Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 58

21.7K 765 182
By farahnotfara

Pada waktu tengah malam, Adara tersedar dari lenanya kerana kesakitan di perutnya. Muka Adara berkerut. Tangannya memegang perutnya.

"Nak bersalin ke ni? Sakitnya!" Adara berkata. Tangannya meraba di ruang sebelah. Ingin mengejut Zafran bangun.

Sambil itu, tangannya meraba seluar di celah kelengkangnya ingin merasa jika air ketubannya sudah pecah atau belum. Tetapi dia tidak merasa apa-apa yang basah lagi.

Adara toleh ketepi. Kosong. Zafran tiada. Dia pandang pula ke bawah. Zafran tiada juga. Adara angkat kepalanya.

"Zafran! Sakit!" Adara panggil Zafran yang masih sujud di atas sejadah. Adara mengharapkan Zafran untuk menghabiskan solat sunatnya. Dia mahu Zafran menolongnya.

Adara buat keputusan untuk berjalan ke arah Zafran apabila dia mendapati Zafran langsung tidak bangkit dari sujudnya. Dia turun dengan berhati-hati dan berjalan dengan perlahan ke arah Zafran.

Sampai sahaja di sisi Zafran, Adara melabuhkan duduk dengan perlahan di sebelah Zafran yang sedang sujud itu.

"Zaf, saya sakit." Adara menyentuh lembut belakang badan Zafran dengan perlahan.

"Zaf, saya tahu awak tengah solat, tapi saya betul-betul sakit ni. Tolong lah saya, Zafran." Adara mula mengangis teresak-esak. Sakit sangat perutnya, dia tak tahan.

Adara menarik perlahan badan Zafran, dan terus Zafran jatuh ke atas riba Adara.

"Zafran! Kenapa awak tidur?! Bangun lah Zafran!" Hati Adara mula tidak sedap. Air matanya makin mencurah-curah turun. Tangannya memegang wajah Zafran.

"Zafran! Bangun lah! Jangan main-main macam ni! Saya nak terberanak dah ni. Bangun lah! Sambut anak kita!" Adara mula meraung. Dia pandang wajah Zafran yang sangat pucat itu.

Wajah Zafran nampak tenang. Nampak seperti tidur.

"Awak penat sangat sampai tertidur ke? Bangun lah! Anak kita nak keluar dah ni. Dia nak jumpa awak. Cepatlah bangun!" Adara masih berusaha mengejut Zafran yang masih tidak bangun dari lenanya.

"Awak penat sangat jaga saya ke sampai boleh tertidur macam ni? Awak penat urut kaki saya ke? Awak penat kemas barang saya ke?" Adara meraung. Tangisannya kuat. Dadanya sakit.

"Bangun lah awak. Kenapa tidur dekat sini? Awak merajuk ke sebab saya suruh awak tidur bawah? Kan awak dah boleh tidur sebelah saya."

"Ibu! Ayah! Tolong Ad!" Adara mula menjerit memanggil ibu bapanya. Dia tidak tahu bahawa ibu bapanya mendengar atau tidak akan panggilannya.

"Ibu!!! Ayah!!!" Makin kuat jeritan Adara apabila sakit di perutnya menyerang semula.

"Tolong lah Ad, ya Allah. Mana semua orang ni? Kenapa suami saya tidur nyenyak sangat? Ya Allah, bantulah aku Ya Allah." Adara meraung.

"Ad kenapa? Ya Allah! Kenapa ni?" Puan Karina menerpa laju ke arah Adara yang menangis itu.

"Ibu, Zafran bu. Dia tak nak bangun. Puas Ad kejut dia, bu. Ad sakit, bu. Ad nak ajak dia pergi hospital tapi dia tak nak bangun, bu." Adara mula mengadu lalu pandangannya dihala ke arah Encik Hishamuddin yang juga baru masuk ke dalam bilik itu.

