Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.4M 65.4K 11.2K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 27

16.6K 829 158
By farahnotfara

Hi assalamualaikum semua! Harini saya update chapter 27. Yeay!

**********

Pada waktu pagi, hari isnin, Adara memandu sendiri menuju ke 4C. Harini Amelia kena kerja luar. Jadi, dia tak boleh nak hantar Adara. Adara pun okay jelah. Takkan nak susahkan Amelia pula kan.

Tapi, itulah, keretanya minyak kering. Jadi Adara perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi minyak kereta. Kerana Petronas paling dekat dengan 4C, jadi Adara pergi Petronas.

Pekerja Petronas di stesen itu takda. Jadi, Adara perlu buat self service. Adara keluar dari keretanya dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sebelum itu, dia kunci keretanya dahulu. Untuk keselamatan keretanya.

Selesai membuat pembayaran, Adara menuju semula ke pam minyak. Sedang mengisi minyak, ada suara yang menyapa Adara. Adara toleh ke arah suara itu.

"Awak? Adara kan?"

Adara mengecilkan matanya. Cuba nak cam wajah lelaki di depannya ini. Dia tak ingat siapa.

"Ni saya lah. Harraz. Yang dekat supermarket haritu. Ingat?"

"Oh Harraz! Sorry lah saya tak ingat pula. Hehe." Adara menjawab. Sambil itu matanya melihat amount petrol yang sudah diisi.

"Saya tunggu awak call saya, tapi tak call pun." Harraz berkata.

"Ha? Oh saya lupa. Sorry lah." Sebenarnya dah terbuang kad nya. Ish. Adara tak selesa. Si Harraz ni kalau berborak memang tak kena tempat eh? Haritu dekat supermarket. Sekarang dekat pam minyak pula Ya Allah.

Setelah petrol sudah diisi penuh, Adara meletakkan semula nozzle pump itu di tempatnya.

"Minyak dah penuh! Yeay! Geraklu!" Adara berkata dan terus mahu masuk ke dalam kereta.

"Eh ala sabarlah. Saya serious ni nak kenal dengan awak. Nak kawan-kawan dengan awak." Harraz menghalang Adara masuk ke dalam kereta.

"Eh tak boleh!" Adara berkata. Apa pasal eh mamat ni? Aku nak cepat tau. Apa dia ingat dekat stesen minyak ini ada diorang je ke? Kereta lain tengah sibuk tunggu turn nak isi minyak. Orang pun nak pergi kerja lah weh!

"Kenapa tak boleh? Saya single, awak single. Jom lah couple." Harraz itu berkata.

Allahuakbar. Astaghfirullahalazim. Adara mengurut dahinya sambil beristighfar. Punya lah handsome mamat Harraz ni. Dengan kemeja kerja nya, rambut disisir rapi. Tapi itulah. Nampak bodoh pula.

"Ha itu yang tak boleh nya! Saya ni tak single. Taken! Kahwin dah nyah!" Adara berkata lagi. Adara mengangkat tangannya ke arah Harraz. Nak tunjuk cincin.

"Lah alaaa! Kenapa tak beritahu awal-awal? Baru nak try." Harraz berkata dengan nada kecewanya.

"Hm tak boleh. Try orang lain okay?" Adara berkata lagi. Bila aku boleh masuk kereta ni? Adara risau je ada orang sembur petrol ni dekat Adara dengan Harraz. Ya lah. Boleh berborak pula kat sini.

"Saya gerak dulu eh? Saya ada kerja. Bye!" Adara terus masuk ke dalam kereta. Jangan lah si Harraz ni buat benda-benda pelik pula lepas ni. Orang zaman sekarang bukan betul. Menakutkan.

"Apa punya susah lah perempuan zaman sekarang ni eh?" Harraz berkata perlahan dan terus menuju ke keretanya.

Sampai di 4C, Adara mendapati Zafran baru sampai untuk menghantar kedua orang anaknya. Selepas matikan enjin, Adara terus keluar dari kereta. Jalan terus menuju ke bangunan 4C. Tak nak tegur Zafran. Merajuk lagi.

"Eh? Adara!" Zafran panggil Adara. Adara lajukan langkahnya. Buat-buat tak dengar. Siapa panggil? Tak tahu. Tak tahu. Orang gila kot.

Tiba-tiba Adara rasa lengan bajunya ditarik.

"Ish!" Adara cepat-cepat tangannya semula. Toleh ke arah Zafran dengan kasar.

"Apa?! Orang ni ada kerja. Nak cepat." Adara marah. Mukanya berkerut.

