Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.7K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 48

21.8K 1.1K 129
By farahnotfara

Hi assalamualaikum semua! Harini saya update chapter 48 yeay!!! Sorry sebab tak update semalam. Saya keluar satu hari, jadi takda masa nak type 😭

Enjoy!

*********

"DANISH!!" Alex teriak apabila menyedari Danish telah ditembak oleh Harraz. Alex terus berlari ke arah Harraz dan membuat tendangan 360 darjah kepada kepala Harraz. Harraz terus pengsan.

"Danish..." Zafran memanggil lemah. Darah yang banyak keluar akibat tembakan di pehanya telah membuatkan dirinya lemah.

Alex terus menerpa ke arah Danish apabila dia sudah selesai menendang kepala Harraz.

"Danish! Kau dah mati ke?! Jangan lah mati dulu!" Alex menangis semahunya. Sesekali dia mengelap air mata dan air hidung yang mengalir menggunakan lengan bajunya.

"Danish! Bangunlah! Jangan lah mati cepat sangat! Kau tak kahwin lagi!" Alex meletakkan kepala Danish di riba sambil menampar perlahan muka Danish.

Keadaan hening. Tuan Syarif dan pasukannya sudah mendapatkan Harraz yang sudah pening lalat akibat ditendang oleh Alex. Pihak polis yang lain sudah menutup mayat Akram yang nampak sangat mengaibkan itu.

Adara pula masih dalam dakapan Zafran. Badannya lemah. Air matanya mengalir laju sambil menatap ke arah Danish dan Alex.

Tidak lama kemudian, beberapa buah ambulans sudah sampai ke tempat kejadian.

"Danish! Bangun lah!" Alex mula menampar kuat wajah Danish yang terpejam mata itu.

"Ehem! Saya rasa yang ditembak tu dekat bahu dia je. InshaAllah tak mati lagi. Tapi saya risau kalau awak tampar dia macam tu, mati pula dia." Seorang penyelamat perempuan menegur setelah dia baru datang ke tempat Alex dan Danish.

"Entah kau ni. Sakit kepala aku tahu tak." Danish yang baru sedar itu terus berkata. Memang menjadi betullah tamparan wajah Alex tu. Sampai tersedar Danish dibuatnya.

"Nurse, tolong lah bawa saya pergi dari sini. Pipi saya sakit dah." Danish berkata perlahan. Mukanya berkerut tahan sakit di wajahnya dan di bahunya.

Alex yang masih blur itu terus sedut semula hingusnya dan mengelap kasar air matanya. Mulutnya tercebik perlahan.

"Kau dah bangun Danish? Aku ingat kau mati dah!" Alex sambung nangis.

"Nurse... tolong lah." Danish mula meminta tolong.

Zafran dan Adara dari tadi sudah mula dibawa ke van ambulans. Alex tidak sedar kerana dia sibuk berada dalam dunianya.

*********

Di hospital, keadaan agak kecoh apabila keluarga Zafran mula datang. Datin Sri Zaharah luluh hati apabila mendapat tahu anaknya ditembak. Mengenangkan menantunya yang sedang mengandung itu juga buatkan dia sangat risau.

Dato' Sri Ilham dan Zayyad yang menguruskan hal kejadian itu dengan pihak polis.

Selepas rawatan dijalankan, Datin Sri Zaharah meminta pihak hospital untuk menempatkan Adara dan Zafran dalam satu wad VIP yang sama. Katanya, mudah bagi mereka untuk menguruskan Zafran dan Adara. Untuk waktu ini, Zafran dan Adara masih tidak sedarkan diri.

Pihak keluarga Adara juga baru sampai ke hospital bagi melihat keadaan Adara.

Hari ini semua orang tidak dapat rehat yang sempurna. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Baru sahaja majlis Amelia dan Zafar selesai, mereka dapat tahu bahawa Adara telah diculik dan Zafran pergi menyelamatkan Adara.

"Lia nak balik dulu tak? Lia dari tadi tak tidur lagi." Zafar yang sedang memeluk bahu Amelia itu menegur.

Amelia geleng.

"Tak nak. Lia nak tunggu Ad dengan Danish sedar dulu." Amelia terus melentokkan kepalanya di bahu Zafar.

"Lia nak makan apa-apa? I pergi beli kejap." Zafar beri cadangan lain. Kali ini, Amelia mengangguk. Dia lapar. Jadi dia mahu makan.

