Pilihan Kedua | C

By farahnotfara

1.2M 61.9K 10.9K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Chapter 63- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 24

14.7K 971 127
By farahnotfara

Hi assalamualaikum semua! Apa khabar? Saya baik baik je hehe. Alhamdulillah.

Jemput baca bab 24. Happy reading!

***********

Pada pukul 12 malam, Zafran sudah genap 30 tahun. Adara baru lepas siap mengemaskan katilnya selepas membalut hadiah. Adara ingat tarikh itu, Adara siap letak reminder dekat calender, punya tak nak terlepas birthday suaminya.

Sekarang ni, Adara rasa kelakar. Nampak beria. Banyak betul harapan dia letak dalam perkahwinan sementaranya ini. Betullah apa Puan Hasya kata, aku boleh pilih untuk lari, kenapa aku tak lari? Jadi, semua ini salah aku. Bukan salah Dian, bukan salah Zafran. Salah aku.

Aku yang complicated. Aku yang bodoh. Aku yang pilih jalan ini. Aku yang pilih untuk sakitkan hati sendiri. Kau expect apa Adara? Kau expect Zafran akan sayangkan kau ke? Kelakar betul. Kau tu pilihan kedua je.

Adara baru plan nak wish awal kononnya. Pukul 12 nak terus wish. Konon nak jadi orang paling awal lah tu. Lupa pula Zafran dengan isteri pertama dia. Mesti Dian dah wish dulu.

Wish nanti-nanti jelah. Tak wish langsung pun takpa. Zafran bukan kisah.

Adara sudah menyiapkan dirinya untuk tidur. Nak rehat. Nak rehat dari dunia yang menyakitkan ini.

**********

"Abang, selamat hari jadi!" Dian mengucapkan ucapan selamat hari jadi itu di atas katil mereka. Dah pukul 12 malam. Zafran dan Dian tak tidur lagi. Dian memang selalu jadi orang pertama yang wish happy birthday untuk Zafran.

"Thank you sayang!" Zafran mencium tepi kepala Dian. Zafran senyum sambil menatap wajah cantik Dian.

"Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Terima kasih sebab dah jadi seorang suami yang baik, terima kasih sebab dah jadi seorang baba yang hebat!" Dian berkata teruja.

Zafran gelak.

"Baik ke?" Zafran tanya.

"Baik lah! Baik sangat! Penyayang, pemurah, handsome." Dian memuji Zafran.

Zafran terus peluk tubuh Dian.

"Terima kasih juga sebab dah jadi satu-satunya isteri abang yang paling baik, paling cantik. Terima kasih sebab selalu ada dengan abang dari dulu sampai sekarang." Zafran mengucup pipi Dian selepas mengucapkan kata-kata itu.

"Satu-satunya isteri? Adara?" Dian tanya.

"Sayang.... Berapa banyak kali abang cakap, jangan lah sebut nama perempuan lain bila kita berdua. Abang tak suka." Zafran berkata perlahan. Tak nak burukkan suasana.

"Yelah, minta maaf." Dian terus memeluk Zafran dengan lebih ketat. Nak pujuk birthday boy ni.

"Abang nak makan apa esok? Dian masak."

"Takpa lah. Dian ada dengan abang pun adalah satu hadiah yang besar untuk abang. Syukur, alhamdulillah."

"Ala... cliche nya!" Zafran tergelak. Dia cakap kita cliche?

"Dian tak payah masak lah. Kita celebrate kat luar nak? Dengan anak-anak. Dian pilih nak makan kat mana. Abang ikut je."

"Hm okay!"

"Dah, jom tidur. Dian tak elok tidur lambat-lambat." Zafran menepuk lembut pinggul Dian. Mendodoi Dian tidur.

"Selamat malam abang. Jangan lupa mimpi saya tau." Dian gelak kecil. Dia sudah sedia untuk tidur selepas membaca doa.

"Selamat malam. Abang selalu mimpi awak."

Sudah sejam berlalu, Dian sudah lena. Zafran belum. Dia masih termenung. Tak boleh tidur. Padahal dia penat. Pagi nanti kena pergi kerja pula.

