Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.7K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 40

20.4K 916 376
By farahnotfara

Tiga hari sudah berlalu, keadaan tiada apa yang berubah. Adara masih sama, termenung sahaja. Memikirkan apa yang dia perlu lakukan buat masa ini.

Amelia juga bingung dengan tingkah laku Adara sejak akhir ini. Banyak kali termenung, sudah tidak banyak cakap.

Kadang-kadang ada satu masa itu, Adara keluar bilik dengan
mata sembap. Setiap kali Amelia tanya kenapa, apa jadi pada Adara, Adara hanya akan jawab tidak ada apa.

Tapi Amelia tahu ada sesuatu yang berlaku antara Zafran dan Adara. Ini kerana, sudah dekat tiga kali Zafran datang ke rumah ini untuk berjumpa Adara. Tapi macam-macam alasan Adara beri semata-mata tidak mahu berjumpa dengan Zafran.

Adara pula, semua panggilan telefon dari Zafran memang dia tidak pernah jawab. Sama seperti segala mesej yang dia dapat dari Zafran. Adara hanya mengabaikannya. Zafran pernah cuba cari dia di rumah Amelia dan juga di 4C. Tapi Adara banyak kali mengelak. Dia tidak mahu berjumpa dengan Zafran buat masa sekarang. Dia masih kecewa. Biarlah Zafran duduk dengan Dian. Itu yang dia mahu. Adara mudahkan jalannya saja.

Malam ini, Adara termenung di atas katilnya. Sambil duduk memeluk lututnya. Dia sedang fikir apa yang dia harus lakukan. Resume dia sudah hantar. Tinggal dipanggil untuk sesi interview saja.

Kali ini Adara tekad. Dia mahu mengundurkan diri. Mungkin Zafran memang bukan jodohnya. Dia penat. Dia sudah penat menangis. Dia sudah penat letak harapan tinggi pada hubungan dia dan Zafran. Dia menyesal kerana pernah meletakkan harapan bahawa hubungan dia dan Zafran boleh kekal selamanya.

Zafran sangat menyayangi Dian. Adara tak sanggup menjadi orang ketiga antara mereka berdua. Jadi, eloklah jika Adara saja yang mengundurkan diri. Takpa, hidup sorang-sorang pun takpa. Adara boleh.

Adara pandang telefonnya yang baru sahaja berdering. Zafran telefonnya. Sekali, Adara biar tidak menjawab. Sekali lagi, Zafran telefon. Dengan teragak, Adara capai telefonnya. Dia masih berbelah bagi, patutkah dia mengangkat panggilan ini?

Dengan lambat, Adara angkat panggilan itu.

"Adara, thank God! Kau angkat juga." Kedengaran suara Zafran sangat lega. Bersyukur akhirnya isterinya angkat panggilannya.

"Adara?" Dengan lembut Zafran panggil.

Adara masih diam. Air matanya bergenang. Sejujurnya, di dalam sudut hatinya, dia masih sayang akan Zafran. Rindu. Dia sangat rindukan Zafran. Dia rindu untuk dengar suara itu. Tapi Adara sedar Zafran bukan untuknya. Zafran hanya untuk Dian.

"Adara, aku tahu aku salah. Aku minta maaf. Aku tahu kalau aku bagi alasan apa pun, kau memang tak nak dengar dah. But please, jangan diam macam ni. Jangan mengelak macam ni. Marahlah aku, Adara." Sayu suara Zafran bercakap dengan Adara.

Zafran sedar kenapa Adara tidak mengendahkannya sejak akhir ini. Dia nampak Adara di mall haritu. Dia tahu dia salah. Dia telah menipu Adara. Kerana Dian. Zafran tak tahu kenapa waktu itu tiba-tiba sahaja Dian mahu lunch bersamanya. Zafran serba salah. Dian banyak kali mengungkit 'mungkin ini kali terakhir'. Zafran tak tahu apa perlu dia lakukan.

Zafran tahu dia lemah. Dia lemah sehingga dia terpaksa melukakan hati Adara. Dia tahu Adara kecewa dengannya.

"Adara, please say something. I miss hearing your voice." Rintih suara Zafran di telinga Adara telah membuatkan air mata Adara jatuh.

Kenapa kita macam ni, Zafran? Kenapa semua begitu tak kena bagi kita? Begitu tidak sesuai kah kita sampaikan alam semesta pun tidak mahukan kita bersama?

