Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.8K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 31

17.8K 1K 318
By farahnotfara

Pada hujung minggu, Adara baru nak bersiap untuk pergi ke rumah mertuanya. Kita ni kalau dah sedap baring, lepastu tiba-tiba kena bersiap, sumpah malas. Itulah yang Adara rasa. Rasa nak cancel, tapi tak sampai hati. Adara punya tahap malas tu sampai masuk bilik air pun lambat-lambat.

Tambah lagi pula dia tengah period, berganda-ganda lah malas tu. Nanti dah siap mandi, kena pilih baju pula! Arghh! Malasnya! Adara dah hentak-hentak kaki dalam bilik air. Semua sebab malas.

Dah lah nanti berjumpa dengan si Zafran tu! Ergh! Sejak kejadian malam itu, mereka memang sudah tidak berhubung dah. Zafran takda dah ajak lunch. Baguslah! Tak hingin Adara nak tengok muka Zafran. Sakit hati!

Sudah siap mandi, Adara termenung depan almari bajunya. Tengah fikir nak pakai baju apa. Kena pakai baju kurung ke? Dah kenapa? Bukannya ada kenduri apa pun. Baju apa ni? Nak pakai sweatshirt, sekarang musim panas. Adara pula gerak lepas zohor. Nak tolong-tolong masak, mesti berlengas nanti.

"Pakai lah baju ni." Adara berkata perlahan sambil mencapai satu blouse. Blouse simple je. Dipadankan dengan straight cut jeans berwarna biru laut. Okay lah ni.

Habis pilih, nak pakai skincare pula. Habis pakai skincare, Adara apply sedikit concealer. Nak naikkan sikit seri muka. Muka Adara nampak bengkak sebab bangun lambat tadi. Pakej sambung baring sambil main phone.

Setelah siap semua, sekali dengan bertudung, Adara tenung dirinya di hadapan cermin. Okay tak? Cantik tak? Adara pusing-pusing. Hm okay lah ni. Selepas itu, Adara sembur perfume sikit.

Adara mencapai beg tangannya dan tote bag. Dalam tote bag itu terdapat tudung, baju lebih, baju dalam dan seluar dalam. Juga pad. Kita kena bersedia awal-awal. Perempuan kan memang macam ni. Ada je emergency dalam kepala otak mereka.

Tambah lagi, Adara fikir takkan lah nak join makan dengan muka berpeluh, baju dah bau makanan kan. Sebab itulah Adara bawa baju lebih. Nak tumpang mandi sekali nanti. Kalau diizinkanlah.

Adara terus keluar. Hidupkan enjin, tunggu sekejap. Nak bagi enjin panas dulu. Adara dah inform Amelia yang dia nak keluar. Amelia pun sama macam Adara harini. Terbongkang dari pagi. Amelia kata makan nanti dia nak order foodpanda je. Masing-masing kemalasan ya harini. Hujung minggu kan? Ini lah masanya untuk bermalas-malasan.

Setelah yakin enjin sudah cukup panas, Adara terus memandu menuju ke rumah mertuanya. Agak berdebar ya disitu. Sebelum ni datang dengan Zafran. Kalini datang sorang je kita.

"Ahhhh! Nervousnya!!!" Adara menjerit dalam kereta apabila mendapati Adara sudah masuk ke kawasan perumahan itu. Dah nak sampai!

"Kalau diorang tak ingat aku macam mana? Nak cakap apa? Hi! Saya bini kedua Zafran. Gitu ke?" Adara dah membebel sorang-sorang. Gelabah sangat.

Sudah berhenti betul-betul depan rumah mertuanya, Adara termenung lagi. Betul ke keputusan aku ni? Sempat tak aku patah balik. Adara memandang kawasan rumah itu. Takda siapa perasan aku kat sini kan? Nak balik lah.

Tapi! Macam jahat je. Umi dah suruh aku datang. Macam mana ni? Adara menggerak-gerakkan kakinya. Laju. Gelabah sangat dah ni.

"Takda siapa ke nak jemput aku kat sini?"

"Malu lah nak masuk sorang." Adara menekup mukanya di stereng. Stress sangat-sangat dengan diri sendiri.

"Kau kenapa Adara?! Kau dah besar lah! Kau nak takut apa? Kau cuma perlu keluar dari kereta ni, pergi masuk, ha dah! Itu je!" Adara menampar pipinya sendiri.