"Boleh lah. You beli jelah apa-apa." Amelia berkata perlahan. Amelia mengangkat kepalanya dari bahu Zafar apabila Zafar sudah mula mahu bangun dari duduknya.

"I pergi beli kejap. Lia jangan pergi mana-mana." Zafar sempat mengusap perlahan kepala Amelia.

Zafar sempat bertanya kepada ahli keluarganya yang lain jika mereka mahu memesan apa-apa.

Di dalam wad, hanya ada Puan Karina dan Datin Sri Zaharah yang sudah mula berborak dari tadi. Dato' Sri Ilham dan Encik Hishamuddin hanya berborak di kafe hospital sahaja kerana tidak mahu mengganggu ketenteraman hospital.

"Adara masa awal-awal pregnant dulu, alahan dia teruk juga. Dia sampai kata nak tidur dalam bilik air je sebab tak larat nak keluar masuk bilik air untuk muntah." Puan Karina mula bercerita ketika Datin Sri Zaharah bertanya tentang Adara.

"Risau juga lah saya waktu tu. Ya lah sebab saya tak boleh nak buat apa. Alahan tu benda biasa kan? Dia jadi luar biasa sebab Adara ni tak suka muntah." Puan Karina gelak perlahan apabila mengenangkan Adara yang menangis terus kerana tidak sukakan muntah.

"Dia siap marah. Tak boleh terima kenapa bukan Zafran je yang kena alahan." Puan Karina tambah lagi. Datin Sri Zaharah sudah tergelak juga.

"Adara tu ada rembat baju Zafran waktu sebelum balik ke rumah. Waktu dia alahan tu, baju Zafran tu lah peneman dia. Dia bawa ke mana-mana. Dia siap pernah bawa ke tempat kerja. Dia sumbat baju Zafran dalam beg tangan dia. Bila lama-lama hilang bau dekat baju tu, dia suruh abang dia pergi beli perfume yang Zafran guna. Ingatkan okey dah. Rupanya tak okey juga. Murung juga lah Adara waktu tu." Datin Sri Zaharah senyum panjang. Dia terbayang jikalau Adara ada dengan Zafran, mesti Zafran tidak boleh pergi kemana-mana kerana Adara alahan teruk. Dan hanya Zafran saja boleh hilangkan alahan Adara. Seketika senyuman Datin Sri Zaharah memudar.

"Saya minta maaf bagi pihak Zafran. Saya tak sangka dia sendiri yang suruh Adara pergi." Datin Sri Zaharah menghela nafasnya.

Puan Karina senyum lemah.

"Takpa lah. Kami pun tak jangka masalah ni akan berlaku." Puan Karina halakan pandangannya ke arah Adara.

Puan Karina perasan jari Adara bergerak. Terus dia pandang kepala Adara yang bergelak perlahan bersama mata yang terkebil-kebil cuba dibuka.

"Ibu..." Adara memanggil perlahan.

"Adara? Adara dengar ibu?" Datin Sri Zaharah yang ada di situ juga turut bangun dan pergi ke katil Adara.

Puan Karina menekan butang merah untuk memanggil doktor masuk ke dalam wad itu.

Setelah beberapa pemeriksaan dilakukan, doktor memberitahu bahawa keadaan Adara makin membaik sahaja.

Kandungan Adara juga berada dalam keadaan baik saja.

*********

Adara yang keseorangan dalam wad itu hanya termenung. Adara tak tahu yang lain pergi mana. Ada yang kata nak balik sekejap, ada yang kata nak pergi solat, ada yang kata nak pergi makan. Jadi, tinggallah Adara dan Zafran sahaja dalam wad ini.

Adara tolehkan kepalanya memandang Zafran yang masih tidak sedarkan diri.

'Lama betul dia tidur.' Getus perlahan dalam hatinya.

Adara melepaskan keluhannya. Dia bosan. Tangannya naik mengusap perutnya. Dia bersyukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk kandungkan anaknya ini. Alhamdulillah tidak ada apa-apa jadi keatas kandungannya.

Seketika, ingatannya mula membawa kepada kejadian yang baru saja terjadi. Bagaimana dia tahu semua benda, bagaimana Zafran ditembak, bagaimana Akram membunuh dirinya sendiri. Semua masih segar dalam ingatannya. Mana mungkin untuk dia lupa semudah itu.