"Zafran." Dengan lembut Adara panggil Zafran.

"Yes baby, tell me something. Cakap je apa-apa. Aku dengar."

"Boleh awak pinjamkan masa awak, 24 jam untuk saya? 24 jam saja saya minta." Serentak itu, banyak air mata Adara mengalir jatuh.

"24 jam? Aku boleh bagi semua masa aku dekat kau, Adara." Zafran menjawab.

Adara geleng kepala. Tidak. Kalini dia tidak mahu tertipu lagi. Cukup lah sebelum ni saja.

"24 jam je kalini saya minta. Boleh awak bagi masa 24 jam awak untuk saya? Tanpa memikirkan hal lain. Saya minta awak ada untuk saya je dalam masa 24 jam." Untuk kalini saja, bagilah Adara berharap.

"Kenapa 24 jam je? Aku boleh bagi lebih dari tu, Adara. Please jangan macam ni. Kau nak bila? Sekarang pun aku boleh jumpa kau. Kita balik rumah kita nak? Aku ambil kau sekarang."

"Tak, jangan Zafran. Saya tak nak sekarang. Bila awak rasa awak boleh biarkan Dian keseorangan dalam masa 24 jam, awak datang jumpa saya."

"Adara...."

"Saya minta 24 jam saja. Spend time dengan saya buat kali terakhir. Tanpa memikirkan sesiapa. Fikirkan tentang saya saja. Lepas itu, saya takkan kacau awak dah. Saya takkan tuntut hak saya sebagai seorang isteri awak. Saya akan pergi."

Selesai berkata itu, terus Adara tutup telefonnya. Terus dia menghamburkan tangisannya yang selama ini ditahan.

Kenapa semua ni jadi dekat saya? Apa salah saya? Jahat sangat ke saya? Kenapa tiada siapa boleh terima saya? Saya tak cantik ke?

Kenapa saya tak boleh dapat orang yang saya sendiri sayang? Kenapa dia mesti pergi? Kenapa dia mesti sayang orang lain? Kenapa saya hanya pilihan kedua?

Tidak layakkah saya untuk disayangi?

Kenapa Allah pertemukan kita hanya untuk menyakiti saya saja?

*********

Zafran pandang telefonnya. Bibirnya menggeletar menahan tangisan. Bibirnya diketap. Tersekat nafasnya. Akhirnya setelah ditahan, air mata jatuh jua. Setitis, dua titis, banyak titis air matanya jatuh setelah mendengar permintaan dari Adara.

Hatinya sakit. Hancur. Remuk. Kenapa? Aku nak Adara. Salah ke aku? Aku memang tak boleh memiliki keduanya? Ini ke apa yang Allah nak tunjuk padaku? Allah ingin menguji kesetiaanku pada Dian?

Adara, aku minta maaf. Zafran minta maaf. Kalau Zafran tidak biarkan semua ini terjadi, mesti Adara takkan sakit macam ni. Kejamnya aku. Sanggup aku buat dia macam ni.

'Ingat Zaf, kita ada Allah. Mengadulah pada dia. Menangis lah. Luahkan semua.'

Seketika, Zafran tersedar. Ya, aku ada Allah. Allah tahu apa yang baik untuk aku. Aku kena yakin dengan ketentuan dia.

Zafran terus bangun dan menuju ke bilik air di dalam bilik kerja nya.

Selepas itu, Zafran tenggelam dalam melakukan solat sunatnya. Bacaannya lambat. Ini kerana hatinya sebak. Rasa bersalah.

Kenapa bila aku susah, baru aku cari Dia?

Macam-macam nikmat Allah kurniakan pada aku. Allah memberi aku peluang untuk bernafas itu adalah satu nikmat yang besar. Tapi aku? Aku abaikan segala nikmat itu, dan aku tenggelam dengan dunia.

Bila aku susah, baru aku cari Dia. Teruknya aku.

Ampuni aku, Ya Allah. Pinjamkan lah aku sedikit kekuatan untuk menghadapi semua ini. Berikanlah aku petunjuk.

*********

Pada keesokan harinya, di hospital, disini Dian berjumpa dengan doktor yang selama ini merawatnya.

Tidak, dia tidak datang untuk menerima rawatan yang memeritkan seperti selama ini dia terima. Dia ingin berjumpa dengan Doktor Syifa. Ada benda yang ingin dia katakan.

