Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 33

16.6K 989 139
By farahnotfara

Korang yang awal-awal tu hari yang sama macam chapter 32 tau.

Enjoy!

**********

Selepas waktu kerja, sebelum menuju ke rumah Amelia, Adara ingin singgah sebentar ke bank untuk withdraw duit sikit. Cash nya sudah habis. Last guna buat beli karipap pusing pagi tadi. Sedap giler karipap pusing yang dia beli. Menyesal beli sikit.

Sesetengah orang jenis yang tak suka pegang cash. Mereka menganggap lagi senang bawa kad saja. Kan senang boleh paywave saja. Tambah lagi pula zaman sekarang boleh bayar guna telefon sahaja. Contohnya macam guna E-wallet dan Shopeepay.

Tetapi bagi Adara, cash sangat penting. At least pegang lah sikit. Adara selalu bayangkan kalau tiba-tiba kad nya ada masalah. Takpun jikalau dia nak guna e-wallet atau shopeepay, tiba-tiba internet dia lambat ke. Ha itu yang Adara tak suka. Gelabah nanti.

Lagipun ada cash ni best juga. Senang nak singgah kedai-kedai tepi jalan. Beli karipap pusing ke, beli pisang goreng ke beli air ke.

Tiba di ATM, Adara terpaksa beratur sekejap. Ramai pula orang nak keluar duit. Gaji ke harini? Macam tak.

Mata Adara melilau tengok sekitar dalam bank ini. Tiba-tiba matanya tertarik nak baca brochure yang tersedia. Adara pun mencapai satu. Adara baca. Mula-mula okay, tapi tiba-tiba mukanya berkerut.

"i-Personal Loan? Islamic Personal Loan lah kan?" Adara bisik perlahan.

"Interest charge? Eh?" Adara pelik.

"Apa lah orang yang buat brochure ni. Kata islamic. Patutnya letak Islamic Personal Financing. Bukan loan. Lepastu patutnya profit charge. Bukan interest. Apooo." Adara menggeleng perlahan lalu meletakkan semula brochure itu. Nak pergi tegur, bank dah tutup.

Adara terus pergi ke mesin ATM apabila giliran dia sudah tiba. Adara cash out RM 200 sahaja. Nak banyak-banyak buat apa. Tak mampu lah Adara.

Selesai urusannya, Adara terus menuju ke kereta dan pulang.

"Lambat balik harini?" Amelia menegur Adara yang baru sampai. Biasanya Adara sampai lagi awal dari dia. Ni dia balik, Adara takda lagi.

"Pergi cash out tadi." Adara jawab dan terus berlalu ke dapur. Nak minum air. Haus.

"Kita masak jom harini. Aku ada tengok menu baru kat tiktok. Macam sedap je." Amelia berkata.

"Boleh je. Nak masak apa?" Selepas Adara tanya, terus dia meneguk air putih itu dengan rakus. Haus sangat.

"Ahhhh!" Adara lega.

"Ish!" Amelia marah. Suka sangat buat macam tu. Adara gelak.

"Ni, aku tengok kat tiktok dia buat soo hoon pedas. Macam sedap do." Amelia berkata.

"Oh ada lalu fyp aku tadi. Macam sedap juga. Tapi kita tak payah letak bijan lah. Aku tak suka." Adara balas. Memang dia tak suka bijan. Apa-apa makanan yang ada bijan, memang tak masuk tekak dia.

"Ha boleh je." Respon Amelia.

Adara pandang meja makan di dapur itu. Ada plastik.

"Barang apa ni?" Adara tanya.

"Barang nak masak soo hoon pedas lah. Aku dah beli siap-siap." Amelia gelak. Dia memang semangat nak masak harini. Rasa macam dah lama tak masak.

"Dah lah aku nak mandi." Adara terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Takda lah nak mandi sangat. Nak baring-baring dulu. Main telefon. Penat lah nak mandi.

Masuk ke dalam bilik, Adara terus buka tudung nya. Dan terus baring atas katil. Ni katilnya jadi takpa lah kalau baring dengan baju yang kotor. Bukannya kotor sangat pun. Tak berpeluh pun. Jaga budak je pun.

Adara termenung. Dia penat. Penat pura-pura okay. Amelia langsung tak tahu akan apa terjadinya atas dirinya pada hari sabtu lepas. Dia balik ke rumah Amelia pagi itu dengan wajah biasa. Tidak menangis.

Adara teringat pada waktu pagi selepas dia menangis pada malam itu. Waktu dia bangun pagi, kepalanya sakit. Rasanya sebab dah menangis banyak sangat sampai tertidur. Lepas bangun, Adara terus pergi mandi dan bersiap. Dia nak balik rumah Amelia. Dia sudah tidak betah untuk tinggal di rumah itu lagi.