"Ala tak lari pun lah budak-budak tu." Adara jeling Zafran. Dia terus pandang ke arah Eiman dan Ellyna. Eeee kalau ikut hati jahat aku ni, dengan anak-anak dia sekali kena dengan aku. Tapi itulah, anak-anak dia tak salah. Bapak dengan mak je ada masalah otak sikit.

"Hi aunty!" Eiman yang dari tadi perhatikan mereka, menegur Adara.

"Hi!" Adara mengusap kepala Eiman.

"Ayyad, pergi masuk. Bye!" Zafran tolak badan Eiman untuk masuk ke dalam. Ellyna pula Zafran serahkan kepada salah seorang pekerja yang memang sudah tunggu di luar. Dia pun perhati je Zafran dan Adara tadi.

"Dah bye!" Adara terus ingin berlalu masuk ke dalam 4C.

"Eh sabarlah!" Zafran menghalang Adara masuk.

"Ya Allah, apa dia?"

"Sabarlah, kau marah aku lagi ke?" Zafran menyoal lembut.

"Marah? Nak marah kenapa?" Adara soal pelik. Dia tahu je apa Zafran maksudkan. Tapi saja nak tunjuk bodoh. Ego sikit-sikit. Apa salahnya.

"Aku tak maksudkan pun apa aku cakap haritu."

"Tak maksudkan, tapi dah cakap." Adara pandang arah lain.

"Aku minta maaf lah. Aku bukan marah."

"Takpa lah Zafran, hati saya ni dah kebal dah. Asyik kena marah je. Dah biasa. Jadi tak payah susah-susah nak minta maaf. Lagipun awak nak kisah buat apa? Hati saya, bukan hati awak. Jadi tak payah nak jaga." Adara bercakap sambil menatap mata Zafran.

"Adara..."

"Takpa, saya boleh jaga diri saya. Sekarang ni awak fokus dekat life awak je. Dian, kerja, anak-anak awak. Tak payah kisah pasal saya. Saya ni pun kalau boleh tak nak susahkan sesiapa." Adara senyum.

"Takpa, saya okay. Saya janji." Adara mengusap lengan Zafran. Selepas itu, Adara terus berjalan menuju masuk ke dalam tempat kerjanya.

Zafran pandang belakang Adara. Hatinya berat.

'Kau tak susahkan aku pun Adara. Memang aku yang nak jaga kau. Aku minta maaf sebab terlepas cakap.'

Sepanjang hari, Adara menyibukkan dirinya. Tidak mahu fikirkan masalah yang sedia ada dalam kepala otaknya. Makin fikir, makin sesak. Jadi waktu kerja, dia akan guna sebaik mungkin untuk melupakan masalahnya sebentar.

"Adara." Kak Dira memanggil Adara.

"Ya?"

"Akak nak cakap sikit."

Adara terus ikut Kak Dira untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Adam pergi esok." Kak Dira beritahu selepas sahaja mereka melabuhkan duduk.

"Lah kata dua hari lagi?"

"Tak jadi. Parents dia nak kena pergi cepat pula. Ni akak beritahu kau sebab mana tahu kau nak bagi dia hadiah ke kan. Perjumpaan terakhir korang ni." Kak Dira terus minum air. Haus.

Adara muncung. Sedihnya. Adam. Kawan dia dah takda. Cirah takda, Adam pun takda dah.

"Jangan lah sedih-sedih. Ada rezeki, jumpa lah lagi." Kak Dira pujuk Adara. Kak Dira tahu yang Adara sayang sangat dengan Adam tu.

Adara angguk. Takpa lah Adara. Lagipun Adam tu pun memang dah 6 tahun. Memang lama-lama dia akan keluar juga. Setiap pertemuan memang akan diakhiri dengan perpisahan. Macam kau dengan Zafran.

"Akak dah plan nak buat majlis esok. Adam tu budak baik. Akak suka dia. Jadi, akak nak buat untuk dia."

"Dah siap ke semua?"

"Sudah. Walaupun last minute, ada juga yang sudi terima tempahan akak."

"Okay lah macam tu. Adara keluar dulu lah." Adara terus keluar selepas meminta diri.

"Adam." Adara menegur Adam yang sedang fokus dengan mainan lego.

"Teacher." Wajah Adam muram.

"Adam okay?" Adam gelengkan kepalanya.

"Kenapa tak okay?"

"Nanti Adam tak dapat jumpa teacher dah." Air mata Adam menitis. Bahunya terhinjut-hinjut. Tetapi tangannya masih fokus memasang lego. Tidak mahu memandang Adara.