"Ayah, tolong Ad yah. Bangunkan Zafran, ayah." Adara menangis bersungguh.

Puan Karina dan Encik Hishamuddin melabuhkan duduk disisi Zafran yang terbaring di atas riba Adara. Dengan perlahan, Encik Hishamuddin mengejut Zafran.

"Zaf, bangun nak." Encik Hishamuddin mengejut Zafran dengan lembut.

Apabila masih tiada respon dari Zafran, dengan perlahan Encik Hishamuddin mencapai pergelangan tangan Zafran untuk memeriksa denyutan nadinya. Apabila Encik Hishamuddin menyedari sesuatu, pandangannya terus dihalakan ke arah Puan Karina. Dengan perlahan, kepalanya digelengkan.

"Apa ayah ni?!" Adara marah.

"Zafran! Bangun lah! Jangan tinggalkan saya!" Adara mula memeluk kepala Zafran di dadanya. Adara mencium berkali-kali tepi kepala Zafran.

"Zafran, perut saya sakit. Bawalah saya pergi hospital. Awak dah janji dengan saya, Zafran. Tolonglah bangun. Jangan buat saya macam ni. Tolong lah." Adara meraung.

"Ad..." Puan Karina memeluk erat tubuhnya.

"Saya janji, Zafran. Saya tak buat awak marah lagi. Saya akan selalu ikut kata awak. Anak kita lelaki, awak. Awak nak tahu itu kan? Saya minta maaf sebab sorokkan hal ni dari awak. Sekarang saya dah beritahu awak, awak bangun lah sekarang." Seperti anak kecil, Adara menangis. Banyak air matanya mencurah keluar.

Tiba-tiba sakit di perutnya menyerang semula. Kali ini lebih dahsyat. Sakit. Sebelah tangannya yang sedang memeluk Zafran tadi dibawa ke perutnya.

"Ibu, ayah. Ad sakit. Perut Ad sakit. Tolong Ad, ibu." Tangannya kuat memegang perutnya tetapi sebelah tangannya masih tidak melepas dari memeluk kepala Zafran.

"Ya Allah Ad nak bersalin ni bang. Panggil Aqil, bang." Puan Karina terus bangun untuk mencapai tudung Adara dan segala keperluan yang sudah mereka sediakan dari awal.

********

Di dalam dewan bersalin, Adara masih sedang tarung nyawa untuk melahirkan permatanya.

"Puan, jangan macam ni. Puan kena teran. Nanti anak puan lemas." Seorang jururawat itu mula memberi sokongan pada Adara yang masih tidak boleh meneran anaknya.

Adara cuba, tapi tidak boleh. Fikirannya sibuk memikirkan tentang suaminya. Dia mahukan Zafran. Dia tidak mahu bertarung nyawa sendirian. Dia mahu Zafran menemaninya.

"Saya nak suami saya. Saya nak suami saya. Tolong lah, nurse. Saya nak suami saya." Adara menangis lagi.

"Saya tak boleh buat kalau suami saya takda. Dia lah sumber semangat saya. Dia lah sumber kekuatan saya. Tolong lah. Saya nak suami saya." Adara mencapai tangan nurse itu dan menggoyangkan perlahan.

"Tolong lah saya, nurse. Panggil suami saya. Dia dah janji nak teman saya lahirkan anak kitorang." Nurse disitu sudah susah hati. Mereka tahu apa yang terjadi. Ada yang sudah melelehkan air mata melihat perjuangan seorang isteri yang sedang menanti kedatangan suaminya.

"Ad, jangan macam ni nak. Ibu ada. Ibu teman Ad ya?" Puan Karina menggenggam tangan Adara.

Sebentar tadi, ada seorang nurse yang keluar dan memanggil Puan Karina. Katanya, Adara inginkan sokongan. Puan Karina buat keputusan untuk menemani anaknya.

"Ibu, Ad nak Zaf. Zaf mana, bu?" Adara yang sudah lemah itu mula bertanya ibunya tentang keberadaan suaminya.

