Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.9K 10.9K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 26

16.2K 944 134
By farahnotfara

Pada hari sabtu, Adara dapat panggilan dari balai polis bahawa mereka mahu datang ke rumah Zafran. Adara pun terus memaklumkan kepada Zafran.

Adara mengajak Amelia untuk sama-sama menemaninya untuk pergi ke rumah Zafran. Tak berani nak pergi seorang diri. Nasib baik Amelia sudi untuk menemaninya.

Semasa Adara sampai, pihak polis belum tiba lagi tetapi Zafran sudah sampai. Zafran datang bersama abangnya, Zayyad. Adara terkejut tengok ada abang iparnya. Adara hanya senyum sekadar untuk menyapa. Habistu nak cakap apa? Awkward kot.

"Adara sihat?" Zayyad menegur Adara.

"Sihat alhamdulillah."

"Along tahu dah pasal ni. Zafran yang cerita. Mana tahu betul-betul ada kaitan dengan syarikat."

"Kenapa ada kaitan dengan syarikat?" Adara tanya dengan wajah pelik. Zafran takda beritahu apa-apa pun.

"Projek yang aku cerita dekat kau tu, syarikat kami tak dapat. Lepastu kitorang dapat tahu yang strategi kami untuk projek tu, ada orang dalam yang bocorkan." Zafran terangkan.

"Oh kira nak tengok lah kot-kot orang tu berkaitan sekali ke tak dengan apa yang saya kena ni lah?" Adara tanya.

"Yes."

Tiba-tiba Amelia merapatkan badannya ke Adara, membisikkan sesuatu.

"Nak kencing." Amelia bisik. Adara pandang Amelia. Baru sampai, nak kencing. Takpa lah, Adara faham. Kencing berak takda jadual.

"Pergi lah guna toilet bawah tu." Adara menunjukkan toilet yang dimaksudkan dengan tangannya.

Amelia terus pergi. Dia betul-betul tak tahan. Tadi mandi tak nak kencing. Sekarang baru rasa nak kencing. Tak pasal-pasal tumpang kencing kat rumah orang.

Tiba-tiba telefon seseorang berbunyi. Adara angkat kepalanya. Oh telefon Zayyad.

"Jap along jawab call ni." Zayyad terus berlalu keluar. Aduh kenapa kena jawab kat luar. Jawab jelah kat sini. Sekarang Adara pula rasa nak bangun.

Bangun jelah. Adara terus bangun. Nak pergi dapur. Buat jelah apa-apa kat dapur tu.

"Nak pergi mana?" Zafran tanya selepas tengok Adara bangun.

"Ha? Nak pergi dapur."

"Tak payah. Duduk je sini." Zafran mengarahkan Adara untuk stay.

"Ala kenapa? Saya nak minum air."

"Tak payah. Nanti-nanti je minum air."

"Dah kenapa pula? Ah takda takda." Adara terus berlalu pergi dapur. Dah kenapa nak minum air pun tak bagi. Bukan bulan puasa pun.

"Dia ni kan. Degil betul eh?" Zafran berkata perlahan dan terus pergi ke dapur juga. Aku ni nak borak dengan dia.

Zafran yang baru sampai dapur nampak Adara sedang meneguk air. Zafran pergi ke Adara dan menolak cawan yang diteguk oleh Adara. Terus tumpah sedikit.

Adara terbatuk. Terus dia menjauhkan cawan itu dari mulutnya.

Adara terus pukul bahu Zafran.

"Kalau air masuk hidung macam mana? Kalau saya tersedak macam mana? Agak-agak lah nak cari pasal pun." Adara marah. Terkejut sia aku. Tak sangka Zafran pergi tolak cawan ni. Tengah minum kot.

"Ala ala okay sorry sorry." Zafran cepat-cepat tisu yang ada di counter top. Terus dia mengelapkan muka Adara.

