Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 43

25K 1.2K 357
By farahnotfara

5 bulan kemudian....

Adara berjalan menuju ke keretanya setelah keluar dari bangunan gah itu. Bangunan The Vega. Tempat dia bekerja. Sekarang sudah tiba waktu pulang. Dah petang dah pun.

Sampai di keretanya, Adara terus masuk ke dalam. Belum sempat tangannya menutup pintu, bunyi notification telefon Adara membuatkannya lihat telefonnya sekejap. Sambil perlahan-lahan tangannya menarik pintu kereta untuk ditutup.

Di notification telefonnya memberitahu bahawa seseorang telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun banknya. Zafran. Zafran yang masukkan.

Sejak lima bulan telah berlalu, Zafran memang tak pernah putus untuk beri nafkah zahir buatnya. Setiap bulan mesti dapat. Kadang-kadang baru dua minggu, dapat lagi. Tetapi, Adara tak guna pun duit itu. Rasa tak layak. Biar jelah.

Kejadian lima bulan lepas adalah kali terakhir buat Adara berjumpa Zafran. Sekarang Adara sudah tidak kisah. Dia sudah dapat terima semua ini. Mungkin jodoh dia dan Zafran hanya sampai sini sahaja. Adara redha.

Baru Adara ingin meletakkan beg tangan di kerusi penumpang sebelah, dia ternampak sejambak bunga ros. Sama. Macam sebelum ini. Masuk kalini, sudah empat kali Adara menerima bunga ini sejak dia pergi dari Zafran.

Macam biasa, Adara ambil bunga itu dan membuang bunga itu ke dalam tong sampah. Meluat dah terima benda sama. Benda sama juga dia perlu beritahu pada Tuan Syarif. Tak tahu lah selicik mana orang ini, sampaikan masih sekarang pihak polis tidak dapat tangkap penjahat ini.

Selepas itu, Adara terus masuk semula ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah.

"Assalamualaikum!" Adara masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.

"Waalaikumussalam. Anak ibu dah balik?" Respon Puan Karina dengan suara lembut.

"Hehe dah. Mana ayah, bu?" Adara melabuhkan duduk di sebelah Puan Karina yang sedang melipat baju di ruang tamu.

"Ngeteh dengan kawan-kawan lah. Macam biasa." Puan Karina jawab.

"Pehhhh tak ajak!" Balas Adara sambil mengusap perutnya.

Puan Karina pandang Adara sambil tersenyum manis.

"Harini okay tak kerja? Mengidam apa-apa tak?"

"Okay je alhamdulillah bu. Harini belum mengidam apa-apa lagi." Adara sengih lalu memandang perutnya yang sedikit buncit itu.

Adara mengandung. Sejak dia pergi, Adara memang terus balik Johor. Rumah keluarganya. Waktu permulaan, Adara banyak terkurung dalam bilik hanya menangis dan termenung. Sampai Encik Hishamuddin terpaksa memarahi anaknya. Sakit hati ayahnya melihat anaknya menyiksa diri sebegitu sekali. Adara sampai pernah tak mandi langsung, duduk dalam bilik gelap, tidak menjamah sedikit pun makanan.

Adara hanya akan keluar bilik dan mandi apabila dia perlu pergi ke tempat kerja. Itu pun lesu sahaja. Tak tahu lah macam mana reaksi orang di tempat kerja itu apabila melihat Adara buat kali pertama.

Sampai satu masa, Adara jatuh pengsan. Terus Abang Aqil pergi bawa Adara ke unit kecemasan hospital. Risau, ingatkan Adara ada telan pil yang mendatangkan kesan buruk pada diri.

Tahu-tahu, doktor mengesahkan bahawa Adara mengandung. Waktu itu, Adara terkejut. Dia tak sangka dia akan mengandung pada waktu macam ni. Pada waktu yang dia belum bersedia. Dia menangis. Menangis semahunya kerana tidak mahu anak ini. Adara sangka, kewujudan anak ini hanya akan menyakitkan Adara lagi.

Adara terus menyiksa dirinya lagi. Dia tidak peduli akan kandungan itu. Dia tidak makan makanan yang berkhasiat, tidak minum susu, tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.

