Pilihan Kedua | C

Galing kay farahnotfara

1.2M 61.9K 10.9K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... Higit pa

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 34

18.2K 1K 264
Galing kay farahnotfara

Hi assalamualaikum semua! Hari ni saya update chapter 34! Yeay!

Sejujurnya saya cakap, SAYA CRINGE TULIS CHAPTER NI! AHHH!

Harap semua enjoy, bye huwaaaa

***********

Hari khamis, waktu zohor, Adara baru selesai menunaikan solat zohor. Adara duduk sebentar untuk berwirid dan berdoa. Harini Adara menunaikan solat di surau 4C. Macam biasa.

Period Adara dah tamat semalam jadi harini dia dapat menunaikan solat. Selesai berwirid, Adara bangun dan menanggalkan telekungnya dan lipat. Selesai itu, dia terus menyiapkan dirinya seperti biasa.

Sedang dia bersiap, Kak Dira masuk ke dalam surau. Adara hanya pandang. Kak Dira pandang Adara yang sedang memakai tudungnya.

"Ad, akak nak minta tolong boleh? Hehe." Adara pandang Kak Dira dan mendongakkan sikit kepalanya tanda tanya 'tolong apa?'.

"Belikan akak pisang goreng boleh?" Kak Dira meminta tolong.

"Duit?" Adara minta duit.

"Nah. Beli macam biasa tau. Kalau Ad nak tambah, tambah je apa-apa." Kak Dira berkata sambil menghulurkan sekeping wang kertas.

"Okay." Respon Adara dan mencapai beg nya.

"Ad pergi dulu." Adara mula meminta diri.

"Okay. Hati-hati tau. Baca bismillah. Kalau jadi apa-apa jerit kuat-kuat tau." Kak Dira sempat memberi pesan. Adara dah biasa. Memang itu yang Kak Dira selalu pesan kalau dia keluar ke mana-mana.

Adara terus berlalu ke keretanya. Nak pergi beli pisang goreng. Elok juga. Sebab dia pun tak makan lagi. Tadi tak keluar lunch. Malas.

Tiba-tiba Adara tepuk dahi. Lah patutlah aku tak pergi makan. Aku dengan Amelia puasa sunat harini. Haih. Nasib baik lah ingat awal. Kalau tak, mesti dah masuk mulut pisang goreng ni.

Sedang Adara beratur, dia disapa seseorang.

"Sofea?" Adara pandang Sofea yang pandang sinis terhadapnya. Adara nampak small baby bump Sofea. Sofea pregnant dah? Wow laju. Subur betul.

"Aku pregnant dah. Kau bila lagi?" Sofea dengan angkuhnya berkata sambil mengusap baby bump nya.

"Kalau ada rezeki, ada lah." Jawab Adara. Takkan dia nak jawab yang hubungan dia dengan Zafran tak lebih dari tu lagi? Mana boleh.

"Alah! Kalau kau pregnant pun, belum tentu Zafran nak lah anak tu. Dia tu nak anak dengan Dian je." Adara tergelak sinis. Sofea ni ingat bila dia cakap macam ni aku nak terasa ke? Heh! Lebih dari ni aku dah pernah rasa. Dia ingat aku akan sakit hati ke?

"Eh takda lah! Zafran akan suka punya. Dia sayang aku. Lagipun, nak buat apa pregnant awal-awal? Tak syok. Sekarang ni kitorang plan nak honeymoon dulu puas-puas." Habis kelentong, Adara diam. Ni kalau Zafran dengar, memang mampus aku. Aku tak boleh biar Sofea ni pijak kepala aku. Jadi aku kena pertahankan diri aku.

"Tak malu rampas suami orang." Sofea berkata pedas. Adara gelak perlahan.

"Aku rampas laki kau ke? Tak kan? Ke kau nak aku kebas laki kau pula? Boleh je. Tapi aku tak nak. Muka laki kau hauk." Adara balas lagi pedas. Kisah apa aku. Sibuk nak mengata aku. Aku kata dia balik. Dia ingat aku ni nak diam je? Kau silap, Sofea.

"Kurang ajar. Perempuan tak sedar diri. Kau tengok lah nanti, kau mampus nanti." Balas Sofea.

