Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 54

18.1K 869 56
By farahnotfara

Hi assalamualaikum semua? Apa khabar?

Harini saya update chapter baru yeay.

Tapi, bosan. Saya minta maaf.

Happy reading!

***********

Beberapa minggu sudah berlalu, kandungan Adara juga sudah mencecah tujuh bulan. Sekarang pun Adara ada di Kuala Lumpur, mengikut Zafran pulang. Lagipun Adara rasa sudah lama dia tidak berjumpa dengan keluarga mertuanya, dan juga Eiman dan Ellyna. Sampai bila untuk Adara tidak bersua muka dengan mereka. Mereka tidak salah. Yang salah Zafran seorang je.

'Nak salahkan member, member dah lepak underground.' Tergeleng kepala Adara mendengar suara hatinya. Cepat-cepat dia beristighfar. Lagipun dia tidak mahu berdendam dengan Dian dah. Buat apa berdendam dengan orang yang sudah tiada.

"Woi." Adara rasa bahunya dicuit. Dia toleh kebelakang memandang Amelia yang sedang menadah cawan di coway.

"Buat apa? Kenang dosa dengan suami ke tu?" Amelia mulakan perbualan sambil melabuhkan duduk di meja makan itu. Berdepan dengan Adara.

Adara hanya diam tidak membalas. Dah biasa kena perli. Tapi tidak mengambil hati sangat pun. Lagipun betullah apa yang Amelia kata tu. Huhuhu.

Sekarang mereka berada di rumah mertuanya. Hujung minggu. Sudah biasa mereka berkumpul.

"Kau dengan Zafar okey?" Adara bertanya.

"Okey je. Alhamdulillah." Amelia senyum lebar mengenangkan suaminya itu.

Adara tersenyum Amelia yang cantik mengenakan tudung sarungnya itu. Sekarang Amelia sudah bertudung. Di rumah mertua, Amelia pun kena lah bertudung kerana ada Zafran dan Zayyad.

"Kau okey?" Amelia pula bertanya.

Adara tergelak. Dah kenapa macam sesi kaunseling dah ni?

"Okey jelah. Macam ni jelah." Adara mengusap perutnya yang membulat itu.

"Takda lah. Kau temenung jauh sangat tadi. Macam dah sampai Qatar je." Amelia bergurau.

"Aku cuma terkenang perkara yang dah jadi sebelum ni. Dari mula aku datang restoran nak makan dengan arwah Dian, tahu-tahu dia minta aku kahwin dengan laki dia. Tahu-tahu kena tangkap basah pula. Lepastu, arwah Cirah pula pergi. Dengan kes stalker nya. Arwah Dian pula pergi. Zafran halau aku. Aku pregnant pula. Lepastu, tembak menembak nya lagi." Adara berhenti seketika.

"Aku tak tahu macam mana aku boleh survive sampai sekarang. Aku tak tahu macam mana aku boleh tak meroyan. Semua berlaku dalam masa terdekat kot. Gila betul." Adara menggeleng kepalanya.

"Kau lupa nak sebut nama aku, Ad." Amelia berkata.

"Hm ya lah. Kau ingat aku lupa ke? Tapi itulah, banyak sangat jadi. Dengan si Sofea tu benci aku. Lepastu aku kenal kau, kau jadi kawan aku." Adara senyum.

"Terima kasih sudi jadi kawan aku, Lia. Dari kau tak bertudung, sampai bertudung dah sekarang." Amelia gelak mendengar kata-kata Adara.

"Kau ni kelakar lah Ad."

"Kelakar mende? Kita kena serius lah Lia. Sampai bila kita nak jadi macam ni?" Adara membalas.

"Ya lah ya lah. Aku pun sama lah. Thanks ah weh." Giliran Adara pula gelak.

Gelak Adara terhenti apabila dia memandang wajah Amelia yang merenungnya dalam.

"Kau asal pandang-pandang aku macam tu?"

"Takda lah. Aku rasa macam dah lama tak tengok kau gelak macam ni." Amelia balas sambil matanya tidak lepas memandang Adara.

"Gelak lah lagi." Amelia berkata lagi.

"Ish. Takda rasa nak gelak dah."

"Asal kau kata macam tu?" Adara tanya.

"Takda lah kau kan lately ni banyak termenung. Menungkan apa aku tak tahu." Amelia meneguk airnya.

"Aku dah bagitahu tadi aku fikirkan apa." Adara menjawab.

"Kau dah maafkan arwah Dian?" Amelia tanya.

"Dah, Lia. Lama dah aku maafkan dia. Nak buat macam mana. Benda dah jadi dah pun."