Encik Hishamuddin terpaksa marah anaknya lagi. Berbuih mulut Encik Hishamuddin menasihati anaknya. Tak sangka, sekeras itu kepala dan hati Adara. Seperti batu sahaja Adara di rumah itu.

"Ad, tolong lah jangan jadi macam ni, nak. Adara kuat. Adara kan ada Allah. Setiap ujian yang Allah bagi pada kita, itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Allah nak kita kembali pada Dia. Allah rindu Adara. Sebab itu Allah beri ujian ini pada Adara."

"Anakku, ingatlah cinta kepada manusia tidak menjamin apa-apa nak. Allah ada. Letaklah harapan pada Allah, jangan lah letak harapan pada manusia."

"Anak ayah kuat. Anak ayah nak jadi seorang ibu dah. Jaga lah amanah ini, nak. Jangan siksa dia, ya?"

Kata-kata itu telah menyedarkan Adara dari tidur lamanya. Dengan perlahan dan dorongan dari ibu bapanya, Adara mula bergerak mengubah dirinya sedikit demi sedikit. Adara mula terima anak dalam kandungannya. Adara mula bercakap, Adara mula senyum, Adara mula gelak.

"Ad pergi masuk bilik bersihkan diri. Nanti kita makan malam sama-sama ya?" Puan Karina berkata.

"Terima kasih ibu."

*********

Di pejabat, walaupun sudah masuk waktu malam, Zafran masih tidak berganjak dari meja kerjanya. Dia membiarkan dirinya tenggelam dalam timbunan kerja yang memang takkan habis sampai bila-bila.

Sejak dirinya melepaskan Adara pergi, macam tulah keadaannya. Biarkan diri sibuk dengan kerja. Bersengkang mata menghadap skrin laptop, ipad dan telefonnya.

Berhenti seketika, Zafran bersandar sekejap di kerusinya. Sambil itu dia melipat jarinya sampai berbunyi. Matanya menatap langit gelap di luar bangunan ini.

Zafran capai telefonnya lalu terus buka gallery. Kebiasaan buat dirinya sejak Adara pergi meninggalkan dirinya. Dia menilik satu-satu gambar dalam album yang memang dia khaskan buat seseorang yang dia sayang dan rindu. Album itu diletakkan nama 'Buah Hati'.

Sekejap senyum, sekejap gelak, sekejap muram semula. Itulah reaksi Zafran setiap kali dia menilik gambar-gambar itu. Gambar isterinya. Gambar Adara Sumayyah. Sebelum ini, Zafran memang banyak kali menangkap gambar Adara senyap-senyap sekiranya mereka meluangkan masa bersama. Ada gambar yang dia dapat dari Danish, bodyguard Adara.

Zafran tahu tentang keberadaan Adara sekarang. Dia tahu dimana Adara bekerja, dia tahu dimana Adara tinggal. Dia juga tahu dia bakal menimang cahaya mata. Anaknya yang ketiga.

Danish ada di Johor bagi memantau keadaan Adara disana. Zafran yang minta. Danish siap kata, kalau Zafran tak minta pun, memang dia ingin mengawasi Adara macam biasa di sana.

Sejak Adara pergi, pernah juga Zafran dan Danish bergaduh macam budak-budak. Danish je yang bergaduh dengan bos dia sendiri. Ini kerana, Zafran pada mulanya bengang dengan Danish kerana tidak memberitahunya tentang keadaan Dian. Hanya Danish tahu Zafran ada dengan Adara waktu itu.

Danish pula marah Zafran kerana biarkan Adara pergi. Dia juga siap bertepuk tangan pada Zafran ketika mendapat tahu Adara sedang mengandung.

"Padan muka kau! Ikutkan sangat hati tu. Kau tengok lah nanti, mesti Adara benci gila dengan kau."

Itulah apa yang dikatakan oleh Danish pada Zafran tempoh lalu. Danish juga sempat beri tazkirah pada Zafran.

"Kau ni benak tahu tak? Dah ajal Dian, memang lah dia pergi. Eh sakit dia serang waktu tu hanya asbab tahu tak? Kalau kau ada dengan arwah sekali pun, kalau dah ajal dia, memang dia pergi. Sekarang kau salahkan Adara pula? Aku tak tahu level benak kau ni dah sampai skala mana. Risau aku dengan kau ni. Ha memang eloklah tu Adara bawa pergi diri dia dari kau. Dia agaknya penat nak hadap benak suami dia ni."