Zafran tengah tunggu seseorang. Ya, Adara. Adara tak wish dia ke? Adara dah tidur ke? Ke Adara lupa? Ke Adara tak tahu langsung birthday dia bila?

Zafran tengok jam sudah pukul berapa. Dia berkira patut ke dia telefon Adara? Zafran pandang Dian pula. Rasa macam menduakan pula bila buat macam ni. Haih.

Zafran perlahan lepaskan tubuh Dian. Tak nak Dian tersedar. Dian ni kalau tersedar, memang tak tidur dah lepas tu.

Sudah melepaskan tubuh Dian dengan perlahan, Zafran capai telefonnya dan menuju ke balkoni bilik itu. Nak call Adara. Zafran terus buat panggilan.

"Hello?" Adara menjawab panggilan itu dengan suara serak.

"Hello Ad. Dah tidur ke?" Zafran tanya sambil matanya menatap langit gelap. Ada bulan. Terang. Cantik.

"Hm dah." Adara jawab malas. Zafran sengih. Adara rimas lah tu.

"Awallah tidur. Baru pukul berapa."

"Hm." Zafran gelak. Mengantuk sangat ni.

"Kau tak nak cakap apa-apa ke kat aku? Aku tengah tunggu ni."

"Cakap apa?"

"Kau lupa ke?"

"Ha? Apa ni? Cakap betul-betul boleh tak?" Zafran monyok. Dia lupa lah tu. Entah-entah tak tahu langsung.

Adara nak marah dah ni. Aku tengah ngantuk. Dok main teka-teki malam-malam buta dah kenapa? Nak kena pukul ke? Adara dah menendang bantal di atas katil dengan kasar. Stress orang kacau tidur.

"Hm takda apa lah." Zafran bercakap perlahan.

"Hm. Okay." Adara bercakap perlahan.

"Kau pergilah tidur. Nak tidur sangat."

"Okay." Adara mula menutup matanya semula.

"Adara."

"Hm?"

"Sayang aku tak?"

"Hm." Zafran sengih.

"Bye, good night."

"Hm." Adara sudah masuk ke alam mimpi semula.

*********

Adara sudah bersiap untuk pergi kerja. Dia termenung. Dia sedang berfikir sekarang. Dia rasa macam dia ada bercakap dengan Zafran malam tadi. Mimpi ke betul?

Adara buka telefonnya. Nak tengok call log. Nak check ada ke dia call Zafran malam tadi.

Haah lah ada. Tapi bukan dia yang call. Zafran yang call. Zafran cakap apa ek? Adara dah lah mamai waktu itu. Tak sedar langsung. Dia tak ingat dah apa yang dibualkan oleh mereka malam tadi.

Adara dah stress. Pagi-pagi dah kena fikir benda-benda macam ni dah kenapa? Biarlah kalau Zafran call. Kalau aku cakap benda merepek pun biarlah. Aku mamai. Ngantuk. Tak sedar langsung.

Adara terus mencapai kunci keretanya nak pergi kerja.

Sampai 4C, Kak Dira bagitahu yang dia mahu jumpa Adara. Nak cakap sesuatu katanya. Adara pun terus pergi ke bilik pejabat Kak Dira.

"Kenapa kak?" Adara tanya selepas melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan dalam bilik pejabat itu.

"Akak nak cakap pasal Adam."

"Adam? Budak ke?"

"Ya lah. Yang 6 tahun tu. Yang bawah jagaan Ad."

"Ha kenapa dengan dia?"

"Adam nak keluar dah nanti. Parents dia kena pindah."

Adara diam. Adam takda lah nanti? Cepatnya. Memang lah tinggal lagi berapa bulan untuk Adam berhenti sebab Adam pun dah 6 tahun. Tapi awal nya. Adam dahlah budak pertama yang dia jaga sejak dia masuk bekerja di 4C.

"Cepatnya." Adara bercakap perlahan.

"Akak bagitahu kau sebab tak nak kau sedih nanti."

"Bila dia pergi? Pindah ke mana?"

"Minggu depan dia pergi. Pindah ke Terengganu."

