Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 28

16.8K 919 218
By farahnotfara

Adara dalam perjalanan ke tempat kerja Zafran pada pagi itu. Ini kerana, Ameerul, pembantu suaminya itu telah telefon Adara untuk datang ke pejabat suaminya. Pagi lagi kot. Dah kenapa?

Adara tak sempat lagi sampai 4C, Ameerul dah telefon. Adara terpaksa beritahu Kak Dira bahawa dia akan masuk kerja lambat sedikit. Kak Dira mengizinkan saja.

Sampai saja di tempat kerja Zafran, Syarikat Zermonia, Adara terus keluar dari keretanya. Adara jadi terfikir. Kalau masuk, nak cakap apa? Bukan ke kalau company besar macam ni, susah orang luar nak masuk? Aduh. Dah lah tak semua orang tahu dia isteri kedua Zafran.

Apa lah kau ni Adara! Call lah Ameerul. Suruh dia jemput kau dari bawah ni. Adara tepuk dahinya. Haih.

Adara terus buat panggilan. Setelah beberapa deringan baru Ameerul angkat. Adara terus meminta tolong Ameerul untuk turun menjemputnya. Adara siap kata dia takut dan segan nak masuk sorang-sorang.

Nasib baiklah Ameerul setuju. Takut juga Adara kalau Ameerul busy dan hanya menyuruh Adara untuk terus masuk sahaja.

"Puan?" Ameerul menegur Adara.

"Ha? Turun dah." Adara senyum.

"Jom lah saya hantar puan naik ke pejabat Tuan Zafran." Ameerul mula berjalan. Adara hanya ikut di belakang Ameerul.

Di dalam lift, Adara bertanya,

"Awak tahu ke Zafran suruh saya datang sini buat apa?" Risau juga Adara. Zafran bukan betul sangat.

"Nanti puan tengok sendirilah." Ameerul senyum. Eeee kenapa diorang ni cliche sangat? Adara mencebik.

Keluar dari lift, Ameerul terus membawa Adara sampai di depan pintu pejabat Zafran. Adara baca tanda di pintu. Zafran Idrees. Chief Financial Officer.

"Saya ketuk ke?" Adara tanya Ameerul. Ameerul angguk sambil senyum. Dia ni asyik senyum je dari tadi. Memang termasuk dalam scope kerja dia ke kena senyum selalu? Tak penat ke? Adara soal dalam hati.

Adara pun ketuk pintu itu. Adara dengar samar-samar laungan masuk dari Zafran.

"Saya masuk dulu." Adara meminta diri dari Ameerul.

"Silakan puan."  Adara terus masuk ke dalam bilik pejabat Zafran.

Adara memerhati bilik pejabat ini. Besar. Luas. Kemas. Banyak perabot warna hitam. Wangi. Sejuk. Apa Zafran ni pagi-pagi dah sejuk macam ni.

Adara mencari kelibat Zafran. Oh ada dekat atas sofa. Tersandar sambil menutup mata. Kemeja hitam Zafran sudah terbuka dua butang dari atas. Seksinya. Dengan terkangkang macam tu. Astaghfirullah. Dugaan aku untuk pagi ni. Ke rezeki?

"Memang nak berdiri je ke kat situ? Kunci pintu tu sekali." Zafran berkata dengan suara seraknya. Serak? Ya. Serak. Macam suara orang sakit.

Setelah kunci pintu seperti yang disuruh oleh Zafran, Adara pun terus pergi ke Zafran. Duduk sebelah Zafran.

"Kenapa awak panggil saya sampai sini?" Adara menyoal.

Zafran diam. Dia malu sebenarnya.

"Urut kepala aku." Zafran berkata perlahan. Perlahan sampai Adara rasa bunyi aircond lagi kuat.

"Ha?" Adara pelik. Dah kenapa? Jauh-jauh aku drive untuk urut kepala dia je ke?

Zafran buka matanya. Pandang Adara.