"Okay! Okay! Fuh! Okay jom." Adara mencapai beg-begnya dan terus keluar dari kereta. Tak pandang belakang dah. Mampuskan aje apa nak jadi.

Ceh nak jadi apa jelah? Entah-entah diorang tu tak kisah pun pasal kau, Ad. Kau je gelabah lebih. Adara cuba nak sedapkan hati dia.

Sampai depan pintu, Adara mengetuk perlahan. Kau bodoh ke Adara? Ada ke orang nak dengar ketuk slow macam ni? Kan ada loceng tu. Tekan!

Adara pun tekan loceng. Sambil melaungkan salam.

Sekejap saja, pintu sudah terbuka. Adara pandang siapa yang buka pintu ni. Ni Zafira kan? Atau dipanggil baby kan? Zafran pernah cerita yang mereka sekeluarga gelarkan Zafira ni baby. Aku tak tahu aku layak ke tak nak panggil sekali.

"Kak Dara dah sampai! Jemput lah masuk!" Zafira menjemput Adara masuk. Okay kat sini Adara rasa dia dah lega sikit. Sebab Zafira ni layan dia baik. Panggil Kak Dara pula tu. Dara. Tak pernah orang panggilnya Dara. Rasa macam bukan nama sendiri je.

"Hi." Adara senyum lebar. Nak tutup kegelabahan dalam hati.

Zafira menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Kak Dara sihat?" Zafira tanya.

"Sihat alhamdulillah. Fira sihat?" Lenjan jelah panggil Fira.

"Sihat juga. Alhamdulillah. Jom kak pergi dapur. Umi ada kat situ. Sekarang baru kupas-kupas je dulu. Sediakan bahan-bahan dulu. Nanti lepas asar baru masak." Zafira berkata sambil berjalan memimpin tangan Adara untuk pergi ke dapur.

Rumah ni sunyi lagi. Jadi Adara buat assumption tak ramai lagi yang sampai.

"Umi! Ni Kak Dara dah sampai!" Zafira menjerit kuat. Adara terkejut. Kenapa excited sangat ni?

"Ad! Sampai pun. Awal pula tu!" Datin Sri Zaharah terus pergi ke arah Adara dan terus memeluk Adara.

"Umi." Adara membalas pelukan itu. Kenapa baik sangat ibu mertuanya ini? Adara terharu.

"Adara dah makan?" Datin Sri Zaharah tanya selepas mereka melepaskan pelukan. Adara pandang sekeliling. Besar dapur rumah ini. Berganda besar dari dapur rumah keluarganya. Best ni kalau masak ramai-ramai. Takda lah sesak sangat.

"Adara dah alas perut tadi. Saja nak biar kosong. Biar malam ni boleh makan banyak-banyak." Adara tergelak.

"Ish! Apa pula macam tu. Makan lah dulu. Umi ada masak sikit tadi. Makan sekali dengan baby ni ha. Dia pun tak makan lagi. Baru bangun." Datin Sri Zaharah berkata sambil berlalu nak check bahan-bahan yang sudah siap disediakan.

"Mana ada umi ni! Baby bangun awal eh! Cuma baring-baring je dulu." Zafira berkata dengan mulut dimuncungkan.

"Samalah tu!" Datin Sri Zaharah berkata lagi.

"Ish! Mana ada. Entah-entah umi pun gitu juga dulu." Zafira berkata dan terus berlalu nak makan. Adara tergelak.

"Jom Kak Dara, kita makan sama." Adara meletakkan begnya di tepi dahulu dan ikut Zafira ambil pinggan. Nak makan lah. Lapar. Tengok lauk macam sedap je.

"Ha korang makan habis kan. Senang. Kemas terus semua." Datin Sri Zaharah sedang membasuh barang basah di sinki.

Adara rasa serba salah pula biar ibu mertuanya yang buat semua itu. Tapi dia memang lapar. Nak makan dulu. Takpa kot.

"Kak, takpa. Umi tu dah biasa buat kerja macam ni. Kita lek je. Nanti kita tolong lah. Nak tolong kena ada tenaga. Macam mana nak bertenaga? Kena makan lah. Sekarang kita makan dulu." Ujar Zafira selamba sambil menyuap nasi ke mulut.

"Takpa Ad. Ad makan je dulu." Datin Sri Zaharah macam dengar je apa yang dikatakan oleh Zafira itu.

Adara pun apa lagi. Melantak lah sekali. Rezeki depan mata. Makan jelah.