"Zafran? Kau dah maafkan dia?" Amelia tanya lagi.

Adara diam. Dia sendiri tidak tahu. Dia masih keliru.

"Kenapa arwah Dian kau boleh maafkan, tapi Zafran tak boleh?"

"Sebab Dian tu dah takda."

"Habistu nak tunggu Zafran mati dulu baru kau nak maafkan dia ke?" Amelia tanya selamba.

"Mati mati jangan main eh. Aku dah cukup trauma dah." Adara membalas. Mana tidaknya, banyak kematian berlaku dalam masa terdekat sahaja di sekelilingnya.

"Takda lah aku tanya je."

"Kalau aku maafkan dia, tak semestinya aku kena terima dia balik, kan?" Adara bertanya.

"Kenapa?"

"Entah. Aku rasa macam aku tak boleh nak terima dia balik. Aku cuba. Bukan tak cuba. Tapi setiap kali aku cuba, mesti aku akan teringat balik perkara yang dia buat kat aku. Macam mana dia boleh tak berlaku adil dengan aku selama ni. Macam mana dia boleh salahkan aku dalam hal kematian arwah Dian. Macam mana dia boleh halau aku. Dan..." Adara diam sebentar.

"Dan macam mana dia boleh datang, minta maaf macam tu je. Macam takda apa jadi. Aku tak tahu lah. Aku rasa macam tak adil. Aku rasa sakit berbulan-bulan, macam-macam aku hadap. Semuanya berpunca dari dia. Tapi, dia buat macam takda apa jadi." Adara pandang lama cincin perkahwinannya di jari.

"Macam mana kau tahu dia buat macam takda apa jadi? Kau tahu tak apa jadi dekat dia sepanjang kau takda?" Amelia bersuara pula.

"Tak nak tahu." Pendek jawapan Adara.

"Ha lepastu kau kata dia buat macam takda apa jadi."

Amelia menghela nafasnya.

"Okey lah macam ni. Aku bagi secebis nasihat aku dekat kau. Kau nak ikut ke tak, terserah. Aku sebagai kawan kau, yang tak mengalami apa yang kau hadap ni nak bagi nasihat sikit." Amelia menarik nafas dalam sebelum memulakan sesi ceramahnya.

"Bagi aku kan, aku tahu kenapa kau nampak macam a bit ego. Pada pendapat aku, kau macam tak maafkan diri sendiri lagi. Selain daripada orang lain yang kita kena maafkan, diri sendiri pun kita kena maafkan juga tau."

"Aku rasa kau macam tak boleh terima apa yang jadi dalam hidup kau ni. Kau macam tak boleh terima yang Zafran dah buat teruk dekat kau. Kau macam tak boleh terima hakikat yang Zafran pernah abaikan kau. Kau macam tak boleh terima hakikat yang kau maafkan Zafran atas apa yang dia buat kat kau selama ni. Kau faham tak maksud aku?"

"Dia macam ni lah, kau beria, tapi partner kau tak layan kau. Jadi, kau tak boleh terima hakikat tu. Kau rasa macam apa pasal lah aku boleh beria dengan mamat ni. Ha macam tu."

"So, dari apa yang aku tahu, that's why lah kita sebagai umat Islam, kena terima, kena redha atas apa yang jadi dalam hidup kita. Ini semua ketentuan Allah. Kita sebagai hamba Dia yang lemah boleh buat apa je selain terima dan redha?" Amelia pandang wajah Adara yang sudah berubah keruh.

"Habistu kau nak kata aku tak terima ke? Kau nak kata aku salahkan takdir ke?" Perlahan sahaja suara Adara bertanyakan soalan itu. Dengan wajah yang sudah pandang ke bawah. Dengan jari sudah bermain antara satu sama lain.

"Tak, bukan macam tu. Itu cuma pandangan aku je. Soal terima ke tak terima, soal redha ke tak redha, semua tu urusan Allah. Aku cuma nak kau maafkan diri kau dulu. Love yourself, Ad."

"Sebab itulah sepatutnya dari dulu lagi, kau kena pertahankan diri kau. Kalau perlu memberontak, kau memberontak je. Bila Zafran berlaku tak adil dengan kau, kau berontak je. Bila Zafran sakitkan kau, kau marah je dia. Kau jangan diam."

"Tapi-" Baru sahaja Adara mahu memotong kata-kata Amelia, Amelia mengangkat sebelah tangannya ke wajah Adara.

"Aku tahu, kau nak kata kau rasa kau tak layak untuk marah kan? Sebab kau pilihan kedua kan?" Adara angguk perlahan.