"Tolonglah. Aku sakit kepala. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba je." Pagi tadi Zafran elok je. Tak tahu kenapa sampai je tempat kerja, badannya rasa tak sedap. Rasa nak demam. Dia dah telan panadol dah. Sekarang dia nak seseorang untuk urut kepalanya. Takkan nak minta tolong Ameerul. Tak nak lah. Jadi, sebab itulah dia suruh Ameerul untuk telefon Adara. Zafran fikir Adara je waktu itu.

Adara diam. Malasnya. Kalau tak urut takpa ke? Kalau aku blah je apa jadi? Aku akan jadi isteri derhaka ke? Suami tak sihat, aku abaikan. Takutnya.

Sedang sibuk Adara termenung, Adara rasa ada something di peha kaki nya. Zafran punya kepala. Zafran baring atas riba Adara dengan mata terpejam.

"Tolong lah." Zafran capai tangan Adara dan letakkan di atas kepalanya.

Adara pun mengalah. Urut jelah. Suami suruh. Tak buat kang dosa. Adara mula mengurut kepala Zafran.

"Panas lah dahi awak Zafran." Memang panas. Demam lah ni.

"Awak demam ni." Tambah Adara sambil tangannya lincah mengurut kepala Zafran.

"Hm. Rasa juga." Zafran jawab perlahan. Sakit tekak. Tak nak cakap banyak-banyak.

"Lepastu pasang aircond sampai sejuk macam ni kenapa? Pasang jelah kipas." Adara berkata lagi.

"Ada orang kata, kalau demam, pasang je aircond nanti badan jadi sejuk. Tak panas dah." Jawab Zafran.

"Eh macam tu ke?" Adara soal. Adara memang tak tahu. Bukan ke kalau orang demam ni, dia akan kesejukan? Zafran boleh siap pasang aircond. Kulit dia tebal sangat ke?

"Entah." Zafran jawab sambil tersengih dengan mata pejamnya.

"Aku nak tidur kejap. Kau urut je." Zafran mengiring menghadap perut Adara.

Adara terkedu. Dia tahan nafasnya. Weh aku makan apa tadi? Perut aku buncit tak? Ya Allah malulah aku macam ni. Adara rasa perutnya geli-geli. Ni ke orang panggil rama-rama dalam perut? Kenapa rama-rama? Kenapa tak ladybird ke burung ke lipas ke?

Adara pandang Zafran. Macam dah tidur je. Adara perlahan-lahan lepaskan nafasnya. Okay tak buncit sangat. Biasa-biasa je. Nasib baik.

Adara teruskan urut kepala Zafran. Sambil itu dia lalukan tangannya di rambut Zafran. Usap kepala Zafran. Rambut Zafran lembut. Lurus.

"Kesian dia demam." Adara berkata perlahan.

Setelah beberapa minit Adara urut, tangannya sudah penat. Dia berhenti. Pandang Zafran. Nak kejut ke? Macam kesian pula. Lena betul tidurnya.

Adara ambil telefonnya dari dalam beg tangannya. Main game lah. Bosan.

Sejam berlalu, Adara dah tak boleh. Kaki dia kebas sangat. Game pun dah bosan. Adara install dan uninstall. Takpa, game saloon je pun.

Macam mana nak kejut ni? Kebas dah ni. Adara risau. Dia tak rasa dah kaki dia ni. Tapi Zafran langsung tak tunjuk tanda-tanda nak bangun. Dia tak tidur langsung ke malam tadi sampai lena macam ni dia tidur?

Kejut jelah. Kaki kau lagi penting, Adara.

"Zafran, bangun. Saya tak rasa kaki saya dah ni." Adara kejut lembut. Menepuk perlahan bahu Zafran.

Zafran masih tak bangun. Bergerak pun tidak. Haih.

"Zafran!" Adara kuatkan sikit suaranya. Baru bangun si Zafran. Dengan perlahan Zafran mengangkat badannya. Duduk bersandar. Adara pandang Zafran. Ya Allah dengan pipi berbekas. Dah macam budak-budak. Macam Eiman.