Dia datang ke hospital ini juga tanpa kebenaran Zafran. Zafran tidak tahu yang dia datang ke hospital ini. Kalau ikutkan, setiap kali Dian menerima rawatan, memang Zafran temankannya.

Kerana itulah Dian tidak mahu memberitahu Zafran bahawa dia ingin ke hospital. Takut Zafran ingin menemaninya seperti selama ini.

"Dian?" Doktor Syifa yang baru selesai dengan urusannya datang menegur Dian yang sedang duduk di kerusi yang disediakan di hadapan biliknya.

"Doktor?"

"Marilah masuk ke bilik saya." Doktor Syifa sempat melemparkan senyumannya.

Dian bangun selepas capai beg tangannya dan berjalan mengikuti langkah Doktor Syifa.

"Dian nak cakap apa?" Doktor Syifa tanya selepas mereka berdua sudah melabuhkan duduk.

"Saya nak cakap sikit dengan doktor tentang sakit saya." Perlahan pertuturan Dian pada doktornya. Takut jika permintaannya ditolak.

"Ya? Kenapa tu? Dian nak tahu perkembangannya ke?"

"Tak, doktor."

"Jadi?"

"Saya ada satu permintaan. Saya harap doktor boleh pertimbangkannya." Dian menatap sayu pada wajah Doktor Syifa.

"Apa dia tu? InshaAllah saya boleh pertimbangkan."

Dian menarik dalam nafasnya. Dia yakin dengan keputusannya kalini. Biarlah dia menebus salah silapnya selama ini. Dengan melakukan cara ini sahaja.

"Saya nak stop lakukan rawatan ini."

"Tapi kenapa, Dian? Kesihatan awak membaik. Kalau awak berhenti tiba-tiba, ini boleh menjejaskan kesihatan awak sendiri." Doktor Syifa sudah kerisauan. Kenapa? Kalau nak kata masalah kewangan, Doktor Syifa tidak rasa itu sebabnya. Tuan Zafran sudah lebih dari mampu untuk tanggung semua kos ini.

"Saya nak betulkan kesilapan saya sebelum ini. Dengan cara ini sahaja, doktor."

"Saya tak faham."

"Doktor tak perlu faham. Cukup lah doktor tahu, kesilapan saya ini sudah buat banyak hati terluka." Dian menundukkan wajahnya.

"Tapi tak boleh dengan cara macam ni, Dian. Awak kuat. Awak boleh lawan sakit ini, Dian." Doktor Syifa masih cuba memujuk Dian.

"Tak, doktor. Saya tak kuat. Saya dah tak nak menyusahkan sesiapa lagi. Jadi, doktor tolong izinkan saya. Saya tak nak teruskan rawatan ini." Dian menatap wajah Doktor Syifa. Berharap agar Doktor Syifa memahaminya.

"Tapi apa perlu saya katakan pada Tuan Zafran dan Puan Hasya. Suami dan mama Dian?"

"Doktor tak perlu katakan apa-apa. Doktor beritahu saja yang keadaan kesihatan saya masih sama sahaja."

Doktor Syifa diam tidak menjawab.

"Tolong, doktor. Hanya doktor saja boleh tolong saya. Saya tidak kuat, doktor. Sakit ini semakin lama memakan diri saya sendiri."

"Dian yakin dengan keputusan Dian? Dian tak fikir perasaan suami Dian? Mama Dian? Anak-anak Dian?"

"Saya yakin, doktor. Soal mereka, doktor jangan risau. Saya tahu apa yang saya buat."

Doktor Syifa menghela nafasnya. Tangannya naik mengurut dahinya. Pening. Berat permintaan Dian. Pesakitnya. Dia lah doktor yang selama ini merawat Dian. Doktor mana yang ingin melihat pesakitnya tewas dengan sakit mereka sendiri.

"Saya cuma nak rehat saja, doktor. Saya sudah penat. Cukuplah kesilapan yang saya buat ini telah menjerat diri saya sendiri."

"Awaklah pesakit terbaik saya, Dian. Pada mulanya, awak sanggup hadapi semua ini untuk suami dan anak-anak awak. Saya tak tahu apa yang awak hadapi sekarang sampai buat awak bertindak seperti ini, tapi saya harap, awak kuat. Sentiasa kuat. Saya doakan yang terbaik untuk awak." Doktor Syifa bangun dan berjalan menuju ke arah Dian.