Sejak itu, sempat juga lah Zafran merajuk dengan Danish. Mana taknya, asyik diserang dengan kata-kata sinis sahaja. Tak membantu langsung. Tak masuk lagi waktu Datin Sri Zaharah yang bertazkirah. Tak masuk lagi Hakim yang beri tazkirah. Memang berdas-das lah Zafran kena waktu itu. Sepanjang masa memang dia rasa seperti pesalah yang membuat jenayah besar.

Selepas di beri tazkirah, Zafran mula berubah. Dia mula rindu Adara. Dia mula menyesali dengan kata-kata yang dia lemparkan waktu lima bulan lalu. Salah dia kerana dia tidak sedar langsung waktu itu. Hatinya sakit sampai dia lupa bahawa hati Adara juga sakit. Dia lupa arwah Dian juga adalah kawan baik Adara. Bukan dia seorang yang rasa kehilangan arwah Dian.

"Zafran." Zafran terkejut dengan suara itu. Dia sibuk berada dalam dunianya, tahu-tahu ada orang menegurnya.

"Danish." Danish yang masuk ke dalam bilik pejabat Zafran. Harini Danish tiada di Johor. Dia ada urusan yang tidak dapat dia elakkan di Kuala Lumpur ini.

"Kau memang nak bertapa ke dalam pejabat kau ni?" Danish mula berkata selepas melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Zafran.

"Nanti lah kejap. Ada kerja ni lagi sikit." Zafran menghela nafas.

"Kerja memang takkan pernah habis, Zaf. Pergilah balik. Layan anak-anak kau tu." Danish sempat memberi kata-kata khidmat masyarakat pada Zafran. Macam biasa.

"Bila kau balik Johor semula? Kau tak boleh lama sangat. Adara tu takda siapa jaga. Aku risau." Zafran mengabaikan kata-kata Danish.

"Eh eh dia ni. Aku baru sampai sini, dah suruh aku balik semula. Kau suami, kau pergilah jaga isteri kau tu." Danish menjeling Zafran.

"Kau tahu kan aku tak boleh jumpa dia waktu macam ni. Dia benci aku. Aku tak nak dia stress bila aku ada dengan dia. Dia kan tengah pregnant." Zafran meraup wajahnya. Kalau ikut perangai jahatnya, nak aje dia culik Adara lalu bawa balik ke Kuala Lumpur semula. Tapi dia tak nak Adara makin benci dengan diri dia.

"Nasib kau lah. Itu lah bahagian kau. Kau kena hadap lah. Sendiri buat, sendiri tanggung lah. Eh Zaf, kau tahu, makin lama kau tangguh kata maaf kau tu, aku risau je Adara tu tawar hati dengan kau." Danish membalas kata-kata Zafran.

"Kau kena lah usaha ambil balik hati dia. Dia maki kau ke, terajang kau ke, sepak kau ke, kau kena terima jelah. Balasan kau lah tu." Selamba Danish memanaskan hati Zafran.

"Kalau dia tuntut cerai dengan aku macam mana? Aku tak nak lepaskan dia."

"Kau ni, jangan lah fikir sampai macam tu sekali. Kau kena ingat, ada jodoh kau dengan Adara, ada lah. Kalau tiada, kau simpan lah dia macam mana pun, dia memang akan pergi. Kau kena bagi dia rasa bahagia dia juga, Zaf."

"Eh dahlah! Sejak kau tersakiti ni, aku asyik kena tazkirah kau je. Aku ni yang tak beristeri lagi macam mana ni? Aku ni sampai tahap kena google tahu tak nak bagi kau kata-kata semangat apa lagi." Danish mengurut dahinya. Sakit kepala dia layan pasangan suami isteri ni.

"Alah kau ni, macam tak biasa." Zafran mula kemas barangnya. Nak balik dah.

"Ha ni lagi satu, aku rasa ada baiknya kau cepat-cepatlah pujuk Adara balik semula kesini. Aku risau lah stalker dia tu. Aku yakin dia ada dekat dengan Adara." Selepas memberikan kata itu, Danish melangkah keluar dari bilik pejabat Zafran.