Sambil makan, mereka berborak. Adara baru tahu yang Zafira ni sebaya Aidid. Tapi Zafira sudah tamat belajar. Zafira budak pandai, jadi Zafira habis belajar awal.

Sekarang Zafira sedang tanam anggur saja. Katanya dia tak bersedia lagi nak bekerja. Malas lagi. Katanya lagi nak marathon drama korea puas-puas dulu. Masuk topik drama korea, makin rancak lah perbualan mereka. Zafira happy kerana akhirnya ada juga orang yang layan drama korea macam dia. Abang-abangnya mana nak layan. Kakak-kakak iparnya juga tak layan sangat. Jadi Zafira takda geng nak fangirling sama-sama.

"Akak layan The K2 tak?" Zafira tanya.

"Layan!! Ji Chang Wook hensem gilerr!" Adara menjawab semangat.

"Kan! Suka gila! AHHH" Mereka menjerit berdua disitu. Datin Sri Zaharah dah geleng kepala. Syok sangat borak. Biarlah.

"Cop cop! Akak ship Jae Ha dengan siapa?" Zafira tanya.

"Of course lah dengan Anna juga!" Zafira terus berdiri nak pass tangan dengan Adara.

"Sama kita kak. Haritu baby ada baca komen tau. Orang lagi suka Jae Ha tu dengan mak tiri Anna tu." Zafira mula berkata lagi.

"Iya!! Akak tahu. Akak bukan tak suka mak tiri dia tu, tapi biasa-biasa jelah."

"Lepastu kan Kak, kan ada yang komen kata tak suka dengan watak Anna tu. Sebab lemah. Lepastu tak suka dengan lakonan Yoona tu. Bagi baby kan, itu memang watak yang dia kena bawa tau. Ya lah dia tu dari kecil dah dijaga macam tu. Nak expect dia jadi kuat macam mana kan?"

Adara mengangguk kepalanya tanda bersetuju dengan Zafira.

"Ya lepastu kan baby, ada orang marah Anna tu sebab tak pandai masak ramen. Ya lah! Dia kan dah dijaga ketat macam tu dari kecil. Normal lah untuk dia tak explore benda-benda macam tu."

Zafira menepuk meja. Sangat bersetuju dengan Adara.

"Ya! Macam Kendall Jenner lah. Potong timun pun tak pandai kan?" Zafira berkata.

"Ha! Macam tu. See? Logik je untuk seseorang tu tak pandai masak walaupun dia dah besar."

"Baby sumpah tak faham orang yang kecam watak Anna tu. Padahal memang dia kena bawa watak macam tu." Zafira sambung makan.

"Akhirnya ada juga orang yang sependapat dengan baby. Baby stress baca komen-komen netizen." Adara tergelak. Dia faham perasaan tu. Dia pun pernah mengalaminya.

"Rancak nya borak! Dari luar papa dah dengar." Adara terus menoleh. Lah Dato' Sri Ilham dah sampai. Tadi umi bagitahu papa keluar kejap.

"Pa." Adara bangun untuk bersalaman. Adara terpaksa hulur pergelangan tangannya kerana tangannya kotor.

"Adara baru sampai ke?" Dato' Sri Ilham bertanya.

"Haah pa. Baru je. Ni nak makan sekejap. Hehe." Adara menjawab. Segan. Sebab tak tolong apa-apa lagi.

"Makan je. Siapa lagi nak makan selain korang berdua ni ha." Selepas Dato' Sri Ilham berkata, terus dia bangun menuju ke arah isterinya.

Selepas makan, Adara dan Zafira terus memulakan tugas mereka.

Selepas asar, seperti dijanjikan, Datin Sri Zaharah terus mula masak. Datin Sri Zaharah beritahu nak masak asam pedas, udang masak lemak cili api, sup ikan merah, sayur kangkung goreng belacan, tempe goreng, ayam goreng dan juga beberapa pencuci mulut. Banyak kan? Ya banyak. Adara tak sabar nak makan.

Dalam waktu mereka sedang memasak, keluarga Zayyad baru sampai. Jadi, birasnya, Kak Syahirah terus ke dapur untuk tolong masak sama-sama.

Adara happy. Walaupun berempat sahaja di dapur, tapi sangat meriah. Kak Sya pun sama masuk air macam mereka disitu. Asyik gelak je tadi. Nasib baiklah kerja jalan juga. Kalau tak, tak makan lah semua orang.