Adara rasa seluarnya. Basah. Ya Allah. Peluh Zafra. Haih nasib baik lah pakai seluar slack hitam.

"Aku tak larat lah Adara." Zafran berkata perlahan. Dia rasa demamnya makin teruk. Setiap kali dia telan air liur, tekaknya sakit. Kepalanya sakit sangat.

"Jom lah pergi klinik. Ambil ubat demam." Adara mengajak Zafran. Adara kemas beg tangannya dan terus sangkut di bahu nya. Adara bangun.

"Jom." Zafran buka mata pandang Adara.

"Tolong." Zafran hulurkan tangannya. Adara mencapai. Adara mula memapah Zafran. Tapi kejap.

"Kita tak boleh jalan macam ni. Nanti orang lain nampak." Adara berkata.

"Awak boleh jalan sorang tak? Larat tak?" Adara tanya.

Zafran berat hati. Dia tak larat. Tapi pada masa yang sama, dia tak nak buat Adara tak selesa.

"Boleh jelah." Zafran berkata.

"Tolong ambil wallet dengan phone aku dekat atas meja tu." Zafran menyuruh Adara. Adara pun pergi ambil. Adara simpan dompet dan telefon Zafran ke dalam beg tangannya.

"Dah jom." Adara dan Zafran berlalu keluar. Zafran sempat memberitahu Ameerul yang dia nak balik. Tak larat. Tak masuk kerja.

"Guna kereta aku lah." Zafran berkata.

"Guna kereta saya jelah. Kereta awak tinggal." Zafran pandang tajam wajah Adara. Adara buat tak tahu.

"Ya lah asyik kereta saya je tinggal. Kereta awak pula. Lagipun kalau kereta awak tinggal sini, mesti selamat. Ni kan bangunan awak juga." Adara menerangkan.

Zafran mengalah. Penat dah bergaduh.

Adara mula memandu untuk menuju ke klinik.

Selesai urusan di klinik, Adara mahu bawa Zafran pulang.

"Saya hantar awak balik rumah tau. Dengan Dian." Adara berkata. Sambil memandu.

"Tak nak lah. Hantar rumah kita lah." Zafran menjawab. Dia bukan apa, dia tak nak susahkan Dian pula kena jaga dia. Lagipun antibodi Dian lemah, Zafran tak mahu Dian dijangkiti.

Adara berfikir. Ish dah lama kot tinggal rumah tu. Takut lah. Mesti berhabuk dah. Ceh takda lah lama mana pun. Adara ni acah je.

"Awak serious ke?" Adara tanya. Bukan apa. Nakkan kepastian je. Mana tahu, demam demam ni rindu Dian pula nanti.

"Hm." Zafran jawab.

"Eh ala kalau macam tu, awak duduk sekejap lah sorang kat rumah. Saya kena pergi 4C balik."

"Eh asal? Kau minta jelah emergency leave dekat Kak Dira. Kata lah aku tak sihat."

"Tak boleh juga. Ada budak kesayangan saya last day harini. Ada majlis. Saya kena lah sertai. Sebab saya teacher kesayangan dia." Adara terang.

"Alaaa. Tak payah pergi lah. Siapa nak jaga aku nanti?" Ni yang lemah ni.

"Mana boleh. Kan saya cakap, saya ni teacher kesayangan dia. Jadi, dia mengharapkan kedatangan saya. Itulah, saya nak hantar awak kat Dian, awak tak nak. Kalau dengan Dian, senang sikit. Dia boleh tengokkan awak." Adara bebel panjang.

"Dian kan tak sihat, Adara." Zafran berkata perlahan sambil mengurut dahinya. Sakit sangat kepala ni.

"Habistu macam mana?" Adara tanya. Aku takkan korbankan Adam. Aku memang nak jumpa dia. Aku nak bagi hadiah kat dia.

"Kau ni! Aku suami kau tau. Kau langsung tak kisah pasal aku pun kan?" Zafran berkata. Ni yang nak merajuk ni.

