hari Zafran kena duduk di bilik tetamu, dah seteruk ini perasaan rindu yang Adara perlu tanggung. Kalau berpisah, macam mana?

Adara geleng. Tak nak. Tak jadi. Dia tak nak berpisah. Kalini dia nak runtuhkan ego nya.

"Zaf pun rindu baby. Mama baby pun baba rindu." Zafran berkata.

Adara mengulum senyumannya.

*********

Okay dah!

Saya nak tanya, bagi korang salah ke kalau Adara memaafkan? Itu menunjukkan dia lemah ke? Dia cuma sayang. Allah jentik hati untuk menyayangi Zafran. Nak buat macam mana? Hati ni Allah yang pegang.

Korang jangan kutuk-kutuk Adara eh! Kata dia lemah lah itulah ini lah. Nanti saya merajuk unpublish terus cerita ni HAHAHAHA

Takde lah. Korang kalau nak komen tu jgn teruk sangat tau. Sakit lah bila baca ') kesian Adara. Jangan lah marah dia. Dia cuma sayang dan tak sanggup melepaskan.

Anyway, thanks semua! Kalau suka, vote dan komen tau!

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

43.5K 1.2K 19
"Scapel "arah shahwan dengan wajah serious memandang Farah ,ye Farah doktor yang bantu dia dalam pembedahan tersebut tapi dia sebuk nak berangan. "Sc...
29.7K 2.1K 26
IMAN | AIN Setiap perempuan di dunia ini menginginkan perkahwinan yang bahagia. Itu juga yang sering diimpikan oleh Nurul Ain. Namun siapa sangka pa...
405K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...