Hampir pukul enam petang, barulah keluarga itu lengkap. Keluarga Zafran baru sampai. Zafar juga baru sampai. Adara terkejut ya bila Zafar tak cari pasal dengannya. Mungkin sebab Adara ada dengan yang lain kot.

Sedang Adara leka mengacau lauk di periuk, Adara disapa seseorang.

"Ad." Adara pandang.

"Dian! Baru sampai ke?" Dian senyum.

"Haah baru je sampai."

"Mana Eiman dengan Ellyna?" Adara bertanya.

"Dekat luar. Main dengan yang lain." Adara angguk kepalanya.

"Kak Dian." Zafira datang ke arah Dian dan salam tangannya.

"Mana Kak Sya?" Dian tanya.

"Tengah mandikan Harlina." Zafira jawab. Zafira terus pergi check pencuci mulut. Nak kena ready cepat sebab nanti nak solat maghrib.

Mereka plan nak buat bacaan yassin lepas maghrib. Jadi, makan waktu lepas isyak. Nanti waktu nak makan, boleh lah panaskan sekejap lauk.

Dian dan Adara mula berborak kosong di dapur. Lama tak jumpa kan.

"Sayang." Zafran panggil Dian. Adara tak angkat kepala. Buat tak tahu. Dian pandang Adara.

"Ya bang?" Dian pandang pula ke arah Zafran.

"Sayang tadi tak sihat kan? Kata pening kepala. Jom abang urutkan kejap." Zafran mengajak.

"Ha? Eh takpa lah. Dian okay dah." Dian berkata serba salah.

"Dian, pergilah. Umi tengok muka Dian pucat." Datin Sri Zaharah menyampuk. Memang pun. Dian nampak lemah.

"Jom sayang." Zafran ajak lagi.

"Ya lah." Dian terus bangun dan ikut Zafran untuk menuju ke bilik mereka.

"Ad, dah lah tu. Pergi rehat lah. Mandi dulu ke. Banyak dah Ad buat tadi." Datin Sri Zaharah berkata.

"Okay umi. Ad pun nak mandi kejap. Rimas dah." Adara sengih.

Adara terus menuju ke bilik Zafira. Tadi memang Adara ada masuk bilik Zafira sebab nak letak begnya. Tumpang jelah mandi sini. Takkan aku nak masuk bilik Zafran pula.

Selesai buka tudung, Adara duduk sekejap atas lantai, bersandar di katil. Nak check telefon dulu. Sedang leka belek telefon, Zafira masuk ke dalam biliknya.

"Kak. Kenapa duduk situ? Duduk lah atas katil ni ha." Zafira tegur.

"Takpa lah, lagipun akak berpeluh lah. Katil tempat nak tidur." Adara sengih.

"Baby, akak tumpang mandi sini eh?" Adara minta izin dahulu. Ceh tadi memang dah plan nak mandi je.

"Boleh kak." Zafira senyum.

Zafira pandang Adara yang sedang belek telefon. Zafira tak tahu kenapa, tapi dia rasa kesian dengan Kak Dara. Tadi angahnya langsung tak tegur Adara. Datang dapur, terus tegur Dian je. Adara kan isteri angah juga.

Tapi tulah, kalau tegur kang risau bergaduh pula. Lagipun ada Kak Dian. Zafira pun kesiankan Kak Dian.

"Kak Dara." Zafira panggil.

"Ya?" Adara terus meletakkan telefonnya dan pandang Zafira yang duduk di atas katil.

"Baby nak tanya."

"Apa tu?"

"Akak okay dengan angah?" Zafira tanya berhati-hati.

"Okay je baby." Adara jawab tenang.

"Tapi angah tak tegur Kak Dara pun tadi." Zafira lepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.

"Biarlah dia. Nak jaga hati Dian lah tu. Lagipun akak tak kisah." Tipu. Tipu. Adara kisah. Dia sedih gila tadi. Tapi takkan nak tunjuk?

Zafira pandang Adara. Tipu lah tak sedih.

"Dah lah akak nak mandi dulu." Adara terus bangun untuk mengambil tualanya. Bawa masuk terus lah begnya.

Selesai bacaan yassin dan solat isyak, Datin Sri Zaharah sudah mula mahu panaskan lauk semula. Lagi best makan panas-panas.

Adara dan Zafira mula menyediakan cawan dan pinggan untuk diletakkan di meja makan. Kak Sya baru lepas isi ais ke dalam jug air.