Adara menjuih bibirnya.

"Kalau saya tak kisah, saya tak picit kepala awak Zafran. Kalau saya tak kisah, saya takkan korbankan setiap waktu kerja saya dengan bawa awak pergi klinik. Dah! Nanti awak stay dalam kereta kejap. Saya masuk bagi hadiah dekat Adam." Adara terus buat keputusan. Susah betullah bercakap dengan orang asyik nak menang je ni. Ha ambillah! Nak sangat aku hantar rumah kan? Kau stay dalam kereta nanti. Jangan merungut!

Setelah memberhentikan keretanya, Adara buka tali pinggang keledarnya. Adara pandang Zafran yang sedang pejam mata.

"Saya keluar tengok Adam jap. Kunci pintu ni. Kang kena culik, dah susah." Adara berkata.

Zafran diam. Adara geram.

"Dengar tak?" Adara kuatkan suaranya. Aku geram betullah. Dah macam budak-budak!

"Hm." Zafran jawab dingin. Merajuk. Adara lagi pentingkan si budak Adam tu dari dia yang kesakitan ni.

"Hm! Hm! Hm! Macam budak-budak." Adara berkata dan terus keluar dari kereta selepas mengambil hadiah.

"Ish! Garang betul! Umi pun tak garang macam ni. Koyak betul aku!" Zafran mencebik. Dia terus tekan button kunci pintu. Bukan ke kalau dalam drama, kalau partner dia sakit, mesti dia akan risau. Apa pasal Adara tak macam ni? Zafran hentak kaki nya. Koyak!

"Adam!" Adara memanggil nama Adam.

"Teacher!" Adam terus berlari memeluk Adara.

"Adam ingat teacher takda harini!" Adam berkata dengan muka sedih.

"Takkanlah teacher takda! Teacher kan best friend Adam. Mestilah teacher kena ada!"

Adara sertai majlis perpisahan itu. Tak tahu lah nak kata happy ke sedih. Happy sebab ada karipap pusing atau sedih sebab Adam takda dah esok. Hm.

Sedang Adara happy dalam majlis tersebut, Adara teringat Zafran. Allah! Dah 45 minit aku biar dia dalam kereta. Adara risau. Kalau jadi apa-apa macam mana? Zafran dahlah tak sihat. Adara terus pergi ke Kak Dira.

"Kak. Adara nak balik awal boleh tak? Zafran tak sihat. Demam."

"Lah yeke? Ha dah lah pergi balik. Majlis ni takpa. Biar akak dengan Kak Far settle." Adara mengangguk. Dia terus mencapai beg tangannya.

"Adam." Adara panggil.

Adara menghulurkan hadiah buat Adam. Adam mencapainya.

"Untuk Adam ke ni?" Adam tanya dengan muka terujanya.

"Haah untuk Adam." Adara berkata dengan senyuman sambil mengusap kepala Adam.

"Yeay! Thank you teacher!" Adam melompat kegirangan.

"Adam, teacher nak kena pergi dah." Adara berkata perlahan.

Adam berhenti lompat. Mukanya sedih. Dia melepaskan hadiah itu.

"Awal nya teacher pergi." Adam terus menangis.

"Awwww." Mata Adara berair. Terus dia peluk Adam.

"Teacher ada hal sayang."

"Nanti Adam rindu teacher!" Air mata Adara menitis. Cepat-cepat dia hapuskan.

"Nanti kita jumpa lagi. Nanti teacher pergi Terengganu okay? Teacher bawa Adam pergi jalan-jalan. Eh! Salah! Adam lah kena bawa teacher jalan-jalan." Adara berkata dengan suara riang.

Adara melepaskan pelukan. Dia kena cepat. Dia lap air mata Adam.

"Adam jangan sedih-sedih. Kesian kawan-kawan tengok Adam sedih. Teacher janji, nanti teacher pergi Terengganu okay?" Adara angkat jari kelingkingnya.