Sewaktu dia turun, dia perasan di meja makan terdapat beberapa bungkus makanan. Takda lah banyak sangat. Adara tahu tu mesti Zafran yang beli. Mesti Zafran expect untuk Adara pergi makan. Tapi Adara tak makan pun.

Dia bukan seorang isteri yang kuat mana pun. Nak pura-pura okay. Cukuplah selama ni dia buat macam tu. Penat lah lama-lama.

"Ad, kau nak balik dah ke?" Zafran menegur Adara yang sudah di pintu rumah. Nak keluar.

"Haah." Adara jawab pendek.

"Makan lah dulu. Aku ada beli nasi lemak. Ada karipap pusing sekali." Zafran berkata lembut. Dia nak pujuk Adara. Dia pun tak tahu kenapa dia buat semua ni.

"Tak nak lah. Takpa. Saya dah lambat." Adara berkata dan terus keluar.

"Eh, Ad!" Zafran panggil kuat. Adara berhenti. Tapi tak pandang Zafran di belakangnya.

Zafran menarik nafas dalam. Dia hanya pandang belakang badan Adara.

"Aku minta maaf." Zafran berkata perlahan.

"Takpa. Saya pergi dulu." Adara terus pergi. Dia tak expect Zafran untuk tahan dia pun. Nak buat apa? Ni bukan drama. Nak acah-acah tahan kereta. Nanti kaki kena lenyek, dah satu masalah.

Habis teringat tentang kisah sabtu lepas, Adara bangun dari pembaringannya. Dia dah nekad nak move on. Dia nak move on awal-awal. Senang sikit. Takda lah sakit mana waktu cerai nanti.

Adara siap plan nak cari rumah nanti. Ya lah takkan lepas cerai nanti still nak duduk rumah tu? Kalau Zafran bagi pun dia tak nak. Kenapa nak kena sakitkan hati sendiri? Tapi dia masih terfikir. Patut ke dia terus duduk bersama Amelia atau cari rumah lain.

Tapi dia rasa dia patut cari rumah lain. Bukan apa, dia duduk rumah Amelia pada awalnya hanya untuk tumpang sekejap saja. Sebab dia dalam bahaya. Adara juga fikir mungkin Amelia mahu kan privacy.

Adara angguk kepalanya. Yakin dengan keputusannya. Nanti nak survey lah mana-mana rumah yang harga berpatutan. Yang dekat dengan 4C. Senang sikit.

Habis termenung, Adara terus bangun dan mencapai tualanya. Nak mandi. Malas nak fikir masalah ni lama-lama. Buat stress je. Kenapa nak kena sesakkan kepala otak dengan fikir masalah yang tak pernah nak selesai ni?

***********

Keesokan harinya, waktu petang, Adara sudah siap melakukan tugasnya. Tinggal nak balik rumah je ni. Adara menghela nafasnya. Penat buat benda sama hari-hari. Tapi tulah. Nak tak nak kena buat juga. Tak buat kang, macam mana nak hidup?

Pagi tadi Adara ada ternampak Zafran sewaktu dia baru sampai. Zafran baru lepas menghantar Eiman dan Ellyna. Disebabkan Adara nak cepat, Adara terpaksa berlari masuk ke dalam 4C.

Bayangkan Adara berlari sambil menutup mukanya dengan beg tangannya. Paling laju dah tu dia lari. Nasib baik lepas. Dan nasib baik juga tak terjatuh. Kalau tak, memang Adara terus berhenti kerja dan lari sejauh yang mungkin. Duduk hutan terus kot.

Masa Adara berlari ke dalam, dia ada dengar Eiman sibuk panggil aunty banyak kali. Adara terpaksa buat tak tahu. Semua sebab tak nak jumpa bapak dia tu.

Baru sahaja masuk ke dalam keretanya, Adara nampak ada bunga yang sama di seat sebelahnya. Sekarang ni Adara dah bengang. Dah takda rasa takut dah.

"Aku lah kan dengan jantan ni. Apa benak sangat dia ni?! Eh kalau kau nak sangat kat aku ni, meh lah datang sini!" Adara dah jerit-jerit dalam kereta. Sebab stress asyik benda sama jadi. Penat dah nak rasa gelabah, nak rasa takut.

Adara terus mencapai bunga itu dan terus keluar dari keretanya. Dia menuju ke tong sampah, dan terus humban kasar bunga itu.