"Nanti kita pergi jumpa Zaf, ya? Sekarang Ad teran ya? Kesian anak Ad nanti." Puan Karina memujuk sambil tangannya mengusap kepala Adara yang sudah dipenuhi dengan peluh.

"Zaf sentiasa ada, nak. Sentiasa ada dalam hati Ad." Perlahan suara Puan Karina menuturkan kata-kata itu.

"Zaf?" Adara panggil Zafran. Zafran pandang Adara.

"Kalau saya tak boleh teran anak kita macam mana? Saya nak bersalin normal." Adara berkata.

"Honey boleh. Honey kan kuat. Honey boleh teran anak kita. Zaf ada untuk honey. Zaf sentiasa ada."

Mengingatkan itu, Adara mula meneran.

"Lagi sikit, puan." Doktor mula memberi arahan.

Seketika, kedengaran bunyi tangisan dari anak kecil.

"Alhamdulillah. Tahniah, Ad." Puan Karina mengucup dari Adara.

"Alhamdulillah, baby boy." Doktor tersenyum.

"Ibu, Ad nak jumpa Zaf. Ad nak bawa baby jumpa Zaf." Adara mula meminta.

"Ad, bagi nurse bersihkan Ad dulu, ya?" Mata Puan Karina mula berair semula.

Setelah itu, pandangan Adara mula gelap.

Dua jam berlalu, Adara mula mencelikkan matanya. Adara pandang lama siling putih di pandangannya itu. Apa jadi? Kenapa dia rasa macam perutnya ringan saja?

Tangannya naik memegang perutnya. Kenapa leper? Kenapa sakit?

Dia sudah melahirkan? Ya! Anaknya sudah dilahirkan. Baby boy.

Seketika, dia mula teringat apa yang telah terjadi.

"Zafran?" Adara mula memanggil.

"Zafran?!" Adara panggil lagi.

"Ad." Adara pandang tepi. Amelia ada disebelahnya dengan muka yang sembap. Bengkak. Matanya memerah.

"Kau kenapa? Kau menangis?" Adara tanya.

Amelia diam saja.

"Aku nak Zafran. Panggil dia." Adara berkata.

"Ad..." Amelia panggil nama itu dengan suara yang lemah.

"Mana Zafran? Panggil dia! Aku nak dia. Aku nak dia." Mata Adara mula berair.

"Zaf..."

"Zafran..."

"Zafran dah takda." Serentak itu, tangisan Amelia terlepas.

Amelia tidak tahu apa dia perlu buat. Dia takut Adara meroyan, tapi pada masa yang sama, Adara berhak tahu. Adara isteri Zafran. Tidak lama lagi, jenazah arwah Zafran akan dikebumikan. Jadi, Adara perlu tahu agar dia dapat tengok Zafran buat kali terakhir.

"Apa kau merepek ni Lia? Suami aku dah takda?" Adara bertanya perlahan. Mukanya kosong. Jadi tadi bukan mimpi? Apabila dia mendapati Zafran tidak lagi bernafas, itu bukan mimpi? Apabila Zafran jatuh ke atas ribanya, itu bukan mimpi?

"S..su..suami aku dah takda? Dia dah tinggalkan aku? Dia betul-betul dah tinggalkan aku? Sorang-sorang?"

"T..ta..tapi kenapa? Dia sakit ke?" Adara pandang Amelia yang masih tidak berhenti menangis.

"Aku minta maaf, Ad. Aku minta maaf."

Adara gigit bibirnya. Tangannya menggenggam selimut di badannya.

"Aku nak tengok dia, Lia. Bagi aku tengok suami aku, Lia. Tolong aku. Tolong aku untuk tatap dia buat kali terakhir." Adara hapuskan air matanya. Dia kena kuat. Dia dah berjanji dengan Zafran.

********

Amelia membantu Adara dengan menolak wheelchair itu ke bilik yang menempatkan arwah Zafran.