"Terengganu? Jauhnya." Adara nak nangis. Ish. Baru nak ajak Adam hang out lepasni. Walaupun Adam dah takda di 4C.

"Itulah. Dah parents dia kena pindah. Urusan kerja."

**********

Pada waktu malam, Adara sedang mengemas biliknya. Dia tak tahu nak buat apa malam ni. Nak tengok movie takda mood. Nak lipat baju, dah lipat dah. Jadi, Adara buat keputusan untuk kemas bilik.

Sekarang Adara sedang mengemas satu sudut di biliknya. Sedang mengelap segala peralatan yang ada disitu. Dah berhabuk. Sudut ini ada rak buku. Ada novel banyak. Adara gemar baca novel dulu. Sekarang kurang dah. Baca kalau mood datang je.

Adara sedang mengeluarkan novel dari rak itu untuk dilap bukunya. Tiba-tiba ada satu benda jatuh. Apa ni? Adara tundukkan badannya untuk mengambil benda itu.

Benda itu kecil. Warna hitam. Apa ni? Kamera ke? Macam bentuk kamera. Tapi siapa punya? Aku tak pernah ada kamera. Kamera phone ada lah.

Zafran punya ke? Hidup lagi ke kamera ni? Adara sibuk membelek kamera itu. Ada lampu kelip-kelip merah. Kalau hidup lampu dia kelip-kelip merah ke? Siapa letak kat sini? Aku diintai ke selama ni?

Kamera itu terlepas dari pegangan Adara. Tangannya menggeletar. Terus Adara fikir apa yang dia pernah buat dalam bilik ini. Dia pernah tidur hanya pakai bra. Dia pernah salin baju dalam bilik sahaja. Bukan dalam bilik air. Allahuakbar.

Siapa yang intai dia? Zafran ke? Zafran je yang pernah masuk bilik ini.

Adara terus capai telefonnya. Nak call Zafran. Nak minta kepastian.

"Hello Zafran."

"Hello Ad. Kenapa?"

"Zaf, saya nak tanya pasal satu benda ni."

"Ad, nanti boleh tak? Aku tengah spend time dengan family aku ni. Esok-esok lah kau tanya. Bye." Zafran terus tutup.
Adara terdiam. Dia lupa. Hari ini birthday Zafran. Jadi, sudah tentu lah Zafran pergi celebrate. Adara terkilan sedikit. Tak, kau tak boleh terasa. Dia dah ada keluarga.

Aku nak bagitahu siapa? Adara dah dalam ketakutan sangat. Dia nak keluar bilik pun dia takut. Perutnya memulas. Tekaknya loya. Dia terlampau gelabah sampai rasa nak muntah. Cepat-cepat Adara pergi ke bilik air. Adara memuntahkan segala isi dari dalam perutnya. Tekaknya perit. Perutnya seolah ditekan kuat. Adara tak suka muntah. Air mata nya menitis. Sakit.

Selesai membersihkan mulutnya, Adara keluar dari bilik air. Dia nak pergi buat report polis. Tak kisah lah siapa punya pun. Dia nak buat langkah berhati-hati. Kalau Zafran sekalipun, dia tetap salah. Dia tiada hak untuk mengintai Adara.

Tapi sekarang ni Adara tahu dia tak boleh pergi berseorangan. Dia takut. Dia tahu kalau dia drive pun, dia tak boleh. Dia nak seseorang untuk menemaninya. Nak call siapa? Kak Dira ke? Dia tak nak susahkan Kak Dira.

Amelia ke? Tapi nanti macam-macam Amelia tanya. Dia bukan tak nak bagitahu tapi dia tak bersedia lagi.

Danish ke? Danish tahu tentang bunga yang dia pernah dapat. Danish sorang je yang tahu selain Zafran.

Adara terus buat panggilan.

"Hello assalamualaikum Ad." Danish jawab.

"Waalaikumussalam Nish. Aku nak minta tolong ni."

"Apa dia tu? InshaAllah aku tolong."

"Nish, aku takut. Aku jumpa kamera dalam bilik aku. Tolong Nish. Aku takut." Adara mula menangis. Dia takut. Kamera itu dia biar sahaja terdampar di atas lantai.