"Janji?"

"Janji!" Mereka buat pinky promise.

Adam terus peluk Adara semula. Kuat. Buat kali terakhir.

"Adam sayang teacher! Teacher lah teacher paling baik! Paling cantik!" Adam berkata dengan suara riang. Walaupun wajahnya masih lembap dari kesan air mata.

Adara tergelak.

"Teacher pun sayang Adam! Sayang sangat!"

Selepas sesi berpelukan, Adara terus keluar menuju ke keretanya.

Adara ketuk tingkap keretanya. Zafran tekan button unlock. Adara masuk ke dalam kereta.

"Lama betul. Kata sekejap." Zafran berkata dengan suara dingin.

"Sorry lah. Saya terleka dengan karipap pusing." Adara berkata perlahan. Serba salah.

"Dahlah tak bungkuskan sikit." Zafran perasan tangan masuk kereta dengan tangan kosong. Aku lapar juga.

"Lah awak nak juga ke?" Adara berkata dengan suara terkejut. Zafran diam. Adara ni kan!

Zafran terus pandang tingkap lama. Tak nak tengok muka Adara. Jahat! Kejam! Garang!

"Saya ada lah bawa untuk awak!!! Tadaaaa!" Adara terus keluarkan bekas makanan dari dalam beg tangannya. Memang dia ada bungkus sikit kuih untuk Zafran. Risau mati kelaparan.

"Nah lahhh." Adara hulur bekas makanan itu kepada Zafran. Perlahan-lahan Zafran mahu sambut huluran itu. Ceh! Ego.

"Malu tapi mahu." Adara bergurau. Adara cepat-cepat tarik semula tangannya. Zafran berkerut.

"Kiss dulu." Adara suakan pipinya.

"Ish!" Zafran geram. Mukanya memerah. Kenapa Adara macam ni? Bukan biasanya lelaki ke yang buat macam ni?

Adara terus gelak kuat.

"Ala kiter gurau jurs." Adara terus hulur semula bekas makanan itu.

"Nah makan. Saya nak drive. Makan slow-slow ya? Kang tercekik, mati." Adara berkata sambil usap kepala Zafran.

**********

Satu hari, Adara menjaga Zafran. Mengada betul Zafran ni. Nak itu, nak ini. Tak nak itu, tak nak ini. Kejap itu, kejap ini.

Dah masuk waktu malam, berkurang sikit mengadanya tu. Senang Adara nak buat benda lain. Nak basuh pinggan je sebenarnya. Kemas dapur. Sebab tadi dah masak bubur untuk Zafran.

"Adara...." Zafran yang baru masuk dapur terus panggil Adara yang sedang basuh pinggan.

"Nak apa lagi?" Adara tanya.

"Nak susu."

"Susu takda." Adara jawab. Zafran berdiri di sebelah Adara di sinki.

"Ala kenapa takda?" Zafran meletakkan kepalanya di bahu Adara.

"Dah basi. So saya buang." Zafran diam. Nak susu. Tapi takut kena marah.

"Pendek sangat lah kau ni. Sakit pinggang aku." Zafran berkata. Tapi masih letak kepalanya. Ni yang Adara nak marah ni.

Adara terus tolak kepala Zafran dengan bahunya. Zafran terkejut.

"Nanti sakit pinggang kang." Adara berkata dengan suara garang. Adara menjeling Zafran.

"Nak susu." Zafran berkata perlahan sambil berjalan ke counter top.

"Minum air suam je Zafran. Susu tu esok beli." Adara menutup air paip. Dah habis basuh pinggan.

Adara pandang Zafran yang termenung di meja itu. Zafran ni kalau demam memang manja semacam ke? Dah macam Umar. Umar tu logiklah. Kecil lagi. Ni dah tua bangka. Eee rasa nak pukul je.

"Tapi nak susu juga." Zafran pandang Adara. Adara tengok mata Zafran. Dia pandang apa? Adara tunduk. Cepat-cepat dia tersedar. Tangannya terus naik menyilangkan di atas dadanya.