"Haih, ni lagi satu bala. Bila lah kau nak masuk ke dalam ni." Terduduk semula Zafran mendengar kata-kata itu. Penat. Isterinya dah lah tengah mengandung. Dalam bahaya pula tu.

*********

XXX's POV

"Sampai hati sayang saya buang bunga tu." Aku mencebikkan mulutku. Acah nak menangis.

"Ah, rindunya sayang saya ni. Lama tak jumpa kan? Mesti Adara rindu aku."

"Duduk dalam hospital bodoh tu buat sakit otak aku je. Kena hadap nurse-nurse bodoh. Doktor bodoh. Semua bodoh!" Aku mula menyedut rokok dijariku.

"Mana ada aku sakit. Aku tak sakit! Aku tak gila! Bodoh punya bapak! Pergi sumbat aku dalam hospital gila tu."

Aku mula bersandar di balkoni bilikku.

"Ah tak sabarnya nak dapat awak, Adara. Sekejap je lagi, awak akan jadi milik saya. Kita akan hidup bahagia bersama."

"Tapi..." Tubir mataku mula berair. Tinggal nak jatuh sahaja.

"Kenapa sayang saya mengandung? Kenapa jantan bodoh bebal tu dah sentuh sayang? Kenapa sayang bagi dia sentuh sayang?!"  Aku masuk semula ke dalam bilikku dan mengambil sekeping gambar Adara.

"KENAPA KAU BAGI DIA SENTUH KAU?! KAU TU MILIK AKU! PATUTNYA AKU YANG AMBIL DARA KAU! BUKAN JANTAN TU! BUKAN LELAKI LAIN!!" Mataku merah. Aku mencapai pisau lalu mencucuk-cucuk gambar Adara hingga terkoyak.

"Patutnya aku yang mengandungkan kau, sayang. Patutnya aku yang jadi ayah buat anak-anak kita."

"Tapi takpa, aku boleh bunuh anak tu. Aku tak nak anak tu. Jadi, kalau sayang nak anak lagi, bagitahu je. Nanti aku bagi, okay?" Aku mula menilik semula gambar yang sudah terkoyak itu.

"Oh no.... macam mana boleh terkoyak ni?"

"Kesian sayang saya." Aku mula menangis menatap gambar yang sudah terkoyak itu.

"Takpa, aku ada banyak lagi gambar sayang." Aku mula tersengih-sengih.

"Sekejap je lagi, kau akan jadi milik aku sayang. Selamanya. Tapi, bagi aku bunuh dulu suami bodoh kau ya sayang? Sebab dia dah sakiti kau."

"Lepastu, baru kita boleh hidup bahagia!"

*********

"Baba, bila mama nak balik?" Eiman yang sedang duduk di riba Zafran mula tanyakan soalan itu.

"Nantilah, Ayyad kena bagi masa dekat mama dulu okay?" Zafran berkata sambil mengusap kepala Eiman.

Malam ni Eiman tak boleh tidur. Jadi Zafran kena temankan Eiman sampai dia tertidur.

"Baba lah ni! Marah-marah mama sampai mama merajuk!" Eiman marah Zafran.

Ya, mama itu adalah Adara. Zafran yang minta Eiman menukar panggilan itu. Katanya tak payah panggil aunty dah. Panggil mama.

"Ya, salah baba. Tapi baba tengah nak pujuk mama lah ni. Ayyad kena lah support baba eh?"

"Tak nak. Baba support lah diri baba sorang-sorang."

"Sampai hati Ayyad." Zafran buat muka sedih.

"Tak kesian pun." Eiman memeluk tubuhnya.

"Baba, Ayyad rindu ibu." Eiman mula menyembamkan wajahnya di dada Zafran.

"Sayang, kan baba dah ajar. Kalau rindu ibu kena buat apa?" Zafran berkata perlahan sambil menahan sebak di dada.

"Bacakan doa untuk ibu." Perlahan Eiman menjawab.

"Good boy." Zafran mengucup ubun-ubun kepala Eiman.

Selepas menidurkan Eiman, Zafran melangkah masuk semula ke biliknya. Dia duduk di katilnya sambil memandang langit gelap diluar sebalik sliding door itu.