Dian juga bangun dan memeluk tubuh Doktor Syifa.

"Terima kasih, doktor. Terima kasih sebab selama ini sudah merawat saya."

"Bila waktu awak ubah fikiran awak, datanglah jumpa saya. Saya sentiasa sedia nak merawat awak, Dian." Doktor Syifa mengusap belakang badan Dian.

*********

"Kak Dira." Adara menegur Kak Dira setelah masuk ke dalam biliknya.

"Ad. Masuklah. Meh duduk." Kak Dira mempelawa Adara masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Ad nak cakap apa?" Kak Dira menyoal Adara. Kak Dira menghentikan sekejap urusannya. Nak beri fokus pada Adara terlebih dahulu.

"Esok Ad nak pergi interview kerja."

"Ad dah ready?" Kak Dira soal Adara. Adara mengangkat bahunya. Tak tahulah. Dia tak rasa dia boleh buat. Dengan fikirannya yang bercelaru.

"Ad pun tak tahu."

"Akak yakin lah dengan Ad. Mesti Ad boleh punya." Kak Dira bagi kata-kata semangat pada Adara.

Adara senyum sekilas.

"Company mana yang panggil interview ni?" Kak Dira soal.

"Company The Vega tu. Yang Ad nak sangat tu." Adara jawab. Memang dia nak sangat company tu kerana selain di Kuala Lumpur, company itu mempunyai cawangan di Johor.

Adara fikir, jika diberi peluang, dia mahu apply di cawangan Johor. Tapi tak tahu lah. Tengok lah macam mana nanti.

"Ad tahu kan pintu 4C ni sentiasa terbuka untuk Ad bila-bila masa saja." Kak Dira senyum.

Adara angguk. Dia tahu, tapi kalini biarlah dia pergi. Terlalu banyak benda yang terjadi dalam masa sesingkat ini. Di 4C ni juga, banyak kenangannya dengan Zafran. Selain dengan Zafran, banyak juga kenangannya dengan arwah Insyirah, dengan Adam.

Adara tak rasa dia masih kuat untuk hadapi semua ini. Dia mahu berserah. Dia give up. Dia sudah tidak mahu pertahankan apa-apa lagi. Jadi, biarlah dia yang pergi.

"Akak sentiasa doakan yang terbaik buat Ad. InshaAllah, ada rezeki untuk Ad. Ingat, Allah sentiasa ada dengan kita. Jangan putus berdoa."

********

Pada keesokan harinya, seperti dijanjikan, hari ini Adara ada sesi interview. Dia bangun pagi dengan bersemangat. Tak nak nampak lesu. Nanti orang ingat Adara kena paksa bekerja.

"Kau dah ready, Ad?" Amelia soal Adara di meja makan. Adara kelihatan ceria. Cantik. Dengan persalinan formal nya. Dengan make up nipis nya. Seri wajahnya naik.

Harini Adara mengenakan kemeja putih yang tuck in dalam skirt hitamnya. Adara juga bawa blazernya. Tapi tak pakai dulu. Pakai bila sampai syarikat nanti.

"InshaAllah, ready dah. Doakan aku supaya aku tak gagap-gagap." Adara menjawab.

"Tak gagap punya. Aku tahu kau boleh. Doa banyak-banyak."
Adara angguk semangat kepalanya. Ya, dia boleh! Dia kena yakin dengan diri sendiri! Jangan sebab Zafran tolol tu, dia jadi tak berkeyakinan. Dia boleh! Dia nak teruskan hidup! Tak nak biar masalah cinta buat dia jatuh. Dia bukan perempuan lemah!

"YA! AKU BOLEH!" Adara menjerit semangat.

"ADARA BOLEH!!!" Amelia membalas. Menjerit sama.

Sampai di syarikat The Vega, keyakinan Adara merudum jatuh kembali. Besarnya company ni. Layak ke aku? Aku ni babysitter je. Hm. Perlu ke aku patah balik?

Muka Adara sayu. Kenapa ni? Gelabah sangat ni kenapa? Kau boleh, Adara. Kalau kau tak dapat, kau jotos je kepala interviewer tu, pastu kau larilah laju-laju. Pastu pergi 4C balik, kerja macam biasa. Buang yang keruh, ambil yang keruh lagi.