"Pergi mampus. Apa nak jadi, jadi ah. Nak bunuh aku, ha meh ah sini. Penat bodoh asyik nak kena rasa takut dengan anak unplanned macam kau ni." Adara membebel sorang-sorang sepanjang berjalan semula ke kereta.

Semasa memandu pun Adara masih membebel sorang-sorang. Sambil menumbuk stereng banyak kali.

"Bodoh apa nak kacau-kacau aku macam ni? Penat sial macam ni. Masalah aku dah cukup banyak, kau sibuk nak tambah masalah aku lagi."

"Kau tunggu. Aku dapat kau, memang aku potong terus telur kau tu. Kisah apa aku. Macam jantan tak bertelur kacau-kacau orang macam ni."

"Tapi, jap. Mana aku tahu dia lelaki? Boleh jadi perempuan kan? Eh tak nak lah. Takut. Tapi, haritu aku nampak kat sliding door tu, badan dia macam lelaki."

"Danish betul ke? Betul-betul Danish ke? Kalau memang betullah Danish, memang aku sagat muka dia kat jalan tar. Biar mati terus."

Adara tidak jadi nak balik rumah Amelia. Dia nak singgah balai polis dahulu. Nak maklumkan pada Tuan Syarif. Tapi, pasal Danish nak beritahu juga ke?

"Puan yakin itu bunga yang sama?" Tuan Syarif menyoal.

Adara yang duduk di hadapan Tuan Syarif terus menjawab,

"Ya saya yakin! Dah lah dia letak dalam kereta saya. Saya dah lock tau kereta saya tu." Adara beri penjelasan dengan penuh emosi. Tuan Syarif angguk perlahan kepalanya.

"Ada apa-apa lagi yang berlaku?" Tuan Syarif bertanya lagi sambil memeluk tubuh.

"Hmmm." Adara memikirkan patut ke tak dia beritahu pasal Danish? Ah beritahu jelah! Sebelum nasi jadi hangus.

"Ehem. Sebenarnya malam minggu lepas," Adara mula menceritakan tentang hal yang jadi terhadapnya pada malam itu. Tak tinggal satu pun. Dia demam pun diceritakan pada Tuan Syarif.

"Awak demam terkejut?" Tuan Syarif hanya melayan Adara.

"Ya Tuan! Betul! Saya betul-betul demam esoknya sebab saya terkejut. Muka saya pucat! Saya asyik bersin banyak kali." Tuan Syarif tersenyum nipis sambil menggeleng kepalanya.

"Habistu sihat belum ni?" Tuan Syarif terus bertanya.

"Dah sihat dah. Alhamdulillah." Adara jawab selamba.

"Tapi kan tuan." Adara mula mendekatkan badannya ke arah Tuan Syarif.

"Tuan jangan lah buat apa-apa dulu. Tuan just tengokkan dulu apa Danish tu buat. Dia kawan saya. Jadi saya agak tak percaya yang itu dia." Adara bercakap perlahan.

Tuan Syarif angguk perlahan. Faham akan apa yang disuruh oleh Puan Adara.

"Puan dah beritahu suami puan?"

Adara tersentak. Hm nak jawab apa ni? Nak tipu ke nak jujur?

"Dah. Saya beritahu dah. Pasal bunga tadi tu pun dah beritahu." Adara sengih. Tipu lah sikit. Terpaksa.

"Eh okay lah. Tu je yang saya nak maklumkan. Saya pergi dulu eh tuan. Apa-apa saya roger tuan lagi." Adara mula bangun dari duduknya. Tuan Syarif ikut bangun sekali.

"Saya harap lepasni Puan dapat jaga diri Puan betul-betul. Elakkan pergi tempat sunyi. Pergi tempat yang ramai orang. Kereta jangan lupa lock. Masuk je dalam kereta, terus lock." Pesan Tuan Syarif.

"Baik, Tuan. Terima kasih, Tuan." Adara menundukkan sedikit kepalanya dan terus keluar.

Sekarang ni memang Adara mula berhati-hati. Tapi itulah, dia still kena buat semua benda sorang-sorang. Tak boleh lah nak mengharapkan Amelia saja yang teman dia.

Disebabkan itu, Adara ada beli beberapa pepper spray. Untuk pertahankan diri. Adara ni mana ada seni pertahankan diri. Nak lari pun lemah apa lagi nak ada seni pertahankan diri.

Masuk je ke dalam kereta, Adara ikut arahan Tuan Syarif. Lock terus. Adara terus menghidupkan enjin keretanya dan bersedia mahu memandu pulang. Azan maghrib dah berkumandang. Nasib baik Adara tak boleh solat. Takda lah rushing sangat. Tiba-tiba telefon Adara keluar bunyi notifications.