"Cepat hembus." Zafran berkata sambil letak tisu itu di hidung Adara. Macam tengah lap hidung budak selesema.

"Eeee tak selesema pun. Nak hembus apa!" Adara bengang.

Zafran gelak. Terus dia tonyoh tisu di hidung Adara.

"Zafran!" Adara terus piat telinga Zafran.

"Okay! Okay! Sorry! Lepas! Sakit!" Zafran menjerit sambil gelak kuat. Dia tak sangka Adara pergi piat telinga dia. Kuat pula tu!

"Ha tahu sakit." Adara berkata setelah melepaskan telinga Zafran. Dia cari pasal lagi memang aku gigit kasi putus terus telinga dia ni.

"Sakit lah. Kau ni kasar betul." Zafran berkata sambil bergerak untuk buang tisu itu. Dia menggosok-gosok telinganya.

"Mesti merah." Zafran berkata perlahan. Tapi Adara dengar. Adara tengok telinga Zafran. Haah memang merah pun. Macam sakit sangat je. Aku piat kuat sangat ke?

"Sakit sangat ke?" Adara tanya.

"Sakit lah." Zafran bernada merajuk. Kita tonyoh hidung dia pun perlahan je.

Ah sudah. Aku dah sakiti anak orang. Adara risau. Ada apa-apa kesan ke kalau piat telinga orang kuat-kuat? Darah akan stop mengalir ke? Pastu Zafran akan pekak ke? Pastu darah tak mengalir ke otak pastu mati ke nanti? Macam mana ni?

Adara terus pergi ke arah Zafran. Dia tarik tangan Zafran yang sedang mengusap telinganya itu. Dia pula yang usap telinga Zafran.

"Sorry lah. Tak tahu pula sakit sangat." Adara berkata sambil tengok telinga Zafran. Kot-kot ada darah mengalir ke.

Zafran dah kemam bibirnya. Nak tergelak. Sebenarnya tak sakit dah. Sekejap je pun sakit nya.

"Kalau aku pekak nanti macam mana?"

"Ala baru sebelah telinga pekak. Sebelah lagi boleh dengar lagi."

"Dia boleh effect dua-dua telinga lah! Tak tahu ke?" Zafran berkata lagi. Saja nak sakat Adara.

"Ala takpa lah. Nanti kita sama-sama belajar bahasa isyarat okay?" Adara pujuk Zafran.

"Ah tak nak. Kau kena bagi aku piat telinga kau pula. Biar sama-sama pekak."

"Ala mana boleh macam tu. Nanti siapa nak jadi telinga untuk awak kalau saya pekak sekali? Ha. Macam mana?"

"Ah takda takda." Zafran mula berjalan ke ruang tamu semula. Acah merajuk.

"Ala Zafran. Sorry eh?" Adara memeluk bahu Zafran. Zafran tinggi jadi perlu jengket kan kakinya. Dia tepuk-tepuk bahu Zafran. Macam member.

"Sorry ah." Adara berkata sambil tepuk kuat bahu Zafran.

"Eee tepuk bahu pula. Kuat pula tu." Zafran berkata.

"Okay okay sorry." Adara menggosok bahu Zafran.

"Rendahkan lah sikit badan ni. Penat lah jalan jengket-jengket." Adara berkata lagi.

"Tak nak. Pendek."

"Sorry eh? Sakit lagi tak telinga?" Adara bertanya seolah bercakap dengan budak kecil.

"Tak dah." Zafran terus tolak tangan Adara yang sedang memeluk bahunya. Struggle betul.

Adara terkejut. Tak lama lepas tu, Zafran pula peluk bahu Adara. Dan mereka berdua berjalan sama menuju ke ruang tamu.

Baru sampai, Amelia dah sedang duduk di sofa. Lupa pula kewujudan Amelia.

"Zaf, polis dah sampai." Zayyad berkata.