"Itu yang salahnya, Ad. Kau layak je Adara. Kau isteri dia juga. Zafran terima ke tidak waktu tu, kau memang dah jadi isteri dia dah pun. Zafran sendiri yang sebut nama kau dalam lafaz akad nikah tu. Secara automatiknya, kau adalah amanah dari Allah untuk Zafran."

"Patutnya kau jangan pendam. See? Disebabkan kau pendam, kau jadi ego. Kau rasa macam kau dah tak nak biar kau disakiti, kan?" Amelia senyum nipis.

"Habistu kau nak aku lupakan macam tu je apa yang Zafran dah buat kat aku? Terima je bulat-bulat. Macam tu? Yang sakitnya aku, Lia. Dia buat baik dengan aku pun lepas Dian dah takda. Kalau Dian ada lagi, mesti aku akan terus tersakiti kan?" Adara masih bertanya.

"Hm itulah. Aku nak kata lebih-lebih pun, nanti kau kata aku tak rasa apa yang kau rasa. Sebab tu lah ni je yang mampu aku katakan. Selebihnya, kau kena fikir sendiri, Ad. Keputusan dekat tangan kau. Soal Zafran tu, dia memang salah pun. Memang salah dia. Sangat-sangat!" Amelia berkata dengan penuh semangat.

"Kalau fikirkan, kalau aku jadi kau pun, mungkin aku akan jadi macam kau. Kalau Zafar buat macam tu dekat aku pun, agaknya aku dah bunuh dia dah." Amelia tidak bergurau.

"Apa je keputusan kau Ad, aku akan sentiasa ada dengan kau. Tak kisah lah keputusan kau salah ke betul, aku tetap akan ada dengan kau. Cuma satu aku nak cakap, fikirkan elok-elok. Aku tak nak kau menyesal nanti. Aku tak nak kau sakit lagi. Kalini, aku nak tengok kau bahagia. As you deserve." Amelia bangun dan memeluk tubuh Adara. Dia berjanji, dia akan selalu ada dengan Adara. Biarpun semua orang tinggalkan Adara, dia akan tetap ada disisinya.

"Tapi, kau tak nak cuba bagi peluang dekat Zafran? Pulihkan semua. Kalau kau sayangkan dia lagi, apa salahnya, kan?" Penuh berhati-hati Amelia bertanya.

"Love, berapa lama lagi nak borak tu?" Suara Zafar memecahkan kesunyian di dapur itu.

"Kamu nanya?" Amelia pandang Zafar.

"Kamu bertanya tanya?" Amelia gurau lagi.

Zafar mengecilkan matanya.

"Hehehe okey okey. Jom tidur." Amelia memeluk lengan Zafar. Takut jugalah kalau Zafar dah mengamuk.

"Kau tidur juga, Ad. Dah lewat ni. Lia ni jangan dilayan sangat." Zafar sempat menitipkan pesan buat Adara.

********

Adara masuk ke dalam bilik tidur Zafran. Bilik Zafran sudah gelap, tetapi tidaklah gelap gelita. Lampu tidur masih dipasang. Sejuk tak payah cakap. Memang sejuk. Zafran ni memang suka tidur sejuk-sejuk. Mentang-mentang kulit dia tebal.

Adara pandang ke arah katil, Zafran tiada. Katil kosong. Eiman dan Ellyna juga tiada. Mungkin Eiman dan Ellyna tidur dengan Zafira.

Adara mencabut tudungnya dan berlalu bilik air. Ingin buang air kecil dan menggosok gigi sebelum tidur.

Setelah selesai urusannya, Zafran masih tiada dalam bilik. Adara melangkah ke arah balkoni. Dia nampak Zafran ada di balkoni, termenung sambil lengan diletakkan di atas palang.

'Nak tegur ke tak? Nak tegur ke tak?' Adara berkira-kira sama ada mahu tegur Zafran atau tidak.

'Kalau tegur nak cakap apa? Nak tanya kenapa tak tidur lagi ke? Nanti kalau Zafran jawab eh sukati lah! Ingat aku budak-budak lagi ke? Ha macam mana?' Adara geleng kepala. Tak jadi nak tegur.

"Honey?" Zafran menegur Adara yang dari tadi mulut terkumat kamit di sebalik sliding door itu. Risau juga.

"Ha ya?" Adara yang baru tersedar itu, terus bertanya.

"Kenapa berdiri kat situ? Nak apa-apa ke?" Zafran pula bertanya.