"Eh eh eh. Apa benda mak buyung cakap buruk-buruk ni? Tak takut ke terkenan dekat anak?" Adara bertanya risau. Dia betul-betul risau ni. Harap tak kena lah anaknya. Mak yang perangai busuk, takkan anak pula kena tanggung.

Adara menggeleng perlahan dan pergi untuk pilih pisang goreng. Tadi Sofea yang beratur belakang Adara. Kalau ikutkan Adara tak perasan pun Sofea.

Selesai urusan pembelian, Adara masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin. Adara termangu. Jahatnya mulut aku. Kenapa aku cakap macam tu? Ya Allah ampunkan lah dosaku. Dah lah tengah puasa. Sia-sia je puasa aku harini. Adara terus beristighfar banyak kali. Rasa berdosa. Jarang dia nak berperangai macam tadi. Haih.

*********

Azan maghrib berkumandang, Adara dan Amelia terus membaca doa dan mula buka puasa. Harini Amelia dan Adara masak lagi. Mereka masak ayam masak kicap dan sayur kobis goreng. Cukup lah tu untuk dua orang. Alhamdulillah.

Sambil makan, mereka berborak kosong. Amelia menceritakan hal kerjanya, Adara pula rancak menceritakan apa yang terjadi pada siang tadi. Antara dia dengan Sofea.

"Serious lah nok kau cakap macam tu?" Amelia dah tergelak. Dia tak terbayang Adara boleh cakap macam tu.

"Iya! Aku pun tak sangka mulut aku sejahat tu."

"Hauk sangat ke muka laki dia?" Amelia tanya sambil gelak lagi.

"Kau jangan lah tanya." Adara mencebik. Makin kuat Amelia gelak. Dia memang kalau bab-bab macam ni memang suka.

"Ala tapi memang patut kau kata gitu. Orang yang mulut macam tu, jangan di bagi muka. Menjadi-jadi kang." Amelia berkata lagi.

"Tak nak lah. Tak baik. Dia tu dah lah tengah pregnant. Kesian anak dia nanti." Adara berkata selepas meneguk sikit airnya.

"Betul juga ek. Tapi ish mulut dia tu. Jahat betul. No wonder lah kawan-kawan dia tak nak kawan dengan dia dulu masa belajar." Amelia berkata lagi.

"Yang tu aku no comment lah. Aku malas nak mengata dia lebih-lebih. Aku pun tak expect pun nak kawan dengan dia lagi. Biarlah apa yang jadi sebelum ni tu stay dekat past jelah. Malas nak ingat dah." Adara balas.

Amelia pandang Adara. Baik betul Adara ni. Orang mengata dia, dia diam je. Kalau Amelia ni, mau dia ajak open table.

"Baik sangat kau ni. Dia dah mengata kau gitu pun kau relax lagi. Siap risaukan anak dalam kandungan dia lagi." Adara yang sedang mengunyah itu menggeleng kepala.

"Takda maknanya baik Lia. Aku ni ada je salah aku. Kau pun baik juga. Sudi kawan dengan aku. Ecececeh!" Adara gurau.

"Tapi aku bukan apa lah. Atas apa yang jadi dekat aku sekarang ni, macam mengajar aku agar jangan mengata orang lebih-lebih. Takut apa yang kita mengata tu, berbalik pada kita. Itu apa yang aku dapat lah." Adara sambung bercakap.

"Sebab kalau kau nak tahu aku dulu teruk gila mengata orang. Semua kes viral dekat twitter dulu, kemain aku bahas. Aku kutuk orang tu, aku kutuk orang ni. Aku pernah kutuk kaw kaw seorang perempuan ni. Sebab dia kahwin dengan laki orang." Ujar Adara lagi.

"Walaupun time tu perempuan tu nampak macam dah berubah, dia siap buat permohonan maaf weh. Aku still kutuk-kutuk dia. Sekarang, ha ambil kau! Aku terkena pula. Aku jadi bini kedua." Adara gelak kuat.