Amelia sent voice note. Adara buka dan dengar.

"Adaraku, tolong belikan sikit barang dapur boleh? Please please please! Aku dah transfer duit kat akaun bank kau." Itu yang dikatakan oleh Amelia.

Dan seterusnya keluar chat list barang yang Amelia nak. Adara angguk kepalanya. Dia boleh cari ni. Tak susah. Adara terus reply okay.

Dalam perjalanan ke supermarket, boleh pula jammed. Adara tak suka jammed. Siapa suka jammed? Kalau ada yang suka tu, memang Adara nak jumpa. Nak cekik dia.

Tiba di supermarket, Adara terus keluar dari keretanya.

Sedang leka Adara menolak troli, ada suara yang menegurnya.

"Aunty!" Sekali dengan pakej tepuk peha Adara. Adara terus pandang bawah.

"Boy! Datang sini dengan siapa?" Cuak Adara tengok Eiman ada disitu sorang-sorang.

"Dengan papa!" Eiman menjawab sambil menunjukkan satu arah. Adara pandang. Haah betul. Ada Zafran. Dan di troli tu, ada Ellyna yang duduk di tempat disediakan itu.

Zafran pandang Adara. Adara terus larikan pandangannya. Tak nak pandang lama-lama. Nanti jantung jatuh. Jenuh nak kutip pasang semula.

"Aunty beli ferocher?" Eiman tanya. Adara sengih. Ferocher. Ni mesti kes malas nak sebut panjang-panjang.

"Haah sebab aunty suka ferocher. Sedap!" Adara menunjuk-nunjuk bekas itu di muka Eiman. Saja nak bagi sakit hati.

"Ala papa tak kasi Ayyad makan ferocher selalu." Bibir Eiman dah tercebik. Adara sengih. Dia tahu nak buat apa.

"Kesiannya boy! Aunty dapat makan. Sebab aunty dah besar! Sedap! Hingga menjilat jari!" Adara makin menggerak-gerakkan bekas ferrero rocher itu. Dia kalau boleh nak Eiman menangis sekali. Rasa dah lama tak buat budak nangis. Buat budak nangis adalah satu kepuasan bagi Adara pada waktu dulu. Saja nak test market pula sekarang. Sekali sekala.

"Papa!" Eiman terus pergi arah Zafran. Adara dah gelak. Lemah lah Eiman ni. Baru tunjuk ferocher dah tercebik-cebik.

"Adara. Cuba jangan buat anak macam tu." Zafran menegur Adara selepas datang dekat sedikit ke arah Adara. Mereka dah memang satu lorong dah tadi.

Adara dah menjuih bibirnya. Eleh nak cakap lembut-lembut dengan aku. Mesti sebab ada anak dia. Tak nak anak dia ikut perangai setan dia lah tu.

"Adara." Zafran geram dengan Adara ni. Dari tadi terjuih-juih. Tarik kang bibir tu apa pun tak dapat.

"Apa?" Adara pandang Zafran dan terus menjeling semula. Berguling biji mata. Sakit kepala Adara jeling macam tu. Tapi takpa lah, asalkan dia dapat jeling Zafran.

Zafran menghela nafas. Sah. Adara masih marah dengannya. Mana tak marah? Kau ni bongok lah Zafran.

"Tak nak balik rumah kita ke?" Zafran tanya.

Eeee geli gila 'rumah kita.' Kemain. Adara berkata dalam hati. Nak ambil hati aku lah tu. Dah kenapa? Demam lagi ke?

"Tak nak. Saya nak duduk rumah Amelia je sampai kita cerai." Adara berkata sambil membelek ferrero rocher di tangannya. Sedapnya. Nasib baik lah sekarang Adara mampu nak beli. Kalau tak, tercebik jugalah bibir dia macam Eiman.

"Memang tak nak balik langsung lah ni?" Zafran tanya lagi.

"Tak nak." Adara letak semula bekas ferrero rocher itu ke dalam troli. Bersedia nak tolak. Nak pergi bayar. Lepastu nak balik. Penat.

"Aunty, Ayyad dapat juga!" Eiman menegur Adara lagi sambil tiru gaya Adara goyang-goyangkan bekas itu lagi. Adara senyum sini. Ceh! Kecik je. Aku punya besar. Skema betul Zafran ni. Beli yang kecil je.

"Heh! Aunty punya besar! Boy punya kecik je! Boooo!" Adara terus lari.

"Papa! Tengok aunty!"

"Adara! Ya Allah dia ni kang." Zafran berkata pasrah. Haih.