Beberapa orang polis masuk ke dalam rumah. Ada polis perempuan dan lelaki. Seorang polis yang kelihatan segak berjalan menuju ke arah Zafran.

"Nama saya Syarif. Saya ketua polis untuk penyiasatan ini." Tuan Syarif menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Zafran.

"Saya Zafran. Suami Adara." Adara senyum ke arah polis itu.

Setelah berkongsi beberapa maklumat dengan pihak polis, mereka terus mahu melakukan siasatan. Beberapa ruang dalam rumah ini sudah di periksa.

Sampai di ruang tingkat atas sekali, Tuan Syarif mendapati sliding door itu tidak berkunci.

"Memang tak kunci ke sliding door ni?" Tuan Syarif soal Adara dan Zafran.

Zafran pandang Adara, Adara pandang Zafran.

"Hm sebenarnya kami jarang guna aras atas ni. Tapi tak silap saya, last saya check, memang berkunci sliding door ini." Adara berkata.

"Last check bila?"

"Hm dalam dua minggu lepas? Tapi masa saya check tu, sliding door ni berkunci je." Adara menerangkan lagi.

Tuan Syarif menganggukkan kepalanya.

Selepas itu, mereka menuju ke bilik yang Adara duduki. Bilik dimana mereka menjumpai kamera kecil itu.

"Dekat mana awak jumpa kamera tu terletak?" Seorang polis wanita bertanya.

"Dekat sini." Adara menunjukkan rak buku itu.

"Kalau dekat rak buku ni, memang betul-betul rakam ke arah katil." Polis wanita itu berkata perlahan.

Adara dah cuak. Tapi memang betul pun. Adara meramas jarinya. Dia gelabah. Jantungnya dah mula berdegup laju.

Zafran yang nampak itu terus menggenggam tangan Adara. Adara pandang Zafran. Zafran senyum sahaja. Adara tarik nafas dalam. Hembus perlahan. Dia tak nak gelabah sekarang. Jadi dia perlu tenang.

"Sliding door ni pun tak berkunci." Tuan Syarif yang berada di sliding door bilik Adara itu berkata.

"Tapi setahu saya sebelum saya keluar dari bilik ni, saya memang check dah. Memang berkunci." Suara Adara bergetar. Jadi, semalam orang itu ada datang?

Tuan Syarif buka sliding door itu dan keluar.

"Ada bekas tapak kasut." Tuan Syarif berkata.

Ada seorang polis mula menangkap gambar. Ingin menjadikan bahan bukti.

"Bagus si pelaku ni. Buka kasut sebelum nak masuk rumah orang." Tuan Syarif bergurau. Adara takda rasa nak gelak. Jadi dia diam sahaja. Dia takda masa nak gelak waktu sekarang ni.

Maksud Tuan Syarif adalah di luar ada bekas tapak kasut, tapi di dalam bilik tiada. Jadi, si pelaku itu mesti membuka kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Kalau Puan Adara tak kisah, saya nak tanya." Polis wanita itu berkata.

"Ya?"

"Puan ada perasan barang-barang puan hilang?" Adara berfikir tajam. Cuba ingat.

"Saya rasa takda." Adara berkata perlahan. Sebenarnya dia masih confuse.

"Okay baiklah."

"Tapi saya rasa macam ada." Adara mula ingat kembali.

"Ada sehelai baju tidur saya. Hilang." Zafran pandang Adara. Adara tak pernah beritahu dia pun?

"Saya tak kisah waktu itu, sebab saya expect dia terbang waktu baju tu dekat ampaian ke. Jadi, saya lupa terus pasal baju tu."

Polis wanita itu mengangguk perlahan kepalanya.

"Awak pernah perasan sliding door ni tak berkunci?" Tuan Syarif tanya.

"Pernah. Sekali. Tapi saya ingat time tu memang silap saya sebab lupa nak kunci. Jadi saya sedapkan hati je." Adara menjawab.