Tadi Adara sempat bertegur dengan Eiman dan Ellyna. Excited mereka bila dapat tahu aunty mereka ada di situ juga. Terus Eiman ajak pasang lego. Memang itu jelah.

"Ad, tolong panggilkan Zafran dengan Dian. Nak makan dah ni." Adara angguk kepalanya. Pergi jelah. Lagipun after solat isyak tadi mereka naik ke bilik sekejap.

Sampai di pintu bilik mereka, baru Adara nak mengetuk pintu, Adara terdengar sesuatu. Lagipun bilik itu tidak tutup sepenuhnya. Terbuka sikit.

"Apa Dian merepek ni?" Adara dengar suara Zafran.

"Abang tu yang tak faham Dian. Dian cuma suruh abang sayangkan Adara, Adara isteri abang juga!" Dian menjawab.

"Cukuplah Dian. Cukuplah Dian paksa abang kahwin dengan dia, sekarang Dian nak paksa abang untuk sayangkan dia pula?" Zafran bengang.

"Sebab Adara tu isteri abang juga! Abang kena sayangkan dia."

"Siapa yang paksa abang kahwin? Hm? Tell me. Siapa yang paksa abang?"

"Ada sebab kenapa Dian buat macam tu. Dian nak abang bahagia. Teruskan hidup abang dengan perempuan yang abang sayang. Yang boleh jaga anak-anak kita. Bila Dian dah takda nanti." Adara dah dengar bunyi tangisan. Mesti Dian dah nangis.

"Dian takda hak nak control hidup abang. Abang cintakan Dian seorang. Abang sayangkan Dian seorang. And that's it. No one is gonna replace you in my heart. No one." Adara menggigit bibirnya. Matanya sudah berair.

"Abang tak pernah nak faham Dian. Dian cuma-"

"Dian tu yang tak faham abang. Dian paksa abang kahwin, Dian paksa abang sayangkan perempuan lain. Mana pergi cinta Dian? Semurah itu ke Dian anggap cinta abang pada Dian?"

"Abang, Dian-"

"Please Dian, cuba lawan sakit tu. Usaha. Kalau Dian tak nak buat untuk abang, buat untuk mama. Buat untuk anak-anak kita. Susah sangat ke permintaan abang ni?" Zafran bertanya lembut.

"Abang minta maaf sebab dah marahkan sayang. Abang keluar dulu." Dengarkan itu, cepat-cepat Adara berlari semula ke tangga. Nak buat-buat macam dia baru nak menuju ke bilik mereka.

Adara bertembung dengan Zafran.

"Zaf, umi dah panggil makan." Adara berkata perlahan.

"Hm." Zafran respon dan terus ke bawah.

Adara terus naik. Nak ajak Dian pula. Adara ketuk pintu dahulu, dan terus masuk. Adara nampak Dian mengelap air matanya.

"Dian." Adara tegur.

"Aku nak cakap sikit." Adara berkata. Dian pandang Adara. Adara dengar ke tadi?

"Aku nak minta tolong kau. Tolong dengar apa yang Zafran suruh. Usaha. Cuba lawan sakit tu. Kau ada peluang nak hidup, Dian. Kau muda lagi. Lagipun, ajal maut adalah di tangan Allah. Kau tak boleh tentukan sendiri." Adara mula berkata. Dian masih diam.

"Jangan kisah pasal aku. Tolong fikirkan diri kau. Fikir suami kau, mama kau, anak-anak kau. Diorang lagi perlukan kau."

"Ad, kau dengar-"

"Kau tak teringin ke nak tengok anak kau membesar? Tak teringin nak tengok anak-anak kau pergi sekolah? Sambung belajar?" Adara teruskan bercakap.

"Aku tahu sakit. Aku tahu susah nak lawan. Tapi cuba. Bila kau cuba, tu sudah menunjukkan betapa besarnya cinta kau dekat Zafran. Zafran suami kau. Dia cintakan kau, sayangkan kau." Adara sambung berkata lagi.

"Jadi tolong. Cubalah Dian. Jangan sakitkan hati orang yang kau sayang." Mata Adara berair.

"Kau kawan aku. Aku tak nak tengok kawan aku pergi dulu tinggalkan aku. Kan kita dah plan nak bestfriendkan anak kita kan?" Adara bertanya sambil mengelap air mata yang menitis.

"Ad, aku minta maaf." Dian terus memeluk tubuh Adara.