"Takpa, nanti kita boleh jumpa." Adara cuba memujuk Adam.

"Tapi Adam pergi jauh. Mama kata jauh." Adam mengelap air matanya dengan lengan bajunya.

Adara diam. Dia tenung je Adam. Sedih betullah nasib kita ni Adam. Haih.

"Nanti Adam jumpa kawan baru. Adam tak happy ke?" Adam geleng.

"Eh? Kenapa tak happy?"

"Sebab teacher takda. Kawan Adam teacher dengan Cirah je." Adam mula menangis lagi.

"Adam..." Adara menarik Adam ke dalam pelukannya. Mengusap belakang badan Adam.

"Alololo! Takpa, nanti kawan-kawan baru Adam lagi best. Trust me!"

"Teacher ni tak sedih ke Adam pergi?" Muka Adam berkerut. Kenapa teacher macam tak sedih je. Teacher suka ke Adam takda?

"Of course lah teacher sedih. Tapi teacher tak nak nangis lah. Kalau teacher nangis, Adam nangis, siapa nak pujuk kita?" Adam angguk kepalanya. Betullah tu.

"Dah jangan sedih-sedih. Kita kena happy-happy." Adara lap air mata Adam.

"Jom kita pasang sama-sama." Adara menarik lego itu dekat dengan dirinya.

"Yeay! Jom!" Adara senyum.

**********

Pada waktu malam, Amelia dan Adara baru lepas selesai makan malam. Makan bihun goreng je. Amelia masak. Sedap!

Sekarang mereka sedang menonton televisyen bersama. Layan drama korea dekat netflix. Adara pandang Amelia yang sedang menekan remote itu. Adara perasan Amelia macam takda mood. Murung je. Adara tak nak tanya. Nak bagi Amelia masa.

Tapi, macam dah lama sangat je murung nya. Nak tanya ke tak? Tanya? Ke tak payah?

"Kau okay?" Adara tanya sambil mengunyah jajan bika.

"Hm? Okay je. Kenapa?" Amelia jawab. Masih dengan muka murung dia tu.

"Kau tak okay ni. Kenapa? Tak nak share?"

Amelia senyum. Dia pandang Adara.

"Takda apa lah. Aku okay je. Biasalah. Hal kerja." Amelia jawab tenang. Tak mahu susahkan hati Adara. Cukuplah dengan masalah yang dia hadap. Takkan nak tambah lagi kan?

"Kau kalau tak okay, beritahu lah aku. Kita kan kawan. Kena lah share kalau ada masalah." Adara menolak bahu Adara.

Amelia tolak semula bahu Adara.

"Ya lah. Aku tahu. Thank you." Amelia senyum sambil mengunyah jajan juga. Tak payahlah fikir. Tak penting pun.

*******

Selepas makan malam, Dian sekarang sedang menemani anak-anaknya bermain di depan televisyen. Zafran takda. Dia sedang buat kerja dalam bilik kerjanya.

Dian risau. Zafran macam dah lama tak balik rumah Adara. Bila tanya, Zafran beritahu tak perlu risau. Dia dan Adara okay je. Kalau okay, kenapa tak balik? Haih.

Dian memandang anak-anaknya pula. Macam mana nanti kalau ibu takda? Boleh ke Adara terima anak-anaknya ini? Dian percayakan Adara. Mesti Adara boleh terima. Dian cuma risaukan Zafran. Dian harap Zafran tak layan Adara teruk. Kalau tidak, Adara mesti berat hati nak terima anak-anaknya ini.

Salah aku ke selama ni? Salah aku ke buat Adara kahwin dengan suami aku? Tapi aku cuma nak Zafran teruskan hidup dia. Aku tak nak dia sedih lama sangat bila aku dah takda nanti.

Tapi mama kau tak faham. Puan Hasya masih lagi berkeras mahu Zafran beri perhatian sepenuhnya untuk Dian.

Sepatutnya kau biarkan Zafran tentukan hidup dia sendiri. Kalau dia nak kahwin lain lepas kau takda, itu hak dia. Kalau dia tak nak pun, itu hak dia juga. Aku takda hak aturkan hidup dia. Sama juga kau takda hak untuk aturkan hidup Adara. Kawan jenis apa kau ni?

Tapi semua benda dah jadi. Silap aku tak berfikir panjang. Sekarang semua orang terseksa. Adara pun sama.

Adara mesti terasa dengan dirinya. Tapi Adara tak tunjuk. Mesti sebab Adara mahu jaga hatinya. Tidak mahu Dian sakit.

"Ibu! Look!" Eiman menunjukkan sebentuk lego yang dia sudah siap pasang.