"So, lepas apa yang jadi tu, aku cuba untuk jaga percakapan aku. Aku cuba untuk elak dari baca benda-benda viral. Takut weh. Kalau tak jadi kat kita, takut jadi dekat family kita. Tapi tulah, aku ni manusia biasa. Ada masa aku terlepas juga. Macam tadi lah." Adara geleng kepala. Dia masih rasa tak boleh terima mulut dia selancang itu.

"Faham. Aku pun nak jaga lah percakapan aku lepas ni. Aku nak jadi sopan lah." Amelia sudah nekad. Tak nak cari gaduh dengan Danish si dodo dah.

"Dah lah. Nak solat maghrib lagi." Adara cepat-cepat habiskan makanannya. Risau solat lambat. Nak mengaji lagi.

Waktu malam, Adara dan Amelia masing-masing sedang menonton televisyen. Tengok movie dekat netflix.

Memang ni je lah rutin mereka. Balik kerja, makan sama-sama lepastu menonton televisyen sama-sama. Itu pun kalau Amelia tidak ada kerja nak dibuat. Kadang-kadang kalau nak advance sikit, mereka berdua keluar lah jumpa Danish dan Alex.

Sedang leka mereka menonton, loceng rumah Amelia berbunyi. Amelia pandang Adara, Adara pandang Amelia.

"Siapa?" Mereka tanya serentak.

"Tak tahu." Jawab pun serentak.

"Aku pergi tengok." Amelia berkata. Adara angguk jelah. Dia duduk diam di sofa. Amelia memang berani sikit kalau nak dibandingkan dengan dia.

"Ad, ada orang nak jumpa kau." Amelia berkata setelah masuk ke dalam rumah.

"Siapa?" Amelia mengangkat bahu. Entah tak kenal. Amelia dengar dia sebut pembantu? Ha macam tu lah.

Adara masuk ke biliknya mencapai hoodie. Sekali sarung hoodie di kepalanya untuk menutup rambut. Tak pakai tudung.

"Lelaki ke perempuan?" Tanya Adara semasa lalu di belakang sofa yang mereka duduk tadi.

"Lelaki." Sempat Amelia jawab sebelum keluar dari rumah.

"Oh Ameerul." Adara menegur.

"Puan." Ameerul menundukkan sikit kepalanya. Adara geleng perlahan kepalanya. Skema nya lahai kau ni Meerul. Sama macam bos kau tu.

"Puan, saya nak puan ikut saya sekarang. Ada something happened." Ameerul jawab tergesa-gesa.

"Ha?" Adara blur. Apa ni tiba-tiba ajak macam ni. Ada surprise ke? Tapi birthday aku lambat lagi.

"Nanti saya beritahu dalam kereta. Sekarang saya nak puan ikut saya je."

"Boleh percaya ke awak ni?" Adara tanya.

"Please puan."

"Okay jom lah." Adara dah berjalan ke kereta Ameerul.

"Eh jom lah. Tadi macam nak cepat sangat je?" Adara pandang Ameerul yang tercegat dari tadi dekat depan gate. Tadi kemain urgent sangat je.

"Puan nak pakai macam ni je ke?" Ameerul soal. Adara pandang pakaiannya. Allah. Aku pakai kain batik.

"Allah. Kejap saya tukar." Eloklah tu main pergi je dengan tak bawa purse, telefon. Kalau jadi apa-apa, kau mati jelah Adara. Tak habis-habis susahkan orang.

Adara terus masuk ke dalam rumah semula.

"Cepat sikit puan." Ameerul sempat mendesak Adara. Ish ni yang nak marah ni. Dah lah paksa orang ikut dia. Last minute pula tu. Patutnya tadi call lah aku suruh siap-siap. Ni yang nak marah ni.

Adara hanya menyarung seluar palazzo hitam dan hanya menyarung tudung sarung. Sudap siap, dia terus mencapai telefon dan beg tangan nya. Dia terus berlari keluar dari bilik menuju ke pintu rumah.

"Eh nak pergi mana?" Amelia tanya kuat.

"Aku nak keluar kejap. Kunci pintu ni Amelia." Adara sempat pesan kepada Amelia sebelum keluar.

Adara terus masuk ke dalam kereta. Mula-mula dia buka seat penumpang depan. Dia terkejut.