"Dian, anak kita rindu awak." Zafran mengukirkan senyuman nipis.

Zafran membuka laci di sebelahnya lalu mengeluarkan sepucuk surat. Surat yang tak tahu sudah keberapa kali dia membacanya.

Kepada: Suami tercinta saya, Zafran Idrees.

Assalamualaikum abang. Mungkin ini adalah kata salam yang terakhir dari Dian buat abang. Abang, walaupun kedengaran cliche, tetap Dian nak katakan juga. Waktu abang baca surat ni, mesti Dian sudah tiada disisi abang, kan?

Abang, jangan pernah salahkan diri abang. Tolong. Tolong jangan pernah salahkan diri abang. Tolong jangan pernah salahkan Adara. Tolong jangan pernah salahkan sesiapa.
Ajal Dian sudah sampai, Dian kena pergi. Allah dah panggil Dian. Abang tahu kan, semua yang hidup pasti akan mati?

Suamiku, ketahuilah, awak adalah suami terhebat saya. Awak hebat. Jangan lupa itu. Abang boleh. Abang boleh hadapi semua ini. Abang boleh hidup tanpa Dian. Dian percayakan abang. Dian percayakan cinta kita.

Abang, cintailah Adara. Adara juga isteri abang. Jangan abaikan dia. Abang sayangkan Adara, Adara juga sayangkan abang. Dian tidak kisah, abang. Dian redha. Mungkin memang sampai sini sahaja kisah cinta kita.

Abang, jangan abaikan anak-anak kita. Jagalah mereka. Amanah abang di dunia dan di akhirat. Bukti cinta kita. Penat Dian mengandungkan mereka sembilan bulan 10 hari. Penat Dian meneran keluar anak-anak kita. Hehe. Jaga Ayyad dan Nana, okay abang? Didik mereka supaya mereka menjadi anak soleh dan solehah.

Abang, Dian nak minta tolong boleh? Tolong jagakan mama Dian boleh? Kesian mama dah sorang-sorang. Dian percaya abang boleh tolong jaga mama. Suami sayang kan anak yang baik.

Abang, Dian tak pernah lupa segala perjalanan yang telah kita hadapi. Dari mula pekenalan kita, sampailah kita ke jenjang pelamin. Sampai kita ada Ayyad dan Nana.

Abang, terima kasih untuk semuanya. Terima kasih kerana sudi terima sayang sebagai isteri abang. Terima kasih sebab sudah sudi jaga sayang. Terima kasih atas segala kasih dan sayang yang abang sudah curahkan buat sayang sehingga akhir nafas ini.

Halalkan segala makan minum sayang. Halalkan segala masa dan waktu yang abang telah luangkan untuk berada di sisi sayang selama ni.

Dian tak nak abang keseorangan. Dian tak nak abang terus salahkan diri abang. Dian tak nak anak-anak kita putus kasih sayang ibu. Jadi,

Dian lepaskan cinta kita pergi. Abang pergilah kejar cinta sejati abang dengan Adara. Isteri abang. Isteri terakhir abang. Jagalah Adara abang. Sampaikan salam sayang saya pada Adara, ya abang?

Dian pergi dulu...

"Allahuakbar Dian...." Zafran menekup surat itu di wajahnya. Tangisan yang ditahan, terhambur juga.

"Allah...."

"Allah...."

"Dian doakan abang ya? Doakan supaya Adara tak marahkan abang lama sangat." Zafran tergelak kecil.

**********

Okay, itu sahaja untuk kalini. Korang, saya minta maaf tau kalau macam hambar. Saya pun tak tahu lah kenapa. Saya macam dah takde hati. Tapi saya sayang cerita ni. Sayang kalau saya stop tengah jalan.

Jadi, doakan saya ya? At least sampai saya dapat selesaikan cerita ni secepat mungkin. Terima kasih semua.

Kalau suka, vote dan komen ya.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

141K 4.7K 31
Dhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi s...
85.9K 2.8K 41
Pertemuan yang tidak disengajakan, Takdir ataupun kebetulan telah menemukan Adryna Sofea Azkayra dengan Adryan Hafidz Akmal. Setiap kali pertemuan me...
49.1K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
EVERISA By liz

Teen Fiction

112K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...