Tidak sangka Insyirah dibunuh oleh bapanya sendiri. Hanya kerana dia. Selama ini, Adara langsung tak terfikir akan ada orang obses dengannya sampai tahap macam ini. Dia ingat dia tidak disukai oleh sesiapa.

Adara geleng kepalanya perlahan. Tidak mahu menambahkan lagi tekanan dalam dirinya. Doktor sudah memberi amaran supaya tidak kusut selalu. Kalau tak, baby nya akan berada dalam keadaan bahaya.

Lamunan Adara terganggu apabila pintu wad itu dibuka dari luar. Adara angkat kepalanya memandang siapa gerangan yang baru masuk itu.

"Ibu." Adara menegur. Puan Karina yang baru masuk itu melemparkan senyum pada Adara.

"Anak ibu okay?" Puan Karina tanya setelah melabuhkan duduk ke atas kerusi di tepi katil itu.

Adara mengangguk perlahan kepalanya. Sebenarnya dia ada sesuatu yang mahu diberitahu pada ibunya. Tapi dia takut jika keinginannya tidak dipersetujui.

"Ibu..." Adara panggil. Dia sudah buat keputusan untuk tanya sahaja. Lenjan je. Dapat ke tidak, tolak tepi.

"Ya?"

"Boleh tak Ad nak ikut ibu dengan ayah balik?" Perlahan dan teratur Adara tanya soalan itu.

Puan Karina yang mendengarkan itu agak tersentak dengan soalan Adara. Matanya memandang Zafran yang masih tidak sedarkan diri lagi.

"Ad tak nak duduk sini dengan suami Ad?" Puan Karina tanya semula.

Adara menggeleng.

"Buat apa? Ad bukan sesiapa dah bu. Lagipun, Ad nak kerja lagi. Takkan nak cuti lama-lama. Kena buang kang Ad nanti." Adara sengih perlahan.

"Tapi ibu rasa Zaf mesti nak jaga Ad. Zaf masih
sayangkan Ad. Ibu yakin. Kalau tak, takdanya dia datang selamatkan Ad." Puan Karina berkata.

"Zaf tu selamatkan Ad sebab dia tak nak ayah marah dia kalau jadi apa-apa dekat Ad. Zaf dah janji dengan ayah untuk jaga Ad. Jadi sekarang semuanya dah selamat, Zaf dah tak nak jaga Ad dah." Adara jawab ikut kata hatinya.

"Ad... umi Zaf cerita dekat ibu. Sepanjang Ad takda dengan dia, hidup dia dah lain. Dia asyik fokus kerja je. Dia siap kata dekat umi dia, dia kerja sebab nanti dia nak jaga Ad lama." Puan Karina cuba memujuk Adara lagi.

Adara yang mendengarkan itu terus julingkan matanya ke atas.

"Takda maknanya bu. Dia buat semua tu sebab dia tengah sedih sebab arwah Dian dah takda. Bukan sebab Ad, bu. Dia tak suka pun dengan anak ibu ni. Dia benci ada lah." Adara memang tak percaya dengan kata sesiapa. Dia sudah tetap dengan keputusannya.

Puan Karina hela nafas.

"Nanti Ad tanya ayah. Kalau ayah okey, ibu okey je." Puan Karina senyum nipis. Dia tidak mahu buat Adara kusutkan fikirannya kerana kandungannya masih lemah.

Seketika kemudian, Adara terus tanya soalan sama kepada Encik Hishamuddin yang baru saja masuk ke dalam wad untuk menjenguk Adara.

"Tempat isteri disisi suami, Ad. Lama dah Ad pergi tinggalkan suami Ad sendiri. Sepanjang Ad berjalan, sepanjang tu lah dosa Ad mengalir tau." Encik Hishamuddin mula membebel.

"Dia yang suruh Ad pergi, yah. Ad ikut je. Dia yang benci Ad. Ad benci lah dia balik. Ad ikut je." Balas Adara perlahan.

"Tapi ayah rasa Zaf tu mesti nak jaga Ad lepasni. Ad kan tengah mengandungkan anak dia." Encik Hishamuddin cuba pujuk Adara.

"Ayah, please." Mata Adara berair.

"Bagilah Ad ikut kata hati Ad pula. Ad dah penat jaga hati semua orang, yah. Bagilah kalini Ad buat keputusan Ad sendiri, yah." Adara menatap wajah tua Encik Hishamuddin.