"Pergi jelah masuk." Adara toleh pada suara itu. Adara pelik. Orang sekelilingnya memang suka tegur tiba-tiba ke? Tak boleh ke sapa dulu?

"Danish? Buat apa kat sini?" Adara soal dengan muka berkerut pelik.

"Aku kan bodyguard kau."

"Oh haah. Lupa."

"Pergilah masuk. Dah pukul berapa ni." Danish mendesak Adara masuk.

"Takut lah weh. Aku rasa aku tak jadi lah." Adara mula pusing untuk patah balik.

"Kau jangan sampai aku patahkan kaki kau. Baik kau masuk." Danish ugut Adara.

"Kau ni kenapa? Takut lah sampai patah kaki kau nak buat. Ish!"

"Masuk jelah. Aku tahu kau boleh. Kau kan pandai. Mesti diorang ambil kau." Danish bagi kata-kata semangat pula.

Adara melepaskan keluhannya.

"Doakan aku Danish. Doa supaya aku tak gagap. Lepastu doa supaya aku dapat kerja ni."

"Ya, aku doakan kau. Sekarang ni, kau selawat banyak-banyak. Kau masuk sekarang." Danish tolak bahu Adara. Suruh Adara berjalan masuk.

"Tunggu aku Danish!"

********

Pada waktu malam, di meja makan, Zafran dan Dian hanya diam menikmati makanan mereka. Sejak apa yang terjadi pada 3 hari lepas, Zafran banyak mendiamkan diri. Dia rasa tersepit. Jadi, dia mengambil keputusan untuk diam.

Hanya suara Eiman dan Ellyna yang berbunyi di meja makan ini. Bertanya itu ini pada baba dan ibunya. Zafran dan Dian hanya respon pada anak mereka. Mereka tidak saling berbual.

"Baba, tadi aunty takda pun dekat school." Eiman mengeluarkan satu pernyataan pada Zafran.

"Haah, aunty ada hal tadi." Zafran respon mesra.

"Hal apa?" Eiman tanya lagi.

"Aunty pergi interview tadi." Zafran melayan saja pertanyaan anaknya.

"Interview? Apa tu?"

"Interview sebab aunty nak cari kerja baru. Nanti aunty tak work dekat situ dah, sayang." Zafran jawab lagi.

"Nanti aunty dah takda?" Muka Eiman bertukar sedih.

"Haah, tapi Ayyad jangan risau. Kalau Ayyad nak jumpa aunty, boleh je baba bawa." Zafran senyum.

"Mana abang tahu yang Ad nak tukar tempat kerja?" Dian pula bertanya.

"Tahulah. Adara yang beritahu abang. Lagipun, abang pasang bodyguard untuk Adara. Senang nak jaga dia dari jauh. Jadi abang tahu semua perihal Adara." Zafran jawab dingin.

"Kenapa abang pasang bodyguard untuk Adara?" Dian tanya lagi.

"Like I said, abang nak jaga Adara. Dari jauh. Nak jaga dekat-dekat tak boleh sebab Dian tak kasi." Zafran jawab dan terus bangun dan menuju ke arah sinki. Dia sudah habis makan.

"Bila masa Dian tak kasi abang jumpa Adara?" Dian tanya lagi sambil langkah laju mengejar Zafran.

"Bila masa? Dian tanya abang bila masa? Everytime Dian! Everytime abang nak jumpa Adara, macam-macam alasan Dian bagi. Bila abang tak boleh nak ikut kata Dian, Dian mengungkit. Kata mungkin ini kali terakhir. Ini mungkin kali terakhir! Dian buat abang rasa serba salah all the time!" Zafran jawab dengan suara yang ditahan-tahan.

"Oh kira selama ni abang hanya rasa serba salah? Sebab itu abang stay dengan Dian? Sebab rasa serba salah? Mana pergi sayang abang pada Dian?"

"Dian sendiri yang suruh abang berlaku adil! Dian lupa?"

"No! Bukan itu yang Dian nak tahu. Dian nak tahu, selama ni abang jaga Dian, stay dengan Dian sebab abang rasa serba salah?" Bergetar suara Dian melontarkan soalan itu. Air matanya bergenang.

"No Dian! Of course not! I do love you. I love Adara too. I love both of you! Can't you see?"

"Dian minta maaf. Dian salah. Dian salah buat keputusan. Hati Dian sakit." Air mata Dian menitis.