"Eh Meerul?" Kenapa Meerul yang duduk seat depan? Siapa drive? Adara tengok bahagian pemandu.

"Danish?" Adara tanya terkejut. Eh apa jadi ni?

"Nyah, kau kalau nak buat terkejut sangat, sekarang tak sempat. Kau masuk kereta sekarang. Kau kalau nak tanya apa-apa, tanya dalam kereta." Danish marah Adara. Orang nak cepat, boleh pula dia buat muka terkejut kat sini.

"Oh okay." Adara dengan kebodohannya pun mendengar kata si Danish. Dia terus masuk ke seat belakang. Tak sempat tutup pintu, Danish dah pecut laju.

"Danish!" Adara marah. Berapa kali aku kena terkejut ni?

"Kitorang nak cepat. Kau lambat, Adara!" Danish marah lagi.

"Ha eloklah tu salah aku! Patutnya korang call lah aku suruh siap dulu. Ni tak, datang rumah je terus paksa aku siap laju-laju!" Adara marah balik. Nak marah aku, aku marah dia balik.

"Kau ni kang-" Baru Danish nak sambung marah, Ameerul tegur.

"Sekarang ni kita takda masa nak gaduh-gaduh. Puan nak dengar dulu apa yang jadi?" Ameerul pun rasa nak marah dah ni.

Terdiam Adara dan Danish.

"Nak tahu lah." Adara jawab perlahan.

"Okay, cerita dia macam ni. Once upon a time...." Ameerul mula bercerita apa yang jadi.

Flashback

Asyraf berhentikan kereta di salah satu pam minyak dan terus matikan enjin. Nak isi minyak kereta, kena matikan enjin dulu. Selepas itu, dia keluar untuk pergi ke kaunter. Nak pergi bayar dulu.

Setelah selesai mengisi minyak petrol, Asyraf terus memakai seat belt dan bersedia untuk memandu keluar. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.

Asyraf buka telefonnya menggunakan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi pegang stereng. Dia terus pergi ke ruangan mesej.

Matanya terbeliak. Apa benda ni?

Terdapat dua gambar. Gambar pertama, gambar seorang perempuan berpakaian agak seksi masuk ke dalam hotel mewah. Gambar kedua terdapat gambar seorang lelaki pula yang masuk ke dalam hotel mewah itu. Asyraf berhentikan keretanya di tepi.

Dia nak tengok betul-betul gambarnya. Perempuan tu dia tak dapat cam sangat. Yang lelaki itu Asyraf kenal. Sangat kenal. Zafran. Lelaki itu Zafran. Apa maksudnya ni? Kenapa Zafran pergi masuk hotel mewah? Boleh jadi ada meeting dengan client kan?

Tiba-tiba telefonnya berdering. Private number. Asyraf angkat panggilan itu.

"Hello, I'm talking to Asyraf, right?" Suara robot. Asyraf dah terketar. Apa benda semua ni? Aku kena scam ke?

"Y-yes." Asyraf gagap. Dia terdengar suara robot itu tergelak.

"Kata lawyer, apa pasal macam takut je?" Suara robot itu sempat perli.

Asyraf berdehem. Ni mesti musuh dia ni.

"Kau nak apa?" Asyraf tanya kasar. Tak takut dah. Dia ingat scammer yang nak kebas duit dia.

"Kau kenal Zafran kan?" Suara itu tanya.

"Kau nak buat apa dengan Zafran, bodoh?" Asyraf tanya kasar.

"Relax, aku cuma nak tolong Zafran sekarang ni." Asyraf berkerut. Tolong? Tolong apa? Tolong menyusahkan orang?

"Kau dah dapat kan gambar tu?" Suara robot itu tanya.

"Mana kau dapat gambar tu? Kau nak buat apa dengan Zafran?!" Asyraf tanya kasar.

"Kau boleh sabar tak, bodoh? Apa pasal aku rasa aku bukan bercakap dengan lawyer eh? Mana pergi kesabaran kau ni?" Suara robot tu dah marah. Tak reti sabar betul.

Asyraf terdiam. Betullah tu. Selama ni dia seorang yang penyabar. Tak tahu kenapa hari ni rasa nak marah-marah.