"Tak, takpa. Jangan kisah pasal aku. Aku okay. Aku boleh." Adara berkata sambil membalas pelukan Dian.

"Sekarang ni, aku nak kau berhenti nangis, kita turun bawah sama-sama. Kita makan, jom." Adara mengajak Dian. Dian cepat-cepat mengelap air matanya.

"Jom." Dian menarik tangan Adara. Nak turun sama-sama.

Semasa turun, mereka mendapati Zafran tiada. Umi kata Zafran keluar tak tahu pergi mana. Tak nak keruhkan keadaan, mereka teruskan makan sahaja.

Habis makan, Adara pergi duduk di halaman rumah sorang-sorang. Ada buaian. Adara teringat di sinilah Zafran mengenalkan Eiman dan Ellyna dengan dirinya. Adara tersenyum nipis.

Waktu makan tadi, Adara sudah putus selera sebenarnya. Mula-mula dia excited nak makan. Lepas dengar apa yang Zafran katakan, buatkan dia takda mood. Haih.

"Ehem." Adara toleh.

"Zafar." Zafar yang berdehem tadi.

"Kau tidur sini ke?" Zafar tanya.

"Taklah. Kejap lagi saya nak balik dah. Saja nak duduk sini. Ya lah, bila lagi saya nak datang sini lagi kan?" Adara tersenyum.

"Datang jelah. Umi selalu merungut bila kau nak datang jenguk dia selama ni." Zafar respon.

"Tengok lah macam mana nanti." Adara jawab perlahan. Boleh lagi ke aku datang sini lepasni? 

"Aku nak minta maaf." Zafar berkata perlahan. Malu nak cakap. Sedar salah sendiri.

"Sebab Amelia ke?" Adara bergurau.

"Kau tahu?" Zafar tanya.

"Tahu, Amelia dah cerita semuanya. Jangan risau lah Zafar. Saya dah lama maafkan awak." Adara tersenyum kearah Zafar.

"Nanti saya beritahu sendiri dekat Amelia yang awak dah minta maaf dan saya dah maafkan awak." Adara mula termenung semula.

"Aku betul-betul minta maaf."

"Takpa, saya faham."

Setelah puas duduk di buaian, Adara buat keputusan untuk balik.

"Umi, papa, Ad nak balik dulu." Adara berkata selepas mengambil beg nya.

"Lah tak nak tidur sini ke?" Adara sebenarnya nak nangis. Jadi dia tak nak tidur sini.

"Takpa lah umi. Adara ada hal esok. Awal pagi. So takut lambat." Adara tipu.

"Hm ya lah. Tapi janji dengan umi lepasni tidur sini tau!" Adara senyum lalu mengangguk.

Adara terus salam tangan mereka yang ada disitu. Di ruang tamu.

"Boy, aunty balik dulu. Nana, aunty balik dulu. Bye!!" Adara sempat peluk Eiman dan Ellyna.

Semasa memandu, Adara tidak menuju ke rumah Amelia. Adara menuju ke rumah Zafran. Adara rindu Zafran. Jadi nak pergi mana lagi? Rumah itu je yang ada untuk buat lepas rindu.

Biarlah apa nak jadi. Kalau jadi apa-apa, aku buat lah report polis. Ceh haritu nampak Danish pun tak report lagi.

Adara terus masuk ke dalam rumah. Adara perasan kereta Zafran tadi. Jadi ada Zafran lah dirumah. Biarlah. Penat lah. Boleh tak kalini jangan bagi Adara fikir apa-apa?

Apabila Adara masuk ke dalam rumah, dia memberi salam. Adara mendapati Zafran sedang tonton perlawanan bola di televisyen. Adara cuba menegur Zafran.

"Awak tidur sini ke?" Zafran diam.

"Apa lawan apa tu?" Zafran diam lagi.

"Awak dah makan?" Zafran diam. Lagi.

Adara dah takut. Dahlah dah malam. Bila Zafran diam macam tu buat dia cuak. Itu Zafran ke bukan? Entah-entah bukan. Dahlah lately ni Adara selalu dengar story hantu kat tiktok. Adara cuak dah ni. Dia tengok mata Zafran terbuka je. Tapi macam termenung.

Adara terus pusing belakang. Nak keluar rumah balik. Nak lari. Adara yakin tu bukan Zafran. Tu hantu.

Baru je Adara nak lari, Zafran hantu bersuara.

"Aku nak cakap sikit dengan kau. Pasal Dian."