"Wow! Hebatnya Ayyad!" Dian menepuk tangannya.

"Thank you ibu!" Eiman bangun dan cium pipi Dian. Dian senyum suka.

"Ayyad, aunty Adara baik dengan Ayyad?" Dian tanya.

"Baik! Ayyad suka aunty! Aunty suka bagi foods sedap dekat Ayyad." Eiman berkata sambik mata dan tangannya fokus dengan mainan legonya.

"Ayyad, kalau Ayyad dapat ibu baru, Ayyad suka tak?" Dian bertanya lembut.

"Ibu baru? Kenapa? Kan ibu dah ada?" Eiman berhenti fokus dengan legonya dan pandang Dian dengan muka keliru.

Dian senyum.

"Kalau aunty jadi ibu baru Ayyad, Ayyad suka?"

"But why? Ayyad nak ibu sorang je." Eiman teruskan memasang lego.

Dian terdiam. Senyumnya mati. Nafas dihela. Macam mana ni? Kenapa jadi macam ni?

**********

Zafran di dalam bilik kerjanya. Tak buat kerja sangat pun. Lebih kepada tenung gambar ada lah. Gambar siapa? Gambar Adara. Yang dia dapat dari bodyguard yang dia upah.

Adara petang tadi ada pergi shopping mall. Bodyguard nya maklumkan padanya. Tak tahu beli apa. Tapi Adara masuk kedai mainan dan kedai buku. Ada lah juga paper bag yang Zafran nampak.

Adara pergi shopping mall seorang diri. Zafran tak tahu lah nak kata Adara ni takut ke tak takut pergi sorang-sorang. Kenapa tak ajak sesiapa teman? Dia sedar tak dia dalam bahaya? Haih. Patutnya Adara ajak sesiapa teman. Kawan-kawannya kan boleh. Tak pun, ajak lah Zafran ni ha.

Zafran kejap-kejap zoom gambar tersebut. Seboleh-boleh nak tengok muka Adara. Gambar itu ambil dari jauh. Jadi, susah sikit nak tilik muka Adara.

Zafran tak tahu apa yang dia rasa sekarang, tapi dia rasa macam dia rindu Adara. Rindu nak berbual, gelak sama-sama, cari pasal dengan Adara dan banyak lagi.

Zafran buka instagram pula. Dekat telefon Zafran memang ada account Dian. Jadi, Zafran log in. Nak stalk Adara. Kelakar kan Zafran?

Zafran tenung gambar Adara. Adara cantik. Wajahnya ada keunikannya tersendiri. Kalau betullah Adara ni ada stalker, Zafran boleh kata hm patutlah. Sebab Adara memang cantik.

Haih. Dah lah Zafran. Sedar sikit diri tu.

Zafran berhenti stalk Adara. Dia sambung melakukan kerjanya. Banyak kerja nak buat. Kes sebelum ni tak settle lagi. Entah bila nak settle nya.

Tiba-tiba telefon Zafran berbunyi. Ada orang call. Zafran angkat.

"Bro." Harraz call.

"Asal?" Zafran tanya.

"Eh? Nak call member pun tak boleh ke?"

Zafran mencebik. Cliche betul tanya macam ni. Ceh padahal kau selalu tanya macam tu dekat Adara.

"Bila free? Lepak jom." Harraz tanya.

"Kau nak lepak bila?"

"Esok ke lusa? Jom ah."

"Malam?"

"Ya lah. Siang kerja. Malam je ada." Harraz jawab.

"Hm tengok lah nanti. InshaAllah. Dah ajak Hazim?"

"Baru nak ajak ni ha."

"Okay boleh je. Apa-apa beritahu lah. Nanti ingatkan aku semula."

"Alright. Bye! Good night. Jangan lupa mimpi aku." Harraz gelak.

"Tak nak. Nightmare. Bye" Zafran terus tutup telefonnya.

Sambung buat kerja balik.

**********

Okay itu sahaja untuk chapter kalini.

Bosan gila kan?! MINTA MAAF DO KORANG! Sumpah saya rasa bosan gila chapter kalini. Lagi bosan dari sebelum ni! Lepastu pendek pula tu! Sorry tau semua. I'll do better next time, inshaAllah.

Thank you. Kalau suka, vote dan komen ya.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

64.2K 6.4K 25
Mungkin hanya ilusi atau fantasi... Atau mungkinkah ia realiti? "Dinda boleh melupakan segala memori di sini tapi cuma jangan satu." "Apakah ia kanda...
206K 20.8K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...
444K 24K 65
Bomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara...
2.6M 56.6K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...