Adara pandang mereka yang ada diluar bilik itu. Semua menangis. Adara kenal Hazim. Muka Hazim merah sangat. Sedih atas kepergian sahabat baiknya.

Danish pula termenung lama, lalu setitis air matanya jatuh.

Ameerul, PA Zafran duduk berjauhan sambil menekup lama wajahnya. Bahunya terhinjut-hinjut.

Zayyad pula memeluk tubuh Zafira, memujuk adik bongsunya itu.

Mereka semua dalam keadaan sedih.

'Kenapa awak pergi, Zaf? Semua orang sedih sebab awak.'

Adara tidak betah untuk menatap setiap wajah itu. Jadi dia mengalihkan pandangannya ke arah bayi yang berada di dalam dakapannya.

Amelia mula meninggalkan Adara di dalam wad itu selepas dia sudah menolong Adara dengan menolak wheelchair itu masuk ke dalam bilik itu.

Semua ahli keluarga beri peluang Adara untuk berdua dengan Zafran. Mereka tahu, Adara paling memerlukan saat ini. Saat kali terakhir untuk menatap wajah itu. Mereka tahu Adara kuat.

Adara yang baru lepas masuk ke dalam wad itu, menatap lama ke arah sekujur tubuh itu yang dibaluti dengan selimut.

Dengan perlahan, tangan kanan Adara naik menggenggam tangan Zafran. Adara mengetap kuat bibirnya. Dia tidak mahu menangis. Dia sudah janji dengan Zafran untuk tidak menangis lagi.

"Zaf, anak kita lelaki." Itu ayat pertama yang terluah. Matanya dialihkan pada bayi kecil di dalam dakapannya.

"Dia comel. Kening dia cantik terbentuk. Macam awak. Hidung dia pun ikut awak. Nasib baik bibir dia ikut saya." Adara sengih hambar.

"Saya namakan dia Irfan Adhwa. Sedap tak nama dia?" Adara berkata lagi.

Agak kekok bagi dia untuk bercakap sorang-sorang seperti ini tanpa respon Zafran. Biasanya dia yang tidak respon Zafran, kalini Zafran pula tidak respon dia. Macam ini kah perasaan Zafran selama ini? Zafran marah ke?

"Saya minta maaf. Saya minta maaf kerana marah awak lama sangat, saya minta maaf kerana selalu tak layan awak, saya minta maaf kerana selalu kecilkan hati awak, saya minta maaf kerana selalu susahkan awak, saya minta maaf kerana rahsiakan tentang jantina anak kita, saya minta maaf kerana tak dapat jadi isteri yang baik untuk awak, saya minta maaf untuk semuanya." Adara ketap kuat bibirnya.

"Doktor kata awak takda sakit apa-apa."

"Sayang betul Allah dekat awak, kan? Sampai sesingkat ini saja waktu Allah pinjamkan awak buat saya. Itupun saya tak hargai." Adara gigit bibirnya.

"Saya akan rindu awak, saya akan rindu masakan awak, saya akan rindu suara awak, saya akan rindu bau wangi awak, saya akan rindu sentuhan awak, saya akan rindukan semuanya tentang awak." Air mata telah jatuh tanpa Adara sedari.

"Saya akan rindu kita. Saya akan rindu waktu kita selalu gaduh. Saya akan rindu waktu awak kata Upin Ipin tu dua budak botak, saya akan rindu semua kenangan tentang kita."

"Mencintai awak, memiliki awak, adalah hadiah terbesar buat saya. Awak sangat berharga buat saya. Saya janji saya tak akan gantikan dengan sesiapa."

"Saya akan bahagia. Saya akan bahagia macam mana yang awak nak. Saya akan teruskan hidup saya dengan anak-anak kita. Saya janji saya akan jaga diorang, didik diorang dengan baik. Bila saya dah berjaya, boleh awak minta Allah untuk panggil saya pula?" Adara cium setiap jari sejuk Zafran. Dia akan rindu tangan ini.