"Apa dia?" Adara buat-buat tak tahu. Padahal dia macam boleh agak apa yang Zafran ingin katakan.

"Doktor bagitahu kanser Dian tak boleh sembuh. Sebab dah tahap 4. Tapi doktor bagitahu yang pesakit macam Dian masih boleh teruskan hidup. Ada peluang untuk teruskan hidup." Zafran diam sekejap. Nak tarik nafas. Ya, saya tahu Zafran.

"Tapi Dian perlukan sokongan untuk teruskan hidup dia. Dian kena ada semangat. Aku nak jadi penguat semangat dia. Aku sayang Dian. Dia isteri aku. Dian sayang aku. Aku suami Dian." Adara tegak berdiri sambil mendengar apa yang dikatakan dari tadi oleh Zafran. Saya tahu tu Zafran.

"Jadi apa yang aku nak bagitahu kat sini, aku nak terus berada di sisi Dian. No matter what happen. Aku memang nak ada dengan dia je sekarang ni. Aku nak jadi penguat semangat dia. Aku akan jaga dia. Aku akan jaga dia sampai dia ada rasa nak teruskan hidup." Zafran diam. Perlahan-lahan Zafran pandang ke arah Adara. Zafran tenung mata Adara. Mata itu. Zafran tak boleh tengok mata itu. Zafran tahu Adara sedang sedih. Kecewa. Sinar kecewa yang terdapat dalam Adara, Zafran nampak.

"Jadi, buat masa sekarang, aku tak dapat nak tengok kau selalu. Aku minta maaf. Aku terpaksa. Aku nak jaga Dian. Aku tak nak Dian pergi. Aku cintakan dia sangat. Aku tak boleh bayang kalau satu hari dia takda. Aku tak rasa aku boleh terus hidup. Jadi, aku harap kau faham aku." Zafran diam. Sudah tidak meneruskan kata-katanya.

Adara tersenyum. Senyum hambar. Hambar sangat sampai dia rasa bibir dia menggeletar sepanjang dia mengoyakkan bibirnya untuk membentuk sebuah senyuman.

"Takpa saya faham. Awak jangan risau. Saya boleh jaga diri saya. Saya dah biasa sorang-sorang." Adara sekarang ni rasa dadanya seolah-olah baru dihempap dengan batu besar. Berat. Sakit.

"Saya pun nak Dian terus hidup. Hidup macam biasa. Dian kawan baik saya. Saya rindu nak tengok dia sihat macam sebelum ni." Adara diam lagi. Tangannya menggigil.

"Dian sayangkan awak. Saya tahu itu. Jadi, saya harap awak dapat terus berada disisi dia selalu. Soal saya, jangan risau. Saya faham. Saya harap awak boleh jaga Dian dengan baik. Dunia dan akhirat. Saya sayang kawan baik saya tu. Jaga dia okay? Anggap jelah saya ni hanya pengganggu rumah tangga awak." Adara gelak hambar. Adara terus berjalan menuju ke tangga. Baru separuh jalan, Adara berhenti. Tanpa menoleh, Adara berkata,

"Sampai masa, saya sendiri yang minta awak lepaskan saya. Doakan saya dapat lelaki yang baik. Yang dapat terima kekurangan saya." Air mata Adara menitis. Adara terus berjalan. Tinggalkan Zafran. Zafran terkedu. Lepaskan Adara? Adara sendiri akan minta dilepaskan? Zafran tak tahu kenapa. Dia tak selesa mendengar pernyataan itu.

Di dalam bilik Adara, Adara terus menutup pintu biliknya dan kunci. Adara terus menuju ke meja cerminnya untuk menanggalkan tudungnya. Setiap kali pinnya dibuka, setiap kali itulah air mata nya menitis. Setiap kali air matanya menitis, Adara terus lap. Hapuskan titisan air mata itu.

Sewaktu dia mahu meletakkan sebiji pin tudung di tempatnya, jarum tajam itu tercucuk jarinya. Adara terkejut. Apa kau ni Adara? Dengan jarum pun boleh cuai. Patutlah takda siapa nak kat kau. Kesian kau.

Jangan nangis Adara. Jangan. Ni yang kau minta. Jadi terima dengan hati terbuka. Kau bodoh Adara. Kenapa kau jatuh cinta dengan hak orang? How can you be this weak, Adara? Zafran dah cakap banyak kali jangan suka dia. Jangan jatuh cinta dengan dia. Kau degil. Kau yang salah Adara. Zafran tak salah. Kau yang salah sebab kau mencintai orang yang salah. Someone that you are not belong to.