"Ad dah tak boleh nak duduk dengan Zaf. Ad akan sentiasa teringat segala kata-kata yang menyakitkan Zaf pernah lemparkan pada Ad. Ad sakit, yah. Ad sedih."

"Ad cuma nak jaga hati Ad sendiri. Hati Ad dah cukup sakit, yah. Lagipun, kan Ad kerja dekat sana. Tempat Ad bukan dekat sini dah." Adara berkata perlahan. Tangannya sibuk bermain dengan jari jemarinya sendiri.

"Ya lah. Ad ikut ayah dengan ibu balik. Tapi, Ad beritahu ayah dengan ibu mertua Ad sendiri, okey?" Adara mula tersenyum.

"Okey, ayah! Terima kasih."

*********

"Ad tak nak tunggu sampai Zaf sedar?" Puan Karina yang sedang membantu Adara menyiapkan dirinya itu mula menegur.

Adara geleng.

"Macam lama sangat je dia nak tidur. Ad ni nak kena kerja. Bukan macam dia. Dia tu bos boleh lah nak bangun lambat-lambat." Adara menjawab selamba.

"Nanti kalau dia bangun tengok Ad dah takda, mesti dia sedih." Puan Karina menambah.

"Siapa suruh bangun lambat sangat. Dia tu kena tembak dekat peha je pun. Susah betul nak bangun." Adara menjawab selamba.

"Orang takda masa nak tunggu dia bangun. Pandai-pandai lah dia nak hidup. Bukannya tak biasa." Adara sudah bersedia mahu keluar dari wad.

"Ad dah beritahu umi Zaf kan?" Puan Karina tanya.

"Dah." Adara jawab perlahan. Adara teringat waktu dia beritahu Datin Sri Zaharah yang dia mahu pergi.

Datin Sri Zaharah sedih. Dia mengharapkan untuk Adara ada. At least sampai Zafran bangun. Biar Zafran tengok keadaan Adara dengan mata kepalanya sendiri.

Tapi Datin Sri Zaharah juga tidak mahu menghalang Adara. Kesalahan yang Zafran buat agak berat. Agak susah bagi Adara untuk memaafkan Zafran. Datin Sri Zaharah tahu itu.

"Ha ya lah. Ibu keluar dulu." Puan Karina terus keluar dari bilik wad itu.

Adara terus memandang Zafran yang ada di katil sebelah. Dengan perlahan, dia berjalan ke arah Zafran.

Dia merenung keadaan Zafran yang masih tidak sedarkan diri itu. Dia mencapai tangan Zafran dan menggenggam tangan itu.

"Terima kasih sebab dah datang selamatkan saya. Terima kasih sebab dah teman saya muntah walaupun sekali je." Air mata Adara jatuh. Akhirnya, salah satu angannya tercapai. Dia ingin suaminya teman dia kalau dia muntah-muntah kerana alahan.

"Awak nak tahu? Saya selalu dengar kata-kata kalau kita ada jodoh, pergi lah mana sekalipun, Allah tetap akan pertemukan kita. Kalau kita takda jodoh, sekuat mana kita pertahankan, pasti akan terlerai juga." Air mata Adara galak jatuh.

"Sekarang ni saya nak pegang dengan kata-kata itu. Bagi saya jaga hati saya pula. Kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita juga. Kalau kita takda jodoh, ada yang lagi baik menanti kita. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih sebab dah jadi suami saya." Adara tundukkan badannya dan mengucup lama dahi Zafran.

"Saya janji saya akan jaga anak kita baik-baik. Saya harap awak dapat jaga diri awak." Adara nampak jari Zafran bergerak.

"Saya pergi dulu awak." Adara terus berlari keluar sebelum Zafran sedar akan kehadirannya disitu.

"Aduh!" Adara terbentes kaki katil Zafran. Nasib baik tak terjatuh.

**********

Done! Thank you! Sorry chapter harini pendek.

Chapter seterusnya akan sakit bagi Zafran huhuhu

Kalau suka, vote dan komen ya.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

662K 11K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...
141K 4.7K 31
Dhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi s...
THE QUITTER By CikNaweeeee

Mystery / Thriller

141K 11.6K 50
"Don't be such a baby, Ariana. Big girls don't cry"
918K 29.9K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...