"Okay, aku rasa kita kesuntukan masa. Aku nak kau pergi hotel mewah tu, selamatkan Zafran. Ada orang nak perangkap dia. Nak jatuhkan company papa dia. Nak buat Zafran bercerai berai. Itu je. Bye." Suara robot itu terus hilang.

Asyraf terpana. Ha? Apa benda ni? Aku kat Penang siot. Asyraf terus buat panggilan ke Ameerul. Minta tolong Ameerul.

End of flashback.

"The end." Ameerul menutup kata.

"Habistu sekarang ni aku kena buat apa?" Adara tanya. Tak, betul. Aku sekarang kena buat apa? Kena jadi orang pencegah maksiat ke apa?

"Kau bodoh ke Adara? Kau bini Zafran, kau pergi lah selamatkan dia." Danish tepuk dahi. Dahlah kena drive laju-laju. Nasib baik dah nak sampai. Harap-harap betina tu tak sempat buat apa-apa lagi lah.

"Aku seorang insan yang lemah. Aku tak pandai berlawan. Kau nak aku buat apa? Spray mata dia guna pepper spray ke?" Tanya Adara dengan kebodohan nya lagi.

"Puan, puan isteri Zafran. Kan tadi saya kata dia nak perangkap Zafran. Jadi, kami rasa mesti dia letak ubat perangsang dalam air Zafran nanti." Ameerul pula bercakap. Muka Adara merah. Malu.

"Cliche nya! Benda tu bukan jadi dekat drama je ke?" Adara tanya lagi.

"Boleh jadi, Adara! Boleh jadi!" Danish marah lagi. Lama-lama aku boleh kena darah tinggi sebab Adara je.

Adara dah takut. Kalau Zafran dah terangsang, aku kena buat apa?

Jap nak google doa malam pertama. Adara buka telefonnya. Belum sempat dia nak hafal, dah sampai hotel.

"Dah jom. Gerak gerak!" Danish berkata. Adara buat muka. Cliche nya. Macam dekat drama pula. Tak nak lah macam ni. Nak balik boleh tak?

"Adara! Cepat!"

"Ya ya!" Adara pun keluar dari kereta.

Sampai di receptionist, mereka tersekat pula. Manager tu tak bagi masuk. Dia tak percaya kan mereka bertiga. Dia kata perempuan yang masuk dulu tu adalah isteri Zafran.

Adara dah panas. Aku tahulah si Zafran itu berpoligami tapi bini dia dua orang je. Tak kahwin tiga lagi. Dia terus keluarkan sesuatu dari beg nya. Bukan pepper spray.

"Saya ni isteri dia! Faham ke tidak? Perempuan seksi tadi tu bukan isteri suami saya. Bukan madu saya!" Adara dah cakap kasar. Muka perempuan di meja receptionist tu nak nangis.

"Tengok ni! Muka saya, muka suami saya." Adara dekatkan kad kahwin itu di muka perempuan itu.

"Sekarang, saya nak pergi selamatkan suami saya! Cepat bagi kunci!" Dengan tangan terketar, perempuan itu menghulurkan kunci untuk bilik hotel Zafran.

"Baik do kau Adara!" Danish bangga dengan Adara.

Sampai di bilik hotel itu, mereka terus masuk selepas scan. Apa yang mereka nampak, sangat mengejutkan. Zafran terbaring atas katil, si perempuan tu baru nak naik atas Zafran.

"Kurang ajar!" Adara terus berlari ke arah perempuan sial itu dan menampar kuat pipi perempuan itu. Bukan sekali, tapi dua kali. Kiri dan kanan. Bagi adil.

"Kau nak rogol laki aku ke?!" Adara tanya kasar. Dia pandang Zafran yang dah tak rupa orang tu. Dengan butang atas kemeja nya terbuka, muka merah dan berpeluh. Ya Allah kesiannya Zafran.

"Maria?" Ameerul tanya terkejut.

"S-saya-" Belum sempat Maria bercakap,

"Adara. Tolong." Zafran meminta tolong Adara. Adara dah ha mampus. Aku kena buat apa ni?

Adara terus pergi ke Zafran.