"Awak jangan risau, tau. Saya akan jaga diri saya. Terima kasih kerana sudah jadi seorang suami yang terbaik buat saya. Nama awak akan tetap ada dalam hati saya buat selamanya. Nama Zafran Idrees akan sentiasa ada dalam hati saya."

Adara genggam dadanya. Macam ini rupanya sakitnya. Sakit sangat. Insan yang sangat dia sayangi, cintai, sudah pergi meninggalkannya. Buat selamanya.

Memang sesingkat inikah waktu pinjaman yang Allah beri buatnya untuk bersama dengan Zafran?0

Dengan berhati-hati, Adara bangun lalu dia membaringkan anak mereka di sisi Zafran. Biarlah anaknya merasa kehadiran seorang ayah walaupun hanya sementara.

Adara mengucup lama dahi Zafran lalu dia menekap pipinya di dahi itu. Sebelah tangannya mengusap kepala Zafran, membelai rambutnya. Dia akan rindu insan ini. Sangat. Dan rindu itu dia yakin, sangat menyakitkan.

"Saya dah cadang nak tarik kata-kata saya balik, saya nak kita terus bersama. Tapi, agaknya saya terlambat kan? Awak pula yang pergi tinggalkan saya. Saya memang tak boleh marah awak lama-lama lah." Adara tersengih.

Adara angkat kepalanya lalu dia menatap lama wajah yang sangat tenang itu.

Tiba-tiba dia rasa anak mereka bergerak. Anaknya sudah mencelikkan matanya. Anaknya toleh ketepi, memandang lama ke arah Zafran.

"Irfan Adhwa, pandang lah baba awak lama-lama, nanti lepasni tak dapat pandang dah." Adara dongakkan kepalanya untuk mengelakkan air matanya jatuh lagi.

Dia tak tahu dia akan terus kuat atau tidak.

Adara mendekatkan semula kepalanya ke arah Zafran lalu dia mengucup lagi dahi itu. Lama. Lalu beralih ke mata kanan, mata kiri, hidung mancung Zafran, pipi kanan, pipi kiri, dagu dan akhirnya di bibir itu. Dia akan rindu wajah ini.

Dia akan rindu semua tentang Zafran.

Zafran adalah suami terbaiknya. Tidak kisahlah banyak mana kesalahannya pada masa lalu, tapi dia tahu Zafran sudah berubah. Siapa lah dia untuk menghukum kesalahan suami pinjamannya ini lebih-lebih. Dia juga tidak lari dari melakukan kesilapannya.

'Pergilah suamiku. Pergi dengan tenang. Honey janji, honey akan cipta kebahagiaan honey sendiri. Honey akan terus kuat untuk anak-anak kita. Honey janji tak akan lupakan Zaf. Honey redha.'

*********

Beberapa minggu telah berlalu....

Setelah selesai menyusukan Irfan Adhwa, Adara perlahan-lahan meletakkan anaknya itu di atas tilamnya. Irfan Adhwa sudah ketiduran selepas kenyang minum susu.

Selepas itu, tangannya mencapai sesuatu di atas meja disebelah katil.

Lalu dia menghidupkan benda itu.

Telefon Zafran. Sejak kepergian Zafran, dia memang rajin membelek telefon suaminya itu.

Adara pergi ke aplikasi galeri dan menekan satu video lalu menontonnya.

Zafran membetulkan kamera telefon lalu dia membelakangkan sedikit badannya. Dia mahu menunjukkan separuh badannya di video yang dia sedang rekod itu.

Angin di pantai itu menampar lembut wajah Zafran, sehingga rambutnya juga ikut beralun.

"Hai honey." Zafran sengih.

"Sebenarnya Zaf malu sekarang ni sebab orang sekeliling Zaf ni pandang-pandang Zaf." Zafran sengih lagi.