"Sekarang Dian nak abang fikir hati Dian lagi? Habistu hati abang? Pernah Dian fikir hati abang waktu Dian buat keputusan macam ni? Pernah Dian fikir hati Adara? Dian dah lukakan dua hati. Dian kena sedar tu." Habis berkata, terus Zafran berlalu pergi ingin menuju ke biliknya.

"Baba." Eiman dengan perlahan menegur ayahnya. Tetapi Zafran buat tak endah dan terus berjalan menuju ke biliknya.

"Ibu." Eiman terus peluk kaki ibunya.

"Sayang." Dian menjatuhkan badannya dan terus memeluk Eiman.

"Ibu, don't cry." Eiman menghapuskan air mata di wajah Dian.

"Tak sayang. Ibu tak menangis. See? Ibu smile. Ibu happy. Ibu tak cry." Dian cuba menyakinkan anaknya.

"Baba marah ibu." Eiman berkata perlahan.

"No sayang. Baba cuma tegur ibu. Sebab ibu buat silap. Baba sayang ibu. Baba sayang Ayyad. Baba sayang Nana. Baba sayang kita. Don't worry okay?" Dian senyum lalu memeluk Eiman.

"Nana, meh sini peluk ibu sayang."

Setelah selesai mengemas dapur, Dian terus naik ke bilik dia dan Zafran. Dia tak tahu apa perlu dia buat. Dia tahu dia salah. Dia silap. Dia tersilap cakap. Dia sudah terima semua ini. Dia sedar ini salah dia. Kesilapannya sendiri. Betul kata suaminya. Dia telah melukakan dua hati.

Masuk saja ke dalam bilik, Dian mendapati Zafran baru saja selesai melipat sejadah. Mesti Zafran baru selesai solat sunat. Zafran memang sudah rajin buat solat sunat sebelum tidur.

"Dian." Zafran menegur Dian lalu melabuhkan duduk di atas katil. Zafran mencabut kopiah putihnya lalu letak di meja laci sebelah katil.

"Meh sini." Zafran menepuk ruang sebelah di atas katil. Mengajak Dian duduk di sebelahnya.

Dian pun terus berjalan menuju ke arah Zafran dan melabuhkan duduk di sebelah Zafran seperti yang disuruh.

Zafran mencapai tangan Dian lalu mengucupnya lama.

"Abang minta maaf. Abang minta maaf sebab dah marah sayang. Abang tak sengaja." Zafran berkata sambil mengucup tangan Dian bertalu-talu.

"Abang tak salah. Ni salah Dian. Dian patut fikir perasaan abang dan Adara."

"Abang tak patut cakap macam tu dekat sayang. Depan anak-anak kita. Abang salah, abang minta maaf."

"Abang." Dian terus memeluk tubuh Zafran.

"Lepasni kalau abang nak pergi jumpa Adara, abang pergi je. Dian tak kisah. Dian minta maaf sebab selama ni abang nampak macam Dian halang abang. Dian cuma nak spend time dengan abang. Dian takut." Dian memejam rapat matanya.

"Sayang, abang yakin sayang akan sembuh. Abang nak kita terus hidup macam biasa. Dengan anak-anak kita. Sayang tak boleh fikir macam tu." Zafran berkata lembut pada Dian.

Menitis air mata Dian setelah mendengar kata-kata itu. Tak, abang. Dian dah tak boleh. Dian penat. Dian sakit sangat, abang. Dian minta maaf sebab tak dapat teruskan hidup macam mana yang abang nak.

"Dian sayang abang sangat-sangat." Perlahan Dian meluahkan rasa itu.

"Abang pun sayangkan Dian. Abang cintakan Dian. Dunia akhirat."

**********

Korang nampak tak? Korang dapat rasa tak? Part yg ditunggu tunggu bakal tiba HAHAHAH sedih pula saya hm.

Lagi satu, korang jangan lupa pasal stalker adara tau. HAHAHA risau eh terleka.

Kalau suka, vote dan komen ya!

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

29.6K 2.1K 26
IMAN | AIN Setiap perempuan di dunia ini menginginkan perkahwinan yang bahagia. Itu juga yang sering diimpikan oleh Nurul Ain. Namun siapa sangka pa...
405K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
52.1K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
EVERISA By liz

Teen Fiction

113K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...