"Zafran. Zafran. Hey." Adara panggil sambil menepuk perlahan pipi Zafran.

Zafran terus tarik Adara. Dia meletakkan mukanya di batang leher Adara yang ditutupi dengan tudung.

"Adara, aku takut. Tolong aku." Zafran mencengkam belakang badan Adara. Adara telan air liur. Ya Allah suara Zafran. Seksi nya.

"Kau, perempuan. Meh sini aku bawa kau masuk lokap!" Danish berkata kasar sambil menarik tangan Maria. Patutnya call polis sekali tadi. Ni dah satu hal nak bawa minah ni pergi balai.

"Tak nak! Lepaskan aku! Meerul, tolong!" Maria dah jerit-jerit sambil meronta untuk melepaskan tangannya. Tapi tak berjaya kerana dia manusia lemah.

"Ah aku tak nak tolong kau! Jom Danish! Kita hantar perempuan ni masuk lokap!" Ameerul sama-sama menarik tangan Maria.

"Eh korang!" Adara panggil.

"Aku macam mana? Aku kena buat apa ni?" Adara dah gelabah. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku tak berpengalaman dalam bab-bab ni.

"Kau layan lah dia, Adara. Zafran kan suami kau." Danish gelak kuat.

"Kepala otak kau Danish! Kau nak pergi balai kan? Bawa lah Zafran sekali! Zafran mangsa!" Logik lah kan apa aku cakap?

"Ala kau rilek je. Pandai-pandai lah kitorang settle. Dah bye." Ameerul dan Danish terus keluar bersama. Adara terpinga-pinga. Eh? Macam tu je aku kena tinggal?

"Adara...." Zafran panggil. Dengan takut, Adara pandang Zafran.

Aku memang kena layan dia ke? Adara telan air liur.

Aku bawa dia balik rumah dulu lah.

"Zafran, kita balik dulu eh?" Sambil Adara meraba poket seluar Zafran. Nak cari kunci kereta. Mesti Zafran datang dengan kereta kan?

"Jom, Zafran." Adara bantu Zafran bangun. Aku kena cepat sebelum Zafran jadi makin teruk. Dengan aku sekali takut.

Adara terus memandu kereta ke rumah Zafran. Bukan yang ada Dian. Ni rumah yang dia dan Zafran duduk dulu. Dia pun tak tahu kenapa dia bawa balik ke sini. Adara lenjan je sekarang ni.

Sampai di rumah, Adara memapah Zafran masuk ke dalam rumah. Terus menuju ke dalam bilik Zafran.

Dengan perlahan, Adara baringkan Zafran di atas katilnya. Entah tak tahu apa jadi, Adara kena tarik.

"Allah!" Adara gelabah. Ya Allah apa jadi ni? Tahu-tahu dia dah ada atas Zafran.

"Ha ha. Zafran, saya bukan bantal peluk awak. Awak kena tidur sorang-sorang." Adara dah gelabah.

Tiba-tiba tudung sarung Adara dibuka oleh Zafran. Adara telan air liur lagi. Dah berapa kali dia telan air liur tadi.

Zafran tenung mata Adara. Tangannya naik mengusap perlahan pipi Adara. Ibu jari Zafran mengusap pula bibir Adara.

"Z-zafran."

"Shhhh." Ha mampus. Setan dia dah masuk.

Zafran pandang bibir Adara. Lalu pandang mata Adara.

"Can I?" Zafran tanya dengan suara garaunya.

Adara bukan bodoh sangat sampai tak faham apa yang dikatakan oleh Zafran. Dengan perlahan, Adara mengangguk kepalanya. Nak angguk laju-laju, nampak gelojoh. Jadi kita angguk perlahan.

Selepas itu, Zafran dan Adara bersama-sama melayari bahtera perkahwinan mereka dalam erti kata sebenar.

*********

DAH! SAMPAI SINI JE AHHHH! SAYA CRINGE!!! TOLONG SAYA!!

SORRY KALAU HAMBAR! SAYA TAK PANDAI TULIS SCENE MACAM TU HUWAAA!!!

KALAU SUKA, VOTE DAN KOMEN TAU!

Thank you, i love you <3

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

616K 21.8K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
406K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
393K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...