"Lagi? Ada apa-apa lagi yang mencurigakan?" Tuan Syarif tanya lagi.

Adara terus ceritakan semua. Tak tinggal satu pun. Soal bunga yang dia dapat di luar rumah, dalam kereta, soal dia nampak orang di balkoni nya.

"Lepas je saya nampak dia di balkoni dan waktu saya dapat bunga kali kedua, dia tak kacau saya dah. That's why saya terus tak buat apa-apa."

Mereka semua terus menuju ke ruang bawah.

"Sebenarnya saya dapat rasa yang Puan Adara ni ada stalker." Polis wanita itu berkata.

"Stalker?"

"Tapi itu hanya andaian sahaja based on cerita awak. Puan jangan risau. Kami akan siasat kes ini secepat mungkin." Tuan Syarif berkata.

"Kalau macam tu, kami balik dulu. Apa-apa akan kami inform. Puan Adara, kalau ada something pelik jadi, cepat-cepat inform kami." Tuan Syarif berkata lagi.

Adara angguk. Adara berjabat tangan dengan polis wanita disitu. Zafran pula berjabat tangan dengan polis lelaki disitu.

Selepas menghantar mereka pulang, Zafran terus berkata kepada Adara.

"Kau tak pernah beritahu aku pasal bunga yang ada dalam kereta dengan pasal sliding door tu. Explain kenapa tak beritahu."

"Saya tak tahu nak buat apa waktu tu. Saya takut."

"At least beritahu aku Adara! Aku suami kau. Macam mana kau boleh langsung tak beritahu aku pasal benda besar ni?"

"Saya tak nak susahkan awak Zafran."

"Kalau jadi apa-apa dekat kau pun akan susahkan aku lah Adara. Cuba sekali tu fikir sikit. Jangan bertindak sendiri boleh tak? Tolong jangan susahkan orang lain."

"Oh jadi saya beban lah?"

"Tak. Bukan tu maksud aku. Aku nak cak-"

"Awak jangan risau lah Zafran. Saya takkan susahkan awak. Saya boleh jaga diri saya sendiri. Selama ni pun takda jadi apa lagi dekat saya." Adara sudah mahu berlalu. Nak ajak Amelia balik. Hati dia sakit. Kan dah cakap. Kalau dia baru nak beritahu, memang orang akan marah dia. Salah kau, Adara. Salah kau.

"Ad, dengar dulu apa aku nak cakap." Zafran mencapai tangan Adara. Adara cepat-cepat melepaskan tangannya.

"Lia, jom balik." Adara berkata selepas mencapai beg tangan.

"Adara." Zafran panggil lembut. Zafran mencapai tali beg tangan Adara.

"Ish lepaslah! Dasar peragut!" Adara marah. Dia terus berlari menuju ke kereta Amelia.

"Aik? Dia panggil kita peragut?" Zafran pandang Adara yang dah masuk dalam kereta.

"Lain kali, bila bercakap tu hati-hati Zaf. Perempuan ni hati dia macam tisu. Cepat terasa. Kau cakap macam tu, aku yang lelaki pun terasa. Dah, jom balik." Zayyaf berkata sambil menepuk perlahan bahu Zafran.

Zafran terdiam. Dia bukan apa. Dia tak sangka Adara boleh berahsia sampai macam ni sekali. Dia kata tak nak susah kan Zafran, tapi kalau jadi apa-apa tanpa pengetahuan Zafran, Zafran nak kena buat apa? Apa dia perlu beritahu kepada keluarga Adara? Kepada Keluarganya? Takkan dia nak cakap, 'oh Zaf tak tahu apa-apa.' Aku suami kot. Kenapa Adara tak faham?

********

Dalam kereta, Adara termenung ke luar tingkap. Dia fikir tentang apa yang telah dikatakan oleh Zafran tadi. Dia terasa. Tapi dia sedar, memang salah dia. Kalau keluarganya baru dapat tahu juga, lagi lah kena marah. Elak kena ketuk dengan sudip Puan Karina je nanti.