"Ha? Erm..." Adara garu kepala. Dia sebenarnya nak ajak Zafran tidur sekali, tapi macam awkward pula.

"Honey nak lepak sini juga ke? Kalau nak juga, meh lah sini."

'Eh bukannnn.' Tapi itu hanya terluah dalam hati Adara saja.

Adara melangkah ke arah balkoni itu. Apa salahnya nikmati angin malam. Tapi takda apa pun jadi kan? Boleh je kan ibu mengandung nikmati angin malam? Kalau jadi apa-apa, salahkan Zafran je.

Lima minit berlalu, masing-masing masih diam.

Adara menggigit bibirnya.

Dengan perlahan, dia pandang Zafran. Zafran sedang pandang ke arah langit gelap.

"Honey," Zafran panggil. Matanya masih menatap ke arah langit.

"Ya?"

"Honey ingat tak waktu kita pergi pantai pagi-pagi buta tu?" Zafran tanya dengan nada yang lembut.

Adara angguk perlahan.

"Ingat." Takkan tak ingat.

"Best kan? Terima kasih sebab ajak saya pergi pantai waktu tu. Saya rasa macam dah lama tak pergi pantai. Lepastu, honey ajak. Terima kasih." Zafran pandang wajah isterinya.

Adara masih diam.

"Saya nak ajak honey pergi lagi, tapi honey tengah mengandung." Zafran berkata.

'After beranak kan boleh pergi.' Adara berkata dalam hati.

"Kalau diberi kesempatan, kita pergi lagi nak?" Zafran berkata.

"Itupun kalau honey sudilah." Zafran senyum.

Adara diam lagi.

Zafran pandang langit semula.

"Honey, esok kita balik nak?" Kalau ikut dalam perancangan awal, mereka bercadang mahu pulang lusa.

"Kata lusa?" Adara tanya.

"Ada benda saya nak tunjuk dekat honey." Adara angguk.

"Saya nak masuk tidur." Adara berkata.

"Jom saya tidurkan."

Mereka masuk ke dalam bilik bersama-sama.

Selesai Zafran membentangkan tilam nipis di atas lantai, dia berlalu ke arah Adara yang sudah baringkan tubuhnya di atas katil.

Selesai melakukan rutin yang sama, Zafran mengusap perut Adara. Adara hanya pandang sahaja. Dia masih tidak tidur lagi walaupun Zafran sudah membacakannya surah seperti biasa.

"Honey, honey nak anak kita lelaki ke perempuan?" Zafran bertanya.

"Tak kisah." Adara jawab.

"Kalau saya, kalau boleh saya nak anak lelaki. Nak tahu sebab apa?" Zafran pandang wajah Adara.

Adara mengangkat keningnya tanda bertanya.

"Sebab boleh lah dia jaga honey bila dia besar. Nanti honey ada dua hero lah."

"Dua?"

Zafran angguk.

"Ayyad dengan anak kita."

Adara diam.

"Honey ada dua hero yang boleh jaga honey nanti kalau saya takda." Zafran masih leka mengusap perut Adara.

Adara diam lagi. Sebenarnya, dalam diam dia sudah tahu apa jantina anak mereka. Tapi Adara sengaja tidak mahu Zafran tahu kerana dia tidak mahu lihat wajah teruja Zafran. Biarlah Zafran tahu waktu dia beranak nanti. Bukannya takkan tahu.

"Honey tak nak scan jantina anak kita?" Zafran tanya.

Adara geleng kepala.

"Tak nak. Biarlah surprise nanti." Adara menjawab lalu dia menolak tangan Zafran dari perutnya.

"Dahlah. Nak tidur." Terus Adara mengiring membelakangkan Zafran yang sedang duduk di atas lantai itu.

Zafran hanya pandang belakang badan Adara.

Zafran ukirkan senyuman hambar.

Zafran teringat apa yang dikatakan oleh Adara sewaktu Adara berbual dengan Amelia tadi.

Pada mulanya dia mahu ke dapur kerana mahu mengajak Adara tidur. Dari situ dia dapat mendengar kata-kata Adara tadi. Dia sudah tahu isi hati Adara.

Saat ini, Zafran sudah tekad. Dia akan lakukan apa sahaja asalkan Adara dapat kebahagiaan yang selayaknya.

Jika kebahagiaan Adara tidak terletak jika berada disisinya, Zafran redha.

Jika perlukan perpisahan, Zafran redha.

Asalkan Adara bahagia.

Continue Reading

You'll Also Like

54.2K 1.8K 58
Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah...
114K 10.5K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
EVERISA By liz

Teen Fiction

112K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
126K 10.9K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...