Sedang beratur di kaunter, eh eh boleh pula Zafran dan anak-anaknya beratur di belakang Adara. Adara buat dek je. Hm! Tak suka Zafran. Boikot Zafran!

"Auntyyy." Ya Allah apa lagi budak kecil ni nak? Tahu tak sebab dia lah aku asyik berjumpa dengan bapak dia ni?

"Ya boy?" Adara senyum.

"Ayyad dapat yang besar!!" Eiman tunjuk bekas ferocher itu sambil pegang dua tangan. Lepas tu pusing-pusing macam tengah pusing stereng.

"Boy minta papa macam mana?" Adara tanya.

"Ayyad baring je atas lantai." Jawab Eiman selamba. Adara dah tergelak. Ya Allah perangai. Tapi takpa lah. Faham lah budak-budak macam ni. Tapi kalau ni anak aku, memang aku tinggal je. Astaghfirullahalazim.

Sampai turn Adara membayar, boleh pula Eiman berkata,

"Aunty ada duit tak tu? Takda lah tu." Adara menjeling Eiman. Eiman boleh gelak lagi. Kau jangan boy. Aku memang tengah overthinking ni. Aku tak cash out pula duit Amelia transfer tadi. Cash pun ada RM 50 je ni. Mana cukup. Aku tak tahu lah apa benda aku buat dengan duit sebelum ni. Haih.

Jadi sekarang Adara nak guna kad. Dan dia gelabah. Bukan apa, waktu dulu-dulu, Adara punya kad bank selalu bermasalah. Malu je tiba-tiba tak boleh nak scan. Nasib baik dulu selalu keluar berdua. Kadang-kadang dengan Kak Dira. Kadang-kadang dengan Sofea. Kalau kadnya tidak berfungsi, diorang akan bayar guna kad mereka. Lepastu nanti Adara transfer balik duitnya.

Adara hulur kadnya kepada cashier tersebut dengan tangan gigil. Boleh lah boleh lah. Harap-harap boleh. Ya Allah! Boleh pula loading lama betul.

Adara hembus nafas lega. Nasib baik boleh. Adara dah bersedia nak gali lubang kubur dah tadi kalau dia terpaksa minta Zafran. Buat malu je. Tak nak!

"Boleh lah boy! Wekkk!" Adara bersedia nak pergi sambil tolak troli.

"Adara, kejap." Zafran arahkan Adara tunggu sekejap. Ish! Malasnya! Tak suka!

"Jom teman aku pergi makan." Zafran ajak.

"Tak nak. Saya nak cepat. Barang ni semua Amelia yang nak. Urgent." Adara beritahu. Sebenarnya tak pun. Amelia siap kata take your time.

Zafran keluarkan telefonnya, nak call seseorang.

"Hello, Amelia kan? Saya suami Adara. Saya bawa Adara keluar pergi makan tau. Okay? Bye." Adara pandang tajam wajah Zafran. Suka-suka dia je.

"Eee tak nak lah Zafran."

"Jom." Adara dah hentak kaki. Tak ikut kang dosa! Susah lah macam ni! Nak baring je atas lantai macam Eiman je boleh tak?

***********

Okay itu sahaja dari saya untuk chapter kalini. Terima kasih semua! Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila.

Korang, so far okay ke cerita ni? Komen tau!

Kalau suka, vote dan komen ya. Saya happy!

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...
43.4K 1.2K 19
"Scapel "arah shahwan dengan wajah serious memandang Farah ,ye Farah doktor yang bantu dia dalam pembedahan tersebut tapi dia sebuk nak berangan. "Sc...
6K 195 33
แดนแตƒแตแต–แต˜แตแตƒสฐ แตƒแตแต˜ แตแต‰โฟสฒแตƒแตˆโฑ แถœแตƒสฐแตƒสธแตƒ แตˆแตƒหกแตƒแต แตˆแต˜โฟโฑแตƒ แตแต‰หกแตƒแต–แตแต˜? แด„สœแด€สœแด€yแด€ แดแด€yแด€ & ๊œฐแดœส€qแด€ษด แด€สŸ-Qแด€แดแด€ส€ Dear Diary Of Sadness Live, Chahaya Maya. Sesungguhnya, kehadiran dia...
36.4K 3.8K 59
๐“๐‡๐„ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐Ÿ.๐ŸŽ "๐˜๐จ๐ฎ ๐๐ž๐ฌ๐ญ๐ซ๐จ๐ฒ๐ž๐ ๐ฆ๐ฒ ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ญ" ~๐ญ๐ก๐ž ๐ข๐ง๐ญ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐œ๐ž~ Awalnya pergi ke Sabah demi tugas. Sekali terjumpa...