"Kau okay?" Amelia tanya. Adara diam. Amelia gelak.

"Sorry lah tanya padahal memang dah nampak kau tak okay." Memang tak okay pun. Amelia ni pun. Dah jadi macam Zafran pula ke? Nak sakitkan hati aku.

"Aku faham apa yang cuba Zafran cakap. Tapi mungkin cara penyampaian dia tu buat kau terasa. Kalau aku pun terasa." Amelia berkata lagi.

"Zafran tak patut cakap kasar macam tu. Kau kan tengah trauma."

"Taklah. Memang salah aku pun. Kalau jadi apa-apa dekat aku, dia yang kena dulu. Sebab dia suami aku." Adara berkata perlahan.

"Memang semua yang jadi kat kau, kau salahkan diri kau ke?" Amelia tanya.

Adara diam.

"Perkahwinan ni terjadi, kau salahkan diri kau. Sliding door tak kunci, kau salahkan diri kau sebab ingat kau yang lupa nak kunci. Padahal kau terlalu jarang guna sliding door tu. Zafran marah kau, kau salahkan diri kau. Nanti one day jadi apa-apa dekat kau pun kau salahkan diri kau. Kau kenapa Adara? Cuba sekali tu pertahankan diri tu. Aku tak boleh tau tengok kawan aku macam ni." Amelia bebel panjang.

"Memang salah aku pun Lia. Dari mula semua ni memang salah aku. Salah aku sebab tak kahwin awal sampai Dian guna aku untuk kahwin dengan suami dia. Salah aku sebab pergi bawa Zafran ke dalam rumah masa blackout tu. Salah aku sebab tak lari waktu hari pernikahan tu. Semua salah aku." Adara berkata tenang. Dia nak salahkan siapa? Salah Zafran? Salah Dian? Adara bukan budak kecil. Adara bukan budak bodoh untuk ikut telunjuk orang macam itu sahaja. Dia boleh kata tidak. Dia boleh lari. Tapi dia tak lari. Jadi, salah Adara.

"Agaknya kewujudan aku dekat dunia ni pun adalah satu kesalahan." Air mata Adara menitis. Dia tergelak. Menangis lagi. Lemah betul kau.

"Ad, jangan cakap macam tu. Aku hargai kewujudan kau Ad. Kau kawan baik aku. Walaupun kita baru je berkawan. Kau baik, Ad. Kau korbankan hidup kau untuk Dian. Kawan kau."

"Tolong jangan cakap macam tu Ad. Aku tak suka. Kalau one day semua orang bencikan kau, aku, Amelia binti Ahmad ada untuk kau. Kita lari sama-sama. Kita travel sama-sama." Amelia berkata teruja. Nak naikkan mood Adara.

Adara tergelak. Dia terus lap air matanya. Tak nak nangis lagi.

"Terima kasih sebab ada dengan aku. Walaupun aku punca semua ni jadi. Terima kasih sebab tak panggil aku perampas." Adara teringat Sofea.

"Aku ada dengan kau Ad. Aku janji aku akan ada dengan kau selalu. Kau kawan aku, aku kenal kau. Aku kenal baik buruk kau. Dah, jangan sedih-sedih. Jom pergi makan. Kau nak apa? Aku belanja!" Amelia ajak Adara.

"Jom! Aku nak ABC!" Adara berkata teruja. 

"Jom ajak dodo dengan Alex!" Amelia menjerit dalam kereta.

"JOM!"

***********

Okay guys! Itu sahaja untuk chapter kalini. Terima kasih semua.

Kalau suka, sila vote dan komen ya. Saya suka, saya happy kalau korang komen.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

940K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
669K 25.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
57K 1.9K 58
Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah...
172K 11.2K 33
Adam Hirdy | Azalea