"Jap jap. Aku tak faham. Mana suami kau? Kau seorang je ke ni?"

"Nish. Tolong datang sekarang. Aku sorang-sorang. Nanti aku cerita. Please."

"Ya ya okay. Aku on the way. Kau pakai tudung siap-siap. Kejap lagi aku sampai. Kau jangan takut."

"Cepat Danish."

"Ya ya okay. Aku tutup dulu."

Adara terus menukar pakaiannya supaya kelihatan lebih sopan. Dia sarung tudung siap-siap. Adara masih dalam biliknya. Dia nak keluar pun takut.

Dia nekad. Danish sampai je, dia nak ajak pergi balai. Dia betul-betul nak buat report polis. Dia tak tahan. Dia tak faham semua ni. Siapa yang intai dia selama ni. Sudah lama atau baru sahaja? Bodohnya kau Adara. Benda tu dalam bilik kau je. Kau boleh tak perasan. Kenapa kau bodoh sangat Adara.

Kalau yang intai nya itu bukan Zafran, aurat aku macam mana Ya Allah. Adara terus menekup mukanya. Dia malu. Kalau bukan Zafran, dia telah pertontonkan auratnya pada orang lain.

Tiba-tiba telefon Adara berbunyi. Danish. Cepat-cepat Adara jawab panggilan itu.

"Ad. Aku dah sampai."

Adara terus keluar dari bilik. Dia berlari ke pintu depan. Dia rasa tak selamat sekarang ni. Dia nak keluar dari rumah ini.

"Danish!"

"Ad!" Amelia terus peluk Adara. Adara terkejut. Ada Amelia?

"Aku bawa Lia. Senang sikit. Aku mana boleh pujuk kau macam ni. Aku tahu kau mesti nak kan ketenangan. Sorry tak bagitahu kau." Danish menerangkan bila tengok muka blur Adara.

Adara terus balas pelukan itu. Betul cakap Danish. Dia perlukan seseorang untuk memujuk dia. Tenangkan dia. Adara bersyukur Danish bawa Amelia.

Adara terus melepaskan pelukan bila rasa dirinya sudah sedikit tenang.

"Danish, aku nak pergi buat report polis."

"Kau yakin ke?"

"What do you mean by aku yakin ke tak? Aku dah pernah kena kacau sebelum ni. Dia bagi aku bunga. Dia letak dalam kereta aku. Sekarang aku jumpa kamera yang aku tak tahu dah berapa lama ada kat situ. Kau expect untuk aku diam lagi ke?" Adara marah. Dia tak sangka Danish boleh tanya macam tu. Habistu kalau tak buat report polis nak buat apa? Biar je orang tu terlepas?

"Ya ya sorry. Silap aku tanya macam tu. Aku risau kau tak ready lagi. Aku risau kau dalam trauma ke apa yang buat kan kau tak nak buka mulut lagi. Kalau kau nak buat, jom kita pergi buat. Tapi kau tak nak tunjuk dulu kamera tu? Bawa kamera tu pergi balai sekali ke? Boleh lah polis do something dengan kamera tu."

"Haah Ad. Betul cakap Danish. Kita kena bawa kamera tu sekali." Amelia mula bercakap setelah dia jadi penonton je tadi.

"Jom lah." Adara mengajak mereka masuk ke dalam bilik Adara.

Nasib bilik Adara dah kemas. Tak ada lah malu sangat nak bawa diorang masuk.

"Ni kameranya. Aku tak tahu siapa punya." Danish mencapai kamera itu. Dia membelek kamera itu.

"Jom kita bawa pergi balai." Danish mula bergerak keluar.

"Mana suami kau Ad?" Amelia tanya.

"Ha hm.. s-suami aku-" Adara gagap. Dia tak tahu nak cakap apa.

"Cakap dalam kereta je Ad. Kita kena cepat. Jom." Danish keluar terus.

Selesai membuat laporan polis, mereka keluar dari balai. Adara terfikir apa yang pihak polis sudah beritahu.