"Tapi takpa, untuk honey semua boleh." Zafran menarik dalam nafasnya.

"Sekarang Zaf dekat Pantai Indah. Pantai yang kita pernah pergi berdua haritu. Yang honey kejut Zaf pagi-pagi buta tu. Honey ingat tak?" Mata Zaf teralih ke arah pantai sebentar sebelum pandang ke kamera semula.

"Waktu kita pergi berdua, itu waktu matahari nak terbit, sekarang Zaf pergi waktu matahari nak terbenam. Tapi kalini Zaf seorang." Zafran ukir senyum nipis.

"Zaf tak tahu dimana keberadaan Zaf waktu honey tonton video ni. Sama ada Zaf masih disisi honey, atau Zaf sudah tiada. Kalau Zaf masih ada disisi honey, alhamdulillah syukur kepada Allah. Kalau Zaf dah tiada, Zaf harap honey kuat."

"Sebenarnya Zaf pun tak tahu kenapa Zaf buat video ni. Zaf cuma terasa Zaf perlu rekod video ni untuk honey, untuk anak-anak kita." Zafran menarik dalam nafasnya.

"Tengok ni, Zaf ada gambar honey." Zafran menunjukkan sekeping gambar polaroid ke arah kamera.

"Gambar honey pakai telekung yang Zaf bagi. Waktu ni honey cantik sangat. Macam bidadari."

"Zaf simpan dalam wallet Zaf tau. Sebalik casing telefon Zaf pun ada gambar honey. Sebab Zaf takut rindu." Zafran gelak perlahan.

"Honey nak tahu tak? Zaf selalu berdoa supaya Allah beri kesempatan untuk Zaf selalu berada di sisi honey sampai Zaf tutup mata."

"Sejujurnya, Zaf tak sanggup nak berpisah dengan honey. Zaf berharap Allah tarik nyawa Zaf sebelum Zaf sempat lafazkan cerai ke atas honey. Zaf tak sanggup nak ceraikan honey. Sakit sangat, honey." Zafran ketap bibirnya.

"Zaf nak sangat jaga honey sampai kita tua. Sampai anak-anak kita sambung belajar, lepastu berpisah dari kita sebab dah ada pasangan hidup masing-masing. Lepastu kita duduk berdua dekat kampung. Tenang je. Ada honey dengan Zaf je." Zafran menatap lama ke arah kamera itu. Membayangkan seolah dia betul-betul bercakap dengan isterinya itu.

"Tapi, perancangan Allah lagi baik kan?"

"Honey, ingat pesan Zaf. Jangan pernah salahkan takdir, jangan pernah salahkan diri sendiri tau. Apa yang jadi semua adalah ketentuan Allah. Ingat, Allah adalah sebaik-baik perancang, kan?"

"Honey kuat, Zaf tahu. Isteri kesayangan Zafran Idrees ni memang kuat."

"Jadi mama yang baik, ya honey?"

"Ingat, Zaf sayang dan cintakan honey sampai bila-bila. Adara adalah isteri terbaik buat Zafran. Mama yang terbaik buat anak-anak kita."

"Zaf sebenarnya dah tahu jantina anak kita. Zaf minta maaf sebab terbaca dokumen dari doktor tu. Zaf terbaca tau? Jangan marah Zaf. Zaf happy sangat bila tahu anak kita lelaki. Maksudnya honey ada dua hero." Zafran ukir senyum lebar.

"Zaf tak marah pun bila honey rahsiakan tentang ni."

"Jaga diri, okey? Zaf sayang Adara tau! Ingat tu!"

"Untuk anak-anak baba, baba sayang korang sangat-sangat! Korang juga lah harta yang sangat berharga buat baba. Jadi anak yang baik ya? Hero-hero mama, tolong jaga mama buat baba ya?"

"Baba minta maaf malau satu hari nanti, baba dah tiada di sisi korang. Satu yang baba nak korang tahu, baba sayang anak-anak sangat-sangat. Doakan baba, ya?"