Adara menuju ke almari yang dia buat simpan hadiah buat Zafran. Dia mencapai kotak itu. Dia buka, dia ambil semua gambar disitu. Adara menatap gambar itu dengan tatapan sayang. Banyak air matanya yang sudah menitis.

Tiba-tiba telefon Adara berbunyi. Adara terus capai telefonnya. Siapa telefon? Ayah. Encik Hishamuddin.

Pada mulanya, Adara tak mahu angkat. Sebab dia tahu, kalau dia angkat, mesti dia tidak dapat menahan air matanya. Tapi bila fikirkan ayahnya yang menelefonnya, dia tidak sanggup untuk biar orang tua itu risau jika dia tidak angkat. Jadi Adara angkat.

"Hello assalamualaikum ayah!" Adara cuba mengeluarkan suara yang teruja sambil mengelap air matanya.

"Waalaikumsalam anak ayah. Anak ayah tengah buat apa tu? Sihat? Adara okay?"

Air mata Adara menitis lagi. Ya Allah. Kuatkan hatiku Ya Allah. Adara tak sanggup dengar suara ayah buat masa sekarang. Hatinya tak kuat. Adara sebak sangat. Ayahnya seolah-olah faham apa yang dilalui olehnya sekarang.

"Ad?" Encik Hishamuddin panggil setelah lama Adara mendiamkan diri.

"Ehem. Hehe. Sorry ayah. Ad okay ayah." Suara Adara menggeletar.

"Anak ayah menangis ke? Anak ayah penat ke? Siapa buat anak ayah ni?" Lembut suara Encik Hishamuddin bercakap dengan Adara. Sudah berpuluh tahun Encik Hishamuddin menjaga Adara. Encik Hishamuddin tahu dan kenal anaknya. Dia tahu bila anak nya sedih, gembira.

"Ayah...." Adara terus menitiskan air matanya. Sambil menekup mulutnya. Tidak mahu bunyi tangisannya keluar. Tidak mahu Zafran tahu yang dia tak kuat. Dia boleh. Dia boleh hidup sorang-sorang. Cuma kali ini sahaja. Biarkan dia menangis.

"Nangis lah. Ayah ada. Ayah teman Ad ya?" Adara terus menangis. Sakit. Dadanya sakit. Dia dapat rasa seolah-olah tangisan yang dia sembunyikan selama ini, terluah. Segalanya.

"Ayah, Ad sakit sangat. Kenapa? Takda siapa yang boleh terima Ad?" Adara berkata dengan tangisannya sekali. Susah untuk dia bercakap.

"Kalau tiada siapa boleh terima Ad, ayah ada nak. Ibu ada. Biar ibu dengan ayah yang jaga Ad ya?" Encik Hishamuddin berkata lembut.

"Ayah, bagi Ad nangis untuk waktu ni je. Ad penat sangat. Ad janji lepasni Ad tak nangis dah." Makin banyak air mata yang dihamburkan. Sakit. Hatinya pedih. Kerana mencintai orang yang salah. Orang yang bukan miliknya.

"Nangis lah nak. Kalau itu yang boleh buat Ad lega, nangislah. Lepaskan semua." Sayu suara Encik Hishamuddin setelah mendengar suara tangisan anaknya.

Adara terus menghamburkan tangisannya. Lagi banyak. Dia penat. Penat pura-pura kuat.

'Ya Allah maafkan Adara. Bagi Adara menangis untuk waktu ni je. Adara penat. Sakit, Ya Allah.' Adara menumbuk dadanya. Sakit sangat.

'Zafran, maafkan saya. Maafkan saya sebab dah mencintai awak. Saya tahu saya tak layak. Saya minta maaf.'

*********

Okay itu sahaja. Thanks semua.

Saja lah nak cakap, lepasni Adara akan makin tersakiti. Zafran tu pula tak tahu lah bila nak menyesal. Takkan menyesal sampai bila-bila kot huaaaa!

Kalau suka, vote dan komen ya.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

43.5K 1.2K 19
"Scapel "arah shahwan dengan wajah serious memandang Farah ,ye Farah doktor yang bantu dia dalam pembedahan tersebut tapi dia sebuk nak berangan. "Sc...
141K 4.7K 31
Dhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi s...
EVERISA By liz

Teen Fiction

113K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
393K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...