Kamera itu disimpan dahulu oleh pihak polis. Untuk siasatan lanjut. Pihak polis juga beritahu dalam masa beberapa hari, pihak polis nak datang rumah Zafran. Nak lakukan siasatan. Adara pun setuju jelah.

"Okay, sekarang Ad. Kau cerita pula. Mana suami kau? Outstation ke? Dah bagitahu suami tentang hal ni?" Amelia tanya.

Adara berfikir, adakah patut dia menceritakan hal yang sebenar. Dia tak tahu apa dia patut mempercayai mereka ataupun tidak.

"Kau tahu kau boleh percayakan kitorang Ad." Amelia mula berkata lagi.

"Tapi kalau kau tak nak cerita pun takpa. Kami faham kau tak selesa." Amelia senyum. Dia tak kisah pun kalau Adara tak mahu cerita. Lagipun bukan semua benda kita patut cerita dekat kawan kita.

"Zafran dengan aku sebenarnya...." Adara mula membuka ceritanya. Dia percayakan mereka. Adara berharap mereka faham akan situasinya.

Adara cerita penuh. Dari Dian beritahu yang dia sakit, Dian mahu Adara dan Zafran kahwin, tangkap basah, sampailah ke kejadian dimana dia berjumpa dengan Puan Hasya.

"Oh jadi betullah waktu kita terserempak tu kau menangis?" Amelia tanya.

"Kau nangis Ad? Asal kau nangis? Tak guna kau menangis depan orang tua tu." Danish marah. Dia bengang dengar cerita ini. Lagi-lagi waktu Adara berjumpa dengan Puan Hasya. Kenapa Puan Hasya cakap macam seolah-olah semua ini salah Adara. Sedangkan ini semua salah Dian dan Zafran.

"Aku pun tak tahu kenapa aku menangis. Hati aku sakit sangat waktu tu."

"Kau sayangkan dia?" Amelia tanya.

Adara diam. Lalu dia menjawab,

"Dia suami aku. Sejak dia sebut nama aku dalam akad nikah tu, aku dah jatuh sayang."

"Habistu kau tak nak fight for him? Kau ada hak, Ad. Kau isteri dia juga." Amelia berkata lagi.

Adara gelak perlahan. Air matanya bergenang. Dia benci dengan dirinya sekarang. Air matanya murah. Dia mudah menangis sekarang.

"Aku takda hak pun Lia. Dari mula lagi dia dah ingatkan aku jangan jatuh cinta dengan dia. Bukan salah dia. Tapi salah aku. Salah aku sebab mencintai dia."

"Tapi itu hak kau Ad."

"Takpa, aku tak akan tuntut. Aku faham Dian tu cinta pertama dia. Mungkin cinta sejati dia juga. Aku cuma nak dia bahagia. Kalau dengan cara aku berundur diri boleh buat dia happy, aku sanggup."

"Nak buat apa kalau aku terus ada di sisi dia kalau itu sangat menyakitkan untuk dia? Aku tak sanggup nak tengok dia sakit sebab aku." Air mata Adara menitis. Cepat-cepat dia lap dengan hujung lengan bajunya.

"Diorang deserve each other. Diorang sempurna untuk satu sama lain. Aku ni cuma pengganggu je. Aku cuma pilihan kedua. Takpa, aku redha." Adara senyum lemah.

Amelia dan Danish terdiam. Mereka tak sangka selama ni, sakit sebesar ini Adara tanggung. Seorang diri.

********

Okay itu sahaja untuk chapter kali ini. Okay tak? Biasa je kan? Takpa, ni baru sikit. Nanti Adara lagi sakit HAHAHAHA.

Terima kasih semua.

Kalau suka, sila vote dan komen. Saya amat menghargainya.

Thank you, i love you <3

Continue Reading

You'll Also Like

128K 11K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...
58.7K 3.9K 35
MYSTERY AUTISM PERSON 2 Bahagia cuma seketika. Ya. Itulah yang terjadi kepada Damia Nabella apabila kebahagiaannya hancur serta merta. Ibarat burung...
617K 21.8K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
57.1K 1.9K 58
Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa menyangkakan kemunculan Amir semula setelah...