Video itu sudah tamat. Adara mengusap skrin telefon itu. Lalu dia mencium lama skrin itu.

Tak, dia tidak meroyan. Dia hanya rindu. Rindu yang sangat mendalam buat sang suami yang telah pergi meninggalkannya.

Rindu akan wajahnya, rindu akan suaranya, rindu akan belaiannya. Semua tentangnya sangat lah Adara rindui.

********

Beberapa bulan telah berlalu....

"Assalamualaikum suami kesayangan saya." Adara memberi salam selepas melabuhkan duduk disisi pusara kubur itu. Lalu tangannya membersihkan sikit sekitar kubur itu.

Kubur arwah suaminya sentiasa bersih, kerana Adara tahu masih ramai yang menziarahi kubur ini.

Setelah membacakan Surah Yasin, dan beberapa potong doa, Adara mengusap lama batu nisan yang terukir nama suaminya.

"Rindunya saya dekat awak." Bibir Adara menggeletar menahan tangis.

"Honey rindu Zaf."

"Mesti Zaf dah lama teringin nak dengar kan? Cuma honey terlambat. Honey terlambat bahasakan diri honey sepertimana yang Zaf nak. Honey minta maaf, ya?"

"Zaf, boleh tak kalini honey nak nangis? Honey penat tanggung rindu yang sangat berat ni. Izinkan honey nangis ya? Sekali ini saja." Adara menekup mulutnya lalu tangisan terus terhambur keluar.

Sakit. Dadanya sakit sangat. Sakit ini amat dahsyat.

Rindu ini terlalu berat, terlalu menyakitkan.

Hari-harinya sangat kosong tanpa kewujudan Zafran, tanpa kehangatan Zafran.

Penat, sangat penat. Lelah. Letih.

Penat menampakkan dirinya kuat.

Kalini, berilah dia peluang untuk menangis. Meluahkan semua.

"Ad..."

"Lia, sakit Lia. Dada aku sakit sangat-sangat. Aku rindu dia sangat. Macam mana ni, Lia. Aku rindu dia sangat-sangat. Ya Allah! Sakit sangat, Ya Allah. Aku rindu, Ya Allah." Adara mendakap kuat tubuh Amelia yang berada disisinya.

"Kenapa dia pergi, Lia? Aku tak sempat nak bahagiakan dia. Teruknya aku Lia. Isteri jenis apa aku ni, Lia? Kenapa aku teruk sangat?"

"Memang patut pun aku kena semua ni. Manusia jahat macam aku memang tak layak bahagia, kan?" Mendayu-dayu tangisan Adara.

"Shhh shhh jangan cakap macam tu, Ad." Amelia mengusap berkali-kali belakang tubuh Adara.

Tiba-tiba pandangan Adara mula gelap.

"Ad? Ad!" Amelia kejut Adara.

Adara pengsan.

"Sayang, tolong." Amelia meminta tolong suaminya.

Zafar yang berada disitu terus perlahan-lahan mencempung tubuh badan Adara.

*******

Dalam kenangan;

Zafran Idrees bin Dato Sri Ilham Shah

Lelaki terbaik buat Adara Sumayyah

******THE END******

Continue Reading

You'll Also Like

85.9K 2.8K 41
Pertemuan yang tidak disengajakan, Takdir ataupun kebetulan telah menemukan Adryna Sofea Azkayra dengan Adryan Hafidz Akmal. Setiap kali pertemuan me...
7.2K 712 42
( UNEDITED ) Under Dear Series: "Kita bagai siang dan malam. Tidak akan menyatu kecuali dengan takdirNya." MENGISAHKAN tentang ADREENA NAYRA y...
THE QUITTER By CikNaweeeee

Mystery / Thriller

141K 11.6K 50
"Don't be such a baby, Ariana. Big girls don't cry"
661K 11K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...