"Dasar pervert!!" Adara menjerit.

Zafran pandang Adara dengan muka seposen. Eh dia ni kenapa? Menakutkan lah!

"Nak kena piat ke telinga tu? Minum je air suam!" Adara marah.

"Sikit-sikit marah. Sikit-sikit marah. Tak nak minum apa-apa dah." Zafran bangun meninggalkan Adara. Terus naik menuju ke bilik.

"Eeee mengadanya Ya Allah! Sakit pula hati aku." Adara mengurut dadanya. Sabar. Sabar.

Telefon Adara berbunyi tanda masuk notifications. Adara buka telefonnya.

Adara mula leka. Dia leka main telefon. Mula-mula check whatsapp je. Tahu-tahu buka tiktok, buka instagram, buka youtube. Tahu-tahu dah nak pukul 2 pagi.

Adara terfikir patut tak dia bagi air suam dekat Zafran. Kesian pula dia. Dalam bilik takda air. Dah habis dah tadi Zafran habiskan.

Bawa jelah letak dalam botol. Kalau Zafran haus lagi, boleh minum. Adara pun terus refill air suam dalam botol minuman.

Setelah menutup suis di bawah, Adara terus melangkah ke bilik Zafran. Harini mereka tak guna bilik Adara dah. Trauma punya pasal. Adara dah tak nak guna bilik itu. Jadi, mereka buat keputusan pindah ke bilik Zafran yang sebelum ini.

Adara masuk ke bilik mendapati Zafran dah tidur. Adara meletakkan botol air di meja laci sebelah Zafran. Adara sempat juga betulkan selimut Zafran.

Adara sebenarnya nak masuk biliknya sekejap. Nak ambil airpods. Tertinggal dalam biliknya. Adara pun terus keluar menuju ke biliknya.

Baru membuka pintu, Adara terkejut. Sliding door terbuka. Dan Adara nampak ada orang. Lelaki rasanya. Pakaiannya serba hitam. Memakai topi. Adara tak nampak wajahnya. Kerana badan lelaki itu telah membelakanginya.

Belum sempat Adara buat apa-apa, lelaki itu sudah memanjat palang balkoni untuk turun.

Tak tahu mana datang keberaniannya, Adara kejar. Adara nak tangkap lelaki itu. Adara sempat mencapai tudung sarungnya dan terus berlari ke bawah. Mesti sempat.

Di luar, Adara nampak sebuah motor. Itu ke lelakinya? Adara tertanya. Adara takut pula tiba-tiba. Nak pergi sergah ke? Kalau dia ada senjata tajam macam mana? Allah. Aku tak bawa apa-apa.

Adara intai dari jauh. Kenapa lelaki tu nampak tergesa-gesa? Mestilah. Sebab dia nak lari. Sebab dah kantoi. Sekali lelaki itu toleh wajahnya ke arah tempat persembunyian Adara. Adara terpempan. Matanya terbeliak. Dia tak sangka lelaki itu. Dia ke yang selama ni kacau aku?

Adara tengok no plat motornya. Ya betul. Adara ingat nombor plat itu. Itu lah kelebihan Adara. Dia memang suka tengok no plat orang, dan dia mudah ingat.

Lelaki itu terus pergi. Adara terdiam. Itu ke? Betul ke?

Danish?

********

Yeay okay sampai situ sahaja. Thank you semua!

Sorry do korang. Mesti bosan kan?! Minta maaf lah. Hm.

Next update minggu depan tau. Sebab saya ada assignment yang kena siapkan. Dah nak submit AHHH!

Kalau suka, vote dan komen ya. Makasihhhh.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

58K 3.8K 35
MYSTERY AUTISM PERSON 2 Bahagia cuma seketika. Ya. Itulah yang terjadi kepada Damia Nabella apabila kebahagiaannya hancur serta merta. Ibarat burung...
141K 4.7K 31
Dhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi s...
405K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
393K 18.3K 55
Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak...